You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

muka surat 1.0 PENGENALAN DEFINASI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEDIAMAN 3 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 3.0 UNDANG-UNDANG KEDIAMAN 3 Tujuan Menggunakan Unit 3 Pemberitahuan Mengenai Penghunian Dan Penyewaan 4 Sekatan Terhadap Bebanan Lebihan Dan Kerosakan 4 Perubahan Kepada Peraturan Kediaman 4 PERATURAN-PERATURAN KHAS 4 3 3

3.1 Sekatan Terhadap Pemasangan Untuk Penampalan Dan Kerja-Kerja Tambahan 4 3.2 Fasad Luar 4 3.3 Perkara-Perkara Yang Tidak Dibenarkan 4 3.4 Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian 5 Pemasangan Alat Penghawa Dingin 5 Penyelenggaraan Yang Penting 5 3.5 Caj Penyenggaraan 5 4.0 4.1 4.2 4.3 PERATURAN-PERATURAN BAGI KEGUNAAN KEMUDAHAN REKREASI 5 Memperlahankan Nada Atau Bunyi Radio, Hi-Fi, Televisyen Dan Alat Muzik 5 Dewan 5 Kelakuan 6 GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN 6 Kelulusan Pelan Pengubahsuaian 6 Kelulusan Daripada Pihak Berkuasa Berkenaan ( jika perlu ) 6 Penyerahan Pelan Pengubahsuaian Kepada Pihak Pengurusan 6 Kebenaran Menjalankan Kerja-Kerja Pengubahsuaian 6

5.0 5.1

1
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

5.2

Had-Had Pengubahsuaian 6 Fasad Kerja-Kerja Struktur Kerja-Kerja Pendawaian Elektrik 6 Unit Penghawa Dingin 7 Kerja-Kerja Paip 7 Pemasangan Jeriji Besi 7 DEPOSIT PENGUBAHSUAIAN 7 Bayaran Deposit Pengubahsuaian 7 Pengurangan Deposit Pengubahsuaian 7 Pemulangan Deposit Pengubahsuaian 8 Masa Kerja-Kerja Pengubahsuaian 8 Pekerja 8 Pemunggahan 8 Had Kawasan Bekerja 8 Langkah Keselamatan Sepanjang Pengubahsuaian 9 Pembuangan Sisa Bahan Binaan Dan Pembersihan 9

6 6

6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 6.9

7.0 TANGGUNGAN SETIAP PENGHUNI


7.1 7.2 7.3 7.4 8.0 8.1 Antenna Radio / Televisyen Dan Parabola 9 Insurans 9 Jaminan Kepada Pihak Pengurusan 9 Prosedur-Prosedur Dan Peraturan Lain 9 KAWASAN BERSAMA 9

Kelengkapan Perabot Di Kawasan Bersama 9 8.2 Harta Bersama Tidak Boleh Digunakan Untuk Kegunaan Menyimpan Barang 10 8.3 Bahan Mudah Terbakar Dan Bahan-Bahan Mudah Meletup 10 8.4 Basikal, Papan Luncur Dan SebagainyaTidak Boleh Digunakan Di Kawasan Koridor, Laluan Kereta Dan Tempat Letak Kereta 10

2
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

8.5 8.6 8.7 8.8 10 8.9 8.10 8.11 9.0 10.0 11.0 12 12.0 13.0 14.0 15.0 16.0 17.0

Sekatan Ke Atas Menggantung / Menyidai Pakaian 10 Lanskap 10 Had Bagi Pengubahsuaian Yang Tidak Dibenarkan 10 Menanam Pokok Didalam Pasu Kerosakan Harta Bersama 10 Kelengkapan Mencegah Kebakaran 10 Berpindah Masuk / Keluar 10 Sistem tempat Letak Kereta / Motosikal 11 Binatang Peliharaan Dan Ternakan 12 Gazebo Menyapu Dan Mendebu Habuk 12 Pelupusan Sampah Cara Pungutan 12 Tetamu / Pelawat / Jemputan 12 Sistem Barrier Gate 13 Peraturan-peraturan 13 Bantuan 13

3
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA MUKIM AMPANGAN NEGERI SEMBILAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------UNDANG-UNDANG DAN KAEDAH DALAMAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.0 PENGENALAN

Objektif utama undang-undang dan peraturan kaedah kediaman ini disediakan adalah sebagai panduan bagi keselesaan penghuni, pengurusan, penyelengaraan dan penggunaan harta bersama termasuk segala kemudahan yang disediakan dan ianya hendaklah dijaga dengan baik, tahan lama dan sempurna. Pihak pengurusan ingin menegaskan dan menasihati bahawa undang-undang dan peraturan kediaman ini akan dilaksanakan untuk memastikan semua penghuni atau pemastautin dalam menikmati tempat tinggal secara maksima dan dapat meningkatkan nilai hartanah di Pangsapuri Seremban Putra. DEFINASI Perkataan yang terkandung di dalam buku panduan ini mempunyai maksud seperti di bawah :Bangunan Seremban Putra. : Bangunan ini dikenali sebagai Pangsapuri : Semua kemudahan atau kawasan bersama boleh digunakan oleh semua penghuni di Pangsapuri Seremban Putra (tertakluk kepada syarat-syarat kediaman), ianya tidak termasuk unit pembeli . ( Seksyen 2 Akta Bangunan Dan Harta Bersama 2007 (AKTA 663)) : : Segi Maju Sdn. Bhd. Syarikat Perumahan Negara Berhad

Kawasan Dan Harta Bersama

Pemilik Pertama Pemaju Pihak Pengurusan

: Badan Pengurusan Bersama atau syarikat yang dilantik oleh SPNB dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menyelenggara harta bersama. : Pembeli unit yang berdaftar di Pangsapuri Seremban Putra dan pembeli-pembeli seterusnya atau agen-agen yang sah. Sesiapa yang mendiami sesebuah unit di Pangsapuri Seremban Putra.

Pemilik Kedua

Penghuni

4
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

Tetamu

Sesiapa sahaja ( selain daripada penghuni ) yang berada di dalam kawasan dengan kebenaran penghuni unit Pangsapuri Seremban Putra / Pengurusan Pangsapuri Seremban Putra. Undang-undang dan peraturan berkenaan dengan tatacara penghuni yang mendiami Pangsapuri Seremban Putra mestilah dipatuhi. Peraturan kediaman boleh diubahsuai dan ditambah oleh Pihak Pengurusan dari masa ke semasa.

Kaedah dalaman

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEDIAMAN 2.0 2.1 UNDANG-UNDANG KEDIAMAN Tujuan Menggunakan Unit Unit kediaman harus digunakan secara eksklusif untuk maksud kediaman sahaja dan ianya tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dan perdagangan atau apa-apa maksud lain yang boleh mendatangkan gangguan, bahaya atau kerosakan reputasi Pangsapuri Seremban Putra.Unit perniagaan hanya boleh digunakan untuk perdagangan sahaja. 2.2 Pemberitahuan Mengenai Penghunian Dan Penyewaan Pembeli / pemilik perlu memaklumkan kepada pihak Pengurusan mengenai kemasukan atau penyewaan unit iaitu keterangan / butir-butir penghuni dan penyewa. Sebarang pertukaran maklumat mengenai penghuni atau penyewa baru / lain di unit tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Pihak Pengurusan dengan serta-merta. Pemilik juga perlu memberitahu kesemua penghuni atau penyewa terkini tersebut mengenai Undang-undang dan Peraturan Kediaman yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan dari masa ke semasa. Penyewaan unit adalah tertakluk terdahulu kepada kelulusan Pihak Berkuasa yang berkaitan ( jika ada ).Walaubagaimanapun penghuni dihadkan 10 orang setiap unit. 2.3 Sekatan Terhadap Bebanan Lebihan Dan Kerosakan Tiada siapa yang dibenarkan menyimpan seperti meletakkan bebanan yang lebih, merosakkan atau mengakibatkan kerosakan kepada lantai, dinding, bumbung atau struktur bangunan sehingga menyebabkan peningkatan terhadap bayaran premium insurans atau pemotongan, pembatalan atau tidak dapat memperbaharui polisi insurans.

2.4

Perubahan Kepada Kaedah Dalaman Kaedah dalaman ini tertakluk kepada sebarang perubahan sekiranya perlu oleh Badan Pengurusan Bersama dari masa ke semasa.

3.0PERATURAN-PERATURAN KHAS 3.1 Sekatan Terhadap Pemasangan Untuk Penampalan Dan KerjaKerja Tambahan Pemilik / pembeli tidak dibenarkan menjalankan apa-apa kerja tambahan dan pemasangan di dalam unit yang mana melibatkan pindaan terhadap kelulusan pelan bangunan. Pemilik / pembeli tidak boleh mengubah atau

5
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

meminda, memindahkan, merosakkan apa-apa pemasangan, papan tanda, didalam bangunan Seremban Putra.

3.2

Fasad Luar Perkara ini amat penting untuk menjaga imej dan pemandangan keseluruhan Pangsapuri Seremban Putra. Pemilik / pembeli tidak dibenarkan menambah pemasangan yang melebihi mana-mana bukaan seperti pintu, tingkap, awning, jeriji besi dsbnya. Sebarang penambahan perlu dipasang di dalam kawasan petak bagi setiap unit sahaja.

3.3

Perkara-Perkara Yang Tidak Dibenarkan

a) Mengubah atau memecahkan struktur rasuk / tiang dan dinding adalah


dilarang sama sekali kerana ianya boleh mengganggu kestabilan struktur bangunan. Kelulusan daripada pihak pengurusan adalah diperlukan sebelum mana-mana bahagian dinding / lantai yang bukan struktur boleh dipecah / diubah.

b) Tidak dibenarkan mengubah atau mencalarkan tampalan pada setiap


sambungan struktur bangunan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kebocoran di dalam bangunan apabila hujan. Mana-mana bahagian tampalan sambungan yang didapati rosak hendaklah dilaporkan kepada Pihak Pengurusan supaya dapat dibaiki dengan sempurna.

c) Tidak dibenarkan menebuk lubang berdekatan dengan punca bekalan


elektrik, punca lampu dan kotak fius. Ini boleh menyebabkan kerosakan kabel atau wayar di dalam dinding yang berdekatan. Anda digalakkan menggantung barangan menggunakan penggantung berpelekat yang bersesuaian. d) Tidak dibenarkan menebuk lubang di atas atau di bawah pancuran air atau kepala paip. Ini boleh menyebabkan kerosakkan paip di dalam dinding yang berdekatan. 3.4 Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian a) Pemasangan Alat Penghawa Dingin Penggunaan alat penghawa dingin adalah dibenarkan, walaubagaimanapun kompresor perlu diletakkan di tempat yang tersusun untuk menjaga pemandangan bangunan. Pemasangan kompresor perlu mendapat kelulusan secara bertulis daripada Pihak Pengurusan terlebih dahulu. Kompresor ini hanya dibenarkan dipasang sebelah dalam koridor dan diluar dinding bilik air dapur.

b) Penyelenggaraan Yang Penting


Barang-barang yang tidak boleh hancur tidak boleh dibuang ke dalam perangkap lantai samada di bilik air atau ruang kering. Ini dapat mengelakkan berlakunya air bertakung, saluran tersumbat dan saluran tersebut bocor. Tidak boleh membuang sisa-sisa ke dalam saluran air seperti sinki, basin atau mangkuk tandas yang boleh menyebabkan saluran tersebut tersumbat dan menghalang laluan air.

3.5

Caj Penyenggaraan

6
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

a) Caj penyenggaraan boleh di definasikan seperti berikut :Jumlah sumbangan yang dikenakan oleh pemaju atau Badan Pengurusan Bersama sesebuah kediaman strata ke atas pemilik / pembeli bagi penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan, kemudahan awam, dan penyelenggaraan harta awam.

b) Selalunya, terma caj penyenggaraan digunakan untuk merangkumi


kedua-dua bayaran perkhidmatan dan bayaran penyelenggaraan. c) Bayaran yang dikutip adalah digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan, bayaran bekalan elektrik dan air yang digunakan di kawasan awam bangunan serta penggajian dan lain-lain perbelanjaan yang terlibat dengan pengajian kakitangan yang diambil untuk memberikan perkhidmatan, penyelenggaraan, penjagaan dan keselamatan harta awam bangunan.

d) Pemilik

/ pembeli mestilah memastikan bahawa semua caj penyenggaraan dibayar tepat pada waktunya supaya kerja-kerja yang dinyatakan di atas dapat dilaksanakan dan seterusnya meningkatkan nilai harta dan sewa premis unit-unit Taman Seremban Putra.

e) Kegagalan untuk menjelaskan caj penyenggaraan akan mengakibatkan


kemudahan awam tidak akan dijaga sebaiknya, perkhidmatan yang tidak bermutu yang seterusnya akan merendahkan sewa dan menurunkan nilai harta.

f) Bayaran caj penyenggaraan yang dikenakan adalah tertakluk kepada


perubahan dari masa ke semasa oleh Badan Pengurusan Bersama di Mesyuarat Agung Tahunan .

g) Sekiranya pemilik / pembeli gagal membayar caj penyenggaraan Pihak


Pengurusan berhak / mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis / amaran terhadap pembeli tersebut. Pihak Pengurusan juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pemilik / pembeli mengikut peruntukkan Seksyen 32 & 33 Akta Bangunan Dan Harta Bersama 2007 untuk menuntut apa-apa tunggakan caj penyenggaraan dari pemilik / pembeli. 4.0 4.1 PERATURAN-PERATURAN BAGI KEGUNAAN KEMUDAHAN REKREASI Memperlahankan Nada Percakapan Televisyen Dan Alat Muzik Atau Bunyi Radio, Hi-Fi,

Radio, peralatan hi-fi, televisyen, alatan muzik dan peralatan lain hendaklah pada setiap masa dimainkan dengan nada suara yang minimal supaya tidak mengganggu penghuni lain. 4.2

Dewan

a) Kadar sewaan dewan telah ditetapkan RM 500 dari 7.00 pagi 7.00
malam tidak termasuk deposit. Sebarang kerosakan penyewaan ini pihak pengurusan berhak menggunakan deposit berkenaan.

b) Penyewaan gelanggang badminton adalah bermula dari jam 7.00


malam. Kadar sewaan untuk gelanggang badminton adalah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan.

7
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

4.3

KELAKUAN Setiap pemilik / pembeli atau penghuni perlu menjaga kelakuan masingmasing serta tidak meninggikan nada suara, berkelakuan sumbang, membuat kekacauan atau menyerang atau mengganggu orang lain di dalam kawasan Pangsapuri Seremban Putra.

5.0 5.1

GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN Kelulusan Pelan Pengubahsuaian

a) Kelulusan Daripada Pihak Berkuasa Berkenaan ( jika perlu )


Pemilik / pembeli perlu memastikan semua kerja-kerja pengubahsuaian yang akan dilakukan memenuhi undang-undang yang berkuatkuasa dan peraturan-peraturan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan. Pemilik / pembeli mesti mendapatkan kelulusan yang diperlukan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan dan menyerahkan satu ( 1 ) salinan kelulusan tersebut kepada Pihak Pengurusan untuk penerimaan sebelum bermulanya kerja-kerja pengubahsuaian. b) Penyerahan Pelan Pengubahsuaian Kepada Pihak Pengurusan Pemilik / pembeli perlu menyerahkan pelan cadangan pengubahsuaian kepada Pihak Pengurusan untuk komen dan kelulusan sebelum bermulanya kerja-kerja pengubahsuaian sekurang-kurangnya Tiga Puluh ( 30 ) hari sebelum tarikh pengubahsuaian. c) Kebenaran Menjalankan Kerja-Kerja Pengubahsuaian Permohonan untuk kebenaran menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian boleh dibuat dengan menggunakan borang yang telah disediakan.

5.2

Had-Had Pengubahsuaian a) Fasad Pemilik / pembeli tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian yang melibatkan perubahan kepada bahagian luar bangunan tanpa izin secara bertulis daripada Pihak Pengurusan. Had-had yang dinyatakan tersebut termasuk kerja mengecat atau apa-apa jenis hiasan, papan tanda / iklan pengubahsuaian kepada tingkap yang telah dipasang pada dinding luar, awning, pemasangan wayar elektrik, antenna televisyen dan astro. b) i) Kerja-Kerja Struktur Pemilik / pembeli perlu memastikan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan tidak memberikan kesan dalam apa cara sekalipun kepada struktur bangunan atau kepada kawasan harta bersama ataupun dalam apa cara sekalipun menyebabkan gangguan kepada penghuni lain.

ii) Kerja-kerja mengetuk / memecah hendaklah dijalankan mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan secara berhati-hati bagi memastikan tiada kerosakan kepada kemasan lantai, tiang atau rasuk bangunan atau kawasan bersama.

8
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

c) i)

Kerja-Kerja Pendawaian Elektrik Penambahan atau pengubahsuaian kepada litar elektrik atau menambah bekalan elektrik adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Pengurusan. Kontraktor elektrik berlesen mesti dilantik untuk menjalankan kerja-kerja elektrik berdasarkan kepada keperluan oleh Jabatan Bekalan Elektrik atau Tenaga Nasional Berhad dan juga Pihak Pengurusan. Penghuni dibenarkan menambah lampu pintu masuk dengan adanya kelulusan daripada pihak Badan Pengurusan.

ii)

iii)

d) Unit Penghawa Dingin Pemilik / pembeli tidak dibenarkan memasang apa-apa bahagian dan alat penghawa dingin di kawasan umum tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Pengurusan. Kompresor hendaklah dipasang di kawasan yang dibenarkan sahaja. e) Kerja-Kerja Paip

i) Pemilik / pembeli hendaklah menyerahkan lukisan yang lengkap dan


menunjukkan cadangan kerja-kerja paip yang akan dilakukan kepada yang berkenaan untuk kelulusan sebelum bermula kerja-kerja pengubahsuaian. ii) Bagi kerja-kerja yang melibatkan pengubahsuaian dan juga perubahan tempat bagi bilik mandi, tandas atau kawasan dapur, pemilik / pembeli perlu memastikan lapisan kalis air dilakukan dengan baik di bawah lapisan simen bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya kebocoran atau serapan air kepada unit yang berada di bawah atau memberikan kesan kepada lapisan kalis air kemasan lantai. Pemilik / pembeli perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerosakan atau kebocoran unit di bahagian atas ataupun bawah yang mungkin timbul daripada kerja-kerja pengubahsuaian. Pemasangan Jeriji Besi

iii)

f)

Pemilik / pembeli tidak dibenarkan memasang jeriji besi pada kaki lima atau tangga kawasan harta bersama bahagian luar pintu masuk ke unit. 6.0 6.1 DEPOSIT PENGUBAHSUAIAN Bayaran Deposit Pengubahsuaian

a) Pemilik / pembeli perlu membayar deposit ke atas kerja-kerja


pengubahsuaian untuk melindungi sebarang kerosakan yang sepanjang tempoh kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan. Deposit akan dikembalikan tanpa faedah apabila kerja-kerja pengubahsuaian telah siap berdasarkan kepada pelan yang telah diluluskan dan juga selepas Pihak Pengurusan berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dilakukan serta bergantung kepada kesesuaian terma-terma yang mengikat. Bayaran deposit yang perlu dibayar adalah seperti di bawah :- (Dalam tempoh 48 jam)

9
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

RM 200.00 bagi kerja-kerja ubahsuai kecil yang merangkumi kerja-kerja pemasangan perkakas tambahan seperti kabinet, penghawa dingin dan jeriji besi. RM 500.00 bagi kerja-kerja ubahsuaian yang lebih besar termasuk membuat perubahan dan kerja kerja melepa simen.

b) Bayaran tersebut hendaklah dalam bentuk wang tunai, cek berpalang


atau draf bank di atas nama BADAN PENGURUSAN BERSAMA TAMAN SEREMBAN PUTRA sahaja. Pengurangan akan dibuat untuk apa-apa kerosakan kepada kawasan harta bersama atau kerja-kerja pembersihan yang perlu dilakukan. 6.2 Pengurangan Deposit Pengubahsuaian

a) Pemilik / pembeli hendaklah dengan kos sendiri dalam tempoh empat


belas (14) hari dari penerimaan notis oleh Pihak Pengurusan membaiki semua kerosakan kepada bangunan atau harta bersama yang disebabkan oleh penghuni, pekerja-pekerja yang menjalankan kerja, agen-agen atau kontraktor, dan sekiranya gagal Pihak Pengurusan adalah berhak tetapi tidak berkewajipan untuk membaiki kerosakan di mana kos adalah ditanggung oleh pemilik / pembeli. b) Segala kos-kos yang terlibat akan ditolak daripada deposit pengubahsuaian. Jika deposit pengubahsuaian tidak mencukupi untuk membayar kos-kos yang terlibat, pemilik / pembeli dikehendaki membayar kepada pihak Pengurusan jumlah perbezaan yang tertunggak dalam tempoh tujuh ( 7 ) hari dari tarikh penerimaan notis dan sekiranya gagal, pemilik / pembeli dikehendaki membayar kepada Pihak Pengurusan tambahan kadar faedah pada 10% setahun daripada tarikh tertunggak sehingga tarikh sebenar pembayaran dilakukan.

c) Pemilik / pembeli diminta atau pihak kontraktor yang dilantik perlu


memastikan bangunan dan kawasan umum berada di dalam keadaan bersih dan kemas. Pemilik / pembeli dan pihak kontraktor yang terlibat adalah bertanggungjawab untuk mengalihkan semua sisa-sisa bahan binaan, keluar daripada kawasan bangunan pada setiap hari. Sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat oleh penghuni, Pihak Pengurusan berhak tetapi tidak berkewajipan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut dan apa-apa kos yang terlibat hendaklah ditolak daripada deposit pengubahsuaian. 6.3 Pemulangan Deposit Pengubahsuaian

a) Apabila siap kerja-kerja pengubahsuaian, pemilik / pembeli perlu


memaklumkan kepada Pihak Pengurusan untuk pemeriksaan bersama ke atas premis.

b) Pihak Pengurusan akan memulangkan deposit pengubahsuaian kepada


pemilik / pembeli selepas disahkan bahawa tiada kerosakan berlaku. Jika berlaku pelanggaran syarat-syarat pengubahsuaian, pihak pemilik / pembeli atau kontraktor berkenaan harus memastikan kerja-kerja baikpulih diselesaikan ke atas kerosakan ( kepada keadaan yang asal ) dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan. 6.4 Masa Kerja-Kerja Pengubahsuaian a) Kerja-kerja pengubahsuaian hendaklah dilakukan dalam tempoh masa yang dinyatakan di bawah :

10
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

Isnin hingga Sabtu

8.00 pagi hingga 6.00 petang

b) Walau bagaimanapun, kerja-kerja mengetuk atau kerja-kerja lain yang


boleh menyebabkan bunyi bising yang kuat hanya dibenarkan dilakukan sepanjang tempoh masa yang ditetapkan di bawah bagi mengelakkan gangguan dan juga ketenangan pemilik / pembeli dan penghuni lain : Isnin hingga Jumaat Sabtu 6.5 Pekerja a) Pihak kontraktor perlu menyediakan atau mengambil pekerja yang berkemahiran untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian. 8.00 pagi hingga 6.00 petang 8.00 pagi hingga 3.00 petang

b) Pendatang tanpa izin atau pekerja asing adalah tidak dibenarkan untuk
menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian. Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pelanggaran undang-undang yang berkuatkuasa oleh pemilik / pembeli atau kontraktor yang dilantik. Pemilik / pembeli serta kontraktor yang dilantik hendaklah memberikan jaminan kepada pihak Pengurusan terhadap semua akibat yang akan ditimbul di kemudian hari. 6.6 Pemunggahan Semasa kerja-kerja pengubahsuaian, semua sisa-sisa barang-barang pengubahsuaian hendaklah dilupuskan oleh pihak pemilik / pembeli dan kontraktor. Sekiranya pemilik / pembeli atau kontraktor gagal, deposit tidak dikembalikan. 6.7 Had Kawasan Bekerja a) Semua kerja-kerja pengubahsuaian hendaklah dijalankan keatas unit berkenaan sahaja tanpa melampaui ke kawasan umum. b) Barang-barang dan kelengkapan pembinaan tidak dibenarkan disimpan / ditinggalkan di kawasan umum sepanjang tempoh pengubahsuaian. Kawasan kaki lima, laluan tidak boleh dihalangi. Selain itu, sisa bahan pembinaan dan sampah tidak dibenarkan dibuang / ditinggalkan di kawasan umum dan tangga. 6.8 Langkah Keselamatan Sepanjang Pengubahsuaian Semasa pengubahsuaian, pihak kontraktor perlu mengambil langkahlangkah keselamatan untuk mengelakkan kerosakan kepada bangunan dan harta bersama. Pihak kontraktor mesti melindungi semua kawasan umum dengan bahan pelindung yang lengkap sepanjang kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan seperti yang diarahkan oleh Pihak Pengurusan. Penghuni akan bertanggungjawab ke atas kerosakan kepada bangunan sepanjang tempoh kontraktor bekerja. 6.9 Pembuangan Sisa Bahan Binaan Dan Pembersihan Pihak kontraktor dikehendaki membawa keluar semua sisa-sisa bahan binaan, bahan mudah terbakar, dan bahan toksik daripada kawasan bangunan pada setiap hari. Tidak ada sisa-sisa dibenarkan dibuang pada kawasan umum atau rumah sampah.

11
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

7.0 7.1

TANGGUNGAN SETIAP PENGHUNI Antenna Radio / Televisyen Dan Parabola Antenna radio / televisyen dan parabola tidak dibenarkan dipasang / dilekat / digantung pada dinding luar atau melalui dinding, tingkap, balkoni, atau mana-mana kawasan harta bersama.

7.2

Insurans

a) Pemilik / pembeli perlu pada setiap masa memastikan pihak kontraktor


mengambil polisi insurans untuk melindungi semua risiko, tanggungan pihak ketiga dan gantirugi pekerja melindungi sepanjang tempoh kerjakerja pengubahsuaian. b) Semua polisi insurans hendaklah di hantar kepada Pihak Pengurusan berdasarkan kepada tarikh permulaan kerja-kerja pengubahsuaian. 7.3 Jaminan Kepada Pihak Pengurusan Pemilik / pembeli hendaklah memberikan jaminan dan sentiasa memberi jaminan kepada Pihak Pengurusan daripada apa-apa tindakan, gantirugi, permintaan, kehilangan, kerosakan, kos dan perbelanjaan di mana Pihak Pengurusan menjadi bertanggungjawab disebabkan oleh kerja-kerja pengubahsuaian atau kelalaian oleh pemilik / pembeli, pekerja-pekerja yang terlibat, agen-agen dan kontraktor sebelum, ketika dan sesudah kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan. 7.4 Prosedur-Prosedur Dan Peraturan Lain Pemilik / pembeli perlu mematuhi semua prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan dari masa ke semasa. 8.0 8.1 KAWASAN BERSAMA Kelengkapan Perabot Di Kawasan Bersama Kelengkapan perabot, bekas bunga atau objek lain tidak boleh diletakkan di atas balkoni kekisi, ambang tingkap atau mana-mana lorong atau laluan tangga di mana kedudukan tersebut boleh membahayakan orang lain. Penyidai pakaian, baju atau lain-lain pakaian hendaklah berada di antara had kawasan unit dan tidak boleh menghulur keluar melalui tingkap. 8.2 Harta Bersama Tidak Boleh Digunakan Untuk kegunaan Menyimpan Barang Pemilik / pembeli tidak boleh meletak atau menyimpan apa-apa objek di mana-mana kawasan koridor, anak tangga, jalan atau kawasan awam atau menghalang laluan menuju ke kawasan harta bersama. 8.3 Bahan Mudah Terbakar Dan Bahan-Bahan Mudah Meletup Bahan mudah terbakar dan bahan mudah meletup atau mana-mana bahan yang menyalahi undang-undang tidak boleh disimpan, digunakan di dalam unit atau kawasan harta bersama. Barangan keluaran petroleum yang disimpan di dalam unit hendaklah dibataskan kepada kuantiti yang memadai untuk kegunaan kediaman sendiri sahaja.

12
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

8.4

Basikal, Papan Luncur Dan Sebagainya Tidak Boleh Digunakan Di Kawasan Koridor, Laluan Kereta Dan Tempat Letak Kereta Basikal, papan luncur, basikal kanak-kanak, kasut roda dan seumpamanya tidak boleh digunakan di mana-mana kawasan koridor, anak tangga atau mana mana kawasan dalam bangunan.

8.5

Sekatan Ke Atas Menggantung / Menyidai Pakaian Pemilik / pembeli perlu memastikan pakaian tidak digantung / diletakkan di kawasan yang boleh dilihat daripada luar atau kawasan umum seperti di tingkap, laluan tangga dsbnya.

8.6

Lanskap Lanskap disediakan oleh Pihak Pengurusan untuk mengindahkan kawasan sekitar Taman Seremban Putra. Penghuni tidak dibenarkan menambah memindahkan atau merosakkan pokok-pokok yang ditanam dan diletakkan di sekitar Taman Seremban Putra kecuali dengan kelulusan daripada pihak pengurusan.

8.7

Had Bagi Pengubahsuaian Yang Tidak Dibenarkan Pihak Pengurusan berhak untuk mengubah atau menjadikan seperti sedia kala semua pengubahsuaian atau tambahan yang tidak dibenarkan selepas memberikan notis bertulis selama tujuh ( 7 ) hari kepada penghuni yang berkenaan dan meminta supaya semua pengubahsuaian dan tambahan dikembalikan seperti keadaan asal. Semua kos yang terlibat bagi kerja-kerja pengubahan atau pengalihan semula pengubahsuaian atau tambahan akan ditanggung oleh penghuni.

8.8

Menanam Pokok Didalam Pasu Pemilik / pembeli yang menanam pokok di dalam pasu perlu memastikan ianya di jaga serta tidak menyebabkan gangguan kepada penghuni lain seperti menjadi tempat pembiakan nyamuk serta menyebabkan kekotoran di kawasan bersama.

8.9

Kerosakan Harta Bersama Pemilik / pembeli adalah bertanggungjawab terhadap semua kos yang disebabkan olehnya atau oleh agen-agen / wakilnya bagi mana-mana kerja membaiki atau memperbaharui mana-mana kerosakan atau kemusnahan mana-mana harta bersama di mana kerosakan tersebut disebabkan oleh kelalaian / kecuaian penghuni, tetamunya agen-agen atau wakilnya.

8.10

Kelengkapan Mencegah Kebakaran Kelengkapan mencegah kebakaran tidak boleh digunakan dan dirosakkan. Ianya hanya boleh digunakan ketika kebakaran / kecemasan.

8.11

Berpindah Masuk / Keluar Pemilik / pembeli perlu memaklumkan kepada Pihak Pengurusan dalam masa (24 jam) bagi sebarang pindah masuk / keluar penghuni di Pangsapuri Seremban Putra. Setiap Pemilik / pembeli perlu memastikan tiada kerosakan di kawasan bersama semasa memindahkan barangbarang masuk / keluar.

9.0

Sistem Tempat Letak Kereta / Motosikal

13
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

a) Pemilik / pembeli atau penghuni hendaklah meletakkan kenderaan


mereka samada kereta, van atau motosikal di tempat yang telah disediakan dan ianya mestilah tersusun rapi.

b) Semua kenderaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan adalah di


bawah risiko pemilik / pembeli atau penghuni. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kecurian atau kehilangan mana-mana kenderaan yang disebabkan oleh pemilik / pembeli atau penghuni atau mana-mana pihak atau apa-apa yang berkaitan dengan penggunaan petak letak kenderaan.

c) Pemilik / pembeli atau penghuni hendaklah menggunakan petak


tempat letak kenderaan hanya untuk kegunaan kenderaan persendirian sahaja seperti kereta, van dan motosikal. Kenderaan seperti lori satu tan dan ke atas serta kenderaan pembinaan tidak dibenarkan diletak atau menghalang di kawasan tempat letak kenderaan. d) Sesiapa pun tidak dibenarkan membina sendiri tempat letak kereta atau apa-apa struktur di atas lot letak kenderaan atau mana-mana kawasan Harta Bersama.

e) Petak tempat letak kenderaan perlu dalam keadaan bersih daripada


sampah atau kotoran. Pemilik / pembeli atau penghuni tidak boleh menggunakan lot tempat letak kenderaan sebagai tempat simpanan barang dan sebagainya.

f) Pemilik / pembeli atau penghuni tidak boleh meletakkan kenderaan


mereka di mana-mana tempat yang boleh mengganggu laluan atau hak masuk yang bersebelahan dengan lot tempat letak kenderaan atau yang berdekatan dengan laluan jalan. g) Kenderaan tidak boleh ditinggalkan tanpa ditunggu, menghalang laluan atau di mana-mana tempat yang tidak ditandakan dengan tempat letak kenderaan.

h) Tidak di benarkan membaiki mana-mana kenderaan di dalam kawasan


Pangsapuri Seremban Putra, termasuk kerja-kerja pembaikan yang melibatkan bunyi yang bising atau tumpahan minyak, kecuali dengan kebenaran dari pihak pengurusan.

i) Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang


kerosakan atau kehilangan oleh pemilik / pembeli atau penghuni, orang gaji, wakil dan sebagainya yang menyebabkan terjadi kemalangan, kecuaian dan kehilangan ke atas harta benda, nyawa dan keselamatan pihak yang terlibat.

j) Kenderaan lama dan tidak digunakan adalah tidak dibenarkan berada


di dalam kawasan Pangsapuri Seremban Putra dan sekiranya ada, ianya akan ditarik keluar daripada tempat letak kenderaan dan pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan semasa kenderaan tersebut ditarik keluar di mana segala kos penarikan akan ditanggung oleh pihak tuan punya. k) Peraturan lalulintas sepanjang masa. / had laju yang ditetapkan harus dipatuhi

14
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

l)

Pihak Pengurusan berhak mengubah sistem lalulintas yang difikirkan wajar.

m) Semua jenis kenderaan bermotor tidak dibenarkan untuk diletak didalam kawasan koridor bangunan.

n) Pihak Pengurusan berhak untuk mengunci (rantai) apa apa kenderaan


melanggar peruntukkan dibawah para (9) sistem tempat letak kereta ini. Kompaun sebanyak RM 50.00 akan dikenakan untuk membuka semula kunci atau rantai.

o) Kenderaan yang besar seperti bas adalah tidak dibenarkan untuk


memasuki kekawasan Seremban Putra kerana jalan jalan dalam tidak memenuhi piawai laluan bas iaitu selebar 50 kaki.

p) Kenderaan yang telah diubah suai dan berbunyi bising yang boleh
mengganggu ketenteraman penghuni adalah dilarang untuk masuk kedalam kawasan Seremban Putra. 10.0 Binatang Peliharaan Dan Ternakan

a) Binatang peliharaan dan ternakan seperti ayam, itik, kucing, burung


atau lain-lain binatang tidak dibenarkan dipelihara dikawasan harta bersama yang mana ia akan menyebabkan bahaya, mengotor, mengganggu atau menghalang penghuni lain.

b) Binatang anjing tidak dibenarkan dipelihara sama sekali samaada


diunit-unit kediaman atau diharta bersama. c) Pihak Pengurusan berhak untuk mengambil tindakan yang wajar untuk mengalih, memindah, menangkap dan menghapus binatang tersebut tanpa sebarang notis di dalam atau luar premis penghuni dan segala kos berkaitan akan ditanggung oleh penghuni yang terlibat. 11.0 Gazebo Penghuni Taman Seremban Putra dibenarkan menggunakan gazebo ini bagi tujuan beriadah dan sebagainya. Walaubagaimanapun pihak pengurusan hendklah dimaklumkan sekiranya ingin menggunakan peralatan barbeque. Semua pengguna adalah ini diwajibkan untuk menjaga kebersihan gazebo ini. 12.0 Menyapu Dan Mendebu Habuk Penghuni tidak dibenarkan membuang, menggantung keluar melalui tingkap, laluan tangga, lorong atau apa-apa bukaan pada kawasan harta bersama seperti sebarang kekotoran, sampah, pakaian, mop, permaidani atau artikel lain dan tidak boleh didebu, digoncang atau dibersihkan daripada tingkap, laluan tangga, lorong, pintu dan sebagainya. 13.0 Pelupusan Sampah Cara Pungutan Penghuni perlu memastikan segala sampah adalah selamat diletakkan di dalam beg plastik yang mudah diikat dan dibuang ke dalam kawasan

15
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

sampah yang telah disediakan. Bahan yang mudah terbakar seperti cat, cecair dan sebagainya tidak boleh diletakkan di dalam tong sampah. 14.0 Tetamu / Pelawat / Jemputan a) Penghuni adalah orang yang berkuasa untuk mempelawa tetamu ke unit mereka. Tetamu yang dimaksudkan termasuklah pemilik yang bukan pemastautin, rakan atau orang yang berkaitan. Tetamu / pelawat kepada mana-mana unit di dalam bangunan hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan kediaman. b) Tetamu dikehendaki setiap masa tidak membuat bising serta bersopan santun dengan penghuni lain atau tetamu mereka.

c) Penghuni perlu memastikan tetamu / pelawat tidak menyebabkan


kekacauan atau mengganggu penghuni lain atau tetamu mereka.

d) Pihak Pengurusan berhak untuk menghalang orang yang tidak dikenali


untuk memasuki kawasan Pangsapuri Seremban Putra pada setiap masa dan boleh bertindak menyoal mana-mana orang yang didapati mencurigakan atau menggunakan kemudahan di dalam bangunan serta boleh diarahkan meninggalkan tempat tersebut dengan segera. e) Pemilik / penghuni adalah bertanggungjawab bagi memastikan tetamu mereka mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan kediaman ini dan bertanggungjawab ke atas kerosakan yang disebabkan oleh tetamu / pelawat mereka. f) Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara yang melibatkan jenayah atau maksiat yang melibatkan pemilik / penghuni / pelawat. Sekiranya ia berlaku, Polis Di Raja Malaysia atau mana-mana Pihak Berkuasa berkenaan akan menjalankan siasatan dan Pihak Pengurusan tidak akan bertanggungjawab ke atas segala keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa berkenaan atau mahkamah. Sistem Barrier Gate

15.0

a) Setiap unit akan diperuntukkan 1 kad pintar akses Barrier Gate.


Penambahan kad adalah dibenarkan jika perlu, tertahluk kepada peraturan peraturan yang ditetapkan.

b) Hanya kad pintar bagi unit petak yang tiada tunggakkan yuran
penyenggaraan akan diaktifkan untuk akses di Barrier gate. c) Unit unit petak yang yang mempunyai tunggakkan 2 bulan akan disekat penggunaan kad pintar berkenaan dan kenderaan tidak dibenarkan masuk. d) Lapuran polis akan dibuat jika ada mana-mana kenderaan didapati melanggar Barrier Gate atau memasukki ke kawasan premis Taman Seremban Putra dengan cara yang tidak sah seperti mengangkat palang Barrier Gate. 16.0 Peraturan-peraturan

16
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

Jawatankuasa boleh dengan persetujuan Pesuruhjaya Bangunan, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang sesuai dan perlu bagi perjalanan peruntukan kaedah-kaedah dalaman ini dengan lebih baik. 17.0 BANTUAN Panduan-panduan yang diberikan di sini adalah untuk membantu anda menikmati semua faedah kehidupan di Pangsapuri Seremban Putra dan juga memberikan makluman berguna. Sekiranya pemilik / penghuni memerlukan bantuan / pertolongan, sila hubungi pihak Badan Pengurusan Bersama Seremban Putra.

17
__________________________________________________________________________________________________________________________________________ PANGSAPURI SEREMBAN PUTRA, MUKIM AMPANGAN, NEGERI SEMBILAN

You might also like