You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni Papar


Peti Surat 189
89608 Papar Tel: 088-912337
SABAH Fax: 088-915499

Rujukan :SMKBEN.200-/7/1/5(01)
Tarikh :01 November 2021

Koperasi Sdn Bhd,


SMK Benoni,
Papar.

Melalui:
Pengetua,
SMK Benoni,
Papar.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENYELENGGARAAN KECIL TALANG AIR DI


KAWASAN SURAU DAN ASRAMA PEREMPUAN DI SMK BENONI, PAPAR. (RM: 1,500)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan dengan anggaran
RM1,500.00 (Ringgit: Seribu Lima Ratus Ringgit Sahaja) bagi menampung perbelanjaan
penyelenggaraan kecil iaitu menukar talang air yang sudah reput dan rosak di kawasan
sepanjang jalan ke surau dan Asrama Perempuan.

3. Pihak sekolah berharap agar permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak
tuan. Sekian dan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD JAYA BIN KASSIM


Guru Pembangunan dan Keselamatan
SMK Benoni,
Papar.

s.k fail

You might also like