You are on page 1of 3

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

KERTAS KERJA PERMOHONAN PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA


MRSM KUALA TERENGGANU

1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini ialah untuk memohon bajet bagi menjalankan.
Program Penghijauan Malaysia, MRSM Kuala Terengganu sebagai usaha
menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan
kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
Perubahan iklim yang mendedak pada zaman ini menyebabkan pelbagai
masalah dan menjadi satu topik yang hangat diperkatakan oleh seluruh
masyarakat. Banyak habitat dan ekosistem telah terganggu dan musnah.
Oleh yang demikian, diharap program ini dapat membuka minda dan
kesedaran di kalangan semua pelajar dan warga MRSM Kuala Terengganu
agar dapat memainkan peranan dalam mengurangkan aktiviti ataupun rutin
harian yang dapat memberi impak yang besar terhadap perubahan iklim.

2. LATAR BELAKANG
Pihak ANGKASA dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia,
MARA, Kementerian Sumber , Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta
myisco telah menganjurkan Program Penghijauan Malaysia serta Koperasi
Prihatin Sejuta Pokok. Bagi menyahut program ini, MRSM Kuala Terengganu
telah merangka program penghijauan di MRSM Kuala Terengganu untuk
mencapai objektif penanaman sejuta pokok serta meningkatkan kesedaran
kepentingan penanaman pokok di kalangan generasi muda seperti pelajar di
MRSM Kuala Terengganu melalui Kelab Pencinta Alam dan juga Koperasi
MRSM Kuala Terengganu.

3. OBJEKTIF
a. Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai aktiviti-aktiviti
yang menyebabkan perubahan iklim
b. Menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar melalui beberapa
aktiviti memelihara dan memulihara alam sekitar.
c. Meningkatkan kesedaran kepada para pelajar dan seluruh warga
MRSM Kuala Terengganu tentang faktor dan kesan dari aktiviti-aktiviti
yang meningkatkan jumlah gas karbon dioksida dalam alam sekitar.
d. Menerapkan amalan-amalan yang boleh memberi kesan pada
perubahan iklim atau cuaca kepada kalangan warga maktab.

4. PENUTUP
Kertas cadangan ini adalah dimohon kepada puan Pengetua agar dapat
meluluskan bajet bagi tujuan KERTAS KERJA PERMOHONAN PROGRAM
PENGHIJAUAN MALAYSIA MRSM KUALA TERENGGANU sebanyak
RM1710.00 sahaja.
Disediakan Oleh: Disokong Oleh :

Mohd Shah Rizan bin Mohd Zin Nasrin bt Ibrahim


Penyelaras Program Timb Pengetua Pembangunan Bakat
MRSM Kuala Terengganu MRSM Kuala Terengganu

Diluluskan Oleh:

HAZLINA BINTI JAAFAR


Pengetua
MRSM Kuala Terengganu
Tarikh:

LAMPIRAN HADIAH PERTANDINGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA JUMLAH


Pertandingan Kuiz Penghijauan Malaysia
Pelajar
1 5 pemenang X RM45 = RM225 RM285
Guru & Staff
3 pemenang X RM20 = RM60
Pertandingan Tingkatan 1
Pertama : Voucher / Hamper RM45
2
Kedua : Voucher/Hamper RM30 RM95
Ketiga : Voucher/Hamper RM20
Pertandingan Tingkatan 2
Pertama : Voucher / Hamper RM45
3 RM95
Kedua : Voucher/Hamper RM30
Ketiga : Voucher/Hamper RM20
Pertandingan Tingkatan 3
Pertama : Voucher / Hamper RM45
4 RM95
Kedua : Voucher/Hamper RM30
Ketiga : Voucher/Hamper RM20
Pertandingan Tingkatan 4
Pertama : Voucher / Hamper RM45
5 RM95
Kedua : Voucher/Hamper RM30
Ketiga : Voucher/Hamper RM20
Pertandingan Tingkatan 5
Pertama : Voucher / Hamper RM45
6 RM95
Kedua : Voucher/Hamper RM30
Ketiga : Voucher/Hamper RM20
JUMLAH KESELURUHAN RM760.00

You might also like