You are on page 1of 1

Berdasarkan pemahaman anda tentang tajuk yang dipelajari minggu ini,

jelaskan secara ringkas dalam 150-200 patah perkataan tentang pengertian kata
adjektif dan contoh penggunaan 9 kata adjektif tersebut.

KATA ADJEKTIF
Kata adjektif adalah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat suatu nama
dalam rangkai nama. Dalam rangkai kata sifat, kata adjektif hadir bersama-sama kata
keterangan darjah seperti nakal, tinggi dan sebagainya(Arbak Othman,1985). menurut
Nik Safiah Karim(2004), kata adjektif ialah kata yang menjadi unsur inti dalam frasa
adjektif dan boleh menjadi penerang kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Terdapat
9 jenis kata adjektif iaitu kata adjektif sifat/keadaan, warna, ukuran, bentuk, waktu,
jarak, cara, perasaan dan pancaindera. Contoh dalam kata adjektif sifat ialah baik,
jahat dan cerdik. Bagi kata adjektif warna, contohnya ialah merah, putih dan
sebagainya. Contoh kata adjektif ukuran ialah panjang, rendah dan tinggi manakala
kata adjektif bentuk pula ialah bulat, lonjong dan bujur. Kata adjektif waktu pula ialah
baharu, lama dan silam. Kata adjektif jarak pula misalnya jauh, dekat, nyaris dan
hampir manakala contoh kata adjektif cara pula ialah laju, lincah, deras dan pantas.
Contoh bagi kata adjektif perasaan pula ialah rindu, benci, segan, suka dan
sebagainya. Yang terakhir ialah kata adjektif pancaindera yang terdiri daripada 5 jenis
iaitu indera rasa contohnya sedap, indera pandang misalnya cantik, indera dengar
iaitu bising, indera bau contohnya harum dan indera sentuh misalnya halus.

You might also like