You are on page 1of 9

TUTORIAL 7

Huraikan fungsi klausa berserta contoh


dengan kritis.
KUMPULAN 3
MOHAMAD SHAH CHIN
DAYANG NUR AZRYNNA
NORINA
NORNAZIRAH
subjek

keterangan predikat

Fungs
i
klausa
Objek penerang

Pelengkap
Klausa bertugas sebagai subjek
• Ayat-ayat di bawah merupakan ayat pasif yang menunjukkan subjeknya terdiri
daripada klausa dan predikatnya terdiri daripada frasa kerja pasif.
Subjek (Klausa) Predikat (Frasa kerja pasif)
Bagaimana indahnya istana itu tidak dapat saya ceritakan.
Apakah hukumnya masih belum diketahui oleh masyarakat.
Dari mana dia datang tidak pernah saya persoalkan.
• Subjek dalam ayat 1-3 terdiri daripada klausa dalam bentuk ayat tanya.
• Contoh di bawah menunjukkan klausa bertugas sebagai subjek.
Predikat (Frasa) Subjek (Klausa)
Memang benar bahawa orang itu guru.
Tidak dapat dipercayai bahawa Shahrul memukul kucing itu.
Klausa bertugas sebagai predikat

Subjek (Frasa Nama) Predikat (Klausa)

Predikat Subjek
Penyakit ini ada ubatnya

Barang ini murah harganya.

Budak itu siapa namanya?

• Berdasarkan jadual di atas, ayat satu hingga tiga ialah frasa nama, tetapi predikatnya
ialah klausa dalam bentuk songsang yang terletak dihadapan manakala subjeknya di
belakang.
Klausa bertugas sebagai penerang
• Hadir selepas frasa nama yang menjadi objek ayat.
• Klausa ayat biasa boleh dipancangkan selepas frasa nama dengan objek
menggunakan kata hubung ‘bahawa’.
• Sekiranya klausa itu daripada kata tanya, klausa tersebut boleh
dipancangkan terus selepas frasa nama sebagai objek tanpa menggunakan
kata hubung bahawa dan tanda tanya.
Frasa Nama Klausa sebagai penerang

Amin mendengar khabar bahawa ibunya sihat.

Dia menerangkan penjelasan bagaimana perkara itu terjadi.


Klausa bertugas sebagai pelengkap
• Wujud selepas kata kerja transitif dalam ayat majmuk pancangan.
• Klausa asalnya ayat biasa boleh dipancangkan dengan ayat lain (klausa utama)
dengan menggunakan kata hubung ‘bahawa’.
Ayat Klausa sebagai pelengkap

Hafiz berkata bahawa kakinya sakit.

Sarah yakin bahawa dia boleh lulus peperiksaan pada


akhir tahun ini.

• Berdasarkan contoh di atas,


• Ayat (i) klausa bawahannya ialah “bahawa kakinya sakit” sesudah kata kerja tak transitif
‘berkata’
• Ayat (ii) klausa bawahannya ialah “bahawa dia boleh lulus peperiksaan pada akhir tahun ini”,
sesudah kata adjektif ;-’yakin’.
Klausa bertugas sebagai keterangan

• Hanya berlaku sekiranya terdapat ayat pancangan (ayat gabungan yang terdiri
daripada satu ayat besar dan satu klausa/ayat kecil) dan adanya kata hubung
pancangan.
• Contohnya:
• “Dia menangis kerana dia gagal dalam temuduga.”

• Klausa “dia gagal dalam temuduga” bertugas sebagai keterangan, kata ‘kerana’
ialah kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan
klausa utama.
Klausa bertugas sebagai objek

• Wujud selepas kata kerja transitif dalam ayat majmuk pancangan.


• Kata kerja transitif diikuti oleh objek.
• Contohnya:
• “Saya tidak dapat menerangkan bahawa bagaimana indahnya pulau itu.”

• Klausa bawahan dalam ayat tersebut ialah, “bahawa bagaimana indahnya pulau itu”. Kata
‘bahawa’ ialah kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan
klausa utama, “Saya tidak dapat menerangkan”.
• Oleh itu, klausa bawahan bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif “menerangkan”.

You might also like