You are on page 1of 12

KEMENTERIAN

KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

SISTEM PENDIDIKAN
MRSM
Info MRSM
Senarai Program Sistem Pendidikan MRSM
Info Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Program Bantuan Dan Kebajikan MRSM
INFO MRSM
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah
kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW),
sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam
melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan
cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

1 | Sistem Pendidikan MRSM


MAKTAB
RENDAH SAINS
MARA (MRSM)

SISTEM PENDIDIKAN MRSM

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

PROGRAM BANTUAN & KEBAJIKAN MRSM


PROGRAM

SENARAI PROGRAM SISTEM


PENDIDIKAN MRSM
MRSM PROGRAM PREMIER (TINGKATAN 1 DAN 4)

MRSM PROGRAM IGCSE (TINGKATAN 1)

MRSM PROGRAM ULUL ALBAB (TINGKATAN 1)

MRSM PROGRAM TEKNIKAL (TINGKATAN 1)

MRSM PROGRAM BITARA (TINGKATAN 4)

3 | Sistem Pendidikan MRSM


TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4

MRSM PROGRAM
PREMIER

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan
kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan
Sahsiah.
LOKASI MRSM: PERAK
MRSM GERIK
JOHOR MRSM LENGGONG KEDAH
MRSM BATU PAHAT MRSM PASIR SALAK MRSM BALING
MRSM MERSING MRSM PENGKALAN HULU MRSM MERBOK
MRSM MUAR MRSM SULTAN AZLAN SHAH MRSM PDRM KULIM
MRSM TUN DR ISMAIL MRSM FELDA TROLAK MRSM PENDANG
(TING 4 SAHAJA)

PERLIS PULAU PINANG KELANTAN


MRSM BESERI MRSM BALIK PULAU MRSM JELI
MRSM ARAU MRSM TRANSKRIAN MRSM KUALA KRAI
MRSM PASIR TUMBOH

TERENGGANU
MRSM KUALA BERANG MELAKA NEGERI SEMBILAN
MRSM KUALA TERENGGANU MRSM TERENDAK MRSM SERTING
MRSM BESUT

PAHANG SABAH SARAWAK


MRSM MUADZAM SHAH MRSM KOTA KINABALU MRSM BETONG
MRSM TUN GHAZALI SHAFIE MRSM TUN MUSTAPHA MRSM KUCHING
MRSM TUN MOHAMMAD MRSM MUKAH
FUAD STEPHENS MRSM BINTULU
MRSM RANAU
SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
• Calon perlu memohon secara dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau lahir pada
2 Jan 2008 hingga 1Januari 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan

4 | Sistem Pendidikan MRSM


TINGKATAN 1

MRSM PROGRAM
IGCSE

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program
pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan
Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan
serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur
13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British
GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran
pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun Tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) semasa Tingkatan 5.
LOKASI MRSM:
MELAKA JOHOR NEGERI SEMBILAN
MRSM ALOR GAJAH MRSM JOHOR BAHRU MRSM KUALA KLAWANG

KEDAH PAHANG KELANTAN


MRSM KUBANG PASU MRSM KUANTAN MRSM TUMPAT
MRSM LANGKAWI MRSM TUN ABDUL RAZAK

PERAK SELANGOR SABAH


MRSM PARIT MRSM KUALA KUBU BHARU MRSM KOTA KINABALU

SARAWAK
MRSM KUCHING

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
• Calon perlu memohon secara dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM (UKKM).
• Calon wajib menduduki Ujian Khas IGCSE.
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024.
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan

5 | Sistem Pendidikan MRSM


TINGKATAN 1

MRSM PROGRAM
ULUL ALBAB

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan
dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan
Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bermatlamat melahirkan
ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai
kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

LOKASI MRSM:
TERENGGANU NEGERI SEMBILAN PULAU PINANG
MRSM KOTA PUTRA MRSM GEMENCHEH MRSM KEPALA BATAS

SELANGOR SABAH PERAK


MRSM SUNGAI BESAR MRSM SEMPORNA MRSM BAGAN DATUK
MRSM FELDA TROLAK

PAHANG
MRSM ATM BERA

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan / atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
• Calon perlu memohon secara dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM (UKKM).
• Calon wajib menduduki Ujian Khas Ulul Albab
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024.
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan

6 | Sistem Pendidikan MRSM


TINGKATAN 1

MRSM PROGRAM
TEKNIKAL

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan
dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul
keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan
pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan
Sahsiah.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu
Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT)
yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan
sebagai subjek elektif pilihan wajib.

LOKASI MRSM:
PAHANG
MRSM BETONG

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
• Calon perlu memohon secara dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon wajib menduduki Ujian Khas Teknikal
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024.
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

7 | Sistem Pendidikan MRSM


TINGKATAN 4

MRSM PROGRAM
BITARA

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan
dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah,
modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti
sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus
Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta
potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan,


pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang
mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

LOKASI MRSM:

PERAK MELAKA KELANTAN


MRSM TAIPING MRSM TUN GHAFFAR BABA MRSM PENGKALAN CHEPA

SYARAT KEMASUKAN :
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
• Calon perlu memohon secara dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan
Kemasukan MRSM (UKKM)
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009 bgi calon Tingkatan 4 2024.
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

8 | Sistem Pendidikan MRSM


INFO UJIAN
Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

MATEMATIK
MASA MENJAWAB: 35 MINIT
JUMLAH SOALAN: 30 SOALAN OBJEKTIF & SUBJEKTIF

BAHASA MELAYU
MASA MENJAWAB: 30 MINIT
JUMLAH SOALAN: 30 SOALAN OBJEKTIF

SAINS
MASA MENJAWAB: 35 MINIT
JUMLAH SOALAN: 30 SOALAN OBJEKTIF

KEPERIBADIAN
MASA MENJAWAB: 30 MINIT
JUMLAH SOALAN: 80 SOALAN OBJEKTIF

SEMUA CALON WAJIB MENDUDUKI UKKM


SEMUA CALON TINGKATAN 1 YANG MEMBUAT PILIHAN PROGRAM ULUL ALBAB, IGCSE DAN
TEKNIKAL PERLU MENDUDUKI UJIAN KHAS YANG DITETAPKAN OLEH MARA

9 | Sistem Pendidikan MRSM


BANTUAN KEWANGAN
MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah.
Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar,
pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

• PROGRAM BANTUAN UNTUK PENDIDIKAN (BUDI)


Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan kewangan
BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. Bantuan kewangan diberikan kepada
pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian Wang Saku (WS) dan
penyediaan barangan persekolahan pelajar seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian
sukan, alatan persekolahan serta keperluan asas asrama.

• PEMBERIAN WANG SAKU (WS)


Wang Saku (WS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh MARA kepada pelajar yang
layak sepanjang mereka berada dalam sistem MRSM. Pemberian ini tertakluk kepada syarat yang
ditetapkan.

• PENGECUALIAN BAYARAN WANG CARUMAN (WC)


Pengecualian bayaran Wang Caruman (WC) diberikan kepada pelajar B40 yang berkelayakan
sepanjang tempoh pengajian di MRSM. Pengecualian ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

10 | Sistem Pendidikan MRSM


M A J L I S A M A N A H R A K YA T
Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja MARA, 50609 Kuala Lumpur
Tel: 03-2613 2000

You might also like