You are on page 1of 2

Garis Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor

GARIS PANDUAN
PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM
NEGERI SELANGOR

Sekolah yang hendak ditubuhkan hendaklah berteraskan ajaran Islam sepertimana yang
dikehendaki dalam Enakmen no. 2 tahun 1988 pindaan no. 7 tahun 2001 (Enakmen Pengawalan
Sekolah Agama Islam) dalam perkara 13(1).

Menubuhkan Jemaah Pengurusan Sekolah sekurang-kurangnya 7 orang warganegara Malaysia, beragama


Islam dan berumur 21 tahun ke atas. Jemaah Pengurusan Sekolah bertanggungjawab menguruskan
penubuhan dan pendaftaran sesebuah Sekolah Agama Islam seperti berikut;

1. Mengemukakan surat permohonan/hasrat penubuhan Sekolah Agama Islam yang ditujukan kepada
Pendaftar Sekolah Islam (Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor) melalui Pegawai Tadbir Agama
Daerah. Pihak Bahagian Pendidikan Islam akan memberikan maklumbalas secara bertulis.
2. Mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah (borang putih).
3. Melengkapkan syarat dan keperluan untuk Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam.
4. Menghantar borang permohonan yang lengkap ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam
Daerah (PAID).
5. Melampirkan Minit Mesyuarat yang lengkap dengan maklumat-maklumat berikut:-
i) Nama sekolah dan alamat
ii) Jenis sekolah
iii) Senarai nama Jemaah Pengurusan Sekolah bersama jawatan yang disandang.
Salinan Kad Pengenalan yang disahkan (sediakan lampiran)
(Minima 7 orang warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 21 tahun ke atas)
iv) Kadar bayaran yuran sekolah
v) Kurikulum yang digunakan*
vi) Status tanah / premis (milik sendiri, sewa, wakaf & lain-lain (nyatakan……….…….))
(sediakan lampiran bagi dokumen yang berkaitan)
vii) Sesi Pengajian (Pagi, Pagi & Petang, Petang atau Sepenuh Masa)
viii) Maklumat Pelajar (sediakan lampiran)
ix) Maklumat Guru (sediakan lampiran)
6. Minit mesyuarat disahkan oleh Pengerusi Jemaah Pengurusan
7. Surat akuan/kebenaran daripada pemilik tanah/premis kepada Jemaah Pengurusan untuk kegunaan
Sekolah Agama Islam
8. Semua guru hendaklah mengikuti Kursus Perakuan Mengajar dan lulus dalam ujian yang berkaitan**
9. Mendapatkan sokongan daripada Pejabat Kesihatan Negeri / Daerah**
10. Mendapatkan sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri / Daerah**
11. Mendapatkan sokongan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (jika berkaitan)**

* Kurikulum Agama wajib menggunakan kurikulum MAIS/JAIS kecuali kurikulum yang telah disahkan oleh MAIS. Kurikulum
Kebangsaan : Pra Sekolah (KPSK) , Sek. Rendah (KSSR), Sek. Menengah (KSSM, KBD, KBT) wajib mendaftar dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
**Perkara 7 hingga 10 adalah syarat bagi kelulusan Perakuan Pendaftaran Penuh

Unit Pengawalan Sekolah Islam


Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor
Carta Alir Proses Kerja Penubuhan dan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor

CARTA ALIR
PROSES KERJA:
PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA ISLAM
NEGERI SELANGOR
(PERAKUAN PENDAFTARAN SEMENTARA)

Tulis surat permohonan /surat hasrat menubuhkan Sekolah Islam kepada


Pendaftar Sekolah Islam (Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor) melalui
Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

Hantar ke PAID.

PAID memanjangkan surat ke Bahagian Pendidikan Islam (BPI)

Ada halangan BPI jawab tiada halangan surat permohonan /surat hasrat secara
bertulis beserta Borang Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran
Sekolah Agama Islam Negeri Selangor (borang putih)

Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Penubuhan dan


Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor (borang putih)

Hantar ke PAID

PAID semak borang dan dokumen permohonan menggunakan Senarai


Tidak Lengkap
Semak/Checklist Mengurus Permohonan Penubuhan dan Pendaftaran
Sekolah Agama Islam Negeri Selangor

PAID membuat pemantauan premis menggunakan Borang Instrumen


Pemantauan Penubuhan/Pendaftaran Sekolah Islam Negeri Selangor

PAID beri surat sokongan bersama dokumen ke BPI, JAIS

Tidak Lengkap BPI semak permohonan menggunakan Senarai Semak/Checklist


Mengurus Permohonan Pendaftaran Sekolah Agama Islam Negeri Selangor

BPI keluarkan Perakuan Pendaftaran Sementara (1 Tahun)

Proses selesai untuk Perakuan Pendaftaran Sementara.


Pihak Jemaah Pengurusan perlu menguruskan proses Pendaftaran penuh
dengan segera.

You might also like