You are on page 1of 3

8/1/23, 3:59 PM DOE Application for Generator Set Installation Guidelines | Malaysian DOE Application

Malaysian DOE Application


'Helping the nation quitely'

DOE Application for Generator Set


Installation Guidelines
May 21, 2014 DOE Application & Submission DOE application, DOE approval, DOE
submission, permohonan JAS

DOE application for Generator

1. Pendahuluan
Janakuasa telah dikenali sebagai satu punca menimbulkan pencemaran asap, bau busuk dan bunyi
bising. Permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 36, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Udara Bersih) 1978 hendaklah mematuhi garis panduan ini bagi mengurangkan kesan-kesan pence-
maran seperti yang disebutkan.

2. Penempatan Janakuasa
Si pemohon diberi peringatan bagi menentukan bahawa janakuasa ini ditempatkan jauh daripada
rumah-rumah atau tempat-tempat di mana operasi janakuasa ini boleh menyebabkan gangguan
kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat itu. Dengan kajian dan pertimbangan yang teliti bi-
asanya tempat yang lebih sesuai boleh didapati. Si Pemohon dikehendaki menyediakan satu lukisan
untuk menunjukkan jenis kegunaan tanah sekeliling tapak seperti disebut dalam perkara (iii) Borang
Permohonan AS16B. Lukisan ini hendaklah ditunjukkan dengan terang lokasi janakuasa ini serta ji-
ran-jiran yang ada.

3. `Noise Rating’ Enjin Janakuasa


Si Pemohon dinasihatkan supaya menentukan bahawa janakuasa yang dibeli itu mempunyai
carta/sijil yang dikeluarkan oleh pembuat menunjukkan pengeluaran bunyi daripada enjin ini.
Jabatan Alam Sekitar memerlukan carta/sijil ini bagi kiraan terhadap paras bunyi bising yang akan
timbul. Carta dan Sijil ini juga dikehendaki bagi mereka rumah-rumah janakuasa dan penyenyap.

4. Si Pemohon hendaklah menyebut masa operasi janakuasa ini sama ada bagi `standby’ atau ber-
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
jalan terus menerus seperti dalam perkara (vii).
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Advertisement Close and accept

https://doeapplication.wordpress.com/2014/05/21/doe-application-for-generator-set-installation-guidelines/ 1/4
8/1/23, 3:59 PM DOE Application for Generator Set Installation Guidelines | Malaysian DOE Application

Read our new Medium post on the succe...

Enjoy this Medium post HERE with a


summary of speakers, topics, links, and
ph...

5. Langkah-langkah bagi Mencegah Bunyi Bising


Matlamat Seksyen ini adalah bagi mengurangkan bunyi bising ke paras lebih kurang 55 Dba apabila
paras bunyi itu disukat di sempadan rumah janakuasa. Si Pemohon dikehendaki memberi perhatian
berat terhadap masalah ini seperti diterangkan dalam perkara (viii). Jabatan Alam Sekitar memer-
lukan bahawa segala langkah-langkah diambil bagi mencegah pelepasan bunyi bising terhadap :-
(a) Rumah Janakusa
(b) Pintu Masuk
(c) `Cooling Air Inlet dan Outlet Attenuators’
(d) Penyenyap Pertama
(e) Penyenyap Kedua

Rumah janakuasa patut direka sebagai `acoustic enclosure’. Pintu masuk yang dikehendaki adalah je-
nis `sound resistant’. Bagi aliran udara menyejuk enjin, `inlet/outlet attenuator’ atau `acoustic lou-
vres’ yang sesuai hendaklah disediakan. Penyenyap pertama adalah biasanya jenis `reactive’ dan ke-
dua jenis `absorptive’ di mana pembuat enjin telah menentukan kesannya selaras dengan spectrum
operasi enjin. Sila rujuk lampiran I. Si Pemohon dikehendaki menyediakan lukisan dan dokumen-
dokumen seperti dikehendaki dalam perkara (viii) dalam permohonannya bagi kelulusan Jabatan
Alam Sekitar.

5.1. Biasanya bagi operasi bukan `standby’ atau di kawasan sensitif berhampiran dengan klinik,
hospital, sekolah, rumah orang tua-tua dan lain-lain keperluan disebutkan di atas tidak akan
dilonggarkan.

5.2. Dalam keadaan di mana janakuasa adalah dipasang untuk `standby’ sahaja dan tidak ditem-
patkan di tempatkan di tempat yang sensitif maka atas permohonan yang disokong dengan dokumen
dan bukti, pertimbangan kelonggaran bagi mematuhi kehendak terhadap :-
(a) Rumah Janakusa
(b) Pintu Masuk
(c) `Cooling Air Inlet dan Outlet Attenuators’
(d) Penyenyap Kedua
mungkin diberi.

6. Mendapat
Privacy Penyenyap
& Cookies: This siteYang
uses `Compatible’ DengantoEnjin.
cookies. By continuing use this website, you agree to their use.
Si
ToPemohon hendaklah
find out more, menentukan
including bahawa
how to control cookies,penyenyap yangPolicy
see here: Cookie diperolehi itu adalah jenis yang diper-
akukan oleh Si Pembekal atau Pembuat Enjin supaya penyenyap ini `compatible’ dengan enjin yang
dibeli dan benar-benar mengurangkan bunyi bising yang berpunca daripada enjin.

https://doeapplication.wordpress.com/2014/05/21/doe-application-for-generator-set-installation-guidelines/ 2/4
8/1/23, 3:59 PM DOE Application for Generator Set Installation Guidelines | Malaysian DOE Application
Ad v er tis em e nts

REPORT THIS AD

7. Penyenyap
Kedua-dua penyenyap hendaklah dipasang dalam rumah janakuasa. Sekiranya penyenyap dipasang
di luar rumah, maka ia hendaklah dibina dalam cerobong batu-bata.

8. Takat Pelepasan Ekzos


Dalam rekaan dan orientasi ekzos janakuasa ini, perhatian hendaklah diberi supaya takat pelepasan
ekzos itu mempunyai tinggi yang cukup dan arah pelepasannya dijauhkan daripada rumah atau ban-
gunan berhampiran. Biasanya takat ekzos patut mempunyai tinggi sekurangkurangnya 2 meter atas
bumbung-bumbung berhampiran.

9. Si Pemohon diberi peringatan bahawa borang-borang dan dokumen/lukisan yang perlu dan yang
disebutkan dalam borang AS16B hendaklah disampaikan dengan lengkap bagi mengelakkan kele-
watan memproses/mendapat kelulusan. Tiap-tiap lukisan hendaklah diberi tajuk dan bilangan.

Dikeluarkan oleh :-
Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 3 – 7, Blok C4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 PUTRAJAYA

#doeapplication

#doedeclarationletter

#doenotificationletter

Sponsored Content
Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

https://doeapplication.wordpress.com/2014/05/21/doe-application-for-generator-set-installation-guidelines/ 3/4

You might also like