You are on page 1of 1

6.4.

2 Membuat persediaan untuk mengalihkan pemilikan projek


(Transition of Project Ownership)

Pengurus Projek hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan


untuk peralihan tugas bagi serahan utama projek ICT (produk atau
perkhidmatan) perlu dilengkapkan untuk diserahkan kepada pemilik projek.
Pengurus Projek juga hendaklah memastikan Pemilik Projek dan pengguna
berupaya menggunakan/menguasai produk/perkhidmatan yang disiapkan
melalui program latihan dan sesi Transfer of Technology (TOT).

6.4.3 Menyediakan Laporan Penyerahan Projek

Berdasarkan maklumat di atas, Pengurus Projek hendaklah menyediakan


Laporan Penyerahan Projek. Laporan ini mengandungi dokumentasi serahan
utama projek yang komprehensif dan senarai aktiviti yang tidak dapat
disiapkan.

Sebagai contoh bagi projek jenis Pembangunan Sistem Aplikasi maklumat


yang perlu ada dalam Laporan Penyerahan Projek adalah:
 Dokumentasi Sistem yang terkini dan lengkap, iaitu: spesifikasi
keperluan dan fungsi sistem, reka bentuk sistem, reka bentuk pangkalan
data, spesifikasi program, gambar rajah rangkaian, spesifikasi Pusat
Data, ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam sistem komputer dan
aplikasi;
 Manual Penggunaan Sistem Aplikasi;
 Manual Operasi; dan
 Senarai lengkap aktiviti yang masih belum siap (sila rujuk perenggan
6.2.1).

6.4.4 Mengadakan Penamatan Projek Secara Rasmi

Pengurus Projek perlu mengaturkan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek


dan akhir sekali mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek bagi tujuan
kelulusan menamatkan projek. Ini merupakan mesyuarat terakhir bagi

83 | Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

You might also like