You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan (Dua) Jalan Meru Jalan Meru,


41050 Klang, Selangor
Tel : 03-33415797
Fax : 03-33410120
Laman Web : www.moe.gov.my

Ruj. Kami : SK(2)JM 100-9/6/1


( ) Tarikh : 13 Jun 2022
Sunway Construction Sdn. Bhd
No. 12 Jalan Dataran Marvelene,
Jalan Meru
41050 Klang.
Selangor

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN TEMPAT PARKIR BERBUMBUNG


Saya dengan penuh takzim dan rendah hati merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah SK(1&2) amat memerlukan parkir
berbumbung di tepi bangunan Blok B bahagian hadapan sekolah. Sehubungan itu,
pihak sekolah memerlukan bantuan dan sumbangan daripada pihak tuan agar dapat
menyediakan parkir berbumbung di bahagian pembinaan yang sedang digunakan.
Cadangan tempat parkir berbumbung adalah seperti dalam Lampiran.

3. Pihak sekolah dengan penuh harapan memohon agar tuan dapat membantu
pihak sekolah demi kemajuan sekolah.

4. Sesungguhnya, kesudiaan tuan menghulurkan sumbangan amatlah bermakna


dan disanjung tinggi serta akan menjadi perangsang kepada kecemerlangan sekolah
ini.
Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………
(TAN CHEE KEONG) Guru Besar
SK(2) Jalan Meru

Sk. Tuan Guru Besar SK(2) Jalan Meru

You might also like