You are on page 1of 3

SK ULU TUNGKU

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH


KERAJAAN (JKPAK) SEKOLAH

BILANGAN MESYUARAT : 02/2023


TARIKH :
HARI :
TEMPAT : Bilik Guru SK Ulu Tungku
MASA : 10.00 pagi
KEHADIRAN :

NAMA JAWATAN
1. Asnan Bin Labatu - Guru Besar
2. Muhammad Isha Bin Jutor - Penolong Kanan HEM
3. A Iswan Bin Ismail - Penolong Kanan Pentadbiran
4. Adnan Bin Datu Mutalib - Guru
5. Salamie Binti Samin - Guru
6. Mohd Murdin Bin Suib - Guru Pemulihan
7. Aslina Bin Ali - Guru
8. Asmiati Binti Agus - Guru Prasekolah
9. Muhamad Quddus Bin Ramlan - Guru
10. Ibrahem Bin Sapiuddin - Guru
11. Siti Rahimah Binti Abu Hassan - Guru
12. Syalina Binti Ag Besar - Guru
13. Saloma binti Isib - Pembantu Tadbir N22
14. Safina Binti Ariffin @ Alpin - PPM N22
15. Nurafida Binti Aidi - Pembantu Operasi N11

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pentadbir dan guru-guru yang
terlibat untuk bersama-sama menyertai Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan kali
kedua bagi tahun 2021 secara Google Meet disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANGKAN & MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

2.1 Guru Besar telah membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih
Kerajaan Bil 01/2021 tanpa sebarang pindaan.

2.2 Dicadangkan oleh : En Muhammad Isha Bin Jutor


Disokong tanpa pindaan : En Ibrahem Bin Sapiuddin

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Guru Besar mengingatkan guru-guru agar memandang serius isu anjing yang berkeliaran
di sekitar sekolah dan perlu ditanggani dengan serius. Tindakan yang akan diambil dalam
masa terdekat adalah membuat permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu
seperti melantik kontraktor untuk membaiki pagar sedia ada dan membuat pagar baru di
sekitar sekolah.

4.2 Guru Besar memaklumkan tahun ini sekolah akan menerima alat pemadam api yang baru
dan alat pemadam api yang lama akan di selenggara untuk memastikan ianya masih boleh
digunakan.

4.3 Guru Besar mengingatkan kepada AJK agar melaksanakan pelabelan ‘Hak Milik
Kerajaan’ ke atas barangan aset kerajaan sekolah. AJK boleh merujuk kepada beberapa
sekolah yang cemerlang dalam pelabelan aset.

4.4 Guru Besar mencadangkan pelabelan boleh dilaksanakan dengan membahagikan blok
sekolah dan memfokuskan kepada blok bangunan yang disasarkan pada satu-satu masa
bagi melaksanakan pelabelan dan sebagainya. Guru-guru juga boleh menyediakan plan
kerja serta tempoh pelaksaan pelabelan agar pelaksanaan lebih teratur dan berfokus.

5.0 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET

5.1 Tiada sebarang laporan berkaitan pemeriksaan aset.


Tindakan : Makluman
6.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

6.1 Guru Besar memaklumkan bahawa bahan-bahan yang hendak dilupuskan perlu disimpan
dengan baik oleh pihak sekolah sementara menunggu tindakan yang selanjutnya oleh
pihak yang berkenaan.
Tindakan : Pegawai Pelupusan Aset

7.0 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ DAN TATATERTIB

7.1 Tiada sebarang laporan berkaitan tindakan surcaj dan tatatertib.


Tindakan : Makluman

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Pn Aslina mencadangkan pelabelan ‘Hak Milik Kerajaan’ hanya digunakan untuk aset
kekal mengunakan permanent marker atau waterproof sticker. Contohnya pada penghawa
dingin.
8.2 Pn Aslina juga mengingatkan agar semua aset bawah jagaan guru-guru dijaga dengan
baik dan dilabelkan dengan sempurna.

8.3 Pn Asmiati mencadangkan agar bahagian aset menyediakan Sticker ‘Hak Milik Kerajaan’
tersebut dan menyerahkan kepada wakil setiap pemegang aset bagi memudahkan
pelabelan dilakukan.

Tindakan : Makluman

9.0 PENUTUP

9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menutup mesyuarat dengan Surat Al-Asr dan
menangguhkan mesyuarat pada jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh :-

_______________________
Pn. Saloma Binti Isib
Pembantu Tadbir

Tarikh : 25 Februari 2021

You might also like