You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh : 15 Ogos 2023
Kepada

PENGARAH
PERBADANAN STADIUM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ASTAKA UTAMA,
STADIUM DARUL AMAN,
LEBUHRAYA DARUL AMAN
05100 ALOR SETAR
KEDAH

Tuan,

PEMOHONAN KEBENARAN SEWAAN STADIUM NEGERI UNTUK LATIHAN PUSAT


OLAHRAGA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kontinjen Olahraga Daerah Kuala Muda Yan, ingin mengadakan latihan pusat sebagai
persediaan ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kedah yang bakal
berlangsung pada bulan September nanti. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon
kebenaran dari pihak tuan untuk menggunakan balapan Stadium Negeri bagi tujuan tersebut.
Butiran jadual Latihan pusat mengikut ketetapan di bawah:

Hari : Rabu
Tarikh : 16 Ogos 2023
Masa : 8.00 – 12.30 tengahari

Untuk makluman, pihak kami juga memerlukan bantuan peralatan bagi acara pagar (hurdle) dan
acara lompat tinggi.

3. Jika pihak tuan, mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas sila hubungi
Pn Aiza Salwa bt Alwi selaku Pengurus Kontinjen di talian 0127001914. Sehubungan itu, saya
berharap agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya. Segala kerjasama dan
keprihatinan tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Yang benar,

...........................................................

You might also like