You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh : 12 Ogos 2023
Kepada

PENGARAH
BAHAGIAN HAL EHWAL PEMBANGUNAN PELAJAR & ALUMNI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KEJURUTERAAN
14300 NIBONG TEBAL
PULAU PINANG

Tuan,

PEMOHONAN KEBENARAN SEWAAN KOLEJ KEDIAMAN DESASISWA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kontinjen Olahraga Daerah Kuala Muda Yan, ingin mengadakan latihan pusat olahraga
di Komplek Sukan Universiti tuan sebagai persediaan ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Kedah yang bakal berlangsung pada bulan September nanti. Sehubungan itu,
pihak kami ingin memohon kebenaran dari pihak tuan untuk membenarkan kami menginap di
Desasiswa mengikut ketetapan di bawah:

Hari : Isnin hingga Khamis


Tarikh : 21 Ogos – 24 Ogos 2023
Bilangan murid : 50 org murid lelaki
: 35 org murid perempuan
: 4 org guru lelaki
: 4 org guru perempuan

3. Jika pihak tuan, mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas sila hubungi
Pn Aiza Salwa bt Alwi selaku Pengurus Kontinjen di talian 0127001914. Sehubungan itu, saya
berharap agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya. Segala kerjasama dan
keprihatinan tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Yang benar,

...........................................................
AIZA SALWA BT ALWI
PENGURUS KONTINJEN
PASUKAN KUALA MUDA YAN

You might also like