You are on page 1of 1

Berikut ialah keterangan ringkas bagi setiap pelan yang perlu disediakan.

4.4.1 Pelan Pengurusan Kualiti

Pelan ini mengenal pasti teknik dan standard/piawaian kualiti yang akan
digunakan oleh pasukan projek untuk memastikan projek dilaksanakan
mengikut kualiti yang telah dipersetujui. Ia juga menetapkan personel yang
bertanggungjawab untuk mencapai tahap kualiti yang telah ditentukan. Di
samping itu pelan ini juga mengandungi mekanisme jaminan dan kawalan
kualiti yang perlu dipatuhi.

Pasukan Kualiti perlu diwujudkan bagi setiap projek ICT yang mana
pasukan ini akan memastikan pelaksanaan projek adalah menepati tahap
kualiti yang telah ditetapkan.

Pengurus Projek hendaklah menyediakan Pelan Pengurusan Kualiti


berdasarkan maklumat yang dinyatakan di atas dengan menggunakan templat
yang disediakan dalam PPrISA seperti di PPrISA05 - Pelan Pengurusan
Kualiti. Ringkasan pengurusan kualiti bagi projek ICT berkenaan perlulah
dinyatakan dalam templat PPP (PPrISA02 perenggan 12.1). Walau
bagaimanapun, bagi projek yang tidak kompleks atau tempoh pelaksanaan
yang pendek, Pengurus Projek boleh menyediakan pelan pengurusan kualiti
yang lengkap dalam PPP, oleh itu tidak perlu disediakan pelan berasingan.

4.4.2 Pelan Pengurusan Komunikasi

Pengurusan komunikasi merupakan satu aspek penting dalam menguruskan


sesuatu projek ICT. Pelan Pengurusan Komunikasi menggariskan peranan
dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam proses komunikasi
sepanjang pelaksanaan projek. Bagi membolehkan komunikasi yang efektif
dan efisien dalam kalangan mereka terlibat dalam projek berkenaan, satu
Pelan Pengurusan Komunikasi perlu disediakan (sila rujuk PPrISA06).

51 | Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

You might also like