You are on page 1of 20

TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN

1.O PENDAHULUAN
MURID TINGKATAN 3 YANG MEMPELAJARI MATA PELAJARAN ASAS SAINS
KOMPUTER DIBERIKAN TUGASAN UNTUK MEMBUAT KERJA KURSUS UNTUK
MENAMBAHKAN MARKAH DI DALAM PEPERIKSAAN SEBANYAK 30%. TAJUK
YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA IALAH MEMBINA ATURCARA MENGETAHUI
JUMLAH FAEDAH DAN SIMPANAN BERDASARKAN KADAR FAEDAH DAN
BILANGAN TAHUN.

PERKARA DISEMBER
M1 M2 M3 M4
1) ANALISIS MASALAH

2) REKA BENTUK

3) PENGEKODAN

4) PENGUJIAN & NYAPIJATAN

5) DOKUMENTASI

6) PEMBENTANGAN

2.0 CARTA GRANTT


3.0 FASA ANALISIS MASALAH
3.1) TEKNIK LERAIAN
Teknik leraian ini digunakan untuk menganalisis masalah dengan memecahkan
masalah yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dengan
kaedah ini, saya akan dapat memecahkan masalah untuk mengira jumlah
faedah dam simpanan kepada bahagian yang lebih kecil dengan lebih mudah.

(a) Masalah Besar


-Membina atur cara mudah bagi mengetahui jumlah faedah dan simpanan
berdasarkan kadar faedah dan tempoh simpanan dalam tahun.
(b) Masalah Kecil
-Mengira jumlah faedah
-Mengira jumlah simpanan

4.0 FASA REKA BENTUK ATUR CARA


4.1) TEKNIK PENGECAMAN CORAK
Selepas meleraikan masalah besar, setiap masalah kecil akan dianalisis untuk
mengecam corak-corak yang tertentu sekiranya ada. Ini dapat membantu
dalam mencari penyelesaian masalah dengan lebih efisein.
Persamaan Perbezaan
Menggunakan Mendapatkan nilai prinsipal,
pemboleh ubah yang kadar faedah dan tempoh
Pengiraan jumlah
sama iaitu prinsipal, simpanan dalam tahun.
faedah.
kadar faedah dan
Kemudian kira jumlah faedah
tempoh simpanan
dengan mendarabkan ketiga-tiga
dalam tahun.
nilai tersebut.
Prinsipal x kadar faedah x tempoh
simpanan dalam tahun.

Mendapatkan nilai prinsipal,


kadar faedah dan tempoh
Pengiraan jumlah
simpanan dalam tahun.
simpanan.
Kemudian kira jumlah faedah
dengan cara berikut:
Prinsipal + (Prinsipal x kadar
faedah x tempoh simpanan dalam
tahun).

4.2) TEKNIK PENISKALAAN


Setelah corak-corak dicamkan, corak-corak tersebut diteliti untuk
meninggalkan aspek-aspek kurang penting dan memberikan penekanan
terhadap aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam penyelesaian
masalah.
PENENTUAN ASPEK-ASPEK PENTING

Pengiraan jumlah faedah. (i) Nilai prinsipal, kadar faedah dan tempoh
simpanan dalam tahun.
(ii) Formula Matematik :
Prinsipal x kadar faedah x tempoh simpanan dalam
tahun.

Pengiraan jumlah simpanan. (i) Nilai prinsipal, kadar faedah dan tempoh
simpanan dalam tahun.
(ii) Formula Matematik:
Prinsipal + (Prinsipal x kadar faedah x tempoh
simpanan dalam tahun).

4.3) TEKNIK PENGITLAKAN


Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada leraian dan peniskalaan
masalah yang dilakukan, algoritma yang diperlukan untuk menyelesaikan
masalah pengiraan jumlah faedah dan jumlah simpanan boleh ditentukan.
4.3.1) Pseudokod
1. Mula
2. Masukkan prinsipal, kadar faedah dan tempoh simpanan dalam tahun
3. Kira
3.1 Jumlah faedah = Prinsipal x kadar faedah x tempoh simpanan dalam
tahun.
3.2 Jumlah simpanan = Prinsipal + (Prinsipal x kadar faedah x tempoh
simpanan dalam tahun).
4. Papar jumlah faedah dan jumlah simpanan
5. Tamat

4.3.2 Carta Alir

Mula

Masukkan prinsipal, kadar faedah dan


tempoh simpanan dalam tahun.

Kira jumlah faedah = Prinsipal x kadar faedah x tempoh


simpanan dalam tahun.

Kira jumlah simpanan = Prinsipal + (Prinsipal x kadar faedah x


tempoh simpanan dalam tahun).

Papar jumlah faedah dan jumlah simpanan.

Tamat
5.0 FASA PENGEKODAN
5.1) TEKNIK LERAIAN
Semasa fasa pengekodan, saya menggunakan Teknik leraian untuk mengenal
pasti komponen masalah ketika menulis kod arahan. Di bawah merupakan
penggunaan teknik leraian bagi mengatasi masalah kod arahan.

Masalah Besar

. Mengekod algoritma, mengira jumlah faedah dan jumlah simpanan


berdasarkan kadar faedah dan tempoh simpanan dalam tahun.

Masalah Kecil

. Pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar


. Menulis kod input
. Menulis kod proses
. Menulis kod output
5.1) TEKNIK PENGECAMAN CORAK
Teknik ini memberikan penekanan kepada pemboleh ubah bagi input kerana
kedua-duannya menunjukkan corak yang sama. Nilai bagi pemboleh ubah pula
merupakan corak yang berbeza kerana pengguna boleh memasukkan sebarang
nilai yang ingin diuji bagi mendapatkan jumlah faedah dan jumlah simpanan.

i) Pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar


- Pemboleh ubah untuk menyimpan nilai
ii) Input
- Pengguna memasukkan satu nilai numerik untuk simpanan, kadar faedah dan
tempoh simpanan dalam tahun.

iii) Proses
- Kira = jumlah faedah ( prinsipal*kadar faedah*tempoh simpanan dalam
tahun)
- Kira = jumlah simpanan (prinsipal + (prinsipal*kadar faedah*tempoh
simpanan dalam tahun))
iv) Output
- Papar jumlah

5.2) TEKNIK PENISKALAAN


Aspek-aspek penting bagi setiap bahagian masalh kecil adalah berlainan.
Berikut menunjukkan kod arahan bagi input, proses dan output.
i) pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar

.Pemboleh ubah untuk menyimpan


- Prinsipal
- Kadar faedah
- Tempoh simpanan dalam tahun

. Semua pemboleh ubah yang terlibat diisytihar sebagai float

ii) Input
prinsipal = float(input(“nMasukkan prinsipal))
kadarfaedah = float(input(“nMasukkan kadar faedah))
tempohsimpanandalamtahun = float(input(nMasukkan tempoh simpanan
dalam tahun))
iii) Proses
jumlahfaedah = prinsipal * kadarfaedah * tempohsimpanandalamtahun
jumlahsimpanan = prinsipal + (prinsipal * kadarfaedah *
tempohsimpanandalamtahun)
iv) Output
print("\n\nJumlah faedah berdasarkan kadar faedah dan tempoh simpanan
dalam tahun ialah",jumlahfaedah)
print("\n\nJumlah simpanan berdasarkan kadar faedah dan tempoh simpanan
dalam tahun ialah",jumlahsimpanan)

6.0 FASA PENGUJIAN ATUR CARA DAN PENYAHPEPIJATAN RALAT


Dalam fasa ini, pengatur cara akan:
(a) Menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan
sebarang ralat yang terdapat pada atur cara.
(b) Mengenal pasti ralat-ralat yang ada. Terdapat tiga jenis ralat iaitu:

(i) Ralat sintaks (syntax error)


Ralat yang disebabkan oleh pengguna sintaks sesuatu bahasa
pengaturcaraan yang tidak betul dalam penulisan satu atur cara

(ii) Ralat masa larian (runtime error)


Ralat yang disebabkan oleh kemasukan data yang tidak menepati kehendak
arahan. Ralat ini akan menyebabkan pelaksanaan atur cara terhenti secara
tiba-tiba dengan mengeluarkan paparan mesej ralat yang tertentu.

(iii) Ralat logik (logical error)


Ralat yang disebabkan oleh kesilapan logik pengatur cara sehingga
menyebabkan atur cara menghasilkan output yang salah.
6.1) TEKNIK LERAIAN

Selepas meleraikan masalh besar kepada bahagian-bahagian kecil,


pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat dapat dilakukan
secara berperingkat seperti berikut:

(A) Masalah Besar


- Mengenal pasti dan membaiki ralat pada keseluruhan ralat
(B) Bahagian-bahagian Kecil
- Menguji pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
- Menguji kod input
- Menguji kod proses
- Menguji kod output

6.2) TEKNIK PENGECAMAN CORAK


Tujuan utama proses pengujian kod arahan adalah untuk memastikan atur cara
berfungsi dengan baik dan memaparkan output yang betul. Semasa proses
pengujian, jenis mesej ralat yang diterima atur cara sesuatu atur cara
beertindak perlu dikenal pasti. Setiap ralat yang ditemui perlu dikenal pasti ciri-
ciri persamaan dan perbezaannya. Pengecaman corak-corak ini dapat
membantu saya dalam mengenal pasti jenis-jenis ralat yang ditemui, iaitu ralat
sintaks, ralat masa larian atau ralat logik.
Pengecaman corak boleh dibuat berdasarkan mesej ralat yang dipaparkan
semasa pengujian. Paparan mesej ralat itu sendiri merupakan corak yang
dicamkan. Persamaan corak pada mesej ralat membolehkan saya mengenal
pasti ralat tersebut.
Jenis ralat Contoh paparan mesej ralat
Ralat sintaks Semua paparan mesej ralat mempunyai perkataan invalid
syntax.

Ralat masa Semua paparan mesej ralat akan menyatakan baris yang mana
larian kod arahan adalah salah. Contohnya line 13.

Ralat logik Semua paparan akan menunjukkan data input dan maklumat
output tetapi outputnya tidak betul.

6.3) TEKNIK PENISKALAAN


Teknik ini digunakan semasa penyahpepijatan dengan memberikan penekanan
kepada aspek penting untuk menyapepijat ralat, iaitu mengetahui sintaks
bahasa pengaturcaraan, cara untuk mengesan ralat atau kedudukan ralat dan
logik sesuatu atur cara. Penyahpepijatan ialah proses mencari dan membaiki
ralat yang berlaku.
i) Menguji Semua pemboleh ubah diisytiharkan dengan betul dari segi :
pengisytiharan
pemboleh ubah . Jenis data
dan pemalar

. Kesesuaian nama dan nama dieja dengan betul


. Diberikan nilai permulaan (initialised)

ii) Menguji kod Pastikan pemboleh prinsipal, kadar faedah dan tempoh
arahan input simpanan dalam tahun digunakan untuk menyimpan nilai yang
dimasukkan oleh pengguna.

iii) Menguji kod


arahan proses .Formula yang digunakan adalah betul
.Logik atau susunan adalah betul
iv) Menguji kod
arahan output . Output yang dipaparkan adalah tepat dan betul
. Format output adalah seperti yang dikehendaki

6.4) TEKNIK PENGITLAKAN


Teknik ini melibatkan pembinaan model bagi proses pengujian dan
penyapepijatan atur cara. Di bawah menunjukkan senarai semak yang boleh
saya bina selepas proses pengujian dan penyahpepijatan atur cara yang telah
saya lakukan.

LANGKAH-LANGKAH MENGUJI DAN MENYAPEPIJAT


(I) Pengujian dan penyahpepijat secara manual
(a) Semak kesesuaian nama pemboleh ubah.
(b) Sintaks kod arahan adalah betul.
(c) Logik dan susunan kod-kod arahan adalah betul.
(d) Formula matematik adalah betul.
(e) Gunakan sampel data untuk menguji atur cara.

(II) Pengujian dan penyahpepijatan semasa pelaksanaan atur cara


(a) Laksanakan atur cara
(b) Baca dan fahami mesej
(c) Kenal pasti lokasi ralat dan baiki ralat
(d) Ulang langkah (a) hingga (c) sehingga tiada mesej ralat.
(e) Semak output menggunakan beberapa set sampel data.

7.0 FASA DOKUMENTASI


Dalam fasa dokumentasi ini, pengatur cara akan menyediakan dokumentasi
dalaman dan dokumentasi luaran. Berikut menunjukkan definisi serta tujuan
dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran.
Dokumentasi Dalaman Dokumentasi Luaran

Definisi Dokumen yang akan


dijadikan rujukan oleh . Dokumen yang akan digunakan oleh
pengatur cara baharu pengguna akhir sesuatu atur cara.
dalam sebuah
organisasi. . Terbahagi kepada dokumen Pustaka
dan panduan pengguna.
Tujuan
. Membantu pengatur . Dokumen pustaka memberikan
cara baharu untuk maklumat tentang perisian, perkakasan,
memahami atur cara algoritma atur cara dan kod arahan atur
yang telah cara kepada pengguna akhir.
dibangunkan.
. Memudahkan
penyenggaraan
sesuatu aplikasi atau
. Panduan pengguna memberikan
maklumat kepada pengguna akhir
atur cara.
tentang pemasangan dan cara
pelaksanaan atur cara yang telah
dibangunkan.

7.1) TEKNIK LERAIAN


Meleraikan dokumentasi yang perlu disediakan kepada jenis dan bahagian-
bahagian yang kecil. Berikut menunjukkan penggunaan teknik leraian semasa
menyediakan dokumentasi.
a) Masalah Besar Menyediakan dokumentasi

b) Bahagian-bahagian Kecil (i) Dokumentasi Dalaman

(ii) Dokumentasi Luaran


- Dokumen Pustaka
- Panduan Pengguna
7.2) TEKNIK PENGECAMAN CORAK
(a) Dokumentasi Dalaman Maklumat penting tentang atur cara merupakan corak
yang telah dicamkan. Komen tentang tujuan dan
fungsi dilakukan oleh setiap bahagian atau barisan kod
arahan.
(b) Dokumentasi Luaran Maklumat teknikal tentang atur cara untuk tujuan
[Dokumen Pustaka] rukukan, penyelenggaran dan penambahbaikan.
(c) Panduan Pengguna Maklumat tentang cara menggunakan atau
melaksanakan arahan

7.3) TEKNIK PENISKALAAN


Penggunaan Teknik ini adalah amat sesuai. Hal ini kerana penulisan komen
perlu diberikan perhatian kerana penulisan komen akan membantu pengatur
cara mengingat semula atau membantu pengatur cara lain memahami maksud
segmen kod yang ditulis.
Penetuan aspek-aspek penting terdiri daripada:
(a) Dokuemtasi Dalaman
Penulisan komen untuk merangkan fungsi setiap bahagian atau sesuatu baris
kod arahan
(b) Dokumentasi Luaran [Dokumen Pustaka]
Maklumat yang diperlukan oleh seseorang pengatur cara:
- Tarikh
- Nama pengatur cara
- Tujuan / kegunaan atur cara
- Keperluan system pengendalian
- Keperluan perkakasan
- Keperluan perisian
- Algoritma (pseudokod dan carta alir)
- Kod arahan
(c) Dokumentasi Luaran [Panduan Pengguna]
Maklumat yang diperlukan oleh seseorang pengguna seperti:
- Nama dan tujuan atur cara
- Keperluan sistem pengendalian dan perisian
- Cara penggunaan

7.4) TEKNIK PENGITLAKAN


Teknik yang paling terakhir ini perlu menghasilkan satu dokumentasi yang
sebenar.

DOKUMEN PUSTAKA (LIBRARY DOCUMENTATION)


Keperluan Sistem Pengedalian Windows/Mac OS X/Linux

Keperluan Persian Python 3.6.5


Keperluan Ingatan Minimum 2GB
Pseudokod
1 Mula
2 Masukkan prinsipal, kadar faedah dan tempoh simpanan dalam tahun
3 Kira
3.1 Jumlah faedah = Prinsipal x kadar faedah x tempoh simpanan dalam
tahun.
3.2 Jumlah simpanan = Prinsipal + (Prinsipal x kadar faedah x tempoh
simpanan dalam tahun).
4 Papar jumlah faedah dan jumlah simpanan
5 Tamat
Kod Arahan
Carta Alir
PANDUANMula
PENGGUNA
Memuat turun perisian
1. Taipkan alamat URL berikut: https://www.python.org/downloads/ .
2. Paparan berikut akan diperhatikan, pilih versi Python 3.6.5 dan klik Download.
Masukkan prinsipal, kadar faedah dan
tempoh simpanan dalam tahun.

Kira jumlah faedah = Prinsipal x kadar faedah x tempoh


simpanan dalam tahun.

3. Pengguna Windows sila klik pada versi Windows x86 executable installer. Fail
bernama python-3.6.5.exe akan mula dimuat turun ke dalam folder Downloads.

Kira jumlah simpanan = Prinsipal + (Prinsipal x kadar faedah x


tempoh simpanan dalam tahun).

Papar jumlah faedah dan jumlah simpanan.

Tamat
Memasang perisian
1. Dwiklik pada fail python-3.6.5.exe yang siap dimuat turun.
2. Tetingkap Open File – Security Warning akan muncul dan klik Run. Pilih Install Now.

3. Selepas siap memasang perisian, tutup semua tetingkap.


4. Klik Start Button >> All Program >> Python 3.6 >> IDLE (Python 3.6 32-bit).

5. Ikon Python akan muncul pada Taskbar. Klik pada ikon Python.

6. Python 3.6.5 Shell akan dipaparkan. Klik File >> New File
8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
(a) Ringkaskan atur cara supaya lebih mudah.
(b) Menggunakan bahasa yang betul agar lebih mudah difahami oleh
pengguna.
(c) Menghasilkan atur cara bagi kegunaan yang lain.

9.0 PENUTUP
Dengan ini, saya dapat mempelajari cara membuat atur cara bagi mengira
jumlah faedah dan simpanan berdasarkan kadar faedah dan tempoh simpanan
dalam tahun. Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara mengetahui
penggunaan Teknik komputasional dan atur cara Python.

10.0 RUJUKAN
(I) Buku Teks
- Wan Zaleha binti Wan Jusoh , Mathan a/l Balaraman , Looi Kam Fatt , Yap
Thin Peng , Asas Sains Komputer Tingkatan 3 , PAN ASIA PUBLICATIONS SDN.
BHD. 2018 .
(II) Internet
- https://www.python.org/downloads/

- http://online.anyflip.com/ngwnu/xxzu/mobile/

11.0 LAMPIRAN

You might also like