You are on page 1of 127

EDARAN TERHAD

BUKU PANDUAN
LITERASI
UNDANG-UNDANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

EDARAN TERHAD
Hak Cipta 2022, Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Hak Cipta Terpelihara :


Tidak dibenarkan menyalin mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan Buku
Panduan Literasi Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia ini dalam apa jua bentuk
dan dengan apa cara sekali pun sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan
penulis.

Diterbitkan oleh :

Bahagian Psikologi dan Kaunseling


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Telefon: 03 88721681
Faks: 03 88721680

Rekabentuk dan dicetak oleh :

KOYAK KREATIF VENTURE


SH9A, Jalan Cengal
Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur

ii
Jawatankuasa Penggubal Buku Panduan Literasi
Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia
PENAUNG EDITOR
YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof Dr. Nita @ Siti Raudhah binti Amri
Ketua Setiausaha Pengarah
Kementerian Pendidikan Malaysia Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENASIHAT
Puan Sanisah binti Bahari
YBrs. Tuan Ramzi bin Mansor Ketua Penolong Setiausaha
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
PENGERUSI Puan Nordiana binti Abd Rahim
Puan Hajah Salmiah binti Monshie Penolong Setiausaha Kanan
Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia Cik Wan Syarmiella binti Wan Samsudin
Penolong Setiausaha
NAIB PENGERUSI Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Tuan Haji Shahbani bin Othman Kementerian Pendidikan Malaysia
Timbalan Setiausaha Bahagian Puan Nurul Yasmin binti Abdul Rahim
Cawangan Organisasi Penolong Setiausaha
Bahagian Psikologi dan Kaunseling Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
Puan Maheran binti Alias Puan Rafizawati @ Nazrah binti Maamun
Timbalan Setiausaha Bahagian Penolong Pengarah
Cawangan Pembangunan Strategik Unit Perancangan Kualiti dan
Bahagian Psikologi dan Kaunseling Pembangunan Profesionalisme
Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
Dr. Rodiah binti Idris
AHLI PANEL PAKAR
Timbalan Setiausaha Bahagian
UNDANG-UNDANG
Cawangan Operasi
Bahagian Psikologi dan Kaunseling Prof. Madya Dr. Ramalinggam
Kementerian Pendidikan Malaysia Rajamanickam
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
KETUA EDITOR
Encik Azizurahman bin Haji Samian Puan Farahana binti Rabidin
Ketua Penolong Setiausaha Penasihat Undang-Undang
Bahagian Psikologi dan Kaunseling Unit Undang-Undang
Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
Puan Wan Sabariah binti Wan Mamat
Peguam Kanan Persekutuan
Unit Undang-Undang
Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBACA PRUF
Dr. Zanariah binti Ibrahim
Ketua Penolong Pengarah
Institut Pendidikan Guru Malaysia

iii

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kata Alu-aluan
Menteri Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


kerana atas limpah dan kurniaan-Nya jua, Buku
Panduan Literasi Undang-Undang Kementerian
Pendidikan Malaysia berjaya diterbitkan.

Tahniah kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling serta Jawatankuasa Penggubal Buku
Panduan Literasi Undang-undang, Kementerian Pendidikan Malaysia atas usaha cemerlang
ini. Penghasilan buku ini adalah selaras dengan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 iaitu Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Pengumpulan ilmu dan pengetahuan mengenai undang-undang dalam kalangan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan perlulah sentiasa diperkasakan sebagai antara langkah
memperkukuhkan dan mengekalkan kesejahteraan warga pendidikan.

Saya percaya, penghasilan buku ini sedikit sebanyak akan dapat memandu dan melahirkan
masyarakat pendidikan yang celik undang-undang serta mampu bertindak secara
profesional berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Pemahaman terhadap undang-
undang dalam kalangan warga pendidikan ke arah kesejahteraan adalah bertepatan dengan
Teras 2 Strategi Malaysia Madani: Menjamin Kesejahteraan Insan ditunjangi prinsip adil dan
ihsan. Saya yakin buku ini juga akan menjadi penyumbang kepada usaha KPM dalam
menjaga kesejahteraan guru, sekali gus mencapai aspirasi ‘Murid Ceria, Guru Bahagia,
Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.

Akhir kata, ungkapan perundangan ada menyatakan ‘kejahilan tidak boleh dijadikan alasan
untuk melanggar undang-undang’. Maka marilah kita bersama-sama berganding bahu
menggembleng usaha menyatukan minda ke arah menjadikan warga pendidikan yang
sentiasa celik dan cakna dengan perihal undang-undang.

FADHLINA BINTI SIDEK


Menteri Pendidikan Malaysia

iv

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kata Alu-aluan
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


Salam sejahtera.

Ketika pendidikan negara semakin berkembang


seiring dengan perubahan dan tuntutan semasa,
kepekaan masyarakat terhadap pendidikan juga
terus meningkat. Masyarakat kini semakin cakna
dengan sistem pendidikan negara dan berfikiran
kritikal berhubung isu pendidikan masa kini.

Perubahan sistem pendidikan dan kepekaan masyarakat pada masa kini menyebabkan
penjawat awam khususnya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) perlu sentiasa
bersedia
dengan ilmu-ilmu yang berkaitan agar segala tindakan mereka tidak tergelincir daripada
landasan perundangan. Justeru, segala tindak tanduk penjawat awam khususnya guru-guru,
sering menjadi perhatian masyarakat. Oleh itu, isu yang berlaku dalam kalangan PPP perlu
dikendalikan secara berhemah bagi memastikan keharmonian komuniti pendidikan di antara
sekolah, ibu bapa dan pemegang taruh sentiasa terpelihara.

Selaku penjawat awam, pengetahuan mengenai undang-undang dan peraturan dalam


perkhidmatan amat penting bagi melindungi diri, kementerian dan kerajaan daripada
sebarang tindakan perundangan. “Kejahilan Undang-Undang Bukan Suatu Alasan”
menjelaskan kekurangan ilmu berkaitan perundangan boleh menyebabkan penjawat awam
terdedah kepada isu salahlaku, kecuaian dan tindakan luar jangka semasa menjalankan
tugas. Sehubungan dengan itu, penjawat awam yang celik undang-undang akan lebih peka,
sedar dan tahu bertindak mengikut lunas undang-undang. Penjawat awam yang celik
undang-undang akan dapat berkhidmat dengan lebih selamat dan terlindung daripada
sebarang tindakan perundangan. Ini akan membina masa depan warga pendidikan yang
lebih bertanggungjawab dan berintegriti.

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Keyakinan dan kebolehan untuk bertindak dalam apa juga situasi berlandaskan garis
panduan perundangan dan peraturan yang betul adalah amat penting bagi setiap penjawat
awam semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Bertindak
dengan berlandaskan garis panduan yang betul akan mencetuskan perasaan dilindungi
ketika menjalankan tugas. Perasaan dilindungi ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan
minda dan emosi yang lebih sejahtera. Seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi dan
kecemerlangan dalam pelaksanaan tugas masing-masing.

Dalam Gelombang ketiga PPPM (2013-2025), kementerian perlu kekal komited dan usaha perlu
diteruskan bagi pembangunan kecemerlangan profesional terutamanya dalam pembangunan
kompentensi pegawai. Pegawai yang berintegriti dan berkompetensi tinggi merupakan aset
dan pengupaya kepada transformasi pendidikan negara.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan BPsK yang telah berjaya menerbitkan
buku Panduan Literasi Undang-Undang bagi PPP. Semoga dengan segala usaha dan
kerjasama yang berterusan, kita akan berjaya mendepani cabaran masa hadapan dan
mencapai kejayaan besar dalam dunia pendidikan.

Justeru, saya menyeru agar semua pemimpin pendidikan dari pelbagai lapisan menyambut
inisiatif ini dengan meningkatkan kefahaman mengenai ilmu perundangan dan memastikan
semua warga PPP berkhidmat dengan penuh integriti, bertanggungjawab, telus serta diyakini
oleh masyarakat.

Sekian.

DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF


Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

vi

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kata Alu-aluan
Setiausaha Bahagian Psikologi Dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


Salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izinNya, Buku Panduan Literasi


Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia
ini berjaya diterbitkan. Penerbitan buku ini adalah
menyokong kepada Pelan Pembangunan Pendidikan
(PPPM) 2013- 2025 Inisiatif #111 Pemantapan
Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Merujuk kepada Prinsip Rukun Negara yang ke empat iaitu kedaulatan undang-undang,
PPP semestinya memahami dan memastikan amalan menjalankan tugas berdasarkan
peraturan yang betul sentiasa menjadi budaya mereka. Buku Panduan Literasi Undang-
Undang ini diharap akan menjadi pelengkap kepada pemantapan profesionalisme PPP
dengan memperoleh banyak maklumat tentang bagaimana undang- undang dapat memberi
pelindungan dan pembelaan ke atas mereka. Dengan kepatuhan kepada peraturan dan
undang-undang yang dinyatakan, kredibiliti dan kompetensi PPP dapat dipertingkatkan
sekaligus meningkatkan imej Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, buku ini dapat dijadikan panduan organisasi di Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan program literasi undang-undang dan dijadikan
rujukan dalam mengendalikan kes tatatertib atau kes pelanggaran undang-undang. Saya
yakin buku ini mampu menjadi pemangkin literasi undang-undang kepada para PPP dan
memberi manfaat khususnya kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan
umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia dalam melahirkan masyarakat yang celik undang-
undang.

vii

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pakar perundangan profesional, Unit
Penasihat Undang-Undang, Unit Integriti, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU)
dan semua bahagian yang telah menyumbang kepakaran dalam merealisasikan penerbitan
Buku Panduan Literasi Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat kerana telah bertungkus lumus
sehingga terhasilnya buku panduan ini.

Sekian.

PUAN HAJAH SALMIAH BINTI MONSHIE


Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi Dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia

viii

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Prakata
Buku Panduan ini telah menghimpunkan pelbagai aspek undang-undang yang berkaitan
dengan kehidupan seharian PPP. Perbincangan dalam buku panduan ini dimulakan dengan
penjelasan tentang konsep literasi undang-undang yang diterangkan dalam Bab 1. Dalam bab
ini, maksud undang-undang dan literasi undang-undang telah dijelaskan untuk memberikan
pemahaman asas kepada para PPP. Selain itu, Bab 1 turut membincangkan kepentingan
literasi undang-undang kepada masyarakat, khususnya kepada PPP.

Perbincangan tentang konsep ini diteruskan dalam Bab 2 dengan membincangkan sistem
undang-undang di Malaysia. Bab ini menjelaskan tentang dwisistem kehakiman yang wujud,
iaitu sistem pertentangan dan sistem penyiasatan. Di samping itu, sumber undang-undang
yang utama di Malaysia turut dijelaskan dalam bab ini. Tambahan pula, bab ini menerangkan
tentang jenis undang-undang dan kes di samping menghuraikan tentang sistem mahkamah
yang diamalkan di Malaysia.

Bab 3 buku panduan ini membincangkan undang-undang pendidikan. Pendidikan merupakan


hak asasi manusia yang penting. Begitu juga halnya di Malaysia, pendidikan sebagai suatu hak
asasi dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 12. Oleh itu, bab ini
telah menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai kerangka asas perbincangan tentang
undang-undang pendidikan. Selain Perlembagaan Persekutuan, bab ini turut membincangkan
Akta Pendidikan 1996 sebagai inti sari yang utama di samping beberapa peraturan yang
berkaitan dengan pendidikan sebagai contoh.

Memandangkan sistem pendidikan persekolahan di Malaysia pada lazimnya melibatkan murid-


murid yang berumur kurang daripada 18 tahun, maka perbincangan tentang kanak-kanak
sebagai murid amat penting. Oleh itu, Bab 4 menjelaskan tentang kedudukan murid sebagai
kanak-kanak. Bab ini dimulakan dengan takrifan kanak-kanak mengikut undang-undang.
Selanjutnya, bab ini menjelaskan undang-undang berkaitan dengan kanak-kanak di Malaysia
dan diakhiri dengan penerangan tentang kewajipan PPP terhadap murid yang merupakan
kanak-kanak. Bab ini menjelaskan tentang konsep in loco parentis yang merupakan prinsip
asas yang perlu difahami oleh PPP. Hal ini dikatakan demikian kerana hubungan antara PPP,
khususnya guru-guru dengan murid-murid berdasarkan konsep in loco parentis. Konsep ini
meletakkan PPP sebagai ibu bapa gantian kepada murid-murid semasa mereka berada di
sekolah. Oleh itu, perbincangan Bab 8 bertumpu pada takrifan in loco parentis dan kesan
konsep ini kepada hubungan antara guru dengan murid di sisi undang-undang. Bagi tujuan
ini, kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan in loco parentis telah dirujuk dan dijelaskan.

ix

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Berdasarkan perbincangan dalam bab ini, PPP dapat mengetahui hak dan kewajipan mereka
sebagai ibu bapa gantian kepada murid-murid.

Bab 5 buku panduan ini pula menyentuh hubungan undang-undang yang terbentuk antara PPP
dengan kerajaan Malaysia. Hubungan ini ialah hubungan kontraktual. Bab ini menerangkan
tentang maksud kontrak dan undang-undang berkaitan dengan kontrak di Malaysia. Hubungan
majikan-pekerja antara PPP dengan kerajaan Malaysia merupakan hubungan kontraktual
yang mewujudkan hak dan kewajipan antara kedua-dua pihak berkenaan. Oleh itu, kedua-
dua pihak, khususnya PPP sebagai pekerja harus memenuhi kewajipan undang-undang yang
lahir daripada kontrak yang dimeterai tersebut.

Bab 6 pula mengetengahkan perbincangan tentang undang-undang jenayah yang berkaitan


dengan PPP. Perbincangan dimulakan dengan takrifan jenayah dan diikuti dengan
perbincangan tentang jenis-jenis jenayah. Dalam konteks perbincangan tentang PPP dan
kaitannya dengan undang-undang jenayah, maka perbincangan difokuskan pada contoh-
contoh kesalahan jenayah yang diperuntukkan dalam undang-undang di Malaysia. Beberapa
contoh akta dan peruntukan undang-undang telah dipetik dalam bab ini.

Setelah mengetahui tentang undang-undang jenayah, PPP didedahkan pula dengan undang-
undang sivil dalam Bab 7. Dalam bab ini, perbincangan dikhususkan kepada guaman sivil
selain hubungan kontraktual. Hal ini demikian kerana hubungan kontraktual yang merupakan
suatu cabang undang-undang sivil telah dibincangkan secara khusus dalam Bab 5. Dalam
Bab 7, penjelasan tentang takrifan guaman sivil dan jenis-jenis guaman sivil dibuat. Selain itu,
bab ini turut menerangkan tentang undang-undang yang berkaitan dengan guaman sivil dan
remedi yang boleh diberikan mengikut undang-undang berkenaan.

Bab seterusnya ialah Bab 8. Dalam bab ini, PPP didedahkan dengan konsep etika sebagai
PPP. Pada lazimnya, setiap profesion dikawal selia oleh kod etika yang tersendiri. Dalam
konteks PPP, etika juga sangat penting. Etika ini menjadi penting dalam menjalankan fungsinya
sebagai PPP, sama ada dalam hubungan antara PPP dengan KPM dan kerajaan Malaysia,
antara PPP dengan PPP, antara PPP dengan ibu bapa, antara PPP dengan murid-murid dan
antara PPP dengan pihak luar. Dalam semua bentuk hubungan ini, etika sebagai PPP perlu
sentiasa dijaga. Tambahan pula, PPP ialah kakitangan awam yang juga tertakluk pada etika
sebagai pengkhidmat awam. Sekiranya PPP melanggar etika, maka tindakan tatatertib boleh
dikenakan terhadap PPP.

Bab 9 buku panduan ini menghuraikan tentang mekanisme penyelesaian pertikaian yang
boleh digunakan oleh PPP dalam menyelesaikan pertikaian yang timbul. Bab ini telah
membahagikan perbincangan kepada dua komponen penting, iaitu penyelesaian pertikaian
melalui litigasi di mahkamah dan mekanisme penyelesaian pertikaian di luar mahkamah.

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Mekanisme penyelesaian pertikaian di luar mahkamah dikenali sebagai kaedah penyelesaian
pertikaian alternatif (PPA). Bab ini menjelaskan kesemua aspek ini di samping menerangkan
kekuatan dan kelemahan kedua-dua mekanisme penyelesaian pertikaian ini agar PPP dapat
memilih kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan pertikaian yang timbul.

Bab terakhir buku panduan ini ialah Bab 10 yang menjadi bab penutup. Bab ini mengutarakan
beberapa cadangan untuk meningkatkan literasi undang-undang dalam kalangan PPP.
Sungguhpun buku panduan ini dapat menjadi rujukan yang amat berguna kepada PPP, namun
terdapat juga cara-cara lain yang boleh digunakan untuk untuk memberikan dan meningkatkan
literasi PPP tentang undang-undang yang berkaitan dengan kehidupan mereka, khususnya
sebagai PPP.

Sesunguhnya, buku panduan ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada PPP dalam
menjalankan perkhidmatannya. Semoga para pembaca buku panduan ini memperoleh ilmu
literasi undang-undang yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Ilmu yang baik
seharusnya diamalkan. Oleh itu, menjadi harapan KPM agar Buku Panduan ini digunakan
dengan sewajarnya oleh PPP.

xi

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kandungan
Bab 1: Pendahuluan
1.1 Pengenalan 1
1.2 Takrifan dan Peranan Undang-undang 1
1.3 Pematuhan Undang-undang 2
1.4 Takrifan Literasi Undang-undang 3
1.5 Kepentingan Literasi Undang-undang 4
1.6 Kesimpulan 6

Bab 2: Sistem Undang-undang Malaysia


2.1 Pengenalan 7
2.2 Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia 7
2.3 Sistem Keadilan 8
2.4 Klasifikasi Undang-undang dan Kes 8
2.5 Sistem Mahkamah 9
2.6 Kesimpulan 15

Bab 3: Undang-undang Pendidikan


3.1 Pengenalan 16
3.2 Pendidikan dan Perlembagaan Persekutuan 17
3.3 Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan Pendidikan 18
3.4 Kesimpulan 28

Bab 4: Murid sebagai Kanak-kanak dan Konsep In Loco Parentis


4.1 Pengenalan 29
4.2 Takrifan Kanak-kanak 29
4.3 Akta Kanak-kanak 2001 30
4.4 Hubungan antara PPP dengan Kanak-kanak sebagai Murid 32
4.5 Kedudukan PPP dari Sudut In Loco Parentis 33
4.6 Kesan Hubungan In Loco Parentis kepada PPP 35
4.7 Kesimpulan 37

Bab 5: Undang-undang Kontrak


5.1 Pengenalan 38
5.2 Takrifan Kontrak 38
5.3 Hubungan Kontraktual antara PPP dengan Kerajaan Malaysia 40
5.4 Kesimpulan 42

Bab 6: Undang-undang Jenayah


6.1 Pengenalan 43
6.2 Takrifan dan Jenis Jenayah 43
6.3 Kanun Keseksaan 44

xiii

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


6.4 Akta Dadah Berbahaya 1952 47
6.5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 48
6.6 Akta Rahsia Rasmi 1972 50
6.7 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 50
6.8 Jenayah Syariah 51
6.9 Mangsa Jenayah dan Tertuduh 53
6.10 Kesimpulan 55

Bab 7: Undang-undang Sivil


7.1 Pengenalan 56
7.2 Takrifan Guaman Sivil 57
7.3 Undang-undang Sivil 58
7.4 Kes Fitnah 59
7.5 Kes Pelanggaran Hak Harta Intelek 59
7.6 Kes Pertikaian Kekeluargaan 61
7.7 Remedi Mengikut Undang-undang 62
7.8 Kesimpulan 63

Bab 8: Etika dan Undang-undang


8.1 Pengenalan 64
8.2 Maksud Etika 64
8.3 Etika sebagai PPP 65
8.4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 66
8.5 Kesimpulan 73

Bab 9: Mekanisme Penyelesaian Pertikaian


9.1 Pengenalan 74
9.2 Penyelesaian Pertikaian Menerusi Mahkamah 74
9.3 Takrifan Kaedah PPA 78
9.4 Jenis Kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif 79
9.5 Fasa Asas dalam Proses PPA 81
9.6 Jabatan Bantuan Guaman 82
9.7 Kesimpulan 83

Bab 10: Penutup


10.1 Pengenalan 84
10.2 Strategi Meningkatkan Literasi Undang-undang 84
10.3 Kesimpulan 86

Glosari 87
Latihan Pengukuhan 91
Skema Jawapan 105

xiv

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 1

PENDAHULUAN

“Kejahilan undang-undang bukan suatu alasan”

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk menerangkan konsep undang-undang secara umum dengan
memfokuskan kepada takrifan dan peranan undang-undang dalam masyarakat. Selain itu,
bab ini juga bertujuan untuk menjelaskan konsep literasi undang-undang dan kepentingannya
kepada seseorang, khususnya kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Penerangan
ini amat penting kerana seseorang perlu mengetahui undang-undang dalam sesebuah
negara, khususnya undang-undang yang mempunyai perkaitan secara langsung kepada
dirinya. Hal ini dikatakan demikian kerana undang-undang menentukan kesahan sesuatu
perbuatan atau tindakan seseorang dari sudut undang-undang. Tambahan pula, maksim
“kejahilan undang-undang bukan suatu alasan” (ignorance of law is no excuse) merupakan
prinsip yang mendasari undang-undang sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap
individu, termasuk PPP harus mempunyai literasi tentang undang-undang untuk mengetahui
haknya dan melindungi dirinya selain mengelakkan apa-apa perkara atau perlakuan yang
akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

1. Pengenalan

Undang-undang merupakan suatu elemen penting kerana undang-undang berupaya untuk


menjadikan seseorang lebih sistematik. Undang-undang digubal untuk menyeragamkan
kehidupan manusia dan menjelaskan perkara yang betul dan salah. Selain itu, undang-
undang juga membantu dalam menentukan cara manusia harus bertindak untuk mencapai
kehidupan bermasyarakat yang aman sambil menikmati kebebasan individu. Kunci kepada
sebuah negara yang berjaya ialah undang-undang yang tegas, kukuh dan adil. Undang-
undang memberikan kebebasan yang sama rata dan saksama kepada semua rakyat di
sesebuah negara. Kerajaan yang kuat adalah sama pentingnya dengan undang-undang
yang tegas kerana kerajaan merupakan tulang belakang sesebuah negara dan undang-
undang. Kerajaan ialah sistem yang melaksanakan dan menentukan undang-undangnya.
Kerajaan yang berwibawa ialah kerajaan yang dapat menguatkuasakan undang-undang demi
kepentingan rakyat dan negara.

2. Takrifan dan Peranan Undang-undang

Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), undang-undang
bermaksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal oleh kerajaan dan
mesti dipatuhi oleh masyarakat di sesebuah negara. Selain itu, menurut Merriam-Webster
Dictionary, undang-undang bermaksud adat atau amalan yang mengikat sesuatu komuniti.
Kamus yang sama juga mentakrifkan undang-undang sebagai peraturan, kelakuan dan
tindakan yang ditetapkan dan diiktiraf secara rasmi serta dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa
untuk mengawal rakyat sesebuah negara (Merriam-Webster Dictionary, 2022). Cambridge
Dictionary pula mentakrifkan undang-undang sebagai sesuatu peraturan, biasanya dibuat
oleh kerajaan yang digunakan untuk mengatur cara tingkah laku masyarakat di sesebuah
negara (Cambridge Dictionary, 2022).

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Menurut Collins English Dictionary (2022), undang-undang didefinisikan sebagai
sistem peraturan yang dibangunkan oleh masyarakat atau kerajaan untuk menangani jenayah,
perjanjian perniagaan, dan hubungan sosial. Oxford Learner’s Dictionary pula mentakrifkan
undang-undang sebagai peraturan yang berkaitan dengan jenayah tertentu, perjanjian dan
keseluruhan sistem peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua orang dalam sesebuah negara
atau masyarakat (Oxford Learner’s Dictionary, 2022).

Oleh itu, secara umumnya, undang-undang ditakrifkan sebagai sekumpulan peraturan,


tindakan atau kelakuan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia kehidupan
manusia. Pada lazimnya, undang-undang bersifat mengikat serta wajib ditaati dan diikuti
oleh semua masyarakat. Undang-undang merupakan suatu peraturan tentang tingkah laku
manusia dan dikuatkuasakan terhadap setiap ahli di dalam sesebuah negara yang digubal
oleh badan perundangan dan dikuatkuasakan oleh badan kehakiman. Undang-undang sangat
penting bagi sesebuah masyarakat kerana undang-undang berfungsi sebagai peraturan bagi
rakyat sesebuah negara. Undang-undang juga digubal untuk menyediakan garis panduan dan
perintah yang betul tentang tingkah laku untuk semua rakyat dan mengekalkan kesaksamaan
kerajaan. Undang-undang diwujudkan bagi mencapai keharmonian, keadilan dan kesejahteraan
masyarakat (World Bank Group, 2017). Oleh itu, dapat dikatakan bahawa undang-undang
digubal untuk memastikan masyarakat dan kerajaan di dalam sesebuah negara berfungsi
dengan teratur. Tanpa undang-undang, konflik dalam kehidupan bermasyarakat tidak dapat
dikawal selia dan diselesaikan dengan baik.

Di Malaysia, undang-undang (Akta, Enakmen, Ordinan) digubal oleh badan


perundangan, iaitu Parlimen atau badan perundangan negeri. Undang-undang subsidiari,
seperti peraturan dan kaedah pula digubal oleh Eksekutif, iaitu Menteri yang diberi kuasa
di bawah undang-undang ibu. Secara ringkasnya, antara peranan undang-undang adalah
seperti yang berikut:

• Menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang mempunyai konflik;


• Memastikan keadilan diberikan kepada pihak yang berhak;
• Menentukan kesahan sesuatu tindakan atau perbuatan seseorang; dan
• Memastikan keamanan dan ketenteraman masyarakat dan negara.

1.3 Pematuhan Undang-undang

Undang-undang merupakan prinsip dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang
memerintah sesebuah negara berdaulat. Undang-undang yang sah mengikat masyarakat di
sesebuah negara. Hal ini bermakna bahawa undang-undang tersebut mestilah dipatuhi oleh
rakyat. Kegagalan mematuhi undang-undang tersebut akan mengakibatkan tindakan undang-
undang diambil terhadap orang yang melanggarnya.

Oleh itu, semua orang tidak kira agama, kewarganegaraan, tahap ekonomi dan
sosial harus mematuhi undang-undang. Hal ini kerana undang-undang bertindak sebagai
mekanisme yang menghalang orang daripada berkelakuan negatif yang menjejaskan hak dan
kualiti hidup orang lain. Sehubungan dengan itu, orang yang melanggar undang-undang boleh
dikenakan hukuman. Tambahan pula, undang-undang bertujuan untuk mencapai keadilan
dalam masyarakat serta menjaga keharmonian dan ketenteraman rakyat sesebuah negara
(Daham Smko Hussein, 2019).

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jika seseorang mematuhi undang-undang yang ditetapkan, maka orang tersebut
akan mendapat perlindungan yang sewajarnya di sisi undang-undang. Pematuhan terhadap
undang-undang membolehkan seseorang mengetahui dan membezakan antara tindakan atau
perlakuan yang betul dengan yang salah. Selain itu, undang-undang juga bertujuan untuk
menjaga ketenteraman, mencapai keadilan, menyelesaikan pertikaian serta melindungi hak
dan kebebasan individu. Jika undang-undang tidak dipatuhi oleh rakyat, maka negara tidak
akan aman dan damai. Tambahan pula, ketidakpatuhan undang-undang dapat menimbulkan
konflik dan huru-hara dalam masyarakat. Oleh itu, semua orang, termasuk pemerintah
sesebuah negara harus mematuhi undang-undang (David A. Funk, 1972). Bagi memastikan
pematuhan undang-undang, literasi undang-undang sangat penting.

1.4 Takrifan Literasi Undang-undang

Literasi bermaksud kebolehan menulis dan membaca atau celik huruf (Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2010). Secara umumnya, literasi bermaksud keupayaan untuk membaca, menulis
dan memahami sesuatu perkataan atau ayat dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran dan komunikasi harian. Oleh itu, literasi undang-undang bermaksud kebolehan
atau keupayaan seseorang untuk mengetahui dan memahami kewujudan undang-undang.
Dengan pengetahuan dan kefahaman yang wujud, undang-undang dapat dipatuhi dalam
kehidupan seharian.

Literasi undang-undang dapat difahami melalui beberapa takrifan yang diberikan.


Antara takrifan yang menjelaskan makna literasi undang-undang ialah pandangan yang
dinyatakan oleh Roznai dan Mordechay (2015), iaitu menguasai wacana undang-undang pada
peringkat yang perlu bagi menjalani kehidupan yang bermakna dan aktif dalam dunia yang
dikelilingi oleh budaya undang-undang. Mereka turut menjelaskan bahawa masyarakat yang
mempunyai literasi undang-undang ialah kelompok yang mengetahui bila dan bagaimana
untuk merujuk pakar apabila berhadapan dengan perkara undang-undang. Di samping
itu, masyarakat yang mempunyai literasi undang-undang mampu mempertahankan dan
memperjuangkan kepentingan mereka meskipun seseorang itu dikatakan tidak mempunyai
pengetahuan untuk merangka dokumen perundangan.

Selain itu, Archie (2014) merumuskan bahawa literasi undang-undang sebagai


kemampuan untuk mengambil tindakan yang wajar ketika berhadapan masalah yang berkaitan
dengan undang-undang. Beliau turut menggambarkan dan memberikan analogi tentang
masyarakat yang mempunyai literasi undang-undang sebagai masyarakat yang mempunyai
literasi bahasa yang dianggap sebagai keahlian dalam masyarakat. Menurutnya:

Such a view of what legal literacy means is in keeping with the idea of becoming a
member of a community. Membership ‘has its rewards’ as the advertisement says, but
it also has its demands. To become a member of a language community is to accept
many rules and conventions about how to communicate, but it also entails the ability to
challenge those constraints in a way that will be understood and perhaps accepted by
other members. So it is with law. Becoming legally literate is gaining full membership in
a community that shares a legal system. Such membership comes not only with many
constraints but also many opportunities for action and change.

Literasi undang-undang perlulah difahami dengan makna yang tepat. Freudenberg


(2017) menyatakan bahawa literasi undang-undang tidaklah bermakna setiap orang diajar dan
dibekalkan dengan pengetahuan undang-undang yang lengkap seolah-olah mereka dilatih

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


untuk menjadi peguam. Literasi undang-undang bertujuan untuk memastikan bahawa mereka
memiliki pengetahuan asas berkenaan dengan sistem perundangan, hak undang-undang
mereka serta kewajipan dan tanggungan mereka. Hal ini termasuklah pengetahuan untuk
mendapatkan bantuan sekiranya terlibat dengan hal atau urusan yang berkaitan undang-
undang.

Literasi undang-undang amat mustahak kerana undang-undang merupakan komponen


yang wujud dalam kehidupan masyarakat sejak seseorang lahir sehingga dia meninggal
dunia. Namun, literasi undang-undang hanya boleh dicapai apabila masyarakat mempunyai
kesedaran dan pengetahuan tentang undang-undang yang mencukupi.

1.5 Kepentingan Literasi Undang-undang

Literasi undang-undang memainkan peranan yang signifikan kepada setiap rakyat di sesebuah
negara. Kesedaran tentang kewujudan undang-undang amat penting supaya kita sentiasa
berwaspada dengan perbuatan yang dilakukan dan sentiasa menurut undang-undang yang
ditetapkan (Alan Macfarlane, 2005).

Sesungguhnya, literasi undang-undang amat penting kepada semua orang bagi


memastikan pematuhan undang-undang yang berkesan. Kepentingan literasi undang-undang
amat berkait rapat dengan maksim undang-undang yang berasal daripada bahasa Latin yang
disebut sebagai lex ignorantia juris non excusat. Maksim ini dapat diterjemahkan sebagai
“kejahilan undang-undang bukan suatu alasan” dalam bahasa Melayu, manakala dalam
bahasa Inggeris disebut sebagai ignorance of law is no excuse. Maksim ini menjadi konsep
asas yang perlu dihayati oleh seluruh rakyat. Maksim ini telah dijadikan sebagai suatu prinsip
mantap yang diterima dalam bidang undang-undang. Kejahilan undang-undang merujuk hal
keadaan seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan sesuatu undang-
undang atau tidak mengetahui bahawa terdapat larangan undang-undang terhadap sesuatu
perkara. Seseorang yang didakwa melakukan suatu kesalahan tidak boleh menggunakan
alasan bahawa dia tidak tahu akan undang-undang sedemikian kerana setiap orang dianggap
mengetahui undang-undang yang telah dikuatkuasakan kerana semua undang-undang perlu
diterbitkan dalam Warta Kerajaan. Sekiranya kejahilan undang-undang ini diterima sebagai
suatu alasan, maka setiap individu boleh berselindung di sebalik prinsip ini untuk melepaskan
diri daripada tanggungan kesalahan yang dilakukannya.

Konsep “Kejahilan Undang-undang Bukan Suatu Alasan” inilah yang menunjukkan


betapa pentingnya literasi undang-undang kepada kita semua. Kejahilan undang-undang tidak
boleh dibangkitkan sebagai suatu alasan atau pembelaan di mahkamah. Hal ini bermakna,
apabila suatu pelanggaran undang-undang telah berlaku, kita tidak boleh membela diri dengan
mengatakan bahawa saya tidak tahu akan kewujudan undang-undang tersebut. Mahkamah
tidak akan mengambil kira pengetahuan seseorang tentang kewujudan undang-undang
sebelum menghukum atau membuat keputusan. Perkara yang penting ialah perbuatan yang
salah di sisi undang-undang akan tetap menjadi salah walaupun orang yang melakukannya
tidak tahu bahawa perbuatan yang dilakukannya ialah suatu kesalahan di sisi undang-undang.

Antara sebab masyarakat perlu mempunyai literasi undang-undang adalah supaya


masyarakat mengetahui hak-hak sebagai rakyat di sesebuah negara. Hak ini tidak terhad
kepada hak yang besar, seperti dalam proses pindah milik tanah, namun ia juga melibatkan
hak-hak dalam urusan yang dianggap remeh oleh segelintir masyarakat, seperti urus niaga
barangan harian di kedai runcit. Apabila masyarakat mengetahui hak mereka dalam sesuatu

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


perkara, secara tidak langsung, mereka juga akan dapat membezakan perkara yang betul
dan salah. Perkara yang paling biasa berlaku dalam masyarakat ialah urusan yang berkaitan
dengan hak pengguna. Sebagai contoh, apabila kita tidak mengetahui hak kita sebagai
pengguna, kita akan melepaskan hak kita atas anggapan bahawa kita tidak mempunyai
hak dan kuasa untuk mengambil tindakan. Dengan adanya literasi undang-undang dalam
kalangan masyarakat, perkara seperti ini dapat dielakkan.

Literasi undang-undang membantu dalam mengubah sikap orang ramai dan


menjadikan mereka cakna akan masalah sosial. Literasi juga dapat menjadikan orang ramai
lebih sedar tentang hak dan kewajipan mereka di samping membantu mereka menjadi
warganegara yang ideal. Literasi undang-undang bermaksud seseorang perlu mempunyai
maklumat yang asas tentang undang-undang bagi memberikan pengetahuan asas undang-
undang kepadanya. Tujuan literasi undang-undang bukanlah untuk menjadikan seseorang
sebagai pakar tentang sesuatu undang-undang. Ilmu asas tentang undang-undang memadai
bagi menjadikan seseorang sebagai celik undang-undang.

Literasi undang-undang menyedarkan kita tentang undang-undang yang telah digubal


untuk perlindungan kebajikan dan keselamatan rakyat. Literasi undang-undang membantu
dalam mendapatkan remedi undang-undang terhadap ketidakadilan. Ketiadaan literasi
undang-undang berkemungkinan mengakibatkan penganiayaan berterusan dalam banyak
aspek. Selain itu, literasi undang-undang menjadikan orang ramai bertanggungjawab dalam
masyarakat. Masyarakat yang adil dan teratur dapat dilahirkan kerana setiap orang akan hidup
dengan rasa hormat dan bermaruah. Literasi undang-undang mengingatkan kita tentang hak,
tugas dan kewajipan undang-undang setiap orang terhadap masyarakat.

Masyarakat juga memerlukan literasi undang-undang supaya mereka boleh


mendapatkan bantuan sekiranya terdapat isu undang-undang yang timbul. Hal ini demikian
kerana setiap aspek dalam kehidupan masyarakat diatur dan dikawal selia oleh undang-
undang seperti isu pembahagian harta setelah seseorang meninggal dunia. Dalam aspek
pembahagian harta, isu seperti kewujudan wasiat, hibah, waris yang layak dan harta sepencarian
memerlukan campur tangan undang-undang. Undang-undang dapat membantu pihak-pihak
dalam menyelesaikan semua isu yang tersebut. Selain itu, kontrak yang ditandatangani apabila
membeli rumah baharu atau mengambil pinjaman di bank juga melibatkan undang-undang.
Tanpa literasi undang-undang dalam kalangan masyarakat, golongan yang mempunyai
pengetahuan undang-undang ataupun golongan yang mempunyai niat yang tidak baik boleh
menipu dan mengambil kesempatan dalam urus niaga yang dilakukan.

Lantaran itu, literasi undang-undang perlu diterapkan kepada rakyat di sesebuah


negara, khususnya kepada golongan yang terlibat dalam perkhidmatan awam, seperti PPP.
Hal ini demikian kerana dalam menjalankan urusan sebagai pegawai awam, PPP terlibat
secara langsung dan tidak langsung dengan aspek undang-undang. Sebagai contoh, PPP
mempunyai kontrak (perjanjian) dengan Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang menimbulkan hak, kewajipan dan liabiliti undang-undang. Selain itu,
dalam urusan seharian sebagai PPP, banyak aspek undang-undang yang terlibat, seperti
kesahan sesuatu tindakan PPP di sisi undang-undang, sama ada sesuatu perbuatan PPP
terjumlah sebagai jenayah dan setakat mana PPP terdedah kepada tindakan guaman sivil di
mahkamah. Sehubungan dengan itu, PPP mesti mempunyai pengetahuan tentang undang-
undang, proses litigasi dan tatacara perundangan yang dapat melindungi hak dan kebebasan
setiap individu.

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Tambahan pula, PPP terlibat secara langsung dengan pelbagai pihak dalam
menyediakan perkhidmatan pendidikan, terutamanya Kerajaan Malaysia, murid dan ibu
bapa. Dalam menjalankan urusan seharian sebagai PPP dan rakyat di negara Malaysia,
PPP berhadapan dengan pelbagai isu undang-undang yang mungkin akan mendedahkannya
kepada risiko tindakan undang-undang. Oleh itu, literasi undang-undang kepada PPP sangat
penting kerana tanpa literasi ini, PPP akan mudah terjebak dengan pelanggaran undang-
undang yang mampu meninggalkan kesan negatif yang besar kepada kelangsungan profesion
dan kehidupan PPP. Bukan itu sahaja, malah literasi undang-undang turut penting kepada
PPP untuk melindungi hak PPP jika hak tersebut dicabuli.

1.6 Kesimpulan

Undang-undang memainkan peranan yang penting berhubungan dengan perubahan sosial


dengan membentuk kesan langsung kepada masyarakat. Undang-undang ialah sistem
peraturan dan panduan yang dikuatkuasakan melalui institusi sosial untuk mengawal tingkah
laku manusia. Undang-undang membentuk politik, ekonomi dan masyarakat dalam pelbagai
cara dan berfungsi sebagai pengantara sosial dalam hubungan sesama manusia. Keingkaran
terhadap sesuatu undang-undang akan mengakibatkan tindakan hukuman atau tindakan lain
terhadap seseorang. Objektif undang-undang adalah untuk mewujudkan ketenteraman dalam
masyarakat supaya anggota masyarakat boleh maju dan berkembang sejajar dengan arus
perubahan dunia. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah mematuhi undang-undang
yang telah ditetapkan supaya negara menjadi lebih sistematik dan teratur (Daham Smko
Hussein, 2019).

Literasi undang-undang merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam


masyarakat kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. Tanpa disedari, undang-
undang memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian memandangkan
kehidupan seseorang manusia berkisar tentang undang-undang tanpa mengira agama, tahap
pendidikan mahupun negara yang diduduki. Pengetahuan asas undang-undang telah menjadi
keperluan bagi semua orang yang terlibat dalam pentadbiran, perdagangan atau industri.
Oleh itu, terdapat keperluan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang hak
dan kewajipan mereka serta remedi yang boleh dituntut daripada mahkamah. Dalam konteks
literasi undang-undang, PPP juga perlu mempunyai literasi tentang undang-undang di negara
kita, khususnya yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka. Hal ini demikian
kerana apa-apa tindakan, perlakuan, keputusan dan peninggalan (omission) yang dilakukan
oleh PPP berkemungkinan akan menjejaskan pihak lain, khususnya murid-murid dan institusi
pendidikan itu sendiri.

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 2

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk menerangkan tentang sistem undang-undang yang diamalkan di
Malaysia. Undang-undang yang diamalkan di sesebuah negara mempunyai sejarah dan
keunikannya yang tersendiri. Negara Malaysia mengamalkan sistem common law yang
menjadi peninggalan penjajahan Inggeris. Sistem ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
sistem undang-undang yang diamalkan di sesetengah negara yang lain. Selain itu, negara
Malaysia juga mengamalkan undang-undang syariah dengan kewujudan sistem perundangan
dan kehakimannya yang tersendiri. Oleh itu, pengetahuan tentang sistem undang-undang
yang diamalkan di Malaysia amat penting untuk memberikan kefahaman berkenaan dengan
proses pentadbiran keadilan di Malaysia secara keseluruhannya.

1. Pengenalan

Sejarah perundangan di Malaysia telah bermula sebelum kedatangan orang Eropah ke


Tanah Melayu. Masyarakat Tanah Melayu telah mempunyai sistem undang-undangnya
yang tersendiri. Dalam hal ini, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu menerima pakai
undang-undang adat Melayu, manakala Sabah dan Sarawak pula menerima pakai undang-
undang adat pribumi.

Setelah kedatangan agama Islam, undang-undang adat Temenggung telah diperkukuh,


terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini dapat dilihat dalam pemerintahan
kerajaan Melayu Melaka apabila Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
menjadi asas kepada kuasa perundangan di Melaka. Setelah kedatangan penjajah British,
undang-undang tersebut diubah suai mengikut peredaran zaman ketika itu. Dalam hal ini,
undang-undang Inggeris telah diterima pakai, khususnya prinsip-prinsip common law dan
kaedah-kaedah ekuiti. Undang-undang Malaysia pada hari ini terdiri daripada lima sumber
yang utama, iaitu undang-undang bertulis, keputusan-keputusan mahkamah, undang-undang
Inggeris, undang-undang Islam (syariah) dan undang-undang adat.

2. Komponen Utama Sistem Kerajaan Malaysia

Dalam sistem undang-undang di Malaysia, terdapat tiga organ utama yang memainkan
peranan dalam aspek penggubalan, pelaksanaan dan pentafsiran undang-undang. Organ-
organ tersebut ialah:

• Badan perundangan (legislative);


• Badan eksekutif (executive); dan
• Badan kehakiman (judiciary).

Badan perundangan ialah entiti yang berperanan untuk menggubal undang-undang


negara. Penggubalan undang-undang mesti dilakukan oleh badan yang diberi kuasa pada
peringkat persekutuan dan negeri. Pada peringkat persekutuan, undang-undang digubal
oleh parlimen (terdiri daripada Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong),
manakala pada peringkat negeri, undang-undang digubal oleh Dewan Undangan Negeri.
Undang-undang yang digubal pada peringkat persekutuan disebut sebagai akta, manakala

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


undang-undang yang digubal pada peringkat negeri disebut sebagai enakmen. Ordinan pula
ialah istilah yang digunakan bagi undang-undang yang digubal oleh badan perundangan di
Sabah dan Sarawak dan undang-undang sebelum merdeka.

Badan eksekutif pula ialah entiti yang melaksanakan dan menguatkuasakan undang-
undang yang digubal oleh badan perundangan. Badan pelaksana terdiri daripada kementerian,
jabatan, agensi dan lain-lain yang menguatkuasakan undang-undang yang relevan dengan
skop kerja masing-masing. Contohnya, badan pelaksana undang-undang ialah Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Badan terakhir ialah badan kehakiman. Badan kehakiman berkuasa untuk menjalankan
kuasa keadilan dengan cara mentafsirkan undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Badan
kehakiman menjalankan fungsi menerusi mahkamah yang ditubuhkan.

2.3 Sistem Keadilan

Pada masa ini, terdapat dua bentuk sistem kehakiman yang diamalkan di seluruh dunia. Sistem-
sistem kehakiman ini terdiri daripada sistem pertentangan (adversarial system) dan sistem
penyiasatan (inquisitorial system). Sistem pertentangan ialah sistem undang-undang yang
diamalkan di negara-negara common law, seperti Malaysia, United Kingdom dan Australia.
Sistem ini membolehkan keputusan hakim dalam kes terdahulu dirujuk oleh mahkamah dalam
kes semasa. Dalam konteks ini, keputusan mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamah
yang sedang membicarakan atau mendengar kes akan mengikat keputusan kes yang dibuat
oleh mahkamah semasa. Semasa perbicaraan atau pendengaran kes dijalankan, peguam-
peguam yang mewakili pihak-pihak yang terlibat akan mengemukakan hujahan yang dapat
menguatkan kes mereka sebelum ditentukan kebenarannya oleh hakim.

Bagi sistem penyiasatan pula, kes-kes yang dibicarakan akan disiasat sendiri
oleh hakim yang mengadili kes tersebut. Sistem penyiasatan ini diamalkan dalam sistem
perundangan di negara-negara yang mengamalkan civil law, seperti Indonesia, Itali dan
Perancis (John R. S., 2016). Dalam sistem ini, hakim akan bertindak secara aktif dalam
perbicaraan atau pendengaran kes di hadapannya. Secara amnya, Malaysia mengamalkan
sistem pertentangan dalam sistem kehakimannya. Walau bagaimanapun, dalam hal keadaan
tertentu, mahkamah Malaysia masih bertindak secara aktif dalam proses perbicaraan atau
pendengaran kes demi memberikan keadilan kepada pihak yang diadili.

2.4 Klasifikasi Undang-undang dan Kes

Undang-undang dapat diklasifikasikan kepada dua, iaitu undang-undang bertulis dan undang-
undang tidak bertulis. Undang-undang bertulis ialah undang-undang yang digubal melalui
proses formal penggubalan undang-undang. Undang-undang tidak bertulis pula ialah undang-
undang yang tidak melalui proses penggubalan undang-undang secara formal, seperti prinsip
common law, keputusan mahkamah dan adat resam yang diikuti oleh sekumpulan masyarakat
tertentu.

Menurut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang di Malaysia terdiri


daripada undang-undang bertulis, common law setakat yang berkuat kuasa di persekutuan
atau mana-mana bahagian dalam persekutuan, serta apa-apa adat atau kelaziman yang
berkuat kuasa di persekutuan dan bahagian-bahagiannya. Perkara 160 turut menyatakan
bahawa undang-undang bertulis, termasuklah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri dan

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Perlembagaan mana-mana negeri di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan ialah undang-
undang yang tertinggi di Malaysia. Oleh sebab itu, Perlembagaan Persekutuan dianggap
sebagai undang-undang yang luhur.

Di negara Malaysia, terdapat dua bentuk undang-undang utama yang diamalkan


dalam sistem perundangan, iaitu undang-undang awam (public law) dan undang-undang
persendirian (private law). Bagi undang-undang awam, pihak-pihak yang terbabit ialah
pihak kerajaan dan rakyat, manakala undang-undang persendirian pula berfungsi untuk
menyelesaikan pertikaian yang berlaku antara rakyat dengan rakyat (Roscoe P., 1939).

Secara amnya, undang-undang awam, antara lain, terdiri daripada undang-undang


perlembagaan, undang-undang pentadbiran dan undang-undang jenayah. Undang-undang
persendirian pula, antara lain terdiri daripada undang-undang kontrak, undang-undang tort,
undang-undang amanah, undang-undang tanah, undang-undang keluarga, undang-undang
syarikat dan undang-undang perkongsian (Nick Hildyard, 2020).

Selain undang-undang persendirian dan awam, sistem perundangan di Malaysia juga


turut dibahagikan mengikut klasifikasi kes yang dibicarakan atau didengar. Undang-undang
jenayah merupakan suatu undang-undang yang memperuntukkan tentang kesalahan dan
hukuman bagi apa-apa jenayah yang dilakukan oleh mana-mana individu atau kumpulan
di Malaysia. Senarai kesalahan dan hukuman diperuntukkan dalam statut (perundangan)
jenayah. Di Malaysia, Kanun Keseksaan (Akta 574) ialah undang-undang utama yang
mengawal selia undang-undang jenayah di negara ini. Terdapat juga undang-undang jenayah
yang lain, seperti Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009. Pada lazimnya, hampir kesemua kes jenayah akan memberikan impak yang
buruk kepada masyarakat, terutamanya kepada mangsa. Oleh hal yang demikian, hukuman
akan diberikan kepada pesalah bagi kesalahan yang dilakukannya. Hukuman yang lazim
ialah hukuman denda, pemenjaraan, sebatan dan gantung.

Undang-undang sivil pula berperanan untuk melindungi seseorang atau sekumpulan


individu daripada apa-apa kecederaan atau kerosakan, seperti kemungkiran kontrak, kecuaian
dan fitnah. Oleh itu, hukuman yang diberikan oleh pihak mahkamah kepada pihak yang
menyebabkan kecederaan atau kerosakan tersebut biasanya terdiri daripada pembayaran
ganti rugi dan remedi lain (Brian Duignan, 2022). Hukuman-hukuman sebegini boleh
dikenakan terhadap pihak yang menyebabkan kecederaan berdasarkan prinsip keadilan oleh
pihak mahkamah.

2.5 Sistem Mahkamah

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan dwisistem perundangan, iaitu undang-


undang sivil dan undang-undang syariah. Undang-undang sivil mempunyai kuat kuasa
undang-undang terhadap semua rakyat Malaysia, manakala undang-undang syariah
pula hanya terpakai kepada mereka yang beragama Islam. Bagi undang-undang sivil,
pentadbirannya diuruskan oleh kerajaan persekutuan, manakala undang-undang syariah pula
diletakkan di bawah kelolaan kerajaan negeri selaras dengan peruntukan Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan (Noor A. M. A., 2008). Daripada dua sistem undang-undang
inilah, lahirnya dwisistem mahkamah (dua sistem mahkamah) di Malaysia, iaitu mahkamah
sivil dan mahkamah syariah.

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


(a) Mahkamah sivil

Mahkamah sivil di Malaysia dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu mahkamah-mahkamah


atasan dan mahkamah-mahkamah rendah. Mahkamah-mahkamah atasan terdiri daripada
mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan, dan mahkamah tinggi, manakala mahkamah-
mahkamah rendah pula terdiri daripada mahkamah sesyen dan mahkamah majistret.

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah yang tertinggi dalam hierarki sistem


kehakiman sivil di Malaysia. Mahkamah ini juga merupakan mahkamah rayuan terakhir bagi
apa-apa kes sivil dan jenayah yang dirayu daripada mahkamah rayuan dan mahkamah
tinggi. Subseksyen 74(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91) menyatakan bahawa
keanggotaan mahkamah ini terdiri daripada tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan atau
jumlah ganjil lain yang lebih besar bagi suatu korum. Menurut Perkara 121(2) Perlembagaan
Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa luas yang meliputi bidang
kuasa rayuan berhubungan dengan dengan keputusan yang diberikan oleh mahkamah
rayuan; bidang kuasa asal tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan perlembagaan,
seperti kesahan undang-undang yang digubal oleh perundangan persekutuan atau negeri
dan pertikaian antara negeri dengan persekutuan atau antara satu negeri dengan negeri yang
lain; bidang kuasa rujukan, iaitu Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan apa-apa kes
yang dirujuk kepada mahkamah ini; dan bidang kuasa penasihat, iaitu dengan memberikan
nasihat dan panduan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi apa-apa perkara yang berkaitan
dengan perundangan.

Bagi Mahkamah Rayuan pula, Perkara 121(1B) Perlembagaan Persekutuan dengan


jelas telah menyatakan bahawa mahkamah ini boleh mendengar rayuan- rayuan yang difailkan
bagi kes-kes sivil dan jenayah daripada mahkamah tinggi dan mahkamah sesyen selaras
dengan seksyen 67 dan subseksyen 50(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Seksyen 38
Akta yang sama juga menjelaskan bahawa keanggotaan mahkamah rayuan terdiri daripada
tiga orang hakim atau apa-apa jumlah ganjil yang lebih besar, seperti yang ditentukan oleh
Presiden Mahkamah dalam kes-kes tertentu.

Di Malaysia, Mahkamah Tinggi terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya serta


Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan
mengikut Perkara 121(1). Mahkamah-mahkamah Tinggi ini diketuai oleh Hakim Besar Malaya
dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa asal,
rayuan dan penyeliaan. Bagi bidang kuasa asal, Mahkamah Tinggi boleh mendengar dan
membicarakan apa-apa kes, termasuklah kes jenayah yang membawa hukuman mati dan kes
sivil tanpa had nilai. Hal ini membuktikan bahawa bidang kuasa asal Mahkamah Tinggi adalah
luas dan tidak terbatas. Bagi bidang kuasa rayuan pula, Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa
untuk mendengar rayuan tentang kes-kes jenayah dan sivil yang diputuskan di mahkamah
yang lebih rendah, iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret selaras dengan ketetapan
oleh seksyen 26 dan seksyen 27 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Bidang kuasa penyeliaan
yang diperuntukkan kepada Mahkamah Tinggi oleh seksyen 31 dan seksyen 32 Akta yang
sama pula meliputi penyeliaan terhadap tatalaku dan semakan keputusan oleh mahkamah-
mahkamah yang lebih rendah, badan-badan separa kehakiman dan tribunal.

10

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Peruntukan undang-undang tentang Mahkamah Sesyen dinyatakan dalam seksyen 59
Akta Mahkamah Rendah 1948 (Akta 92). Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk mendengar
dan membicarakan kes-kes sivil dan jenayah, kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati
bagi kes jenayah dan kes-kes sivil yang mempunyai nilai tidak melebihi RM1 juta.

Menurut seksyen 90 Akta Mahkamah Rendah 1948, Mahkamah Majistret mempunyai


bidang kuasa untuk mendengar kes-kes sivil yang melibatkan jumlah tuntutan tidak melebihi
RM100,000.00, manakala subseksyen 87(1) Akta yang sama pula memperuntukkan kuasa
Majistret untuk menjatuhkan hukuman terhadap kes jenayah tidak melebihi lima tahun
pemenjaraan, denda tidak melebihi RM10,000.00, sebatan tidak melebihi 12 kali atau apa-
apa hukuman yang menggabungkan mana-mana hukuman tersebut. Walau bagaimanapun,
jika suatu undang-undang memberikan kuasa kepada Majistret untuk menjatuhkan hukuman
yang melebihi hukuman yang dinyatakan, Majistret boleh menjatuhkan hukuman penuh yang
dibenarkan oleh undang-undang itu.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa Mahkamah-mahkamah Sivil


di Malaysia berbentuk hierarki. Mahkamah-mahkamah yang wujud mempunyai bidang kuasa
yang berbeza mengikut tingkat (hierarki) masing-masing. Rajah 1 menunjukkan struktur
Mahkamah Sivil di Malaysia.

Rajah 1: Hierarki Mahkamah Sivil di Malaysia.

Sumber: Laman web Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.

11

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Selain mahkamah yang disenaraikan dalam Rajah 1, Malaysia juga mempunyai
mahkamah khas. Mahkamah khas di Malaysia terdiri daripada beberapa jenis mahkamah.
Antara mahkamah tersebut ialah:

• Mahkamah Bagi Kanak-Kanak;


• Mahkamah Khas Raja-Raja; dan
• Mahkamah Harta Intelek.

Selain mahkamah khas di atas, terdapat mahkamah yang berada di luar struktur
kehakiman Malaysia. Mahkamah-mahkamah ini ditubuhkan mengikut akta yang tersendiri.
Antara mahkamah tersebut ialah:

• Mahkamah Perusahaan;
• Mahkamah Anak Negeri; dan
• Mahkamah Tentera.

Mahkamah bagi kanak-kanak dikenali sebagai Mahkamah Juvana sebelum ini.


Mahkamah ini merupakan mahkamah yang ditubuhkan mengikut subseksyen 11(1) Akta
Kanak-Kanak 2001 bagi mendengar, memutuskan atau membereskan apa-apa pertuduhan
terhadap seseorang kanak-kanak. Mahkamah bagi kanak-kanak mempunyai bidang kuasa
untuk membicarakan semua kesalahan, kecuali kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum
dengan hukuman mati. Mahkamah bagi kanak-kanak terdiri daripada seorang Majistret dan
dua orang penasihat yang dilantik oleh menteri. Seorang daripada dua orang penasihat
tersebut hendaklah seorang wanita. Penasihat mempunyai fungsi untuk memaklumkan dan
menasihati mahkamah bagi kanak-kanak tentang apa-apa pertimbangan yang menyentuh
perintah yang dibuat oleh Majistret. Selain itu, penasihat juga berfungsi untuk menasihati ibu
atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu. Semua perkara ini dijelaskan dalam seksyen 11 Akta
Kanak-Kanak 2001.

Mahkamah Khas Raja-Raja pula mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan
membicarakan kesalahan-kesalahan yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
di negeri-negeri di Malaysia. Mahkamah ini ditubuhkan mengikut Perkara 182(1) Perlembagaan
Persekutuan.

Mahkamah Harta Intelek memainkan peranan yang sangat signifikan dalam


menyelesaikan isu-isu yang melibatkan harta intelek demi memberikan keadilan kepada
masyarakat. Penubuhan mahkamah ini bertujuan untuk memberikan remedi yang lebih baik
kepada pemilik hak harta intelek dan mengurangkan pencabulan harta intelek. Mahkamah
Harta Intelek telah ditubuhkan pada tahun 2007 di Malaysia dengan pemberian bidang kuasa
sivil dan jenayah berkaitan dengan kes-kes harta intelek kepada mahkamah tersebut.

Mahkamah Tentera mempunyai bidang kuasa bagi mengendalikan kes-kes sivil dan
jenayah yang melibatkan anggota tentera, seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 103
Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77). Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tentera ini boleh
dirayu ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Anak Negeri pula merupakan mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan di


negeri Sabah dan Sarawak serta ditadbir oleh enakmen negeri masing-masing. Mahkamah-
mahkamah ini mempunyai kuasa terhadap apa-apa perkara yang melibatkan adat dan amalan
kaum di negeri-negeri tersebut. Di negeri Sabah, penubuhan, bidang kuasa, tatacara dan

12

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


perkara lain yang berkaitan dengan mahkamah anak negeri diperuntukkan dalam Enakmen
Mahkamah Anak Negeri 1992. Di negeri Sarawak pula, Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1992
merupakan undang-undang yang berhubungan dengan penubuhan, bidang kuasa, tatacara
dan perkara lain yang berkaitan dengan mahkamah anak negeri. Mahkamah anak negeri
tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara yang terangkum dalam bidang kuasa
mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Selain mahkamah sivil, satu lagi sistem mahkamah yang wujud di Malaysia ialah
Mahkamah Syariah. Menurut Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, hanya mahkamah
syariah yang mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara yang termasuk dalam bidang
kuasanya, iaitu hal ehwal agama Islam yang meliputi perwarisan, perkahwinan, penceraian,
nafkah, kesahtarafan dan sebagainya. Hal ini bermaksud, sekiranya terdapat permasalahan
undang-undang yang wujud dalam kalangan individu yang beragama Islam yang menyentuh
apa-apa hal di bawah Senarai 2, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, maka
permasalahan tersebut akan difailkan dan didengar atau dibicarakan di mahkamah syariah
(Wan A. F., 2022).

Mahkamah Syariah terdiri daripada Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah


Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Penubuhan Mahkamah Syariah ini juga
berdasarkan peruntukan undang-undang negeri. Sebagai contoh, di negeri Selangor,
penubuhan Mahkamah Syariah diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 (Enakmen 1 Tahun 2003). Seksyen 55 Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Selangor) 2003 memberi kuasa kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
untuk menubuhkan mahkamah syariah di Selangor. Secara khususnya, subseksyen 55(1)
memperuntukkan tentang penubuhan Mahkamah Rendah Syariah, manakala subseksyen
55(2) memperuntukkan tentang penubuhan Mahkamah Tinggi Syariah. Penubuhan Mahkamah
Rayuan Syariah pula diperuntukkan dalam subseksyen 55(3).

Dari segi bidang kuasa, ketiga-tiga Mahkamah Syariah ini mempunyai bidang kuasa
yang berbeza dalam kes jenayah dan kes mal. Mengikut seksyen 62 Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidang kuasa
jenayah untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang hukuman maksimumnya tidak melebihi
tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam bidang kuasa mal pula, Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar dan memutuskan kes yang Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai kuasa untuk
mendengar dan memutuskannya jika tuntutannya tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak
dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah diperuntukkan dalam seksyen 61. Menurut
seksyen 61, Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa jenayah bagi membicarakan
apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan boleh mengenakan apa-apa hukuman
yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Dalam kes mal pula, Mahkamah Tinggi Syariah boleh
mendengar dan memutuskan semua jenis prosiding atau tindakan jika pihak dalam prosiding
atau tindakan itu ialah orang Islam dan berhubungan antara lain, dengan:

• Pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh),


nusyuz atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan
perhubungan antara suami dan isteri;
• Pelupusan atau tuntutan apa-apa harta yang berbangkit daripada tindakan di atas;

13

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


• Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
• Nafkah, kesahtarafan atau hadhanah;
• Wasiat;
• Wakaf atau nazar;
• Hibah; dan
• Pentadbiran masjid.

Di negeri Selangor, Mahkamah Rayuan Syariah pula mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh
Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya. Hal ini telah dijelaskan
dalam seksyen 67 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Struktur mahkamah syariah juga berbentuk hierarki, sama seperti Mahkamah Sivil.
Rajah 2 menunjukkan hierarki Mahkamah Syariah yang wujud di negeri-negeri di Malaysia,
termasuk di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Rajah 2: Hierarki Mahkamah Syariah di Malaysia.

14

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Negeri Perak mempunyai struktur mahkamah yang berbeza sedikit dengan negeri-
negeri lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mahkamah syariah di negeri Perak mempunyai
empat tingkat berbanding dengan negeri-negeri lain yang hanya mempunyai tiga tingkat.

Rajah 3: Hierarki Mahkamah Syariah di Negeri Perak.

2.6 Kesimpulan

Sistem perundangan di Malaysia merupakan suatu sistem yang unik. Malaysia mengamalkan
sistem common law. Sumber undang-undang di Malaysia terdiri daripada undang-undang
bertulis dan tidak bertulis. Kedua-dua jenis undang-undang ini menjadi sumber rujukan kepada
mahkamah dalam memutuskan sesuatu kes.

Oleh sebab Malaysia merupakan negara yang mengamalkan dwisistem mahkamah,


maka peruntukan-peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa juga diselaraskan mengikut
bidang kuasa masing-masing, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kewujudan sistem kehakiman yang pelbagai juga membolehkan segala hal perundangan di
Malaysia dapat diselesaikan dengan lebih berkesan, bergantung pada jenis-jenis mahkamah
dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada mahkamah-mahkamah ini.

15

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 3

UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk membincangkan undang-undang di Malaysia berhubungan dengan


pendidikan, khususnya pendidikan persekolahan. Bagi tujuan ini, Perlembagaan Persekutuan
akan dirujuk sebagai kerangka perbincangan memandangkan Perlembagaan Persekutuan
ialah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan merangkumi semua
aspek yang berkaitan dengan kelangsungan negara Malaysia, termasuk aspek pendidikan.
Selain itu, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan, termasuk
pekeliling yang relevan akan dibincangkan untuk memberikan kefahaman kepada PPP
tentang skop dan peranan undang-undang tersebut. Hal ini kerana undang-undang tersebut
mempunyai kesan dan perkaitan langsung dengan skop perkhidmatan PPP.

3.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu bentuk hak asasi manusia yang paling asas. Secara amnya,
setiap orang berhak untuk mendapat hak pendidikan yang sama rata. Bagi memahami
pendidikan sebagai suatu hak, rujukan boleh dibuat kepada instrumen antarabangsa dan
undang-undang Malaysia yang relevan.

Antara instrumen antarabangsa yang relevan ialah Konvensyen tentang Hak Kanak-
Kanak (Convention on The Rights of The Child). Konvensyen ini terpakai kepada kanak-kanak
yang berusia di bawah 18 tahun. Menurut undang-undang, pendidikan merupakan hak bagi
setiap kanak-kanak. Perkara 28 antara lain mengkehendaki negara anggota untuk mewajibkan
pendidikan sekolah rendah secara percuma kepada semua kanak-kanak, menyediakan
pendidikan sekolah menengah secara percuma sekiranya ada dan mudah untuk diakses serta
pengajian tinggi berdasarkan keupayaan. Perkara 29 pula mengutamakan tujuan pendidikan
serta menghormati kebebasan ibu bapa dalam memilih jenis pendidikan yang ingin diberikan
kepada anak-anak mereka.

Sesungguhnya, pendidikan merupakan suatu aspek yang diberikan penekanan dan


tumpuan yang penting di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kerangka antarabangsa
ini, banyak negara, termasuk Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menambah baik
perkhidmatan pendidikannya. Kini, Malaysia mempunyai undang-undang yang berkaitan
dengan pendidikan untuk memastikan pemberian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti
kepada semua.

16

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


3.2 Pendidikan dan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa pada tahun 1957 merupakan undang-undang
yang tertinggi di Malaysia dan diperuntukkan dengan 183 Perkara. Perlembagaan Persekutuan
merupakan undang-undang bertulis yang telah dibentuk daripada dua perundangan yang
terdahulu, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957. Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia
harus diutamakan daripada mana-mana undang-undang lain. Jika terdapat undang-undang
yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, maka undang-undang tersebut
dianggap tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, pendidikan ialah suatu bentuk kebebasan asasi


(fundamental liberties) yang jelas. Hak terhadap pendidikan termaktub dalam Perkara 12
Perlembagaan Persekutuan. Perkara 12 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa
tidak boleh ada apa-apa diskriminasi terhadap mana-mana orang dengan alasan agama,
bangsa, keturunan atau tempat lahir dalam pentadbiran institusi pendidikan yang dikendalikan
oleh pihak berkuasa awam, khususnya kemasukan murid-murid atau pembayaran yuran.
Selain itu, tidak boleh ada diskriminasi dalam memberikan bantuan kewangan daripada pihak
berkuasa awam bagi pendidikan murid-murid sama ada dikendalikan oleh pihak berkuasa
awam atau tidak serta di dalam atau di luar persekutuan. Perkara 12 perlu dibaca bersama
dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan tentang kesamarataan


(equality). Prinsip penting di sebalik Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan ialah semua orang
adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama
rata di sisi undang-undang. Hal ini bermakna bahawa tidak boleh ada diskriminasi terhadap
warganegara, semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina
dalam mana-mana undang-undang.

Selain itu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkhidmatan pendidikan


sebagai suatu bentuk perkhidmatan awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Perkara 132 (1)(h).

Bagi tujuan melancarkan perkhidmatan pendidikan di Malaysia, Perlembagaan


Persekutuan turut memperuntukkan tentang penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan. Hal ini dapat dilihat dari Perkara 141A hingga Perkara 144 Perlembagaan
Persekutuan. Perkara 141A (1) memperuntukkan tentang penubuhan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, manakala bidang kuasa Suruhanjaya ini diperuntukkan dalam
Perkara 144. Berdasarkan Perkara 144 (1), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berbidang
kuasa untuk melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan
berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas
anggota-anggota perkhidmatan pendidikan.

Oleh itu, PPP harus mengambil tahu tentang kewujudan dan peranan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan yang terlibat secara langsung dalam profesion PPP.

17

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


3.3 Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan

(a) Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) digubal dengan tujuan untuk memansuhkan Akta Pelajaran
1961 dan mengadakan satu undang-undang baharu tentang pendidikan bagi maksud
melaksanakan dasar pendidikan yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Matlamat FPK dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang
memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum
Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang disediakan pelbagai dan
menyeluruh skopnya dan akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan
negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk


membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada
perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Akta Pendidikan 1996 telah melalui beberapa proses pindaan. Pelaksanaan pendidikan
wajib pada peringkat sekolah rendah adalah antara pindaan penting dalam Akta Pendidikan
1996. Dasar pendidikan wajib memastikan setiap kanak-kanak warganegara di Malaysia
bermula pada umur enam tahun, tanpa mengira jantina, latar belakang sosial dan ekonomi
dan kawasan kediaman mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan rendah. Menurut
Akta Pendidikan 1996:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.”

Akta Pendidikan 1996 diperuntukkan dengan 16 bahagian yang terdiri daripada 156
seksyen. Setiap Bahagian mempunyai tujuan penggubalannya yang tersendiri yang perlu
difahami oleh semua orang, khususnya pihak yang dikawal selia oleh akta tersebut, termasuk
pihak yang menguatkuasakan akta tersebut. Kandungan Akta Pendidikan 1996 dapat
diringkaskan seperti yang berikut:

18

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jadual 1: Ringkasan Kandungan Akta Pendidikan 1996.

Bahagian Perkara Peruntukan Undang-undang

Bahagian I: Permulaan • Permulaan seksyen 1 – seksyen 2

Bahagian Perkara Peruntukan Undang-undang

Bahagian II: • Pentadbiran seksyen 3 – seksyen 9A


Pentadbiran

Bahagian III: • Majlis Penasihat seksyen 10 – seksyen 14


Majlis Penasihat Pendidikan
Pendidikan Kebangsaan
Kebangsaan

Bahagian IV: • Sistem Pendidikan seksyen 15 – seksyen 19


Sistem Pendidikan Kebangsaan
Kebangsaan • Pendidikan Prasekolah seksyen 20 – seksyen 26
• Pendidikan Rendah seksyen 27 – seksyen 29A
• Pendidikan Menengah seksyen 30 – seksyen 32
• Pendidikan Lepas seksyen 33
Menengah
• Kolej Vokasional seksyen 33A – seksyen 33D
• Institusi Pendidikan seksyen 34
Lain seksyen 35 – seksyen 39
• Pendidikan Teknik dan
Politeknik seksyen 40 – seksyen 41
• Pendidikan Khas seksyen 42 – seksyen 49
• Pendidikan Guru seksyen 50 – seksyen 52
• Pengajaran Agama
di Institusi Pendidikan seksyen 53 – seksyen 63
• Pengurusan Institusi
Pendidikan seksyen 64 – seksyen 66
• Penyediaan
Kemudahan dan
Perkhidmatan

Bahagian V: • Penilaian dan seksyen 67 – seksyen 69


Penilaian dan Peperiksaan
Peperiksaan

Bahagian VI: • Pendidikan Tinggi seksyen 70 – seksyen 72


Pendidikan Tinggi

Bahagian VII: • Institusi Pendidikan seksyen 73 – seksyen 78


Institusi Pendidikan Swasta
Swasta

19

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Bahagian Perkara Peruntukan Undang-undang

Bahagian VIII: • Pendaftaran Institusi seksyen 79 – seksyen 86


Pendaftaran Institusi Pendidikan
Pendidikan • Pembatalan seksyen 87
Pendaftaran seksyen 88 – seksyen 97
• Pendaftaran Pengelola
dan Pekerja seksyen 98
• Pendaftaran Murid seksyen 99 – seksyen 102
• Pemeriksaan Institusi
Pendidikan oleh Ketua
Pendaftar

Bahagian IX: • Pendaftaran Guru seksyen 103 – seksyen 113


Pendaftaran Guru • Permit Mengajar seksyen 114
• Pelbagai seksyen 115 – seksyen 116

Bahagian X: Jemaah • Jemaah Nazir seksyen 117 – seksyen 120


Nazir • Am seksyen 121 – seksyen 122

Bahagian XI: • Kewangan seksyen 123 – seksyen 125


Kewangan

Bahagian XII: Rayuan • Rayuan seksyen 126 – seksyen 129

Bahagian XIII: • Peraturan-peraturan seksyen 130 – seksyen 131


Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV: • Kesalahan dan Penalti seksyen 132 – seksyen 139


Kesalahan dan
Penalti

Bahagian XV: • Pelbagai seksyen 140 – seksyen 145


Pelbagai

Bahagian XVI: • Peralihan dan seksyen 146 – seksyen 156


Peralihan dan Pemansuhan
Pemansuhan

Berdasarkan Jadual 1 di atas, antara bahagian penting yang diperuntukkan dalam Akta
Pendidikan 1996 ialah aspek yang berkaitan sistem pendidikan kebangsaan, penilaian dan
peperiksaan, pendidikan tinggi, institusi pendidikan swasta, pendaftaran institusi pendidikan,
pendaftaran guru serta Jemaah Nazir Sekolah. Akta Pendidikan 1996 juga mengandungi
tafsiran bagi istilah-istilah penting yang termasuk dalam skop akta ini. Antaranya ialah
istilah murid. Murid diertikan sebagai “seseorang, tanpa mengira umurnya, yang kepadanya
pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan.”

20

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Guru pula diertikan sebagai seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan,
termasuklah guru besar atau pengetua. Guru juga ditakrifkan sebagai seseorang yang
menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan
bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh dan termasuklah guru besar dan pengetua.
Istilah “institusi pendidikan” juga ditafsirkan dalam Akta Pendidikan 1996. “institusi pendidikan”
diertikan sebagai:

“Sekolah atau mana-mana tempat lain, yang dalam menjalankan kerja sesuatu
organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau
lebih, dan termasuklah tadika dan pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk:

(a) Mana-mana tempat yang pengajarannya terbatas kepada pengajaran mana-mana


agama semata-mata; atau
(b) Mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta sebagai bukan institusi pendidikan bagi maksud akta ini.”

Selain tiga istilah ini, banyak lagi istilah yang ditafsirkan dalam seksyen 2 Akta
Pendidikan 1996. Antara istilah lain yang ditafsirkan dalam Akta Pendidikan 1996 ialah:

• Bahasa kebangsaan;
• Ibu bapa;
• Institusi pendidikan guru;
• Institusi pendidikan tinggi;
• Kolej vokasional;
• Pendidikan khas;
• Pendidikan wajib; dan
• Pusat pendidikan jarak jauh.

Bagi tujuan memberikan kefahaman tentang skop Akta Pendidikan 1996, beberapa
peruntukan penting akan dijelaskan. Misalnya, seksyen 15 menjelaskan tentang institusi yang
tergolong dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Menurut seksyen ini, Sistem
Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada:

a. Pendidikan prasekolah;
b. Pendidikan rendah;
c. Pendidikan menengah;
d. Pendidikan lepas menengah; dan
e. Pendidikan tinggi.

21

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Walau bagaimanapun, seksyen 15 turut menyatakan bahawa Sistem Pendidikan
Kebangsaan ini tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.
Seksyen 16 pula memperuntukkan tentang kategori institusi pendidikan dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Berdasarkan seksyen 16, ada tiga kategori institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, iaitu:

a. Institusi pendidikan kerajaan;


b. Institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan
c. Institusi pendidikan swasta.

Contoh lain ialah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di
semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Hal ini telah diperuntukkan
dalam seksyen 17 Akta Pendidikan 1996. Mengikut subseksyen 17 (1), bahasa kebangsaan
hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah
seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada
subseksyen ini. Subseksyen 17(2) pula memperuntukkan bahawa jika bahasa pengantar
utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain bahasa kebangsaan, maka bahasa
kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.

Selain itu, Akta Pendidikan 1996 juga menyatakan bahawa kurikulum Kebangsaan
hendaklah digunakan oleh semua sekolah. Hal ini diperuntukkan dalam seksyen 18 Akta
Pendidikan 1996. Oleh hal yang demikian, guru-guru hendaklah mengajar murid-murid
mengikut kurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan. Seksyen 19 pula memperuntukkan
bahawa sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan dalam
sistem pendidikan di negara ini.

Kesemua peruntukan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 adalah untuk
menyelaraskan sistem pendidikan serta meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Semua
orang, khususnya PPP harus mempunyai pengetahuan tentang Akta Pendidikan 1996 kerana
undang-undang inilah yang menjadi asas kepada penjalanan sistem pendidikan negara.

(b) Peraturan-Peraturan Pendidikan

Bagi memastikan pemberian pendidikan perkhidmatan yang baik dan berkesan, pelbagai
peraturan yang berkaitan dengan pendidikan telah digubal. Berikut ialah senarai peraturan
yang dibuat di bawah Akta Pendidikan 1996:

1. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [P.U.(A) 531/1997];


2. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 [P.U.(A) 532/1997];
3. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 [P.U.(A) 533/1997];
4. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997 [P.U.(A)
534/1997];
5. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia) 1998
[P.U.(A) 95/1998];

22

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


6. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998 [P.U.(A) 118/1997];
7. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institusi Pendidikan Swasta) (Disiplin Murid) 1998
[P.U.(A) 167/1998];
8. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 [P.U.(A) 196/1998];
9. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 [P.U.(A)
197/1998];
10. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut Pendidikan Swasta)(Piawaian) 1998 [P.U.(A)
219/1998];
11. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut Pendidikan Swasta )(Iklan) 1998 [P.U.(A)
229/1998];
12. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan
Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998 [P.U.(A) 275/1998];
13. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 [P.U.(A) 232/2002];
14. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 [P.U.(A) 460/2002];
15. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002 [P.U.(A)
519/2002];
16. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) 2009 [P.U.(A)
137/2009];
17. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut Pendidikan Guru) 2010 [P.U.(A) 388/2010];
18. Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 [P.U.(A) 459/2002];
19. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan) 2012
[P.U.(A) 457/2012]; dan
20. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Permit Mengajar) 2013 [P.U.(A) 323/2013].

Selain peraturan di atas, peraturan dan kaedah di bawah Akta Pelajaran 1961 dan
ordinan sebelumnya yang tidak diliputi oleh peraturan baharu di bawah Akta Pendidikan
1996 adalah masih terpakai sehingga selesai disemak dan dimansuhkan. Antara peraturan-
peraturan dan kaedah-kaedah tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Peraturan-peraturan Guru (Pendaftaran) 1957 [L.N. 237/1957];


2. Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972
[P.U.(A) 414/1972];
3. Peraturan-peraturan Pendidikan (Gran) 1962; dan
4. Kaedah-kaedah Institusi Pendidikan (Surat Cara Pengurusan atau Pengelolaan)
1963.

Selaras dengan seksyen 18 dan seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Kementerian
telah membuat Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan telah
dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998. Kurikulum Kebangsaan bermaksud satu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan aktiviti kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.

23

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
memperuntukkan tentang kurikulum bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
yang mengandungi mata pelajaran berikut:

1. Mata pelajaran teras;


2. Mata pelajaran wajib;
3. Mata pelajaran tambahan;
4. Mata pelajaran elektif;
5. Mata pelajaran untuk kelas peralihan; dan
6. Mata pelajaran untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 juga bertujuan untuk


mengawal selia aktiviti kurikulum murid-murid di sekolah, termasuklah aktiviti sukan dan
permainan, kelab dan persatuan, badan beruniform dan apa-apa kegiatan yang ditentukan
oleh kementerian. Selain aktiviti pembelajaran dan pengajaran, kegiatan kurikulum turut
meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran murid-murid di sekolah.
Kegiatan kurikulum juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam aktiviti yang digemari oleh mereka.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 menjelaskan


tanggungjawab yang dipikul oleh PPP dan penalti yang dikenakan jika terdapat pengabaian
tanggungjawab tersebut. Sebagai contoh, seseorang guru perlu menyediakan, menyimpan
dan menyelenggara buku rekod guru. Peruntukan tentang kewajipan untuk menyimpan
dan menyelenggara buku rekod guru dapat dilihat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997. Terdapat dua peruntukan yang relevan dalam Peraturan-
peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 apabila membincangkan buku rekod
guru. Peruntukan pertama ialah peraturan 8 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997. Peraturan 8 menjelaskan tentang kewajipan yang dipikul oleh seseorang
guru berkaitan dengan buku rekod guru. Peraturan 8 memperuntukkan bahawa:

“Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan
jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana
hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu
dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan
pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan
suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk
pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.”

Peruntukan di atas menyatakan bahawa seseorang guru mempunyai kewajipan


untuk menyimpan dan menyenggara buku rekod guru. Kewajipan ini ialah kewajipan yang
mandatori. Hal ini terbukti dengan penggunaan perkataan “hendaklah” dalam peraturan 8
tersebut. Oleh itu, guru-guru wajib menyimpan dan menyenggara buku rekod gurunya. Selain
itu, peraturan 8 juga menjelaskan tentang kerangka masa dalam menyediakan buku rekod
guru, iaitu buku rekod guru perlu disediakan tidak lewat daripada hari akhir persekolahan
setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan. Tambahan pula, peraturan 8 turut

24

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


menjelaskan tentang tanggungjawab untuk mengemukakan buku rekod guru dengan kadar
serta-merta jika diminta untuk pemeriksaan Ketua Pendaftar. Kewajipan yang diperuntukkan
dalam peraturan 8 tidak terpakai kepada sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh.
Hal ini dikatakan demikian kerana peraturan 8 secara jelasnya mengecualikan kedua-dua
jenis institusi pendidikan tersebut.

Jika diteliti, peraturan 8 tidak memperuntukkan apa-apa penalti atau hukuman dalam
peraturan tersebut. Sungguhpun demikian, penalti bagi pelanggaran peraturan 8 dapat dilihat
dalam peruntukan yang lain dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997, iaitu peraturan 11. Oleh itu, peraturan 11 ialah peruntukan kedua yang relevan dalam
membincangkan buku rekod guru. Secara khususnya, penalti bagi pelanggaran peraturan 8
dijelaskan dalam subperaturan 11 (2) yang memperuntukkan seperti yang berikut:

“Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau
10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ratus ringgit.”

Berdasarkan subperaturan 11 (2) di atas, jelas menunjukkan bahawa sekiranya


seseorang guru melanggar peraturan 8, beliau boleh dianggap telah melakukan kesalahan.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus
ringgit. Nilai lima ratus ringgit ialah jumlah denda maksimum yang boleh dikenakan bagi
kesalahan tidak menyimpan dan menyenggara buku rekod guru. Bagi nilai minimum yang
boleh dikenakan pula, tiada apa-apa nilai minimum yang ditetapkan oleh subperaturan 11
(2). Hal ini bermakna bahawa denda yang minimum boleh dikenakan dengan mengambil kira
pelbagai faktor.

Bukan itu sahaja, malah seseorang guru juga perlu mengajar mengikut sukatan
pelajaran dan jadual waktu yang telah ditetapkan. Jika terdapat pelanggaran kewajipan ini,
maka penalti boleh dikenakan. Kewajipan dan penalti berkaitan dengan hal ini diperuntukkan
dalam subperaturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
sebagaimana yang berikut:

“Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang


diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang
mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar
murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual
waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.”

Oleh itu, seseorang guru yang tidak mengajar mengikut sukatan pelajaran yang
diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Peruntukan ini juga terpakai kepada mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru
untuk mengajar mengikut sukatan pelajaran atau jadual waktu yang tidak diluluskan.

25

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 mengandungi 12 peraturan.
Kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dapat
diringkaskan seperti yang berikut:

Jadual 2: Ringkasan Kandungan Peraturan-peraturan Pendidikan


(Kurikulum Kebangsaan) 1997.

Perkara Peruntukan Undang-undang

Nama dan mula berkuat kuasa Peraturan 1

Tafsiran Peraturan 2

Kurikulum Kebangsaan Peraturan 3

Bahan kurikulum dan kokurikulum Peraturan 4

Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual Peraturan 5


waktu

Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu Peraturan 6


diadakan untuk pemeriksaan

Guru perlu mengadakan salinan sukatan Peraturan 7


pelajaran yang diluluskan, dan senarai murid
untuk pemeriksaan

Buku rekod guru Peraturan 8

Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa Peraturan 9


selain bahasa kebangsaan diterjemahkan ke
dalam bahasa kebangsaan

Jadual waktu perlu dipamerkan Peraturan 10

Penalti Peraturan 11

Pemansuhan Peraturan 12

26

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Selain itu, sejajar dengan seksyen 40 dan 41 Akta Pendidikan 1996, Kementerian telah
membuat Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang terpakai kepada
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang melaksanakan Pendidikan Khas. Menurut
peraturan ini, pendidikan khas diberikan kepada murid-murid yang memerlukan pendidikan
khas di sekolah khas atau program-program pendidikan khas yang dianjurkan di sekolah rendah
atau menengah. Murid-murid berkeperluan pendidikan khas yang dimaksudkan ialah murid
yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, pertuturan, ketidakupayaan
fizikal, masalah pembelajaran atau gabungan mana-mana ketidakupayaan dan masalah.
Dengan adanya sistem pendidikan khas ini, semua murid yang mempunyai ketidakupayaan
fizikal dan masalah pembelajaran dapat menikmati hak pendidikan dan mendapat manfaat
daripadanya seperti murid-murid yang lain.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 mengandungi 11 peraturan.


Kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 dapat diringkaskan
seperti yang berikut:

Jadual 3: Ringkasan Kandungan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

Perkara Peruntukan Undang-undang

Nama Peraturan 1

Pemakaian Peraturan 2

Tafsiran Peraturan 3

Kehendak untuk menghadiri tempoh percubaan Peraturan 4

Kesesuaian mengikuti Pendidikan Khas Peraturan 5

Rayuan Peraturan 6

Kod Amalan Peraturan 7

Pelaksanaan Pendidikan Khas Peraturan 8

Kehendak untuk mengikuti kegiatan kokurikulum Peraturan 9

Tempoh pendidikan bagi murid berkeperluan Peraturan 10


pendidikan khas

Pembatalan Peraturan 11

Selain Akta dan Peraturan-Peraturan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia


juga mengeluarkan garis panduan, surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan lain-lain bagi
tujuan memberikan panduan yang jelas kepada PPP dalam menjalankan perkhidmatannya.
Antara contoh tersebut ialah:

27

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


• Garis Panduan Pencegahan Penularan Jangkitan Influenza-Like Illness di Institusi
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia;

• Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018:


Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam oleh Murid di Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia; dan

• Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2022 tentang


Pengoperasian Sekolah dalam bulan Ramadan bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Senarai di atas merupakan antara contoh dokumen panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebenarnya, terdapat banyak garis panduan, surat
pekeliling ikhtisas, surat siaran dan lain-lain yang boleh dirujuk oleh PPP untuk menjalankan
fungsinya dengan baik, berkesan dan menurut undang-undang. Rujukan kepada semua
dokumen ini boleh dibuat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.4 Kesimpulan

Pendidikan merupakan suatu proses pembelajaran, pemerolehan pengetahuan, kemahiran,


nilai, moral, kepercayaan, tabiat, dan perkembangan peribadi. Pendidikan bermula sebagai
pemindahan warisan budaya dari satu generasi ke generasi yang lain. Pada masa ini, matlamat
pendidikan semakin merangkumi idea-idea baharu, seperti pemikiran kritis tentang maklumat
yang disampaikan, kemahiran yang diperlukan untuk masyarakat moden dan kemahiran
vokasional yang kompleks. Oleh itu, sistem pendidikan di sesebuah negara mestilah lebih baik
dalam semua aspek serta undang-undang yang mengawal selia sistem pendidikan tersebut
harus kukuh dan bermutu tinggi. Dengan adanya sistem pendidikan yang berkualiti, maka
sesebuah negara dapat mencapai pembangunan dan terus maju.

Di Malaysia, undang-undang utama yang mengawal selia sistem pendidikan di negara


ialah Perlembagaan Persekutuan dan diikuti dengan akta-akta lain yang telah digubal dan
diluluskan oleh Parlimen sebagaimana yang telah dibincangkan. Akta Pendidikan 1996
pula dilihat antara perundangan yang sangat penting kerana pendidikan ialah hak asasi
manusia, khususnya bagi kanak-kanak. Peruntukan yang terkandung dalam Akta Pendidikan
1996 sebenarnya dapat memberikan pelbagai implikasi positif ke arah pemerkasaan dan
kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pemahaman tentang
Akta Pendidikan 1996 amat signifikan sebelum peruntukan yang terkandung dalamnya dapat
dikuatkuasakan dengan sewajarnya di Malaysia.

28

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 4

MURID SEBAGAI KANAK-KANAK DAN KONSEP IN LOCO PARENTIS

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk menerangkan undang-undang berhubung dengan murid sebagai
kanak-kanak mengikut kerangka undang-undang Malaysia. Dari segi undang-undang, murid
yang berumur bawah 18 tahun ialah kanak-kanak. Dalam konteks Malaysia, Akta Kanak-
Kanak 2001 merupakan perundangan utama yang berkaitan dengan kanak-kanak kerana
undang-undang ini menerangkan umur kanak-kanak dan hak kanak-kanak serta kewajipan ibu
bapa atau penjaga kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bergelar murid, PPP akan memainkan
peranan sebagai penjaga murid berkenaan. Hubungan antara guru dan sekolah dengan murid
dalam institusi pendidikan berlandaskan konsep in loco parentis. Mengikut konsep ini, guru
dan sekolah dianggap sebagai ibu bapa gantian kepada murid semasa murid terlibat dalam
aktiviti persekolahan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru-guru dan pihak sekolah
perlu sentiasa memastikan murid-murid dalam keadaan selamat daripada mengalami apa-
apa kecederaan, kerugian atau kerosakan.

1. Pengenalan

Istilah “murid” yang digunakan dalam Akta Pendidikan 1996 menggambarkan seseorang yang
menerima pendidikan atau latihan dalam sesuatu institusi pendidikan di Malaysia. Walaupun
istilah “murid” digunakan secara umum kepada sesiapa sahaja yang menerima pendidikan
tanpa mengira umur, terdapat kategori murid yang perlu diberi perhatian yang lebih oleh
institusi pendidikan. Antara kategori tersebut ialah kanak-kanak sebagai murid. Oleh itu,
kanak-kanak sebagai murid harus diberikan penjagaan dan perlindungan tambahan oleh
semua pihak yang berkaitan.

Peranan menjaga murid-murid di sekolah merupakan suatu usaha murni yang tidak
dapat dinafikan kepentingannya. Oleh hal yang demikian, kawalan berkaitan dengan fungsi
guru-guru dalam mendidik anak bangsa amat penting dan perlu dilakukan dengan lebih teliti.
In loco parentis merupakan suatu frasa yang signifikan dalam menterjemahkan fungsi guru-
guru yang dianggap sebagai ibu bapa sewaktu murid-murid berada di sekolah. Oleh hal yang
demikian, guru-guru harus mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka agar mereka
tidak dikenakan apa-apa tanggungan atau liabiliti di bawah undang-undang.

2. Takrifan Kanak-kanak

Lazimnya, kanak-kanak ditakrifkan secara berbeza, khususnya dari segi had umur.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), kanak-kanak bermaksud anak lelaki atau
perempuan yang masih kecil, biasanya yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan
tahun. Walau bagaimanapun, takrifan ini berbeza dengan undang-undang berkaitan dengan

29

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


kanak-kanak di Malaysia, iaitu Akta Kanak-Kanak 2001. Kerajaan telah menguatkuasakan
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) pada 1 Ogos 2002 untuk mewujudkan satu undang-
undang yang selaras di seluruh negara berkaitan dengan hal ehwal kanak-kanak dengan
menggabungkan tiga akta, iaitu:

• Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;


• Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973; dan
• Akta Mahkamah Juvana 1947.

Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001 mentakrifkan kanak-kanak sebagai seseorang


di bawah umur lapan belas tahun. Akta Kanak-Kanak 2001 mengekalkan takrifan kanak-
kanak yang dinyatakan dalam akta-akta sebelum ini, tetapi pindaan dibuat supaya tiada lagi
perbezaan had umur yang khusus antara kanak-kanak dengan orang muda (Sarirah Che
Rose dan Zuryati Mohamed Yusoff, 2014). Dalam hal ini, Perkara 1 Konvensyen tentang
Hak Kanak-Kanak juga mentakrifkan kanak-kanak sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta
Kanak-Kanak 2001, iaitu seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan tentang takrifan kanak-kanak dalam


kalangan orang ramai sebelum penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 namun pertikaian
tersebut telah dapat diselesaikan. Dengan adanya peruntukan undang-undang dalam Akta
Kanak-Kanak 2001 dan juga Konvensyen tentang Hak Kanak-Kanak, hal ini dapat membantu
pihak berkuasa membuat keputusan yang selaras dan tepat berkaitan dengan kanak-kanak
dari segi umur, kepentingan, perlindungan, kebajikan dan hak kanak-kanak.

4.3 Akta Kanak-Kanak 2001

Malaysia sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan hak kanak-kanak terpelihara dan
dilindungi supaya dapat membentuk generasi yang baik pada masa hadapan. Pada 17
Februari 1995, Malaysia meratifikasi Konvensyen tentang Hak Kanak-Kanak (Convention on
the Rights of the Child [CRC]) yang memfokuskan kebajikan kanak-kanak dalam pelbagai
aspek, iaitu kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan supaya kanak-kanak
sentiasa dilindungi (Norhuda Salleh dan Dzurizah Ibrahim, 2015).

Akta Kanak-Kanak 2001 telah digubal bagi memastikan hak kanak-kanak di Malaysia
terus dijamin (Tengku F. M. et al, 2012). Menurut Akta tersebut, kanak-kanak perlulah dilindungi
daripada apa-apa pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi (Jabatan Kebajikan
Masyarakat, 2016). Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa undang-undang utama di Malaysia
berkaitan dengan kanak-kanak ialah Akta Kanak-Kanak 2001. Akta ini merupakan undang-
undang induk yang perlu diketahui oleh semua orang yang berurusan dengan kanak-kanak
agar hak, kebajikan dan kepentingan terbaik kanak-kanak dijaga pada setiap masa.

30

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Akta Kanak-Kanak 2001 mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja
merupakan suatu bahagian penting masyarakat Malaysia, tetapi juga merupakan kunci
kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat itu. Selain itu, Akta Kanak-Kanak
2001 mengakui bahawa disebabkan ketidakmatangan seseorang kanak-kanak dari segi
fizikal, mental dan emosinya maka memerlukan pelindungan, pemeliharaan dan bantuan
khas, selepas kelahiran untuk membolehkannya turut serta dalam menyumbang secara positif
ke arah pembentukan masyarakat Malaysia madani yang unggul. Bukan itu sahaja, malah
Akta Kanak-Kanak 2001 mengiktiraf bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat
pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan,
seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau
emosi atau apa-apa status lain.

Akta Kanak-Kanak 2001 mengandungi 15 Bahagian yang terdiri daripada lebih kurang
135 peruntukan. Akta ini juga mengandungi dua jadual. Antara perkara yang diperuntukkan
dalam Akta Kanak-Kanak 2001 ialah aspek yang berhubungan dengan:

• Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak;


• Pelantikan Pelindung, Pendaftar Besar, Pendaftar dan Pegawai Akhlak;
• Mahkamah bagi Kanak-Kanak;
• Kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan;
• Kesalahan berhubung dengan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak;
• Kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemulihan;
• Pemerdagangan dan pemelarian kanak-kanak;
• Tempat selamat dan tempat perlindungan;
• Asrama akhlak;
• Sekolah diluluskan; dan
• Sekolah Henry Gurney.

Jika diteliti, Akta Kanak-Kanak 2001 menggunakan satu frasa penting apabila apa-
apa keputusan atau perintah dibuat berkaitan dengan kanak-kanak, iaitu “kepentingan kanak-
kanak.” Hal ini bermaksud apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat mestilah untuk
kepentingan terbaik kanak-kanak. Antara peruntukan yang menggunakan frasa ini ialah:

• Perenggan18 (a);
• Subseksyen 30 (5), (6) dan perenggan (13) (aa);
• Subseksyen 35 (3);
• Subseksyen 37 (5); dan
• Perenggan 38 (c).

Frasa “kepentingan kanak-kanak” yang digunakan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 ini
telah disahkan oleh banyak kes mahkamah. Mahkamah memutuskan bahawa kepentingan
kanak-kanak yang terlibat haruslah menjadi pertimbangan yang utama apabila apa-apa
tindakan, keputusan atau perintah dibuat. Apabila prinsip yang sama digunakan dalam
konteks pendidikan, PPP juga perlu mengambil kira kepentingan kanak-kanak, iaitu murid
yang terlibat sebelum apa-apa keputusan atau tindakan diambil.

31

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


4.4 Hubungan antara PPP dengan Kanak-kanak sebagai Murid

Kanak-kanak merupakan kategori murid terbesar yang belajar di institusi persekolahan di


Malaysia kerana pada lazimnya, murid-murid sekolah berumur bawah 18 tahun. Oleh hal yang
demikian, perlindungan dan perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada mereka
kerana golongan ini merupakan insan yang masih kecil dan mudah untuk mengalami apa-
apa kecederaan dan kemalangan, baik yang boleh dijangka atau yang berlaku secara tidak
sengaja. Tanggungjawab dan tugas untuk memberikan perlindungan dan pengawalseliaan ini
terletak di bahu PPP di institusi pendidikan yang dihadiri oleh kanak-kanak tersebut.

PPP, khususnya guru-guru merupakan antara insan yang rapat dan dekat dengan
kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, undang-undang telah meletakkan tanggungjawab
yang besar kepada guru bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak sebagai
murid di sekolah sentiasa terpelihara. Hubungan antara murid dengan guru memainkan
peranan yang besar dalam kejayaan akademik dan perkembangan sosial kanak-kanak.
Kewujudan hubungan positif antara murid dengan guru dapat membantu murid berasa lebih
selesa dan selamat dalam persekitaran bilik darjah mereka. Hubungan antara guru dengan
murid memberikan tahap keselesaan yang membolehkan murid mengambil risiko dalam
pembelajaran yang akan memajukan pencapaian akademik.

Hubungan antara guru dengan murid juga adalah penting untuk membantu pembelajaran
murid yang berkesan. Hal ini menggalakkan setiap individu untuk memaksimumkan potensi
masing-masing dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan
hubungan antara guru dengan murid pada peringkat yang lebih awal dapat meningkatkan
keyakinan dan keazaman murid untuk berjaya dalam pendidikan. Cabaran bagi seseorang
guru untuk berhubung dengan murid dan membina hubungan bermula dengan tahap dan
perkembangan murid yang diajar oleh guru.

Murid daripada semua peringkat atau tahap ingin menarik perhatian guru sama ada
dengan bakat mereka untuk belajar atau melalui bakat unik mereka. Murid berasa selesa
berkongsi tentang diri mereka yang sebenar apabila hubungan dengan guru terbentuk
dan tahap kepercayaan telah dicapai. Sebaik sahaja hubungan antara guru dengan murid
diwujudkan, murid akan berkembang menjadi seorang pemikir yang yakin dan berdikari serta
murid yang aktif. Hal ini menjadikan hubungan antara guru dengan murid amat penting dan
diperlukan dalam suasana pendidikan.

Hubungan antara guru dengan murid berdasarkan prinsip undang-undang meletakkan


guru sebagai ibu bapa gantian kepada murid-murid dalam jagaan dan kawalannya. Menurut
konsep ini, guru merupakan ibu bapa gantian atau penjaga yang sah di sisi undang-undang
kepada murid semasa mereka berada di sekolah atau semasa mengikuti aktiviti sekolah di
luar kawasan sekolah.

32

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Konsep in loco parentis diiktiraf dalam hubungan antara guru dengan murid di Malaysia.
Konsep ini tidak termaktub dalam mana-mana undang-undang bertulis secara jelas. Hal ini
demikian kerana konsep ini merupakan doktrin yang lahir daripada prinsip common law. Kes-
kes mahkamah telah mengiktiraf kewujudan konsep ini. Pemakaian konsep ini menekankan
tanggungjawab guru sebagai ibu bapa gantian yang seharusnya bertindak dan mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya bagi menjaga kebajikan murid-murid. Sekolah harus dilihat
sebagai rumah kedua kepada murid-murid. Guru memainkan peranan yang penting bagi
memastikan murid di sekolah seronok untuk belajar. Oleh itu, guru mesti mengambil berat,
bertindak sebagai penasihat, dan memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak
tersebut. Oleh sebab cabaran profesion keguruan sangat besar berdasarkan doktrin in loco
parentis, maka guru memerlukan latihan berterusan dalam pekerjaan supaya dapat mengatasi
dan mengikuti perkembangan tentang cara mengendalikan murid-muridnya. Hubungan yang
terbina antara guru dengan murid ialah hubungan undang-undang yang berasaskan konsep
atau doktrin in loco parentis.

4.5 Kedudukan PPP dari Sudut In Loco Parentis

Konsep atau doktrin in loco parentis membawa maksud bahawa seseorang individu memikul
hak, kewajipan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak tanpa melalui apa-apa
tatacara pengangkatan (adoption) secara rasmi. Secara amnya, doktrin in loco parentis
merupakan istilah undang- undang yang menggambarkan hubungan yang serupa dengan
hubungan antara ibu bapa dengan anak. Doktrin ini merujuk individu yang menyandang status
ibu bapa dan tanggungjawab untuk individu lain, biasanya kanak-kanak, tanpa menerima
kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat. Pada masa ini, murid sekolah dan ibu bapa
mereka mempunyai harapan yang jelas tentang peranan yang harus dimainkan oleh pihak
pendidik yang menggambarkan sifat jelas in loco parentis. In loco parentis merupakan konsep
yang terus berkembang. Perkembangan ini dapat dilihat menerusi pemakaiannya dalam
keputusan mahkamah.

Seseorang guru mempunyai kewajipan berjaga-jaga atau duty of care terhadap


muridnya. Menurut common law, guru mestilah melaksanakan tanggungjawab tersebut
dengan memastikan keselamatan murid sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan
pada setiap masa (Ricketts v Frith Borough Council [1943] 2 All ER 629). Hubungan yang
istimewa antara guru dengan murid ini membolehkan seseorang guru untuk sentiasa
menyelia murid-muridnya daripada apa-apa risiko kecederaan sepanjang mereka berada di
bawah kawalan dan jagaannya (Government of Malaysia & Ors v Jumat bin Mahmud & Anor
[1977] 2 MLJ 103). Tahap penyeliaan yang perlu diberikan oleh guru-guru terhadap murid
telah dibincangkan oleh hakim dalam kes Richards v State of Victoria [1969] VR 136 yang
menyatakan bahawa:

The duty of care owed by (the teacher) required only that he should take such measures
as in all the circumstances were reasonable to prevent physical injury to (the pupil).
This duty not being one to insure against injury, but to take reasonable care to prevent
it, required no more than the taking of reasonable steps to protect the plaintiff against
risks of injury which ex hypothesi (the teacher) should reasonably have foreseen.

33

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Hal ini bermaksud seseorang guru perlu menjalankan tanggungjawab dan kewajipan
berjaga-jaga kepada murid-muridnya tidak kira di mana sahaja mereka berada selagi mereka
berada bawah jagaannya. Guru juga mestilah mengambil langkah-langkah yang munasabah
dalam mengelakkan apa-apa kecederaan daripada menimpa murid-murid tersebut. Dalam
kes Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor v Government of Malaysia & Ors [1982] CLJ 150,
Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan tentang penyeliaan yang perlu diberikan oleh
guru dengan menyatakan sedemikian:

It is settled law that a school teacher is under a duty to exercise supervision over his
pupils when they are in the school premises, either in the classroom or the playground.

Dengan merujuk penghakiman tersebut, jelaslah bahawa guru mempunyai kewajipan


berjaga-jaga yang tidak terhad kepada tugas di dalam kelas sahaja. Tugas tersebut mestilah
terus dilaksanakan sepanjang masa, termasuklah ketika melakukan aktiviti di padang
permainan di dalam kawasan sekolah.

Prinsip ini telah dirujuk semula oleh Hakim Wan Ahmad Farid dalam kes Kamaruddin
bin Mat Nasir v Sahar Bannu bt Mohamad & Ors [2020] MLJU 2559. Dalam kes ini, si mati,
iaitu seorang murid dan kanak-kanak yang berusia 14 tahun telah meninggal dunia akibat
dihempap oleh sebatang tiang gol bola baling yang telah rosak ketika bermain bola sepak di
padang sekolahnya di bawah pengawasan defendan pertama, iaitu seorang guru Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (PJK). Mahkamah telah mendapati bahawa terdapat kemungkiran
kewajipan berjaga-jaga pada pihak defendan kerana tidak melupuskan tiang gol yang telah
rosak itu serta gagal untuk memastikan padang sekolah tersebut berada dalam keadaan yang
selamat dan bebas daripada apa-apa peralatan sukan yang berbahaya. Mahkamah turut
menetapkan bahawa kesemua defendan bertanggungan 100% terhadap kemalangan yang
menimpa si mati sehingga menyebabkan kematiannya.

Hakim Zainal Azman juga telah menekankan tentang prinsip berjaga-jaga oleh seorang
guru terhadap muridnya dalam kes Ahmad Ikhwan bin Ahmad Fauzi (mendakwa melalui
bapa dan sahabat wakilnya Ahmad Fauzi bin Abdullah) lwn Ahmad Safwan Hanim bin Mohd
Fahimi dan lain-lain [2021] 7 MLJ 1. Dalam kes ini, mahkamah telah memutuskan bahawa
kesemua defendan, termasuklah warden yang bertugas pada malam kejadian, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), pengetua dan pengerusi sekolah bertanggungan terhadap
kecederaan plaintif yang merupakan seorang murid tingkatan dua Sekolah Menengah Sains
Sultan Mahmud, Kuala Terengganu yang telah dibuli oleh rakan-rakannya. Mahkamah turut
menyatakan bahawa mereka telah gagal untuk melaksanakan kewajipan berjaga-jaga
terhadap plaintif sehingga menyebabkan kejadian buli tersebut boleh berlaku.

Undang-undang meletakkan guru sebagai penjaga dan pengganti kepada ibu bapa
kepada para muridnya semasa mereka berada di institusi pendidikan. Konsep yang dinamakan
sebagai in loco parentis ini memerlukan PPP, khususnya guru-guru untuk sentiasa memberikan
keutamaan terhadap keselamatan dan kesejahteraan fizikal dan emosi murid-murid di bawah
bimbingan mereka (Joan F. G., 2021). Oleh hal yang demikian, apa-apa bentuk pengabaian,
penderaan, keganasan dan eksploitasi yang dilarang oleh undang-undang, terutamanya yang
telah disenaraikan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 hendaklah dielakkan sepenuhnya.

34

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kes-kes ini jelas menunjukkan bahawa PPP mestilah sentiasa melaksanakan
kewajipan berjaga-jaga terhadap murid-murid mereka dengan mengutamakan keselamatan
dan mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan apa-apa kemalangan yang tidak
diingini berlaku. Bukan itu sahaja, murid-murid ini juga hendaklah dilindungi daripada apa-
apa jenayah, terutamanya yang melibatkan fizikal, emosi dan seksual kerana murid-murid ini
merupakan golongan kanak-kanak yang wajib dijaga dan diberi perhatian.

4.6 Kesan Hubungan In Loco Parentis kepada PPP

PPP harus memahami konsep undang-undang kecuaian kerana konsep in loco parentis
mendedahkan PPP untuk disaman atas dasar kecuaiannya. Pada asasnya, kanak-kanak
sekolah di Malaysia meluangkan hampir satu pertiga masa seharian mereka di sekolah. Oleh
itu, potensi skop liabiliti sekolah adalah luas. Kebanyakan kecederaan murid-murid di sekolah
disebabkan oleh kemalangan yang tidak dijangka. Walau bagaimanapun, masyarakat awam
cenderung untuk mengaitkan kedua-dua isu tahap liabiliti sekolah dan kecederaan yang
dialami oleh kanak-kanak semasa di sekolah atau apabila terlibat dalam aktiviti berasaskan
sekolah.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, sekolah mempunyai tanggungjawab yang


penting dan luas apabila murid berada di sekolah. Oleh itu, semua guru berada dalam status
in loco parentis atau sebagai pengganti ibu bapa. Mereka mesti memastikan murid sentiasa
diberi perhatian dan penjagaan yang cukup serta dilindungi daripada apa-apa risiko yang
mungkin membahayakan mereka. Tanggungjawab guru dan sekolah juga bergantung pada
beberapa faktor, antaranya: (Mohammed et. al, 2014)

• Bilangan murid di sekolah;


• Umur;
• Kemahiran dan tanggungjawab mereka terhadap pendidikan;
• Aktiviti yang kerap dilakukan oleh mereka di dalam bilik darjah atau di sekitar kawasan
sekolah; dan
• Peralatan yang ada di sekolah dan keadaan fizikal sekolah itu sendiri seperti keadaan
bangunan dan bilik darjah.

Guru hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah-langkah yang munasabah


untuk mengelakkan sesuatu kejadian berlaku terhadap anak-anak murid mereka, khususnya
di dalam bilik darjah dan di dalam kawasan sekolah (Tie Fatt Hee 2004). Contohnya, guru
bertanggungjawab untuk kekal di dalam bilik darjah semasa murid berada di dalam bilik darjah
atau menjaga murid sepanjang hari persekolahan. Selain itu, guru atau pengurusan sekolah
harus memberikan amaran dan peringatan kepada murid bagi memastikan murid memahami
dan mematuhi peraturan-peraturan atau amaran yang diberikan. Guru juga hendaklah
memastikan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah semasa murid menyertai aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di sekolah setiap minggu (Mohammed et. al 2014).

35

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Doktrin in loco parentis ini menghendaki tahap tanggungjawab yang lebih tinggi untuk
penjagaan dan kesejahteraan murid di bawah kawalan seseorang guru, sama seperti guru
bertindak sebagai ibu bapa. Oleh itu, pentadbir sekolah dan guru mungkin bertanggungjawab
di sisi undang-undang apabila murid cedera sama ada kerana tindakan yang disengajakan
terhadap murid oleh guru atau disebabkan kecuaian murid itu sendiri (Muhamad Ubaidillah
Syed Syed Husin 2019).

Dari sudut in loco parentis, sifat keibubapaan yang menjaga dan melindungi anak-
anak daripada apa-apa bahaya, termasuklah dalam hal berkaitan dengan kesihatan dan
keselamatan wajar diamalkan oleh guru-guru sewaktu di sekolah. Misalnya, jika murid terjatuh
sewaktu bermain bola sepak di padang sekolah, guru hendaklah segera mendapatkan bantuan
bagi tujuan keselamatan dan kesihatan murid tersebut. Sekiranya murid tersebut terluka,
murid tersebut harus diberi rawatan. Ibu bapa murid tersebut juga hendaklah dimaklumkan
berkaitan dengan hal ini. Murid tersebut harus dihantar ke klinik ataupun hospital, sekiranya
perlu. Walau bagaimanapun, sebelum guru ingin menghantar murid ke klinik atau hospital,
guru perlu menghubungi ibu bapa murid berkenaan terlebih dahulu untuk memaklumkan
tentang keadaan anak mereka (Sistem Guru Online, 2019). Guru boleh meminta agar ibu
bapa menjemput anak mereka untuk dihantar ke klinik. Sekiranya ibu bapa murid berkenaan
tidak dapat hadir, guru perlulah meminta kebenaran daripada ibu bapa murid untuk membawa
mereka ke klinik. Kebenaran secara lisan atau bertulis perlu ada (Sistem Guru Online, 2019).
Hal ini kerana kebenaran daripada ibu bapa penting agar guru-guru tidak disalahkan pada
kemudian hari. Walau bagaimanapun, sekiranya ibu bapa murid tersebut tidak dapat dihubungi
pada waktu kecemasan tersebut, maka guru boleh mengambil tindakan yang sewajarnya bagi
murid berkenaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia memandang amat serius akan kejadian kemalangan


dan kecederaan yang berlaku kepada murid-murid sekolah. Oleh hal yang demikian,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000:
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan di Luar Kawasan Sekolah. Surat Pekeliling
Ikhtisas ini dikeluarkan sebagai peringatan kepada semua pengetua dan guru besar supaya
sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh mengakibatkan
kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid serta mengambil langkah-langkah
proaktif untuk mengelakkannya. Mengikut Surat Pekeliling lkhtisas ini, langkah-langkah yang
sewajarnya dilakukan meliputi aspek-aspek yang berikut:

1. Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;


2. Guru Kokurikulum dan Sukan;
3. Murid;
4. Skim Perlindungan Diri;
5. Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan);
6. Peralatan Sukan;
7. Kawasan Sukan/Permainan;
8. Kawasan Larangan;

36

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


9. Cuaca/Musim;
10. Laporan Kemalangan atau Kecederaan;
11. Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi; dan
12. Pelaporan Aktiviti (Penilaian).

Pihak sekolah yang meneliti Surat Pekeliling lkhtisas ini dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya bagi mengelakkan atau mengawal apa-apa risiko atau bahaya yang dapat
mengancam keselamatan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti
pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan. Surat Pekeliling lkhtisas
ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995: Keselamatan Diri
Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan di Dalam dan di Luar Kawasan Sekolah bertarikh 6 April 1995. Surat Pekeliling
lkhtisas ini ditujukan khas kepada semua guru Pendidikan Jasmani dan Sukan agar berwaspada
terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang
tidak diingini terhadap diri murid-murid serta mengambil langkah-langkah tertentu untuk
mengelakkannya. Surat Pekeliling lkhtisas ini juga menyatakan bahawa keselamatan murid
seharusnya menjadi pertimbangan utama pada setiap masa.

4.7 Kesimpulan

Penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak 2001 adalah sangat bermanfaat dan sesuai untuk
mengelakkan pertindihan dalam undang-undang yang wujud berkenaan dengan hal ehwal
kanak-kanak. Selain itu, Akta Kanak-Kanak 2001 juga menekankan aspek-aspek, seperti
kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak bagi memelihara
kepentingan, kebajikan dan hak kanak-kanak supaya mereka sentiasa dilindungi.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kebajikan kanak-kanak sebagai murid


sentiasa dipelihara, institusi pendidikan wajib memainkan peranan yang signifikan dalam
mengetahui dan menggunakan undang-undang yang sedia ada. Selain itu, institusi pendidikan
perlu mengambil kira dan mempertimbangkan kebajikan kanak-kanak sebagai murid dalam
mengambil apa-apa keputusan atau tindakan supaya tidak berlaku apa-apa penganiayaan
atau ketidakadilan terhadap kanak-kanak tersebut.

Konsep in loco parentis merupakan konsep yang penting bagi profesion keguruan.
Pemakaian konsep ini menekankan tanggungjawab guru sebagai ibu bapa gantian.
Berdasarkan konsep ini, guru seharusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya
bagi menjaga kebajikan dan keselamatan murid-murid. Konsep ibu bapa gantian meletakkan
tanggungjawab terhadap guru dan pihak sekolah dalam memastikan kebajikan dan
keselamatan murid-murid sentiasa terjaga. Selain meletakkan tanggungjawab terhadap
guru dan pihak sekolah, konsep in loco parentis juga meletakkan liabiliti kepada guru dan
pihak sekolah sekiranya gagal memenuhi tanggungjawab tersebut. Sehubungan dengan itu,
guru-guru dan pihak sekolah harus sentiasa memahami konsep ini dan mengambil langkah
sewajarnya untuk memastikan pematuhan terhadap konsep ini.

37

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 5

UNDANG-UNDANG KONTRAK

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan kontraktual yang termeterai antara PPP
dengan Kerajaan Malaysia dalam konteks perkhidmatan pendidikan. PPP memasuki kontrak
pekerjaan dengan Kerajaan Malaysia menerusi pelantikan sebagai pengkhidmat awam. Hal
ini mewujudkan hubungan kontraktual antara PPP dengan Kerajaan Malaysia. Berlandaskan
hubungan kontraktual yang terbentuk, PPP mempunyai hak yang diiktiraf dan kewajipan
yang perlu dipenuhi. PPP harus sentiasa mematuhi kewajipannya mengikut undang-undang
kontrak, khususnya skop sebagai pengkhidmat awam. Apa-apa kemungkiran terma dan
syarat kontrak yang dimasuki oleh PPP boleh mengakibatkan tindakan diambil terhadap PPP
di sisi undang-undang, seperti pemberhentian kerja, penggantungan kerja dan pembayaran
pampasan.

5.1 Pengenalan

PPP mempunyai hak yang diiktiraf dan kewajipan yang perlu dipenuhi sekiranya berpaksikan
kontrak. Dari segi hubungan kontraktual, ia meletakkan tanggungjawab yang besar kepada
PPP di samping memberikan hak kepada PPP menurut kontrak yang dimasuki. Sesungguhnya,
liabiliti akan timbul jika PPP melanggar perjanjian yang dimasuki. PPP dikatakan melanggar
perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Malaysia sekiranya PPP tidak menjalankan tugasnya
menurut terma dan syarat kontrak. Lantaran itu, semua peraturan dan pelaksanaan tugasan
yang telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan Malaysia sewajarnya dipatuhi pada setiap masa
oleh PPP.

5.2 Takrifan kontrak

Sesuatu urusan perjanjian akan dikawal oleh undang-undang melalui suatu kontrak. Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010) mentakrifkan kontrak merupakan suatu
bentuk perjanjian formal yang tertakluk pada syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau
lebih. Perjanjian yang termeterai ini akan dikuatkuasakan oleh undang-undang berdasarkan
persetujuan pihak-pihak yang memasuki kontrak tersebut (Legal Information Institute, 2017).

38

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Menurut Beatson pula, kontrak merupakan suatu set janji yang membolehkan
sesuatu remedi diberikan oleh undang-undang kepada pihak yang mengalami kesusahan
akibat kemungkiran kontrak yang dimasuki oleh pihak-pihak yang terlibat (Beatson, 1998).
Kontrak yang sah mestilah disertai dengan balasan serta perlu diniatkan bahawa urusan
perjanjian tersebut hendaklah berbentuk komersial atau bagi tujuan memperoleh keuntungan
(Muhammad, F. Y., 2016). Hal ini disokong oleh perenggan 2 (h) Akta Kontrak 1950 (Akta
136) yang dibaca bersama dengan subseksyen 10 (1) Akta yang sama yang mendefinisikan
kontrak sebagai suatu perjanjian yang dikuatkuasakan oleh undang-undang yang dibuat
dengan kerelaan bebas pihak-pihak yang berkelayakan untuk memasuki kontrak bagi suatu
balasan dan tujuan yang sah.

Sesuatu perjanjian akan menjadi kontrak sekiranya kesemua elemen kontrak telah
dipenuhi dengan sempurna. Terdapat tujuh elemen penting kontrak yang membolehkan
kontrak tersebut dikuatkuasakan oleh undang-undang dan menjadi sah (Sakina S. A. et. al.,
2015). Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut:

• Tawaran atau cadangan (offer);


• Penerimaan (acceptance);
• Balasan (consideration);
• Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang (intention to create legal
relations);
• Keupayaan (capacity);
• Kerelaan bebas (free consent); dan
• Kesahan tujuan (legality of object).

Elemen-elemen ini merupakan rukun asas sesuatu kontrak. Kontrak yang didapati
tidak memenuhi kesemua atau antara elemen ini akan terbatal dan menjadi tidak sah serta
tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Dalam konteks hubungan kontraktual antara PPP dengan Kerajaan Malaysia, elemen-
elemen yang disebutkan di atas turut terpakai secara am. Hal ini kerana semua elemen di atas
pada lazimnya wujud dalam hubungan kontraktual antara PPP dengan Kerajaan Malaysia.
Misalnya, pelantikan PPP bermula dengan pengeluaran surat tawaran bekerja daripada
Kerajaan Malaysia, diikuti pula dengan penerimaan tawaran tersebut oleh PPP yang terbabit.
Pelantikan PPP sememangnya memenuhi elemen balasan kerana kedua-dua pihak menerima
manfaat daripada hubungan kontraktual yang terbentuk. Kerajaan Malaysia menerima
perkhidmatan PPP sebagai balasan, manakala PPP menerima gaji sebagai balasan.

39

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Dari segi keupayaan pula, kedua-dua pihak, iaitu Kerajaan Malaysia dan PPP memang
berupaya untuk memasuki kontrak tersebut. Pihak-pihak yang lazimnya tidak boleh memasuki
kontrak ialah kanak-kanak dalam hal keadaan tertentu, orang yang telah diisytiharkan muflis
dan orang yang tidak sempurna akal. Oleh itu, PPP dan Kerajaan Malaysia memang mempunyai
keupayaan dari segi undang-undang untuk memasuki kontrak pekerjaan. Tambahan pula,
PPP dan Kerajaan Malaysia juga memasuki kontrak tersebut dengan kerelaan masing-
masing secara bebas. Hal ini bermakna bahawa tiada unsur paksaan, penipuan atau salah
kenyataan yang mendorong pihak-pihak untuk memasuki kontrak antara mereka. Jika ada,
kontrak tersebut berkemungkinan menjadi kontrak yang tidak sah di sisi undang-undang. Oleh
itu, secara amnya, elemen-elemen ini relevan untuk diketahui oleh PPP.

5.3 Hubungan Kontraktual antara PPP dengan Kerajaan Malaysia

Pada asasnya, undang-undang utama dan induk yang mengawal selia hubungan kontraktual
di Malaysia ialah Akta Kontrak 1950. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelbagai undang-
undang khusus yang mengawal selia hubungan kontraktual yang khusus. Hal ini dikatakan
demikian kerana kontrak boleh terdiri dalam pelbagai bentuk. Antara kontrak yang sering
dimeterai ialah kontrak pekerjaan. Kontrak pekerjaan merupakan suatu perjanjian antara
majikan dengan pekerja yang mewujudkan hubungan antara kedua-dua pihak dan mengikat
mereka dari segi undang-undang dengan syarat dan terma yang telah ditetapkan dalam
kontrak yang dipersetujui bagi suatu tempoh tertentu (Clyde W. S., 1984).

Kontrak pekerjaan ini biasanya dibuat secara bertulis serta disertakan dengan semua
terma yang ingin dinyatakan oleh satu pihak kepada pihak yang lain sama ada terma tersebut
merupakan terma yang nyata mahupun tersirat. Menurut subseksyen 2 (1) Akta Kontrak
1950, sesuatu perjanjian yang dibuat secara lisan antara pihak yang terlibat juga boleh
membentuk suatu kontrak. Oleh hal yang demikian, kontrak pekerjaan turut dibolehkan untuk
dibuat secara lisan. Isu yang lazimnya timbul dalam kontrak secara lisan ialah pembuktian
kewujudan dan terma dalam kontrak tersebut. Antara terma penting yang perlu dibincangkan
dalam kontrak pekerjaan ialah penerangan tentang jenis dan skop pekerjaan tersebut serta
hak dan kewajipan pekerja, seperti bayaran gaji, jumlah jam bekerja dan cuti.

Di Malaysia, undang-undang utama yang mengawal selia sektor pekerjaan ialah


undang-undang buruh. Bagi kontrak pekerjaan, akta yang sering dirujuk dalam apa-apa
permasalahan yang berkaitan dengan hal ehwal buruh ialah Akta Kerja 1955. Secara amnya,
seseorang pekerja dilindungi di bawah Akta ini sekiranya dia merupakan seorang pekerja
yang menerima gaji di bawah RM2,000.00 sebulan. Perlindungan ini turut diberikan kepada
pekerja-pekerja asing yang sah penggajiannya di Malaysia (Portal KSM, 2017).

40

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Bagi mereka yang memasuki kontrak pekerjaan, tetapi dibayar dengan gaji yang
melebihi RM2,000.00 pula, pekerja-pekerja ini akan dikawal selia oleh terma- terma yang
terdapat dalam kontrak pekerjaan yang telah dipersetujui oleh mereka dan pihak majikan serta
keperluan berkanun lain, seperti umur persaraan minimum, penetapan caruman Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan perlindungan sosial di bawah Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO). Golongan ini tidak mendapat perlindungan dari segi undang-undang
bawah Akta Kerja 1955 (Conventus Law, 2016).

Begitu juga halnya dengan PPP. PPP merupakan pengkhidmat awam (kakitangan
awam). Oleh itu, Akta Kerja 1955 tidak terpakai kepada PPP kerana akta ini hanya terpakai
kepada industri swasta. Tambahan pula, PPP juga tidak mempunyai apa-apa dokumen kontrak
lengkap secara bertulis yang mengandungi segala terma dan syarat kontrak yang dimasuki.
PPP hanyalah menandatangani aku janji sebagai pengkhidmat awam. Hak dan kewajipan
PPP dikawal selia oleh undang-undang berkuat kuasa. Antaranya ialah Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Hubungan antara PPP dengan Kerajaan Malaysia yang bersifat kontraktual telah
diiktiraf dalam kes-kes mahkamah. Dalam kes Government of Malaysia v Rosalind Oh Lee
Pek Inn [1973] 1 MLJ 222, mahkamah memutuskan bahawa hubungan yang terbentuk antara
seseorang pengkhidmat awam dengan Kerajaan Malaysia ialah hubungan yang berbentuk
istimewa (special kind). Hal ini kerana setelah seseorang dilantik sebagai pengkhidmat awam,
hak dan kewajipan pengkhidmat awam tersebut tidak lagi ditentukan oleh kerelaan kedua-dua
pihak-pihak, tetapi ditentukan oleh statut atau peraturan-peraturan pentadbiran yang dibuat
oleh kerajaan. Dalam kes ini, Mahkamah telah merujuk keputusan Mahkamah Agung dalam
kes Roshan Lal v. Union of India AIA [1967] SC 1889 yang menyatakan bahawa:

It is true that the origin of the Government Service is contractual. There is an offer and
acceptance in every case. But once appointed to his post or office, the Government
Servant acquires a status and his rights and obligations are no longer determined by
consent of both parties, but by statute or statutory rules which may be framed and
altered unilaterally by the Government. … the hallmark of status is the attachment to
a legal relationship of rights and duties imposed by the public law and not by mere
agreement of parties.

Prinsip dalam kes di atas juga telah dipetik dalam kes Liew Chun Kim@ Liew Chun
Tai & Ors v Pendaftar Pertubuhan Malaysia & ANor [2020] 1 LNS 1169. Hal ini bermakna
mahkamah mengiktraf hubungan kontraktual yang terbentuk antara PPP dengan Kerajaan
Malaysia. Walau bagaimanapun, hubungan ini bukanlah hubungan kontraktual yang biasa
tetapi suatu hubungan yang istimewa.

41

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sehubungan dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa PPP mempunyai kontrak
(perjanjian) dengan kerajaan Malaysia. Hubungan kontraktual ini meletakkan tanggungjawab
yang besar kepada PPP di samping memberikan hak kepada PP menurut kontrak yang
dimasuki. Oleh itu, liabiliti akan timbul apabila PPP memungkiri perjanjian yang telah dimasuki.
PPP dikatakan melanggar perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Malaysia jika PPP tidak
menjalankan tugasnya mengikut terma dan syarat kontrak. Bagi kemungkiran kontrak ini,
tindakan yang boleh dikenakan berpandukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993.

5.4 Kesimpulan

Skim Perkhidmatan PPP merupakan suatu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan bagi
memastikan transformasi profesion keguruan sebagai profesion pilihan selaras dengan
anjakan keempat dan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Mana-mana individu yang dilantik di bawah skim ini mempunyai hubungan kontraktual dengan
kerajaan Malaysia sebagai majikan. Hubungan ini jelas mewujudkan hak dan tanggungjawab
antara pihak yang terlibat, iaitu PPP sebagai pekerja dan Kerajaan Malaysia sebagai majikan.

PPP perlu melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak


kerajaan dengan sempurna. Apa-apa pelanggaran tugas akan mengakibatkan PPP boleh
dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 atau ditamatkan perkhidmatan selaras dengan garis panduan yang telah
dinyatakan dalam Perkara 135 Perlembagaan Persekutuan. Oleh hal yang demikian, setiap
PPP mestilah mengambil berat akan tugasan yang diberikan kepada mereka dan memastikan
pelaksanaan tugasan tersebut dipenuhi pada tahap yang sangat memuaskan agar profesion
keguruan ini semakin berkembang dalam kalangan masyarakat sekali gus dapat melahirkan
murid yang cemerlang di Malaysia.

42

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 6

UNDANG-UNDANG JENAYAH

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk menerangkan tentang undang-undang jenayah di Malaysia dengan
mengkhususkan perbincangan kepada kesalahan-kesalahan lazim yang boleh melibatkan
PPP. Pengetahuan tentang undang-undang jenayah amat penting kerana sesuatu tindakan
atau perbuatan PPP yang melanggar undang-undang jenayah yang digubal di Malaysia
akan dianggap sebagai suatu jenayah. Dalam konteks negara Malaysia, terdapat pelbagai
jenis perundangan yang berkaitan dengan jenayah. Secara amnya, jenayah di Malaysia
dapat dikelaskan kepada jenayah mengikut undang-undang sivil dan jenayah syariah.
Jenayah mengikut undang-undang sivil ini pula terbahagi kepada pelbagai jenis jenayah
yang diperuntukkan dalam pelbagai perundangan seperti jenayah terhadap tubuh badan,
jenayah terhadap harta benda, jenayah terhadap negara, jenayah dadah, jenayah rasuah dan
jenayah keganasan. Sekiranya PPP terlibat dalam kes jenayah sebagai pesalah, maka PPP
boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang. Tambahan pula, liabiliti jenayah yang
dikenakan kepada PPP juga akan menyebabkan tindakan tatatertib diambil terhadap PPP.

1. Pengenalan

Jenayah ialah suatu perbuatan yang serius kerana memberikan kesan negatif yang besar
kepada masyarakat dan negara. Secara khususnya, perbuatan jenayah akan memberikan
kesan negatif kepada mangsa dan pelaku. Mangsa akan mengalami musibah bergantung
pada jenis jenayah dilakukan terhadapnya. Ada mangsa yang meninggal dunia, ada yang
mengalami kecederaan dan ada pula mangsa yang mengalami kerugian, misalnya dalam
jenayah curi dan rompakan.

Perbuatan jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. PPP juga boleh terlibat dalam
kes jenayah. Kesalahan jenayah yang dilakukan oleh guru merupakan isu yang sangat serius.
Isu ini perlu diperhatikan dan dipertimbangkan dalam profesion keguruan serta dalam sistem
pendidikan di Malaysia bagi memastikan golongan pendidik ini dapat menjadi contoh yang
baik sebelum membangunkan anak-anak bangsa. Hal ini demikian kerana dalam konteks
pembendungan gejala jenayah, guru-guru sepatutnya menjadi suri teladan kepada
murid-murid daripada terlibat dalam kes jenayah.

2. Takrifan dan Jenis Jenayah

Jenayah atau kesalahan ialah perbuatan yang menyalahi undang-undang. Jika didapati
bersalah atas perbuatan yang dilakukan, maka pesalah boleh dihukum. Hukuman tersebut
dalam bentuk pemenjaraan atau dikenakan denda atau hukuman sebatan sebagaimana
yang diperuntukkan dalam undang-undang yang mengawal selia kesalahan tersebut. Hal ini
selaras dengan takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), jenayah
merupakan perbuatan jahat yang salah di sisi undang-undang. Maka, hukuman seharusnya
dikenakan kepada pesalah yang melakukan perbuatan jahat tersebut.

43

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jenayah merujuk pelbagai jenis salah laku yang dilarang oleh undang-undang
(Sowmyya Thotakura, 2011). Jenayah termasuk perbuatan seperti membunuh, mencuri,
memiliki atau mengedar dadah, merogol, memandu dalam keadaan mabuk dan merompak
bank (Cesare Beccaria, 1983). Jenayah juga bermaksud “an illegal act for which someone can
be punished by the government; a grave offense especially against morality; criminal activity;
and something reprehensible, foolish, or disgraceful” (Merriam-Webster Dictionary, 2022). Hal
ini bermaksud bahawa jenayah merupakan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang,
iaitu:

• Seseorang itu boleh dihukum oleh pihak kerajaan;


• Suatu kesalahan berat terutamanya terhadap moral;
• Aktiviti jenayah; dan
• Sesuatu yang tercela, bodoh, atau memalukan.

Secara umumnya, kesalahan jenayah boleh dikaitkan dengan kesalahan jenayah


ringan dan berat. Jenayah ringan dilihat sebagai suatu perlakuan jenayah yang bersifat ringan
dan hukuman bagi kesalahan ini juga lebih ringan berbanding dengan jenayah berat. Hal
ini demikian kerana jenayah berat merupakan jenayah serius yang mengancam sesebuah
masyarakat. Seseorang yang melakukan jenayah ini boleh dikenakan hukuman yang berat,
seperti pemenjaraan seumur hidup, sebatan dan hukuman mati. Berdasarkan seksyen 52A
Kanun Keseksaan, kesalahan ringan (non-serious offence) ialah suatu kesalahan yang boleh
dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak lebih daripada sepuluh tahun manakala
seksyen 52B menyatakan bahawa kesalahan berat (serious offence) ialah suatu kesalahan
yang boleh dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh sepuluh tahun atau lebih. Perbuatan
seperti mencubit, menampar dan membaling buku ke arah murid boleh menjadi suatu
kesalahan jenayah sekiranya mendatangkan kecederaan ke atas tubuh badan murid. Misalnya,
sekiranya seseorang itu sengaja menyebabkan kecederaan kepada murid, hukuman dengan
pemenjaraan selama tempoh setahun atau denda sehingga RM2,000, atau dengan kedua-
duanya boleh dikenakan. Kesalahan ini ialah suatu jenis kesalahan ringan.

6.3 Kanun Keseksaan

Di Malaysia, kesalahan-kesalahan jenayah secara amnya dikawal selia oleh Kanun Keseksaan
(Akta 574). Seseorang tidak boleh melakukan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan
peruntukan undang-undang yang terkandung di dalamnya. Kanun Keseksaan memainkan
peranan sebagai undang-undang utama bagi kesalahan jenayah dan memperuntukkan
hukuman terhadap pelakunya. Kanun Keseksaan memperuntukkan pelbagai jenis kesalahan
jenayah. Jadual 4 di bawah menunjukkan jenis kesalahan utama dan peruntukan undang-
undang yang terkandung dalam Kanun Keseksaan.

Jadual 4: Kesalahan Jenayah yang terkandung dalam Kanun Keseksaan.

Jenis Kesalahan Peruntukan Undang-undang

Kesalahan-kesalahan • Mematikan orang dengan salah (seksyen 299 Kanun


terhadap tubuh Keseksaan)
manusia • Membunuh orang (seksyen 300 Kanun Keseksaan)

44

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jenis Kesalahan Peruntukan Undang-undang

• Mematikan orang dengan salah yang menyebabkan


kematian seseorang yang lain daripada orang yang
kematiannya dimaksudkan (seksyen 301 Kanun Keseksaan)
• Menyebabkan kematian dengan cuai (seksyen 304A Kanun
Keseksaan)
• Menyubahati kanak-kanak atau orang gila membunuh diri
(seksyen 305 Kanun Keseksaan)
• Menyubahati kesalahan membunuh diri (seksyen 306
Kanun Keseksaan)
• Dengan sengaja menyebabkan cedera (seksyen 321 Kanun
Keseksaan)
• Dengan sengaja menyebabkan cedera parah (seksyen 322
Kanun Keseksaan)
• Halangan salah (seksyen 339 Kanun Keseksaan)
• Pengurungan salah (seksyen 340 Kanun Keseksaan)
• Kekerasan (seksyen 349 Kanun Keseksaan)
• Kekerasan jenayah (seksyen 350 Kanun Keseksaan)

• Kesalahan mencuri (seksyen 378 Kanun Keseksaan)


• Mencuri setelah dibuat persiapan bagi menyebabkan
kematian atau cedera dengan tujuan hendak melakukan
kesalahan itu (seksyen 382 Kanun Keseksaan)
• Pemerasan (seksyen 383 Kanun Keseksaan)
• Rompakan (seksyen 390 Kanun Keseksaan)
• Pecah amanah jenayah (seksyen 405 Kanun Keseksaan)
Kesalahan-kesalahan • Pecah amanah jenayah oleh penjawat awam atau ejen
terhadap harta (seksyen 409 Kanun Keseksaan)
• Harta curi (seksyen 410 Kanun Keseksaan)
• Menerima harta curi secara tidak jujur (seksyen 411
Kanun Keseksaan)
• Tipu (seksyen 415 Kanun Keseksaan)
• Menipu dengan jalan samaran (seksyen 416 Kanun
Keseksaan)
• Khianat (seksyen 425 Kanun Keseksaan)

• Rogol (seksyen 375 Kanun Keseksaan)


• Sumbang mahram (seksyen 376A Kanun Keseksaan)
Jenayah seksual • Persetubuhan luar tabii dengan haiwan (seksyen 377
Kanun Keseksaan)
• Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
(seksyen 377A Kanun Keseksaan)
• Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang
bertentangan dengan aturan tabii (seksyen 377B Kanun
Keseksaan)

45

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jenis Kesalahan Peruntukan Undang-undang

• Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan


aturan tabii tanpa kerelaan, dan sebagainya (seksyen 377C
Kanun Keseksaan)
• Perhubungan seks dengan menggunakan apa-apa objek
(seksyen 377CA Kanun Keseksaan)
• Melanggar kesopanan (seksyen 377D Kanun Keseksaan)
• Merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu
perbuatan kelucahan melampau (seksyen 377E Kanun
Keseksaan)

• Melakukan perbuatan keganasan (seksyen 130C Kanun


Keseksaan)
• Menyediakan peranti kepada kumpulan pengganas
(seksyen 130D Kanun Keseksaan)
• Merekrut orang supaya menjadi anggota kumpulan
pengganas atau mengambil bahagian dalam perbuatan
keganasan (seksyen 130E Kanun Keseksaan)
• Menyediakan latihan dan tunjuk ajar kepada kumpulan
pengganas dan orang yang melakukan perbuatan
keganasan (seksyen 130F Kanun Keseksaan)
• Menerima latihan dan tunjuk ajar daripada kumpulan
pengganas dan orang yang melakukan perbuatan
Kesalahan-kesalahan
keganasan (seksyen 130FA Kanun Keseksaan)
berkaitan dengan
• Kehadiran di sesuatu tempat yang digunakan bagi latihan
keganasan
keganasan (seksyen 130FB Kanun Keseksaan)
• Mengapikan, menggalakkan atau meminta harta bagi
melakukan perbuatan keganasan (seksyen 130G Kanun
Keseksaan)
• Menyediakan kemudahan bagi menyokong perbuatan
keganasan (seksyen 130H Kanun Keseksaan)
• Mengarahkan aktiviti kumpulan pengganas (seksyen 130I
Kanun Keseksaan)
• Mencari atau memberi sokongan kepada kumpulan
pengganas atau perbuatan keganasan (seksyen 130J
Kanun Keseksaan)
• Membuat perjalanan ke luar negara menerusi atau dari
Malaysia untuk melakukan perbuatan keganasan di sesuatu
negara asing atau mana-mana bahagian sesuatu negara
asing (seksyen 130JA Kanun Keseksaan)

Kanun Keseksaan digunakan sebagai asas dan panduan dalam semua jenis jenayah,
termasuk jenayah seksual yang berlaku di Malaysia. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam
Jadual 4 di atas, Kanun Keseksaan mengawal selia pelbagai jenis kesalahan jenayah di

46

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Malaysia. Semua kesalahan ini juga boleh melibatkan PPP sebagai pelaku ataupun mangsa.
Contoh kesalahan yang boleh melibatkan PPP ialah kesalahan pecah amanah jenayah.

Kesalahan pecah amanah jenayah berlaku apabila seseorang yang diamanahkan


dengan tugas tertentu melanggar kewajipan itu. Selain itu, pecah amanah ialah kegagalan
untuk bertindak secara bertanggungjawab terhadap seseorang yang telah memberikan
sesuatu untuk disimpan dengan selamat, seperti wang atau maklumat rahsia sesebuah
syarikat. Kesalahan pecah amanah ini diperuntukkan dalam seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Dalam kes Farida Ariani Bt Fadzil v Pendakwa Raya [2015] MLJU 683, perayu
merupakan seorang pengkhidmat awam yang berjawatan sebagai guru. Perayu telah
melakukan pecah amanah jenayah terhadap RM5,400.00, iaitu wang daripada Kumpulan
Wang Amanah Murid Miskin (KWAPM). Dalam kes Subramaniam a/l Murugan v Pendakwa
Raya [2018] MLJU 1130 pula, perayu ialah pengkhidmat awam (guru). Dia telah dituduh
dengan dua pertuduhan mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima untuk
diri sendiri cek bernilai RM1,500.00 dan wang tunai bernilai RM2,900.00 tanpa balasan.

Sehubungan dengan itu, PPP harus mempunyai pengetahuan tentang jenis jenayah dan
hukuman yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan. Pengetahuan ini dapat memastikan
PPP tidak melakukan apa-apa jenayah yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan selain
dapat melindungi haknya daripada dicabuli oleh orang lain.

6.4 Akta Dadah Berbahaya 1952

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) ialah undang-undang di Malaysia yang digubal untuk
membuat peruntukan bagi pengawalseliaan pengimportan, pengeksportan, pengilangan,
penjualan, dan penggunaan dadah berbahaya di samping membuat peruntukan khas yang
berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah berkenaan dengan kesalahan di bawahnya
dan perbicaraan untuk tujuan yang berkaitan dengannya. Jadual di bawah menunjukkan
beberapa jenis kesalahan dan peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Akta
Dadah Berbahaya 1952.

Jadual 5: Beberapa kesalahan jenayah yang terkandung dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.

Peruntukan Jenis Kesalahan

Seksyen 6B Sekatan ke atas penanaman beberapa


Akta Dadah Berbahaya 1952 tumbuhan tertentu, seperti candu
mentah, daun koka, jerami popi atau
ganja.

Subseksyen 12 (2) Pemilikan dadah berbahaya –


Akta Dadah Berbahaya 1952 kesalahan berhubungan dengan
pemilikan dadah berbahaya dalam
milikan, jagaan atau
pengawasan seseorang tanpa kuasa
yang sah.

47

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Peruntukan Jenis Kesalahan

Seksyen 15 Pemberian kepada diri sendiri –


Akta Dadah Berbahaya 1952 kesalahan menggunakan dadah bagi
diri sendiri (memasukkan dadah di
dalam badan).

Seksyen 39B Pengedaran dadah berbahaya –


Akta Dadah Berbahaya 1952 kesalahan berhubungan dengan
pemilikan dadah berbahaya melebihi
jumlah yang ditetapkan
dalam peruntukan seksyen 39A.

Kesalahan jenayah dadah merupakan isu yang sangat serius dan sering dilaporkan
di dada akhbar dan berita. Terdapat juga kesalahan jenayah dadah yang dilakukan oleh
guru. Sebagai contoh, dalam suatu kes dilaporkan, tertuduh seorang pengkhidmat awam
yang berjawatan guru telah memasukkan dadah berbahaya jenis Methaphetamine ke dalam
badannya. Oleh itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut perenggan 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut peruntukan yang sama. Pada 4 September
2018, perayu telah menjalani ujian saringan air kencing yang dikendalikan oleh SP1, iaitu
Insp. Saiful Idham bin Mohd Azizi. Ujian tersebut menunjukkan bahawa air kencing perayu
positif dadah jenis Methaphetamine. Tuan Majistret mengenakan hukuman pemenjaraan
selama 12 tahun kepada tertuduh. Semasa rayuan, Mahkamah mendapati bahawa perayu
sebagai seorang guru sepatutnya menjadi teladan kepada murid-murid dan masyarakat.
Penyalahgunaan dadah merupakan kesalahan yang sangat besar dan perlu diambil berat oleh
mahkamah semasa membuat keputusan. Oleh itu, Hakim Mahkamah Tinggi tidak mendapati
apa-apa kekhilafan dalam sabitan yang dikenakan terhadap perayu. Maka, Mahkamah telah
menolak rayuan perayu terhadap sabitan tersebut. Mahkamah menyatakan bahawa hukuman
pemenjaraan selama 12 tahun adalah wajar kepada perayu.

6.5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017

Jenayah seksual memberikan impak yang serius kepada psikologi dan fisiologi mangsa serta
keluarga mangsa. Jenayah seksual juga mengakibatkan impak fizikal yang serius, seperti
kehamilan dan penyakit yang dihidapi melalui hubungan seksual lebih-lebih lagi, apabila
mangsa jenayah seksual ialah kanak-kanak. Rentetan jenayah seksual yang berleluasa,
kanak-kanak akan takut dan mengalami trauma. Oleh itu, hukuman yang berat menerusi
undang-undang dilaksanakan terhadap tertuduh supaya dapat menghukum tertuduh yang
memberikan impak negatif yang serius kepada mangsa. Sehubungan dengan itu, kerajaan
Malaysia telah memperkenalkan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
2017 (Akta 792) pada tahun 2017 bagi menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak
secara khusus. Jenayah yang terkandung dalam Akta ini merupakan jenis jenayah seksual
yang khusus kepada kanak-kanak dan tidak dikawal selia oleh Kanun Keseksaan. Jadual
di bawah menunjukkan ringkasan kandungan berkaitan dengan kesalahan seksual yang
terkandung dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

48

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jadual 6: Kesalahan jenayah yang terkandung dalam Akta Kesalahan-kesalahan Seksual
Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Peruntukan
Perkara Jenis Kesalahan
Undang-
undang
Pornografi kanak-kanak Seksyen 4

Membuat,menghasilkan,mengarahkan Seksyen 5
pembuatan atau penghasilan, dsb.,
pornografi kanak-kanak

Persediaan untuk membuat, menghasilkan Seksyen 6


atau mengarahkan pembuatan atau
penghasilan pornografi kanak-kanak
Kesalahan-
kesalahan yang Menggunakan kanak-kanak dalam Seksyen 7
berhubungan pembuatan, penghasilan, pengarahan
dengan pornografi pembuatan atau penghasilan, dsb.,
kanak-kanak pornografi kanak-kanak

Bertukar-tukar, menerbitkan, dsb., pornografi Seksyen 8


kanak-kanak

Menjual, dsb., pornografi kanak-kanak Seksyen 9


kepada kanak-kanak

Mengakses, dsb., pornografi kanak-kanak Seksyen 10

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan Seksyen 11

Kesalahan- Berkomunikasi secara seksual dengan Seksyen 12


kesalahan yang kanak-kanak
berhubungan
dengan Pengantunan kanak-kanak Seksyen 13
pengantunan
kanak-kanak Perjumpaan selepas pengantunan kanak- Seksyen 14
kanak

Kesalahan- Amang seksual fizikal atas kanak-kanak Seksyen 15


kesalahan yang
berhubungan Amang seksual bukan fizikal atas kanak- Seksyen 16
dengan amang kanak
seksual

Terdapat dua undang-undang yang berkaitan dengan jenayah seksual di Malaysia,


iaitu Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak
2017. Peruntukan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan boleh digunakan kepada

49

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


semua orang, termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual, manakala Akta
Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 hanya terpakai kepada kanak-
kanak sebagai mangsa. Tambahan pula, jenis jenayah seksual yang terkandung dalam Kanun
Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berbeza
dari segi jenis kesalahan. Sebagai contoh, Kanun Keseksaan meliputi jenayah rogol, liwat dan
kelucahan melampau. Jenayah seksual jenis ini tidak diperuntukkan dalam Akta Kesalahan-
Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Sebaliknya, jenis jenayah yang terkandung
dalam Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 juga berbeza, seperti
yang digambarkan dalam Jadual di atas.

6.6 Akta Rahsia Rasmi 1972

Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) ialah undang-undang berhubungan dengan perlindungan
rahsia rasmi. Perlindungan ini penting agar rahsia rasmi negara terus terpelihara sepanjang
masa. Akta Rahsia Rasmi 1972 dapat mencegah mana-mana orang daripada mendedahkan
apa-apa maklumat atau perkara yang dikategorikan sebagai rahsia rasmi mengikut Akta ini.
Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972 mentafsirkan “rahsia rasmi” sebagai:

“Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan
yang berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan
bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”,
“Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam
yang dilantik di bawah seksyen 2B.”

Perkataan “rasmi” pula ditafsirkan sebagai berhubungan dengan perkhidmatan awam.


Oleh itu, PPP boleh terdedah kepada pelakuan jenayah mengikut peruntukan undang-
undang yang terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana PPP ialah pengkhidmat
awam. Sebagai contoh, perbuatan PPP membocorkan soalan peperiksaan kepada mana-
mana orang. Pemilikan bahan-bahan yang dianggap sulit dalam milikan seseorang PPP
tanpa kebenaran yang sah juga dianggap sebagai suatu kesalahan. Misalnya, PPP ditangkap
kerana memiliki telefon pintar yang mengandungi kertas-kertas soalan SPM. Perbuatan ini
merupakan suatu kesalahan mengikut subperenggan 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972.

6.7 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) ialah undang-undang Malaysia yang digubal
untuk memperuntukkan dan mengawal selia industri komunikasi dan multimedia.

Seksyen 211 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
merupakan peruntukan undang-undang bagi menangani penyalahgunaan Internet oleh
seseorang dengan menyebarkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam
atau yang bersifat jelik. Antara kesalahan lazim yang boleh berlaku ialah kesalahan mengikut
subseksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Misalnya, kesalahan menyiarkan
gambar dan ulasan tentang pemimpin tertentu di laman web yang menyinggung perasaan dan
bersifat kenyataan palsu. Bagi kesalahan ini, tertuduh boleh dihukum mengikut subseksyen
233(3) Akta yang sama.

50

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Dalam konteks ini, PPP haruslah mengetahui tentang undang-undang ini kerana PPP
terlibat dalam penggunaan rangkaian internet, sama ada untuk tujuan peribadi ataupun tujuan
pekerjaan. Oleh itu, apa-apa kandungan yang dimuat naik atau disiarkan dengan menggunakan
Internet haruslah diteliti sewajarnya agar tidak tergolong dalam kesalahan mengikut Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada masa ini, antara isu yang sering dikaitkan dengan
kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ialah penggunaan media sosial.
Penggunaan media sosial banyak mendedahkan penggunanya, termasuk PPP kepada risiko
tindakan undang-undang. Sekiranya PPP menyiarkan atau memuat naik apa-apa kandungan
(bahan, gambar atau lain-lain) yang bersifat jelik, lucah atau sumbang, maka PPP boleh
diambil tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

6.8 Jenayah Syariah

Di Malaysia, undang-undang jenayah syariah terangkum dalam bidang kuasa negeri.


Lantaran itu, setiap negeri, termasuk Wilayah-Wilayah Persekutuan telah menggubal undang-
undang khusus berkaitan dengan jenayah syariah. Walau bagaimanapun, undang-undang
jenayah syariah yang digubal di semua negeri tersebut hampir sama dari segi kandungannya.
Terdapat 13 enakmen dan satu akta yang berkaitan dengan jenayah syariah di Malaysia yang
dibahagikan mengikut negeri-negeri.

Secara umumnya, kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam undang-undang jenayah


syariah negeri di seluruh Malaysia memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan
kesalahan-kesalahan tertentu bagi individu-individu yang beragama Islam di Malaysia.
Kesalahan melibatkan jenayah syariah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian,
seperti kesalahan yang berhubungan dengan akidah; kesucian agama Islam dan institusinya;
kesusilaan; kesalahan pelbagai; serta penyubahatan dan percubaan.

Contohnya, dalam bahagian berkaitan dengan kesalahan yang berhubungan dengan


akidah, kesalahan pemujaan salah oleh seseorang kepada orang lain, binatang, tempat atau
benda merupakan suatu kesalahan sebagaimana yang termaktub dalam seksyen 3 Akta
Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559). Contoh lain
pula ialah kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya boleh
dilihat dalam konteks kesalahan berkaitan dengan menghina atau menyebabkan dipandang
hina dan lain-lain berkait dengan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam seksyen
7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559). Hal ini
termasuklah mempersendakan, mengajuk-ajuk, mencemuh amalan, upacara berhubungan
dengan agama Islam atau mempersendakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa
di Wilayah Persekutuan berhubungan dengan ajaran Islam. Contoh-contoh ini merupakan
antara kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan dalam undang-undang jenayah syariah
negeri. Terdapat banyak lagi kesalahan jenayah syariah yang dikawal selia oleh undang-
undang pada peringkat negeri. Jadual 7 menunjukkan kesalahan jenayah syariah berserta
dengan peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

51

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jadual 7: Kesalahan jenayah yang terkandung dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Bahagian Jenis Kesalahan

Bahagian II: Kesalahan yang • Pemujaan salah (seksyen 3).


Berhubungan dengan ‘Aqidah • Doktrin palsu (seksyen 4)
• Mengembangkan doktrin agama, dan
sebagainya (seksyen 5)
• Dakwaan palsu (seksyen 6)

Bahagian III: Kesalahan • Menghina, atau menyebabkan dipandang hina,


yang Berhubungan dengan dll. agama Islam (seksyen 7)
Kesucian Agama Islam dan • Mempersendakan, dll. ayat Al-Quran atau
Institusinya Hadith (seksyen 8)
• Menghina atau mengingkari pihak berkuasa
agama (seksyen 9)
• Mengingkari perintah Mahkamah (seksyen 10).
• Mengajar agama tanpa tauliah (seksyen 11)
• Pendapat yang bertentangan dengan fatwa
(seksyen 12)

• Penerbitan agama yang bertentangan dengan


Hukum Syarak (seksyen 13).
• Tidak menunaikan sembahyang Jumaat
(seksyen 14)
• Tidak menghormati Ramadan (seksyen 15)
• Tidak membayar zakat atau fitrah (seksyen 16)
• Menghasut supaya mengabaikan kewajipan
agama (seksyen 17)
• Berjudi (seksyen 18)
• Minuman yang memabukkan (seksyen 19)
• Tidak membayar zakat atau fitrah (seksyen 16)
• Menghasut supaya mengabaikan kewajipan
agama (seksyen 17)
• Berjudi (seksyen 18)
• Minuman yang memabukkan (seksyen 19)

Bahagian IV: Kesalahan • Perbuatan sumbang mahram (Seksyen 20)


yang Berhubungan dengan • Pelacuran (seksyen 21)
Kesusilaan • Muncikari (seksyen 22)
• Persetubuhan luar nikah (seksyen 23)
• Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah (seksyen
24).
• Liwat (seksyen 25)

52

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Bahagian Jenis Kesalahan

• Musahaqah (seksyen 26)


• Khalwat( seksyen 27)

Bahagian V: Kesalahan • Memberikan keterangan, maklumat atau


Pelbagai pernyataan palsu (seksyen 30)
• Takfir (seksyen 31)
• Memusnahkan atau mencemarkan masjid,
surau, dan sebagainya (seksyen 32)
• Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa
(seksyen 33)
• Pembayaran tak sah akan zakat atau fitrah
(seksyen 34)
• Menggalakkan maksiat (seksyen 35)
• Memujuk lari perempuan bersuami (seksyen
36)
• Menghalang pasangan yang sudah bernikah
daripada hidup sebagai suami isteri (seksyen
37)
• Menghasut suami atau isteri supaya bercerai
atau mengabaikan kewajipan (seksyen 38)
• Memujuk lari orang perempuan (seksyen 39)
• Menjual atau memberikan anak kepada orang
bukan Islam (seksyen 40)
• Qazaf (seksyen 41)
• Penyalahgunaan tanda halal (seksyen 42)

Bahagian VI: Penyubahatan • Penyubahatan (seksyen 43)


dan Percubaan • Menyubahati di dalam Wilayah Persekutuan
kesalahan di luar Wilayah Persekutuan
(seksyen 44)
• Hukuman bagi penyubahatan (seksyen 45)
• Tanggungan penyubahat jika perbuatan yang
berlainan dilakukan (seksyen 46)
• Percubaan (seksyen 47)

6.9 Mangsa Jenayah dan Tertuduh

Dalam suatu kes jenayah, mangsa dan tertuduh merupakan dua pihak yang penting. Kedua-
dua pihak ini terlibat secara langsung dalam suatu kejadian jenayah. Tertuduh merupakan
si pelaku yang melakukan kesalahan jenayah. Walaupun si pelaku merupakan pihak yang
melakukan kesalahan, mereka masih mempunyai hak yang perlu dipandang berat. Keadilan
bukan sahaja perlu dilakukan, tetapi perlu juga dilihat sebagai sudah dilakukan. Hal ini ialah

53

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ungkapan penting yang menjadi keutamaan dalam memastikan sistem keadilan jenayah
dapat menyampaikan keadilan yang sempurna kepada semua pihak (Shamrahayu A Aziz,
2016). Maksudnya, sistem keadilan jenayah mahu melihat keadilan dilaksanakan dan dapat
dirasai oleh semua pihak, tidak kira siapa pun, sama ada penjenayah ataupun mangsa
jenayah. Walaupun keadilan ialah perkara yang subjektif dan cara mencapai keadilan mungkin
berbeza dalam pelbagai sistem pentadbiran keadilan jenayah namun yang jelas ialah keadilan
merupakan kepercayaan sejagat.

Banyak yang diperkatakan tentang hak orang yang dituduh dan banyak juga tindakan
yang diambil untuk memastikan tertuduh mendapat pembelaan yang sewajarnya. Namun
begitu, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa keadilan bukan sahaja untuk penjenayah yang
dituduh di mahkamah, tetapi hak mangsa jenayah juga satu lagi prinsip penting dalam sistem
keadilan jenayah. Dalam satu kes yang menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial
ialah apabila seorang lelaki dituduh atas kesalahan membunuh setelah dia menyebabkan
kematian seorang yang disyaki cuba membuat perbuatan jenayah. Bagi tujuan memberikan
keadilan kepada tertuduh, dia hendaklah dianggap sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan
bersalah. Bagi mangsa pula, keadilan bagi pihaknya haruslah diberikan walaupun dia sudah
tiada lagi.

Mangsa sebagai seorang pengadu memiliki hak untuk menuntut kes disiasat. Seluruh
proses penyiasatan kes jenayah melibatkan pelbagai pihak dan undang-undang yang berkuat
kuasa. Pengaduan pengadu selaku mangsa ialah sebab dan pemula kes. Pada peringkat awal
kes, peranan mangsa adalah seperti kunci kereta yang menghidupkan enjin penyiasatan (Arik
Zakri, 2021). Selepas itu, kes diambil alih sepenuhnya oleh jentera agensi penguatkuasaan.
Mangsa menjadi sekadar satu daripada daripada banyak komponen dalam jentera sistem
keadilan.

Dalam sistem yang diamalkan di negara kita, pendakwa raya menentukan jenis
kesalahan dan pertuduhan. Mahkamah pula menentukan sama ada seseorang itu bersalah
ataupun tidak. Dalam proses ini, mahkamah mengambil kira keterangan yang dibawa oleh
pihak yang terbabit, sama ada pendakwa atau tertuduh sendiri (atau melalui peguam).

Jika mahkamah mendapati seseorang itu bersalah, hukuman yang setimpal dengan
kesalahan dan kesan kesalahan berkenaan perlu dikenakan. Dalam konteks ini, mahkamah
boleh menentukan takat atau bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas penjenayah
menurut peruntukan yang termaktub dalam undang-undang. Adakah mangsa yang dianggap
sebagai penjenayah perlu juga diberikan layanan serupa seperti mangsa lain juga? Sebagai
contoh, seseorang yang cuba melakukan perbuatan jenayah telah dibunuh atau dicederakan.
Adakah mangsa itu berhak untuk dibela, atau beliau tidak berhak untuk mendapat pembelaan?
Atas dasar kesaksamaan dan keadilan, satu proses perbicaraan hendaklah dilaksanakan.
Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan jenayah hendaklah dibawa ke muka pengadilan

54

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


tanpa apa-apa prejudis. Mahkamah hendaklah melaksanakan peranannya dalam memberikan
keadilan kepada semua pihak; mahkamah tidak boleh mempunyai persepsi atau tanggapan
awal, sehinggalah dibekalkan dengan bukti yang jelas tentang sesuatu kes di hadapannya.

6.10 Kesimpulan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat PPP yang terlibat dengan kesalahan jenayah
ringan dan berat, seperti jenayah bunuh, jenayah seksual, jenayah rasuah dan jenayah
mencederakan. Laporan kes-kes jenayah ini menunjukkan betapa seriusnya isu jenayah yang
melibatkan PPP sebagai pelaku.

Perlakuan jenayah yang dilakukan oleh PPP bukan sahaja memberikan kesan
kepada mangsa secara khusus, malahan liputan media terhadap kesalahan tersebut boleh
menjejaskan reputasi PPP. Hal ini juga akan memberikan kesan kepada perkhidmatan
PPP yang terlibat dalam melakukan jenayah berkenaan. Sehubungan dengan itu, langkah
proaktif dan berkesan perlu diambil untuk menangani isu ini. PPP perlu sedar, peka dan tahu
bertindak mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Hal ini amat penting
dalam memastikan kelangsungan profesion keguruan sebagai suatu kerjaya yang murni.

55

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 7

UNDANG-UNDANG SIVIL

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk menjelaskan undang-undang berkaitan dengan pertikaian sivil yang
melibatkan PPP sama ada sebagai pihak yang menuntut atau pihak yang dituntut. Seseorang
PPP boleh terdedah kepada pelbagai guaman sivil kerana PPP terlibat dengan pelbagai
aspek undang-undang sivil dalam kehidupan seharian. Undang-undang harta intelek adalah
antara undang-undang penting yang perlu diketahui oleh PPP. Hal ini demikian kerana PPP
terlibat secara langsung dalam aktiviti persekolahan yang berkaitan dengan aspek hak cipta
(copyright) karya, cap dagangan (trademark) dan paten, sama ada sebagai pihak yang
memerlukan pengiktirafan undang-undang atau pihak yang telah melanggar undang-undang.
Selain itu, undang-undang berkaitan dengan fitnah, saman malu dan gangguan seksual juga
perlu diketahui oleh PPP untuk melindungi dirinya daripada apa-apa tindakan sivil di samping
membantu dalam memahami haknya di sisi undang-undang. Literasi tentang undang-undang
sivil amat penting agar PPP dapat menjalankan fungsinya dengan mematuhi undang-undang
yang sedia ada di Malaysia.

7.1 Pengenalan

Undang-undang sivil memberikan penekanan untuk menyelesaikan pertikaian, seperti


pertikaian keluarga, perkara melibatkan jual beli barangan dan pertikaian yang berkaitan
dengan tanah. Undang-undang sivil berbeza dengan undang-undang jenayah yang
menekankan hukuman kepada pesalah yang melanggar undang-undang dengan tindakan
seperti pembunuhan, perompakan, penyeludupan dan penipuan.

Bagi membolehkan sesuatu pihak berjaya dalam tuntutannya, dia mestilah


membuktikan dan dapat meyakinkan mahkamah bahawa dia telah mengalami kerugian atau
kerosakan akibat perbuatan yang dilakukan oleh pihak yang dituntut. Sekiranya keputusan
mahkamah memihak pada pihak yang menuntut, ganti rugi dan remedi boleh diberikan oleh
mahkamah kepada pihak tersebut.

Dalam konteks undang-undang sivil, seseorang PPP boleh terdedah kepada pelbagai
guaman sivil kerana kehidupan seharian PPP melibatkan pelbagai perkara. PPP mestilah
memastikan bahawa segala tindakannya tidak bercanggah dengan lunas undang-undang.

56

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


7.2 Takrifan Guaman Sivil

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) telah mendefinisikan guaman sebagai apa-apa
persengketaan dan perbicaraan yang dilakukan di mahkamah. Bagi prosiding pula, membawa
maksud rakaman maklumat tentang perbincangan dan keputusan sesuatu mesyuarat. Dari
sudut undang-undang pula, prosiding ialah tindakan atau tuntutan mahkamah yang difailkan
terhadap seseorang. Tuntutan pula membawa maksud sebagai sesuatu perkara atau
permintaan yang dituntut dengan mendesak; dakwaan; atau gugatan oleh sesuatu pihak
kepada pihak yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Oleh itu, guaman atau prosiding
dapat diertikan sebagai suatu prosiding kehakiman yang melibatkan sesuatu perkara yang
menjadi subjek bagi tuntutan tersebut.

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem dwiperundangan, iaitu


perundangan sivil dan syariah. Di bawah perundangan sivil, terdapat dua cabang undang-
undang utama yang mengatur tingkah laku dan pola kehidupan seharian masyarakat negara ini,
iaitu undang-undang sivil dan undang-undang jenayah. Undang-undang jenayah merupakan
suatu set undang-undang yang mengawal selia semua aspek jenayah dan hukumannya.
Pihak-pihak yang terlibat dalam kes-kes jenayah terdiri daripada pihak kerajaan dan pelaku
kesalahan tersebut. Hal ini berlainan dengan undang-undang sivil. Apa-apa tuntutan yang
dibuat di bawah undang-undang sivil, pihak-pihak yang terlibat dalam tuntutan tersebut boleh
terdiri daripada orang perseorangan, sekumpulan individu mahupun syarikat-syarikat (Tun
Abdul Hamid Mohamad dan Adnan Trakic, 2015).

Antara guaman dan tuntutan yang sering difailkan di mahkamah ialah tuntutan sivil.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sivil ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang
berkaitan dengan orang awam dan orang perseorangan. Selain itu, sivil juga merupakan
undang-undang yang berkaitan dengan bukan jenayah (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010).
Dari segi undang-undang, guaman atau prosiding sivil melibatkan tuntutan sivil dalam bentuk
suatu pertikaian antara dua atau lebih pihak tentang isu undang-undang. Tuntutan sivil di
mahkamah boleh dimulakan atas sebab pelbagai kausa tindakan yang diterima oleh undang-
undang, seperti fitnah, kecuaian, dan pelanggaran kontrak. Pihak yang memulakan tuntutan
sivil ini digelar plaintif, manakala pihak yang difailkan tuntutan terhadapnya pula akan menjadi
defendan dalam guaman sivil tersebut.

Bagi memastikan tuntutan sivil yang dibuat oleh plaintif kukuh, plaintif mestilah
dapat memerihalkan kerosakan, kecederaan mahupun kerugian yang dialaminya akibat
tindakan defendan dengan teliti. Seterusnya, plaintif bolehlah memohon apa-apa “relief” atau
remedi dalam bentuk ganti rugi, pampasan, pengembalian, injunksi dan sebagainya kepada
mahkamah (Legal Information Institute, 2020). Sungguhpun begitu, apa-apa tuntutan sivil
mestilah dibuat dalam tempoh yang tidak melebihi had masa yang telah ditetapkan oleh Akta

57

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Had Masa 1953 (Akta 254). Dalam kes sivil, ada tempoh masa maksimum sesuatu tuntutan
sivil boleh dibuat. Jika tuntutan sivil tidak dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan, maka
pihak-pihak akan dihalang daripada membuat tuntutan di mahkamah.

Berdasarkan Aturan 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, tuntutan sivil di mahkamah


biasanya akan dimulakan sama ada dengan memfailkan writ atau saman pemula dan
mestilah disertakan dengan pernyataan tuntutan. Tuntutan sivil tersebut kemudiannya akan
didengar oleh hakim di mahkamah. Pada akhir pendengaran kes, hakim akan memberikan
keputusannya berdasarkan penghujahan yang dibuat oleh pihak plaintif dan defendan serta
bukti-bukti yang dijadikan keterangan bagi kes sivil tersebut.

7.3 Undang-undang Sivil

Terdapat banyak jenis tuntutan di bawah undang-undang sivil. Antara tuntutan yang banyak
difailkan di mahkamah ialah fitnah, kerugian, kemungkiran kontrak, pelanggaran hak cipta dan
sebagainya. Tuntutan-tuntutan ini dikawal selia oleh pelbagai jenis undang-undang sivil yang
meliputi statut yang berbeza. Tahap pembuktian bagi kes sivil berbeza dengan kes jenayah.
Bagi kes sivil, tahap atau beban pembuktian yang perlu dipenuhi ialah tahap imbangan
kebarangkalian (balance of probabilities). Pada akhir kes sivil, mahkamah boleh memutuskan
untuk membenarkan tuntutan plaintif atau menolak tuntutan plaintif. Ada kalanya, mahkamah
membuat keputusan untuk menerima sebahagian tuntutan plaintif dan menolak sebahagian
daripadanya.

Akta utama bagi undang-undang sivil ialah Akta Undang-undang Sivil 1956 (Akta 67).
Seksyen 3 dan seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 membolehkan pemakaian undang-
undang Inggeris, iaitu common law dan kaedah-kaedah ekuiti di Malaysia, tetapi terhad kepada
batasan-batasan tertentu. Antara batasannya ialah common law England dan kaedah-
kaedah ekuiti seperti yang berkuat kuasa di England pada 7 April 1956 hendaklah dipakai
di Malaysia melainkan jika pemakaiannya tidak sesuai dengan hal keadaan tempatan.

Selain itu, undang-undang sivil di negara ini juga turut ditadbir oleh statut-statut
perundangan lain yang bersesuaian dengan jenis tuntutan yang dikemukakan. Antara statut
perundangan yang sering dirujuk ialah:

• Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang mengawal selia perkara-perkara yang berkaitan
dengan undang-undang kontrak;
• Kanun Tanah Negara (Akta 56) bagi apa-apa tuntutan berkenaan dengan tanah;
• Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) bagi permasalahan undang-undang tentang hak
cipta; dan
• Akta Fitnah 1957 (Akta 286) bagi tuntutan fitnah.

58

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


7.4 Kes Fitnah

Bagi kesalahan memfitnah, seseorang itu boleh dikenakan tindakan sivil dan jenayah. Hal ini
demikian kerana kesalahan memfitnah boleh tergolong dalam kesalahan sivil dan jenayah.
Prinsip-prinsip dalam undang-undang fitnah boleh dilihat dalam common law. Di Malaysia,
terdapat Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) yang mengawal selia tuntutan fitnah di
bawah undang-undang sivil. Remedi bagi kesalahan di bawah tindakan sivil diberikan dalam
bentuk pampasan atau ganti rugi. Bagi kesalahan fitnah di bawah undang-undang jenayah
pula, seksyen 499 hingga seksyen 502 Kanun Keseksaan seharusnya dirujuk. Hukuman bagi
kesalahan di bawah jenayah dikenakan dalam bentuk pemenjaraan atau denda.

Fitnah boleh dikategorikan kepada dua bentuk, iaitu libel dan slander. Libel ialah fitnah
yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal, seperti di buku, majalah, video, filem dan tugu.
Hal ini boleh dikaitkan dengan penggunaan media sosial oleh PPP untuk meluahkan perasaan
sehingga boleh menyebabkan fitnah. Slander pula merujuk fitnah yang disampaikan dalam
bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures). Pada era ini, fitnah lebih mudah dilakukan dan
disebarkan dengan menggunakan internet. Penyebaran kenyataan berbaur fitnah melalui
media sosial merupakan antara isu biasa pada masa ini. Oleh itu, PPP harus berhati-hati
dalam menggunakan media sosial dan apa-apa peranti agar PPP tidak menyebarkan apa-apa
kenyataan fitnah. Dalam hal ini, peruntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta
588) juga menjadi relevan. Seperti yang diterangkan dalam Bab 6, terdapat dua peruntukan
utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap aduan-aduan yang
berkaitan dengan kandungan jelik yang terdapat di internet. Peruntukan-peruntukan tersebut
ialah seksyen 211 yang berkaitan larangan terhadap pemberian kandungan jelik dan seksyen
233 yang berkaitan dengan penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian.
Kedua-dua peruntukan ini boleh digunakan dalam kes-kes fitnah untuk mendakwa seseorang
bagi suatu kesalahan jenayah.

7.5 Kes Pelanggaran Hak Harta Intelek

Dalam konteks berkaitan dengan isu harta intelek, hal melibatkan hak cipta dan cap dagangan
bukanlah suatu perkara yang baharu. Hak cipta bermaksud hak eksklusif yang diberikan
oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal
penggunaan karya mereka. Perlindungan hak cipta di Malaysia berasaskan Akta Hak Cipta
1987 (Akta 332) (MyIPO, 2016). Pencipta, pemilik hak cipta dan pelaku diberi hak eksklusif di
bawah undang-undang hak cipta. Hak perundangan yang diberikan kepada mereka, termasuk
hak untuk menguatkuasakan karya berhak cipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama ada
melalui tindakan sivil atau jenayah. Dari segi perlakuan jenayah, penguatkuasaan dijalankan
oleh Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) atau Polis Diraja Malaysia.

59

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Selain itu, isu cap dagangan juga suatu yang penting dan perlu diketahui. Cap
dagangan merupakan apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh
membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-
perusahaan yang lain. Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan,
angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna,
bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya (MyIPO. 2016).
Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan
berkenaan dalam urusan atau penjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak
mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa
kebenaran (MyIPO. 2016). Undang-undang yang mengawal selia cap dagangan di Malaysia
ialah Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).

PPP juga boleh terlibat dalam isu cap dagangan, sama ada sebagai orang yang
mendapat perlindungan cap dagangan yang dihasilkan oleh PPP ataupun sebagai orang yang
melanggar cap dagangan orang lain. Sebagai contoh, sekiranya logo sekolah didaftarkan dan
dilindungi sebagai cap dagangan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai suatu
cap dagangan, maka seseorang yang menggunakan logo yang serupa dengan logo sekolah
berkenaan tanpa persetujuan tuan punya berdaftar boleh dikenakan tindakan (sila rujuk
subseksyen 54 (1) Akta Cap Dagangan 2019). Hal ini demikian kerana logo tersebut dilindungi
harta inteleknya dari segi undang-undang. Begitu juga halnya apabila PPP menggunakan
cap dagangan orang lain tanpa mendapatkan kebenaran daripada tuan punya cap dagangan
tersebut. Terdapat PPP yang menggunakan cap dagangan orang lain, seperti gambar dan
logo untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih
menarik. Ada kalanya, hasil sesi pembelajaran dengan menggunakan cap dagangan tersebut
dibentangkan dalam seminar atau persidangan yang dihadiri oleh pelbagai pihak. Penggunaan
cap dagangan tersebut tanpa mendapatkan kebenaran tuan punya dan pembentangan hasil
pembelajaran yang menggunakan cap dagangan yang tidak memetik (citing) tuan punya cap
dagangan merupakan suatu perbuatan yang boleh terjumlah sebagai pelanggaran undang-
undang.

Sesungguhnya, isu berkaitan dengan hak cipta dan cap dagangan merupakan suatu
isu yang seharusnya difahami agar tidak timbul isu berkaitan pelanggaran undang-undang
yang berhubungan dengannya. Kendatipun isu ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah
pihak, tetapi memberikan kesan yang besar kepada seseorang individu, termasuk juga kepada
PPP.

60

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


7.6 Kes Pertikaian Kekeluargaan

Pertikaian kekeluargaan merupakan antara skop dalam undang-undang sivil. Isu pertikaian
perkahwinan, perceraian, hak jagaan anak dan tuntutan harta penceraian merupakan antara
isu undang-undang dalam pertikaian berkaitan dengan kekeluargaan. Pertikaian kekeluargaan
dianggap sebagai pertikaian sivil kerana lazimnya kes kekeluargaan melibatkan konflik
antara indvidu dengan individu, iaitu pertikian antara suami dengan isteri. Dari segi undang-
undang sivil, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta
164) merupakan undang-undang utama yang berkaitan dengan pertikaian kekeluargaan. Dari
segi undang-undang syariah pula, akta atau enakmen undang-undang keluarga Islam ialah
undang-undang utama yang mengawal selia hal-hal berkaitan dengan kekeluargaan selain
hukum syarak. Sebagai contoh, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan
1983 (Enakmen 7 Tahun 1983) merupakan undang-undang kekeluargaan yang terpakai di
Negeri Sembilan.

PPP perlu mempunyai pengetahuan undang-undang tentang pertikaian kekeluargaan.


Selain PPP terlibat dalam kehidupan berkeluarga, PPP juga berhadapan dengan murid-murid
(kanak-kanak) yang mempunyai penjaga. Penjaga murid boleh terdiri daripada:

• Kedua-dua ibu bapa kandung;


• Bapa kandung sahaja;
• Ibu kandung sahaja;
• Ibu bapa angkat;
• Ibu angkat sahaja;
• Bapa angkat sahaja; dan
• Pihak-pihak lain seperti ahli keluarga yang lain.

PPP berkemungkinan akan berhadapan dengan isu penjaga yang sah di sekolah.
Sebagai contoh, isu ini akan timbul apabila murid di sekolah itu ingin ditukarkan ke sekolah
yang lain dalam situasi ibu bapa telah bercerai ataupun sedang dalam proses penceraian
di mahkamah. Hanya penjaga yang sah dibenarkan untuk mengambil rekod anak dan
menukarkannya ke sekolah yang lain. Dalam hal keadaan ini, PPP berkemungkinan tidak tahu
atau tidak sedar akan perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah berhubungan dengan
penjagaan murid tersebut. Jika PPP tersilap dalam menyerahkan dokumen yang berkaitan
dengan murid berkenaan kepada penjaga yang tidak sah di sisi undang-undang, maka
isu undang-undang boleh timbul. Sudah tentunya penjaga yang sah akan mempersoalkan
tindakan PPP. Oleh itu, isu ini ialah perkara yang serius untuk diberikan perhatian oleh PPP.
Langkah berjaga-jaga haruslah sentiasa diambil agar tidak berlaku apa-apa kesilapan atau
kecuaian di pihak PPP.

61

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


7.7 Remedi mengikut Undang-undang

Undang-undang sivil menyediakan remedi atau “relief” bagi apa-apa tuntutan sivil yang
berjaya di mahkamah. Dari sudut bahasa, remedi merupakan cara untuk mencegah,
menangani dan mempampaskan apa-apa pelanggaran hak (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2010). Remedi juga bermaksud sebagai penyelesaian mengikut saluran undang-undang bagi
mengatasi kerugian atau kerosakan yang dialami oleh plaintif (Muhammad Fathi Yusof, 2016).
Menurut Sakina Shaik Ahmad Yusoff dan Azimon Abdul Aziz, remedi merupakan hak yang
boleh dituntut melalui undang-undang oleh satu pihak daripada pihak yang lain yang telah
melakukan pelanggaran undang-undang (Sakina Shaik Ahmad Yusoff dan Azimon Abdul Aziz,
2015).

Remedi terbahagi kepada dua kategori yang utama, iaitu ganti rugi dan remedi ekuiti.
Ganti rugi terdiri daripada ganti rugi jumlah tidak tentu (unliquidated) dan ganti rugi jumlah
tentu (liquidated). Bagi remedi di bawah remedi ekuiti pula, antara remedi yang boleh dituntut
ialah pelaksanaan spesifik dan injunksi. Remedi-remedi lain yang disediakan oleh undang-
undang, termasuklah perintah interlokutori, penamatan kontrak dan quantum meriut. Bagi
membolehkan sesuatu pihak berjaya dalam tuntutannya, dia mestilah membuktikan dan
dapat meyakinkan mahkamah bahawa dia telah mengalami kerugian atau kerosakan akibat
perbuatan yang dilakukan oleh pihak yang dituntut (Cheong May Fong, 2006).

Remedi berbentuk pelaksanaan spesifik diberikan atas dasar budi bicara mahkamah.
Umumnya, pelaksanaan spesifik merupakan suatu arahan mahkamah agar pelaksanaan
suatu kontrak atau tindakan di bawah tuntutan sivil dipenuhi secara khusus sebagaimana
yang dipersetujui oleh pihak-pihak dalam perjanjian tersebut. Bagi memastikan budi bicara ini
dijalankan dengan sebaiknya, hakim akan merujuk Akta Relif Spesifik 1950 (Akta 137) yang
merupakan akta induk berhubungan dengan pelaksanaan spesifik. Seksyen 20 Akta tersebut
telah memperuntukkan beberapa situasi yang menghalang mahkamah untuk memberikan
remedi berbentuk pelaksanaan spesifik. Antaranya, apabila pampasan wang merupakan
“relif” yang mencukupi, jika terma perjanjian tidak jelas atau sekiranya perjanjian tersebut
melibatkan pelaksanaan yang berterusan sehingga melebihi tempoh tiga tahun dari tarikh
perjanjian. Dalam konteks PPP, pelaksanaan spesifik boleh dipohon daripada mahkamah
apabila terdapat pihak yang melanggar perjanjian dan pampasan dalam bentuk wang tunai
tidak memadai.

Sebagai alternatif kepada pelaksanaan spesifik, mahkamah atas kuasa budi bicaranya
boleh memerintah agar arahan injunksi dikeluarkan. Remedi injunksi ini dikawal selia oleh
seksyen 50 Akta Relief Spesifik 1950. Dari sudut undang-undang, injunksi merupakan suatu
perintah mahkamah yang memerintahkan defendan untuk melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perkara yang menjadi punca berlakunya kausa tindakan dalam tuntutan sivil yang
difailkan oleh plaintif. Secara amnya, perintah injunksi terdiri daripada injunksi mandatori

62

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


dan injunksi larangan. Injunksi juga boleh diberikan secara sementara untuk suatu tempoh
tertentu atau kekal selama-lamanya. PPP juga boleh memohon untuk mendapatkan injunksi
daripada mahkamah. Antara situasi yang membenarkan PPP memohon injuksi apabila
terdapat pembinaan yang sedang dijalankan dalam waktu sekolah dan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Dalam hal ini, injunksi boleh dipohon oleh PPP
untuk menghalang penerusan pembinaan tersebut semasa waktu persekolahan.

7.8 Kesimpulan

Undang-undang sivil ialah undang-undang yang mengawal selia pertikaian antara individu,
syarikat dan pihak lain yang berkaitan dengan apa-apa pelanggaran undang-undang.
Undang-undang sivil mencakupi skop yang luas. Undang-undang sivil terdiri daripada kes-kes
yang melibatkan pertikaian, seperti kekeluargaan, tanah, harta intelek, jualan barang, sewaan
dan fitnah. Bagi setiap jenis pertikaian ini, terdapat undang-undang berbeza yang mengawal
selianya.

PPP perlu cakna akan undang-undang sivil kerana undang-undang ini berkait rapat
dengan kehidupan seharian PPP. Sebagai rakyat Malaysia, pengetahuan tentang undang-
undang sivil akan dapat membantu PPP memahami haknya dalam sesuatu kes dan mengetahui
takat liabilitinya. Di samping itu, pengetahuan tentang undang-undang sivil dapat membantu
PPP melaksanakan tugas sebagai PPP dengan lebih cekap tanpa melanggar undang-undang.
Sebagai contoh, literasi tentang undang-undang harta intelek dapat mengelakkan PPP
daripada melanggar undang-undang, seperti Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan
2019.

63

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 8

ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk menjelaskan konsep etika sebagai PPP. Bab ini menerangkan maksud
etika daripada beberapa sumber di samping kepentingan etika kepada PPP dan undang-
undang yang berhubungan dengannya. Seseorang yang berkhidmat sebagai PPP harus
mempunyai etika dalam menjalankan urusan sehariannya sebagai PPP. Walaupun sesuatu
perbuatan atau tindakan PPP tidak melanggar mana-mana undang-undang bertulis yang
terdapat di negara ini, namun perbuatan atau tindakan tersebut kemungkinan besar melanggar
etika sebagai pegawai perkhidmatan awam amnya dan PPP khasnya. Sehubungan dengan
itu, PPP harus mempunyai pengetahuan tentang etika sebagai PPP agar PPP sentiasa
memegang nilai-nilai etika yang sewajarnya. Etika sebagai PPP harus sentiasa dijaga sama
ada di dalam atau di luar institusi pendidikan atau semasa atau di luar waktu pekerjaannya.
Dalam kebanyakan situasi, etika dikawal selia oleh undang-undang. Oleh itu, pelanggaran
etika boleh mengakibatkan tindakan undang-undang atau tatatatertib diambil terhadap PPP.

1. Pengenalan

Etika dapat menjadi landasan ke arah menjaga tatakelakuan seseorang PPP dalam
menjalankan peranannya sebagai pengkhidmat awam. Etika menentukan sama ada suatu
tindakan atau perbuatan yang dilakukan oleh PPP mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh
undang-undang dan majikan.

Tambahan pula, etika memainkan peranan yang sangat signifikan untuk memastikan
guru-guru bertanggungjawab dalam menjalankan perkhidmatannya dalam mendidik atau
mengajar murid-murid di sekolah. Mengikut konsep ini, seseorang PPP hendaklah bersikap
profesional dalam atau ketika menjalankan tugasnya, terutamanya apabila berkaitan dengan
pengawalseliaan aspek kualiti dalam sektor pendidikan.

2. Maksud Etika

Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), etika bermaksud ilmu
yang berkenaan dengan prinsip-prinsip moral atau akhlak serta nilai-nilai akhlak yang menjadi
pegangan seseorang individu dan sesuatu kumpulan sebagai garis panduan yang harus
dipatuhi. Selain itu, etika ialah suatu sistem kepercayaan yang diterima oleh orang ramai
yang mengawal tingkah laku seseorang dan kajian tentang perkara atau tindakan yang betul
dan salah secara moral (Cambridge Dictionary, 2022). Oxford Learner’s Dictionary (2022)
pula mendefinisikan etika sebagai prinsip moral yang mengawal atau mempengaruhi tingkah
laku seseorang. Etika juga ditakrifkan sebagai prinsip moral, teori atau sistem nilai moral yang
mengawal individu atau kumpulan (Merriam-Webster Dictionary, 2022).

64

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Istilah etika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, “ethics” yang berakar daripada
bahasa Yunani, “ethos” yang bermaksud adat kebiasaan serta “ethicos” yang bererti moral.
Etika merujuk konsep kelakuan yang betul dan salah. Tambahan pula, etika pada asasnya
ialah cabang falsafah yang berurusan dengan isu moral. Selain itu, etika terdiri daripada
peraturan tingkah laku dan mentakrifkan bagaimana seseorang harus berkelakuan dalam
situasi tertentu. Di samping itu, dalam Islam, etika boleh dimaksudkan sebagai akhlak menurut
al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan antara satu sama lain (Nurul Syafiqah Mazlan dan
Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, 2019). Secara umumnya, etika bermaksud prinsip
moral dan nilai murni yang menjadi panduan kepada manusia serta mengawal tingkah laku
mereka dalam mengenal pasti kebaikan dan keburukan sesuatu perbuatan yang dilakukannya.
Oleh itu, etika merupakan suatu istilah yang sangat signifikan dalam mengetahui apa yang
baik dan buruk dalam kehidupan seharian manusia.

8.3 Etika sebagai PPP

Dalam konteks profesion keguruan pula, etika memainkan peranan yang sangat signifikan
untuk memastikan guru-guru bertanggungjawab dalam menjalankan perkhidmatannya, iaitu
mendidik atau mengajar murid-murid di sekolah. Guru merupakan seorang yang menjadi
teladan kepada para murid untuk mencorakkan kehidupan mereka menjadi insan yang baik
dan cemerlang pada masa depan. Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang khusus sebagai
ahli dalam profesion kerana mereka harus mengutamakan kebajikan dan kepentingan murid
supaya mereka lebih fokus dalam pendidikannya. Selain itu, guru juga perlu bersikap adil
kepada semua murid tanpa mengira agama, bangsa, golongan sosial atau ekonomi. Hal ini
demikian kerana guru harus berpegang pada etika profesion yang sepatutnya supaya menjadi
contoh yang baik kepada murid (Nurlina Mohd Puad, Mohd Daud Awang dan Ahmad Nasir
Mohd Yusoff, 2018).

Selain itu, etika dalam profesion keguruan amat penting untuk memelihara reputasinya
sebagai seorang guru. Seseorang guru hendaklah sentiasa meneliti cara berpakaian,
pertuturan dan kelakuannya supaya murid-murid boleh menerapkan sikap dan kebudayaan
yang baik sejak kecil. Seseorang guru perlu mewujukan suatu hubungan yang sangat harmoni
dengan para murid agar mereka boleh bekerjasama dalam semua situasi. Guru juga tidak
sepatutnya terpengaruh dengan kedudukan ekonomi dan sosial ibu bapa para murid dan
sentiasa bertindak secara sama rata kepada semua murid. Apa-apa maklumat peribadi dan
sulit yang dikongsikan oleh murid-murid kepada guru tidak boleh disebarkan atau dibocorkan
kepada orang lain kerana perkara ini boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap guru
tersebut (Nurlina Mohd Puad, Mohd Daud Awang dan Ahmad Nasir Mohd Yusoff, 2018).

Secara ringkasnya, guru harus mematuhi etika yang ditetapkan dalam profesion
keguruannya dengan mengajar para murid agar mengamalkan sikap yang positif dan nilai
moral yang baik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Selain itu,

65

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


guru juga tidak boleh melakukan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan kod etika
keguruan serta sentiasa memupuk semangat profesion keguruan yang murni.

8.4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Berlandaskan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan,
Yang di-Pertuan Agong telah membuat Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 yang mula berkuat kuasa pada 15 Disember 1993. Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bertujuan untuk mengawal selia perlakuan
pegawai perkhidmatan awam di Malaysia. Peraturan ini juga dapat memastikan pegawai
perkhidmatan awam sentiasa beretika, berdisiplin, jujur, amanah serta patuh kepada segala
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan (Tie Fatt Hee, 2004). Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ini mengandungi 11 bahagian dengan 54
peraturan seperti yang digambarkan dalam Jadual di bawah.

Jadual 8: Ringkasan Kandungan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam


(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Bahagian Perkara Peraturan

Bahagian I Permulaan Peraturan 1 – Peraturan 3

Bahagian IA Kewajipan Mematuhi Peraturan-peraturan Peraturan 3A – Peraturan 3B

Bahagian IB Tugas Kawalan dan Pengawasan Peraturan 3C – Peraturan 3D


Tatatertib

Bahagian II Tatakelakuan Peraturan 4 – Peraturan 22

Bahagian III Ketidakhadiran Tanpa Cuti Peraturan 23 – Peraturan 27

Bahagian IV Pegawai yang Tertakluk kepada Prosiding Peraturan 28 – Peraturan 33


Jenayah, dsb.

Bahagian V Prosedur Tatatertib Peraturan 34 – Peraturan


37D

Bahagian VI Hukuman Tatatertib Peraturan 38 – Peraturan 42

Bahagian VIA Penahanan Kerja dan Penggantungan Peraturan 43 – Peraturan 48


Kerja

Bahagian VII Penamatan demi Kepentingan Awam Peraturan 49

Bahagian VIII Pelbagai Peraturan 50 – Peraturan 54

66

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Peraturan 2 menjelaskan bahawa Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai sepanjang tempoh
perkhidmatannya. Peraturan 3 merupakan peruntukan yang berkaitan dengan tafsiran.
Peraturan 3 mentafsirkan “pegawai” sebagai seseorang anggota perkhidmatan awam
Persekutuan. Oleh itu, PPP juga termasuk dalam tafsiran pegawai mengikut peraturan-
peraturan tersebut.

PPP sebagai pegawai awam wajib mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam


(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Hal ini secara nyata diperuntukkan dalam subperaturan 3A
(1) Subperaturan 3A (2) pula menyatakan bahawa seseorang pegawai boleh dikenakan
tindakan tatatertib jika melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

Bagi mengetahui sama ada PPP telah melanggar Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, maka PPP perlu meneliti Bahagian 2 yang menjelaskan
tentang kelakuan yang boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil. Bahagian 2 Peraturan-
peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan tentang kelakuan
pegawai awam. Dalam bahagian ini, antara aspek yang diperuntukkan berhubung dengan
kelakuan pegawai awam ialah:

• Tatakelakuan;
• Pekerjaan luar;
• Pakaian;
• Penggunaan atau pengambilan dadah;
• Penerimaan atau pemberian hadiah;
• Pengisytiharan pemunyaan harta;
• Peminjam wang;
• Keterhutangan kewangan yang serius;
• Pelibatan dalam politik; dan
• Ketidakhadiran.

Menurut subperaturan 4(1) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan


Tatatertib) 1993, seseorang pegawai awam harus mentaati Yang di-Pertuan Agong pada
setiap masa. Seterusnya, subperaturan 4(2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan tentang perkara-perkara am yang tidak boleh dilakukan
oleh seseorang pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya. Jadual 9 menunjukkan tentang
tatakelakuan am yang diperuntukkan dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang dikaitkan secara khusus kepada PPP. Contoh
pelanggaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 merupakan contoh yang telah diambil daripada
dokumen Jabatan Perkhidmatan Awam dan disesuaikan kepada konteks PPP.

67

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Jadual 9: Tatakelakuan dan Larangan Am bagi PPP sebagai Pegawai Awam Mengikut
Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Peraturan Tatakelakuan Contoh Pelanggaran

PPP hendaklah pada setiap masa • membocorkan rahsia


memberikan taat setianya kepada Yang Kerajaan
4(1) di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.
• memburuk-burukkan
dasar Kerajaan

PPP tidak boleh membelakangkan tugas • menguruskan


4(2) (a) awamnya demi kepentingan peribadinya. perniagaan sendiri atau
ahli keluarga dalam
waktu pejabat

PPP tidak boleh berkelakuan dengan • menguruskan tender


sedemikian cara yang mungkin sedangkan PPP
4(2) (b) menyebabkan kepentingan peribadinya mengetahui ada antara
bercanggah dengan tugas awamnya. mereka yang
mengemukakan tender
terdiri daripada saudara-
maranya

PPP tidak boleh berkelakuan dengan apa- • menggunakan


apa cara yang mungkin menyebabkan kenderaan jabatan
syak yang munasabah bahawa: untuk kegunaan sendiri
seperti pergi ke pejabat
(i) dia telah membiarkan kepentingan dan balik dari pejabat,
peribadinya bercanggah dengan tugas menghantar anak ke
4(2) (c) (i) awamnya sehingga menjejaskan sekolah dan lain-lain
dan (ii) kebergunaannya sebagai seorang
pegawai awam; atau • bercuti bersama
dengan pihak yang ada
(ii) dia telah menggunakan kedudukan hubungan dengan tugas
awamnya bagi faedahnya sendiri. rasminya

PPP tidak boleh berkelakuan dengan cara • terlibat dalam


yang boleh memburukkan atau mencemar penyalahgunaan dadah
nama baik perkhidmatan awam.
4 (2) (d) • disabitkan kesalahan
jenayah di mahkamah
sivil atau mahkamah
syariah

68

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Peraturan Tatakelakuan Contoh Pelanggaran
PPP tidak boleh kurang cekap atau kurang • gagal memantau kerja
berusaha. pegawai bawahan

4 (2) (e) • gagal menguruskan


penyata bank dan buku
tunai dengan teratur dan
bersistematik

PPP tidak boleh tidak jujur atau tidak • mengemukakan tuntutan


amanah. perjalanan palsu
4 (2) (f) • mengemukakan Sijil Cuti
Sakit palsu

PPP tidak boleh tidak bertanggungjawab. • tidak mengetik kad


perakam waktu

4 (2) (g) • tidak hadir bertugas tanpa


kebenaran atau tanpa
sebab yang munasabah

PPP tidak boleh membawa atau cuba • meminta orang kenamaan


membawa apa-apa bentuk pengaruh untuk menggunakan jasa
atau tekanan luar untuk menyokong atau baiknya mempengaruhi
memajukan apa-apa tuntutan berhubung Lembaga Kenaikan
4 (2) (h) dengan atau terhadap perkhidmatan awam, Pangkat untuk menaikkan
sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya pangkatnya
sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai
lain.

PPP tidak boleh ingkar perintah atau • membawa keluar fail


berkelakuan dengan apa-apa cara yang terperingkat Jabatan
boleh ditafsirkan dengan munasabah tanpa kebenaran bertulis
sebagai ingkar perintah. Ketua Jabatan
4 (2) (i)
• tidak melaporkan
penerimaan hadiah
kepada Ketua Jabatan

PPP tidak boleh cuai dalam melaksanakan • menghilangkan harta


tugasnya. Kerajaan dalam simpanan
pegawai

4 (2) (j) • membuat perakuan tanpa


menyemak kerja sebenar
sama ada telah siap atau
sebaliknya.

69

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Selain peruntukan umum tentang tatakelakuan dalam Peraturan 4, Peraturan-
peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 juga telah menjelaskan tentang
larangan-larangan serta perkara khusus yang berkaitan dengan tatakelakuan seseorang
anggota perkhidmatan awam (termasuk PPP) seperti yang berikut:

Jadual 10: Tatakelakuan dan Larangan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 1993.

Perkara Peraturan

Gangguan seksual Peraturan 4A

Pekerjaan luar Peraturan 5

Etiket pakaian Peraturan 6

Dadah Peraturan 7

Hadiah, dsb. Peraturan 8

Keraian Peraturan 9

Pemunyaan harta Peraturan 10

Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi


emolumen dan pendapatan persendirian yang Peraturan 11
sah

Meminjam wang Peraturan 12

Keterhutangan kewangan yang serius Peraturan 13

Meminjamkan wang Peraturan 15

Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan Peraturan 16

Cabutan bertuah, loteri dsb. Peraturan 17

Penerbitan buku, dsb. Peraturan 18

Membuat penyataan awam Peraturan 19

Larangan bertindak sebagai penyunting, dsb.,


Peraturan 20
dalam mana-mana penerbitan

Mengambil bahagian dalam politik Peraturan 21

Memulakan prosiding undang-undang dan


Peraturan 22
bantuan guaman

70

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Seseorang PPP yang melanggar tatakelakuan yang telah ditetapkan akan diambil
tindakan tatatatertib mengikut tatacara tindakan tatatertib di bawah Bahagian V. Tatacara yang
diperuntukkan harus dipatuhi sebelum apa-apa tindakan tatatertib diambil terhadap PPP. PPP
yang terbukti melakukan kesalahan tatatertib akan dikenakan hukuman tatatertib.

Berdasarkan Peraturan 38, jika seseorang PPP didapati bersalah atas suatu kesalahan
tatatertib, PPP boleh dikenakan dengan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau
lebih hukuman, bergantung pada keseriusan kesalahan. Hukuman tatatertib boleh dikenakan
terhadap seseorang PPP berdasarkan pertimbangan serta budi bicara pihak berkuasa
tatatertib.

Jenis hukuman dan implikasi hukuman tersebut adalah seperti yang digambarkan
dalam Jadual 11.

Jadual 11: Pelaksanaan dan Implikasi Hukuman Tatatertib.

Bil. Hukuman Pelaksanaan/Implikasi

• Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran


keras atau sebagainya.
1 Amaran (Warning)
• Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh
12 bulan.

• Denda yang dikenakan berasaskan emolumen


pegawai. Denda maksimum ialah tidak melebihi 7
hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalam
2 satu bulan kalendar, agregat denda tidak boleh
Denda (Fine) melebihi amaun yang sama banyak 45% daripada
emolumen bulanan pegawai.
• Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam
tempoh 18 bulan.

Lucut Hak Emolumen • Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas.
3 (Forfeiture of
Emoluments) • Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam
tempoh 24 bulan.

• Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan


dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan
gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima
Tangguh Pergerakan pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh
4 Gaji (Deferment of pergerakan gaji akan berubah ke tarikh yang paling
Salary Movement) hampir selepas tamat tempoh hukuman.

• Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam


tempoh 30 bulan.

71

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Bil. Hukuman Pelaksanaan/Implikasi

• Gaji diturunkan secara mendatar dalam peringkat


gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak
melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh hukuman
bialah tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi
tidak boleh lebih 36 bulan. Hukuman dilaksanakan
pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga
5 Turun Gaji Tatatertib atau pada tarikh hukuman dijatuhkan.
(Reduction of Salary) Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji
dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji
akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya
selepas hukuman tamat.

• Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam


tempoh 36 bulan.

• Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah


dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pegawai
ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji
6 Turun pangkat bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih
(Reduction in Rank) rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum
hukuman.

• Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam


tempoh 48 bulan.

• Tarikh hukuman adalah pada tarikh Lembaga


Tatatertib menjatuhkan hukuman.
7 Buang Kerja
(Dismissal) • Pegawai tidak berhak menerima apa-apa
kemudahan dalam perkhidmatan awam.

Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009: Dasar Kenaikan Pangkat bagi
Pegawai yang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara yang digunakan apabila sesuatu
tindakan tatatertib diambil terhadap PPP, rujukan boleh dibuat kepada Pekeliling Perkhidmatan
Sumber Manusia yang diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2022,
iaitu Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam. Dokumen ini mengandungi
maklumat yang berguna kepada PPP sebagai pengkhidmat awam.

72

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


8.5 Kesimpulan

Etika merupakan perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab, integriti dan nilai-nilai yang
dimiliki oleh seseorang. Sebagaimana yang digariskan melalui prinsip kod etika dan undang-
undang yang berkaitan, etika merupakan panduan kepada semua warga pendidik untuk
sentiasa bersikap disiplin, jujur, amanah serta patuh kepada segala peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan tanpa menyalahi undang-undang dan peraturan.

Dalam konteks etika, PPP perlu menjaga etikanya semasa berurusan dengan pelbagai
pihak yang berkepentingan dalam menjalankan perkhidmatannya. Hal ini demikian kerana
pelanggaran etika oleh PPP dapat memberikan kesan negatif yang besar kepada semua
pihak yang berurusan dengannya, termasuk kepada profesionnya sendiri. Oleh itu, PPP
perlu menjaga etika sepanjang dalam perkhidmatannya agar tiada apa-apa tindakan undang-
undang atau tatatertib diambil terhadapnya.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 merupakan


undang-undang penting yang perlu difahami oleh PPP. Literasi tentang peraturan-peraturan
ini amat penting kerana dapat mengawal selia tatakelakuan seseorang PPP sebagai pegawai
awam. Selain itu, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 juga
memperuntukkan tentang tatatacara bagi suatu prosiding tatatertib serta hukuman yang boleh
dikenakan kepada PPP yang didapati bersalah. Sehubungan dengan itu, PPP harus cakna
dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 agar segala
perbuatan, tindakan atau keputusan yang dibuat tidak melanggar peruntukan yang terkandung
dalamnya.

73

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 9

MEKANISME PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk menjelaskan cara seseorang boleh menyelesaikan pertikaian yang
timbul sama ada menerusi proses mahkamah atau kaedah penyelesaian di luar mahkamah.
Konflik atau pertikaian yang wujud antara PPP dengan pihak lain, seperti murid, ibu bapa dan
majikan dalam konteks perkhidmatan pendidikan boleh diselesaikan dengan dua cara yang
utama. Pertamanya, PPP boleh menyelesaikan pertikaian tersebut dengan merujuk pertikaian
tersebut kepada mahkamah. Mahkamah akan mendengar pertikaian tersebut dan membuat
keputusan berlandaskan undang-undang. Keduanya, PPP boleh merujuk pertikaian tersebut
kepada kaedah penyelesaian di luar mahkamah yang disebut sebagai kaedah penyelesaian
pertikaian alternatif (PPA). Terdapat pelbagai kaedah PPA yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan pertikaian, seperti pengantaraan, timbang tara, sulh dan perdamaian. Kedua-
dua kaedah penyelesaian pertikaian ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

1. Pengenalan

Konflik merupakan suatu perkara yang lazim timbul dalam kehidupan seharian. PPP juga
menghadapi konflik atau pertikaian dalam pelbagai aspek. Ada konflik yang dapat diselesaikan
dengan mudah dan ada yang memerlukan campur tangan institusi kehakiman, iaitu mahkamah.
Walau bagaimanapun, penyelesaian pertikaian menerusi mahkamah bukanlah satu-satunya
cara untuk menyelesaikan pertikaian atau konflik yang timbul.

Pada lazimnya, manusia cuba menyelesaikan masalah, krisis dan konflik dengan
melihat dan memahami permasalahan yang dihadapi mengikut perspektif mereka sendiri
tanpa berusaha untuk memahaminya melalui pandangan pihak ketiga. Hal ini menyebabkan
konflik tidak dapat diselesaikan dengan baik sehingga menjadi punca konflik masih berterusan.
Berdasarkan keperluan untuk melihat konflik daripada pandangan pihak ketiga yang bebas
dan tidak terlibat, maka campur tangan pihak ketiga amat diperlukan bagi membantu proses
menangani konflik. Oleh sebab itulah, lahirnya kaedah penyelesaian pertikaian alternatif
(PPA) yang melibatkan pihak ketiga.

2. Penyelesaian Pertikaian Menerusi Mahkamah

Penyelesaian konflik atau pertikaian yang timbul menerusi mahkamah merupakan antara cara
yang paling lazim. Konflik atau pertikaian yang timbul dapat dibahagikan kepada kes jenayah
dan kes sivil. Rajah 4 menunjukkan proses lazim yang berlaku dalam kes jenayah apabila
seseorang tertuduh dibicarakan dan disabitkan kesalahan.

74

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Berdasarkan Rajah 4, suatu kes
jenayah biasanya dimulakan dengan aduan
daripada pengadu kepada pihak penguat
kuasa, seperti pihak polis. Pada lazimnya,
pengadu ialah mangsa atau pihak yang
terkilan dengan perbuatan seseorang yang
dikenali sebagai orang yang disyaki pada
tahap ini. Setelah pihak penguat kuasa
menerima aduan, siasatan akan dijalankan.
Siasatan dibuat bagi menentukan sama
ada aduan yang dibuat berasas. Pihak
penguat kuasa akan mengumpulkan
keterangan yang relevan berkaitan
dengan aduan tersebut.

Selepas itu, dapatan siasatan akan


dihantar kepada pihak pendakwa raya.
Pihak pendakwa raya akan memutuskan
sama ada orang yang disyaki tersebut
boleh didakwa atau dituduh di mahkamah
berdasarkan keterangan yang ada. Jika
keterangan mencukupi, maka orang yang
disyaki akan dituduh di mahkamah. Kini,
orang yang disyaki akan dipanggil sebagai
orang yang dituduh (tertuduh).

Di mahkamah, proses perbicaraan


kes jenayah akan bermula dengan sebutan
kes. Pada peringkat ini, pertuduhan
terhadap tertuduh akan dibacakan
kepadanya. Setelah mendengar dan
memahami pertuduhan yang dibacakan,
tertuduh boleh memilih untuk mengaku
salah ataupun meminta untuk dibicarakan
jika tidak mengaku salah. Bagi tertuduh
yang mengaku salah pada peringkat ini,
maka tiada perbicaraan penuh yang akan
dilalui oleh tertuduh. Mahkamah akan terus
membuat keputusan dan menjatuhkan
Rajah 4: Proses Lazim Dalam Kes Jenayah. hukuman yang sesuai.

75

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Bagi tertuduh yang meminta untuk dibicarakan, maka tertuduh akan melalui proses
perbicaraan penuh. Dalam perbicaraan kes di mahkamah, pihak pendakwaan akan
memulakan kes. Peringkat ini dipanggil sebagai peringkat pendakwaan. Setelah selesai
peringkat pendakwaan, mahkamah akan menentukan sama ada wujud atau tidak suatu
kes prima facie. Prima facie bermaksud bahawa terdapat suatu kes yang perlu dijawab oleh
tertuduh. Sekiranya mahkamah mendapati bahawa tiada prima facie dalam kes tersebut,
maka tertuduh akan dilepaskan dan dibebaskan. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan
masih boleh memfailkan rayuan berhubung dengan pelepasan dan pembebasan tertuduh
ke mahkamah yang lebih tinggi. Sekiranya mahkamah mendapati bahawa wujud prima facie
dalam kes tersebut, maka tertuduh akan dipanggil untuk membela diri. Peringkat ini disebut
sebagai peringkat pembelaan.

Setelah selesai mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan


pembelaan, maka mahkamah seterusnya akan membuat keputusan sama ada tertuduh
bersalah atau tidak bersalah. Jika mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah, maka
mahkamah akan melepaskan dan membebaskan tertuduh. Sebaliknya, jika mahkamah
memutuskan tertuduh bersalah, maka mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada
tertuduh. Pada peringkat ini, tertuduh juga boleh dipanggil sebagai pesalah.

Sebelum mahkamah menentukan hukuman yang sesuai untuk dijatuhkan kepada


tertuduh, mahkamah akan mendengar faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan untuk
menentukan hukuman tersebut. Proses ini dikenali sebagai faktor pemberatan dan peringanan
hukuman. Dalam hal ini, pihak pendakwaan akan menarik perhatian mahkamah tentang
faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang
lebih berat kepada tertuduh. Antara contoh faktor tersebut ialah kesan kepada mangsa dan
kesalahan berulang. Pihak pembelaan pula akan membuat penghujahan kepada mahkamah
untuk mempertimbangkan faktor-faktor yang boleh diambil kira untuk meringankan hukuman
yang dijatuhkan kepada tertuduh. Antara contoh faktor tersebut ialah kesalahan kali pertama
dan faktor kesihatan.

Setelah mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan,


mahkamah akan menentukan hukuman yang sesuai untuk dijatuhkan kepada tertuduh dan
memaklumkan hukuman yang dijatuhkan. Jika tertuduh tidak berpuas hati dengan keputusan
yang dibuat oleh mahkamah, tertuduh berhak untuk memohon penangguhan pelaksanaan
hukuman (stay of execution) dan membuat rayuan mengikut tempoh masa yang ditetapkan
selepas keputusan atau hukuman diberikan.

Kes sivil juga melalui proses tertentu. Rajah 5 menunjukkan proses lazim secara
ringkas yang berlaku dalam kes sivil.

76

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Rajah 5: Proses lazim dalam kes sivil.

Dalam suatu kes sivil, pemfailan kes di mahkamah merupakan proses yang asas.
Pada peringkat ini, kesemua kertas kuasa yang dikenali sebagai pliding akan difailkan oleh
pihak-pihak tertentu. Pada mulanya, plaintif akan memfailkan writ saman dan pernyataan
tuntutan. Proses ini diikuti pula dengan penyerahan writ saman dan pernyataan tuntutan
kepada defendan. Selepas itu, defendan pula akan memasukkan memorandum kehadiran
dan pernyataan pembelaan. Setelah menerima pernyataan pembelaan daripada defendan,
plaintif akan memfailkan jawapan kepada pembelaan. Senarai proses ini dapat diringkaskan
seperti yang berikut:

Rajah 6: Proses pemfailan kertas kuasa.

Pengurusan kes bermula dari fasa pemfailan kertas kuasa. Lazimnya, proses
pengurusan kes yang pertama dibuat selepas writ saman dan pernyataan tuntutan
disampaikan kepada defendan. Pengurusan kes yang kedua pula dibuat selepas memfailkan
memorandum kehadiran. Bagi pengurusan yang ketiga, mahkamah akan menetapkannya
sebelum pendengaran kes. Pada peringkat ini, setiap pihak akan diarahkan oleh mahkamah
untuk memfailkan dokumen prapendengaran yang mengandungi, antara lain:

• Ikatan pliding;
• Ringkasan kes;
• Fakta-fakta yang dipersetujui;
• Isu-isu untuk dibicarakan; dan
• Senarai saksi.

Apabila kes melalui proses pendengaran kes yang penuh, pihak plaintif akan memulakan
kesnya dengan memanggil saksi dan mengemukakan dokumen yang relevan sebagai
bukti kepada kesnya. Pihak defendan pula akan memanggil saksinya untuk memberikan

77

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


keterangan dan mengemukakan dokumen yang berkaitan dengan kesnya kepada mahkamah.
Mahkamah akan mendengar keterangan dan penghujahan daripada kedua-dua pihak plaintif
dan defendan.

Setelah mendengar keterangan dan penghujahan daripada kedua-dua pihak,


mahkamah akan membuat keputusan. Pada amnya, mahkamah akan membuat keputusan
sama ada untuk membenarkan tuntutan plaintif ataupun menolak tuntutan plaintif. Jika tuntutan
dibenarkan, maka mahkamah menentukan remedi yang akan diberikan kepada plaintif.

Semua penjelasan ini merupakan penerangan umum dan ringkas tentang proses kes
sivil dan jenayah. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah terdapat juga proses-
proses lain yang wujud dalam kes sivil dan jenayah. Proses-proses tersebut tidak diterangkan
dalam bab ini kerana tujuan bab ini adalah untuk membantu PPP memahami proses secara
umum sahaja.

Sesungguhnya, mahkamah menjadi institusi penting dalam menyelesaikan pertikaian


yang timbul antara pihak tertentu. Sungguhpun demikian, ada kalanya, prosiding mahkamah
melibatkan suatu proses yang panjang dan memakan kos yang tinggi. Misalnya, jika sesuatu
kes melibatkan banyak pihak, maka semakin banyak masa yang akan diambil dan hal ini
sekaligus meningkatkan jumlah kos untuk menguruskan kes di mahkamah.

Pihak-pihak tertentu juga perlu melantik peguam untuk mewakilinya kerana terdapat
banyak aspek pendokumenan yang terlibat. Tambahan pula, prosiding mahkamah secara
amnya bersifat terbuka. Maka, kerahsiaan maklumat dan pihak-pihak terlibat tidak dapat
dijamin dalam prosiding mahkamah.

Stigma terhadap institusi mahkamah sebegini telah membuka ruang dan peluang
kepada pemakaian kaedah PPA sebagai mekanisme alternatif bagi menyelesaikan kes-kes
di luar mahkamah. Kaedah penyelesaian pertikaian alternatif merupakan kaedah-kaedah
yang yang boleh digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan pertikaian
mereka tanpa perlu melalui prosiding mahkamah. Bentuk yang paling biasa bagi penyelesaian
pertikaian alternatif ialah pengantaraan dan timbang tara.

Berdasarkan Arahan Amalan No. 5 tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim
Negara pada 16 Ogos 2010, mahkamah kini diberi rangka kerja yang sesuai bagi meneroka
kaedah-kaedah PPA sebelum meneruskan dengan proses pendengaran kes di mahkamah,
termasuk dalam kes-kes perbankan Islam.

9.3 Takrifan Kaedah PPA

Menurut Black’s Law Dictionary, kaedah PPA merupakan suatu proses dan teknik yang
bertindak sebagai kaedah untuk pihak yang tidak bersetuju bagi mencapai kesepakatan atau
persetujuan bersama selain menggunakan kaedah litigasi (Stephen J War, 2009). Dalam erti
kata lain, PPA merujuk sesuatu mekanisme yang muncul sebagai alternatif yang bertujuan
untuk menyelesaikan pertikaian, terutamanya di luar mahkamah tanpa melalui tatacara
kehakiman (Mauro Cappelletti. 1993).

78

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kaedah PPA merupakan mekanisme penyelesaian pertikaian yang dibangunkan untuk
memudahkan pihak-pihak yang bertelingkah dalam mencapai kata putus tentang sesuatu
pertikaian atau konflik. Kaedah PPA bukan sahaja digunakan secara luas di peringkat dunia,
malahan kaedah ini juga digunakan di Malaysia dan diiktiraf di sisi agama Islam. Kaedah
PPA telah digunakan oleh orang Islam untuk menyelesaikan perbezaan mereka secara
baik dan kaedah ini telah disebut dan digalakkan dalam sumber perundangan Islam. Hal ini
demikian kerana Islam ialah agama yang mementingkan keamanan daripada permusuhan
serta prinsip bertolak ansur daripada konfrontasi. Menurut Syed Khalid Rashid (2004), Islam
menggalakkan masyarakatnya untuk menyelesaikan permasalahan mereka secara baik dan
bukannya dengan cara mewujudkan permusuhan. Oleh itu, dalam Islam, kita digalakkan untuk
menggunakan proses PPA bagi menyelesaikan pertikaian.

Kaedah PPA bukanlah sesuatu yang baharu dalam sistem pengadilan. Penggunaannya
telah banyak diamalkan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Antara kaedah PPA yang
diamalkan di Malaysia adalah seperti kaedah timbang tara, kaedah pengantaraan (mediation),
kaedah perdamaian (conciliation), dan kaedah sulh (hanya bagi orang-orang Islam). Kaedah
PPA di Malaysia mula diperkenalkan dengan pengenalan Akta Timbang Tara 1952 yang
kemudiannya digantikan oleh Akta Timbang Tara 2005 (Akta 646). Malah, kaedah PPA juga
telah dinyatakan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).

Kelebihan menyelesaikan pertikaian secara PPA ialah pihak-pihak terlibat mampu


untuk meneroka semua pilihan yang ada selain kos yang rendah dan dapat diselesaikan
dengan cepat.

9.4 Jenis Kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif

(a) Kaedah Timbang Tara

Timbang tara merupakan proses sukarela kerana timbang tara hanya dijalankan sekiranya
terdapat persetujuan antara pihak yang berselisih. Timbang tara ialah kaedah penyelesaian
pertikaian yang melibatkan orang yang berselisih atau bertikai membentangkan kes mereka
di hadapan penimbang tara yang bebas, tidak berat sebelah dan merupakan pakar yang
mempunyai pengetahuan undang-undang. Penimbang tara ini akan membuat keputusan
setelah melakukan pemeriksaan fakta-fakta dalam kes itu.

Kaedah timbang tara bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian yang wujud antara
pihak tertentu dan pertikaian tersebut mestilah dalam ruang lingkup timbang tara. Kaedah ini
juga memperuntukkan bahawa seseorang penimbang tara mestilah bertindak secara adil dan
saksama. Keputusan yang dibuat oleh penimbang tara muktamad dan mengikat pihak-pihak
yang terlibat jika bersetuju. Namun, jika pihak-pihak yang terlibat tidak bersetuju, keputusan
penimbang tara masih juga mengikat sehingga keputusan tersebut ditolak oleh Mahkamah
Tinggi atau pertikaian tersebut diselesaikan oleh mahkamah atau melalui perjanjian bertulis.

Pada asalnya, undang-undang yang terpakai di Malaysia tentang timbang tara ialah
Akta Timbang Tara 1952 yang berlandaskan Akta Timbang Tara United Kingdom 1950.
Selepas itu, Akta ini dipinda dan digantikan dengan Akta Timbang Tara 2005 yang digubal
pada 30 Disember 2005. Akta ini memberikan panduan tentang hal-hal yang berkaitan

79

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


dengan kuasa penimbang tara, pelantikan penimbang tara, timbang tara domestik, timbang
tara antarabangsa, dan hal-hal yang berkaitan dengan penguatkuasaan ‘’award’’ dan lain-
lain. Akta ini telah melalui beberapa pindaan major untuk menjadikannya lebih relevan dan
menyeluruh dalam menangani hal-hal berkaitan dengan penimbangtaraan.

(b) Kaedah Pengantaraan

Kaedah pengantaraan yang juga dikenali sebagai mediasi ialah satu kaedah PPA yang diiktiraf
di Malaysia. Menurut Black’s Law Dictionary, kaedah pengantaraan dapat didefinisikan sebagai
satu usaha untuk menyelesaikan perselisihan dalam aspek perundangan menerusi peranan
aktif daripada pihak tengah untuk mendapatkan penyelesaian yang boleh membuatkan kedua-
dua pihak yang bertelingkah berpuas hati terhadap penyelesaian yang telah dicadangkan
(Garner 1999).

Di Malaysia, pengantaraan dikawal selia oleh Akta Pengantaraan 2012 (Akta 749).
Kaedah pengantaraan merupakan satu proses penyelesaian pertikaian yang tidak formal.
Dalam proses ini, pihak-pihak yang bertelingkah akan saling bekerjasama untuk mencapai
kata sepakat dalam menyelesaikan pertikaian yang dihadapi. Proses ini akan diselia dan
dikendalikan oleh pihak ketiga yang bersifat neutral, iaitu seorang pengantara tidak berpihak
kepada mana-mana pihak dalam pertikaian tersebut. Semasa mengendalikan proses
penyelesaian pertikaian melalui kaedah pengantaraan, pengantara tersebut hanya bertindak
sebagai pemudah cara dalam rundingan permasalahan tersebut. Pihak-pihak yang bertikai
hendaklah berbincang bersama bagi mengenal pasti permasalahan yang diutarakan dan
berusaha untuk mencapai penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Kaedah pengantaraan boleh digunakan untuk hampir kesemua jenis kes, kecuali kes-
kes yang melibatkan undang-undang Perlembagaan, pertuduhan jenayah serta perkara yang
amat jelas menyalahi undang-undang (Ezwan Bustamin 2016).

(c) Kaedah Perdamaian

Kaedah perdamaian bertujuan untuk mewujudkan keharmonian, keserasian atau persetujuan


bersama, iaitu sesuatu yang dipersetujui oleh orang ramai. Kaedah ini ialah satu proses yang
melibatkan campur tangan pihak ketiga untuk menjadi pendamai antara pihak yang bertikai.

Tatacara perdamaian ialah kaedah tidak formal dalam menyelesaikan perselisihan


kerana tidak mempunyai saksi, pemeriksaan saksi, atau pembukaan dan penutupan hujah
pada sesi perdamaian. Pendamai berperanan pada awal sesi dan berkemungkinan menjemput
pihak, jabatan, agensi atau wakil untuk memberikan pendapat masing-masing. Pendamai akan
menggalakkan pihak-pihak untuk berunding melalui perbincangan dan berusaha mencapai
penyelesaian.

Perbezaan utama ialah pendamai merupakan pihak ketiga yang biasanya pakar yang
berpengalaman dalam bidang hal perkara pertikaian. Dengan menggunakan kepakaran
teknikalnya untuk membantu dalam mengenal pasti isu, pendamai boleh membimbing pihak-
pihak kepada penyelesaian pertikaian secara aktif dengan mencari pilihan penyelesaian.

80

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Apabila penyelesaian dilakukan secara sukarela, ia bukan sahaja menghapuskan
keretakan antara pihak, malahan juga menyelesaikan apa-apa permusuhan peribadi antara
mereka. Kedua-dua pihak yang bertelagah akan berkumpul untuk mencari penyelesaian
kepada perkara yang dipertikaikan itu.

Di Malaysia, terdapat beberapa statut tertentu, seperti Akta Perhubungan Perusahaan


1967 (Akta 177), Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976
(Akta 164) dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
(Akta 303) yang memperuntukkan proses perdamaian dan mewajibkan pihak-pihak yang
bertikai untuk terlibat dalam PPA sebelum mereka meneruskan kes mereka pada peringkat
perbicaraan dalam mahkamah. Hal ini menunjukkan bahawa perdamaian juga merupakan
satu kaedah PPA yang sememangnya digalakkan di Malaysia.

9.5 Fasa asas dalam proses PPA

Dalam proses penyelesaian pertikaian menerusia kaedah PPA, terdapat beberapa fasa
penting yang dilalui oleh pihak-pihak yang terlibat. Fasa-fasa ini merupakan fasa lazim yang
digunakan dalam sesuatu kaedah PPA.

Rajah 7: Fasa asas dalam proses PPA.

Fasa pertama ialah fasa pengenalpastian kaedah PPA yang sesuai dalam menangani
pertikaian yang dialami oleh pihak-pihak yang terlibat. Pada peringkat ini, pihak yang terlibat
hendaklah membuat pemilihan bersama untuk menyelesaikan pertikaian mereka tanpa melalui
proses di mahkamah terlebih dahulu. Seterusnya, pihak yang terlibat akan dicadangkan untuk
meneruskan penyelesaian pertikaian mereka melalui kaedah pengantaraan atau timbang tara
atau perdamaian. Kaedah pengantaraan dan kaedah pendamaian ialah kaedah PPA yang
sering dipilih untuk membantu dalam menyelesaikan pertikaian-pertikaian yang berkaitan
dengan urusan di tempat kerja.

81

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Dalam fasa yang ketiga pula, pihak ketiga bagi kaedah PPA (pengantara bagi kaedah
pengantaraan atau pendamai bagi kaedah pendamaian) akan membantu pihak-pihak yang
bertikai untuk mengenal pasti isu yang timbul. Pada peringkat ini, pihak-pihak yang bertikai
akan menyuarakan isu dan pandangan masing-masing berkenaan dengan pertikaian yang
berlaku.

Pada fasa keempat pula, pihak-pihak yang terlibat akan lebih mengetahui keperluan,
hak dan kehendak masing-masing semasa sesi perbincangan dan rundingan dilakukan.
Hal ini dikatakan demikian kerana pada peringkat ini, pihak-pihak yang terlibat telah melalui
beberapa sesi perbincangan dan rundingan antara mereka bersama dengan kehadiran pihak
ketiga (pengantara atau pendamai).

Pada fasa yang kelima, sekiranya terdapat perasaan ketidakpuasan hati atau sesi
perbincangan dan rundingan tersebut menjadi tegang, satu sesi khas secara berasingan
bersama dengan pengantara atau pendamai akan dilakukan buat sementara waktu. Fasa
terakhir ialah fasa keenam, iaitu fasa untuk mecapai keputusan penyelesaian yang mendapat
persetujuan bersama oleh semua pihak yang bertikai. Pada akhir sesi PPA, apabila sudah
mencapai keputusan, pengantara atau pendamai akan menyediakan satu perjanjian
penyelesaian yang muktamad untuk diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat.

9.6 Jabatan Bantuan Guaman

Pada lazimnya, dalam suatu pertikaian di mahkamah, pihak-pihak yang terlibat perlu melantik
peguam masing-masing. Ada kalanya wujud situasi apabila pihak-pihak yang terlibat tidak
dapat melantik peguamnya sendiri atas alasan kos. Dalam hal ini, pihak tersebut boleh
mendapatkan khidmat bantuan guaman. Di Malaysia, khidmat bantuan guaman diberikan
oleh Jabatan Bantuan Guaman (JBG). JBG merupakan sebuah jabatan kerajaan yang
memberikan khidmat bantuan guaman kepada warganegara yang layak berpandukan Akta
Bantuan Guaman 1971 (Akta 26). Menerusi perkhidmatan yang ditawarkan oleh JBG, rakyat
yang kurang berkemampuan berpeluang mendapat perkhidmatan guaman pada kadar yang
lebih rendah daripada kerajaan sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh
peguam swasta (Portal Rasmi Jabatan Bantuan Guaman).

JBG mempunyai bidang kuasa dalam beberapa perkara. Antaranya JBG memberikan
khidmat nasihat guaman secara lisan di kepada semua warganegara Malaysia dalam semua
perkara undang-undang di Malaysia. Selain itu, JBG juga menyediakan perkhidmatan bantuan
guaman berkenaan apa-apa prosiding mahkamah kepada warganegara Malaysia yang layak
mengikut Akta Bantuan Guaman 1971. Bantuan guaman yang diberikan oleh JBG dalam
perihal prosiding (litigasi) meliputi perkara-perkara yang berikut:

(a) Perkara jenayah;


(b) Perkara sivil (sivil pelbagai);
(c) Perkara kekeluargaan sivil; dan
(d) Perkara kekeluargaan syariah.

82

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Bukan itu sahaja, malahan JBG turut menyediakan perkhidmatan pengantaraan bagi
kes syariah dan sivil kepada semua warganegara Malaysia. Khidmat pengantaraan disediakan
kepada dalam perkara yang berkaitan dengan mana-mana prosiding yang dinyatakan dalam
Jadual Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971. Di samping itu, JBG juga menawarkan khidmat
pendamping guaman. Khidmat pendamping guaman ialah khidmat yang diberikan kepada
seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa mana-mana kesalahan jenayah seksual (Portal
Rasmi Jabatan Bantuan Guaman).

9.7 Kesimpulan

Kedua-dua bentuk penyelesaian ini, iaitu menerusi prosiding di mahkamah dan kaedah
PPA telah lama diiktiraf amalannya. Antara tujuannya adalah untuk menjadikan kehidupan
masyarakat sejagat sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni. Namun begitu, sekiranya
ada pelanggaran terhadap keharmonian tersebut, perkara tersebut akan merujuk bentuk-
bentuk penyelesaian ini. Kaedah PPA boleh dirujuk dalam urusan peribadi atau rasmi
pihak-pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, apabila melibatkan kesalahan jenayah,
penyelesaian akan ditentukan menerusi perbicaraan di mahkamah. Kesalahan jenayah tidak
boleh menggunakan kaedah PPA sebagai mekanisme penyelesaian.

Ringkasnya, persetujuan penyelesaian bergantung pada peranan yang dilaksanakan


oleh pihak hakim ataupun orang tengah (kaedah PPA). Namun begitu, kelebihan menyelesaikan
pertikaian menerusi kaedah PPA adalah lebih banyak berbanding dengan melalui proses
pendengaran kes di mahkamah. Antaranya, campur tangan pihak “orang tengah” hendaklah
neutral dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Selain itu, terdapat penjimatan masa
dan kos apabila menyelesaikan pertikaian dengan kaedah PPA. Keperluan untuk mencapai
penyelesaian hendaklah juga secara sukarela tanpa apa-apa paksaan dan hendaklah dalam
“situasi menang-menang” (win-win situation). Akhir sekali, persetujuan yang dicapai dapat
mengekalkan sifat hormat-menghormati dan hubungan kemasyarakatan yang berpanjangan.

Selain itu, pemakaian kaedah PPA dapat mengurangkan lambakan atau tunggakan
kes di mahkamah dan dapat mengurangkan kos prosiding mahkamah yang tinggi. Pihak-
pihak diberi jaminan tentang kerahsiaan pertikaian. Mereka tidak perlu khuatir tentang
maklumat yang diberikan sepanjang proses PPA berlangsung kerana peranan orang ketiga
adalah untuk menjaga kerahsiaan maklumat yang disampaikan.

83

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAB 10

PENUTUP

Ikhtisar

Bab ini bertujuan untuk merumuskan keseluruhan perbincangan dalam buku ini. Literasi
undang-undang amat penting kepada PPP memandangkan terdapat pelbagai jenis undang-
undang yang berkaitan secara langsung dengan tugas seharian PPP, sama ada dalam
konteks undang-undang pendidikan, undang-undang jenayah mahupun undang-undang sivil.
Literasi tentang undang-undang di Malaysia secara amnya dapat membantu PPP menjadi
celik undang-undang dan seterusnya membantu mereka dalam mematuhi undang-undang
yang sedang berkuat kuasa di negara Malaysia. Selain Buku Panduan ini, literasi undang-
undang kepada PPP juga dapat diberikan melalui cara-cara yang lain, seperti seminar atau
bengkel, latihan dalam perkhidmatan dan modul mengikut topik khusus.

1. Pengenalan

Undang-undang sivil dan jenayah di Malaysia mempunyai kuat kuasa undang- undang terhadap
semua rakyat Malaysia, termasuklah PPP. Oleh hal yang demikian, sekiranya seseorang PPP
didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, dia boleh dikenakan
hukuman yang telah diperuntukkan oleh undang- undang yang berkaitan. Bagi memastikan
tiada apa-apa kerosakan yang besar timbul akibat tindakan atau kelakuan mana-mana
pegawai kerajaan, maka tindakan tegas dan serius akan diambil terhadap pegawai-pegawai
kerajaan yang terlibat dengan salah laku dan kecuaian (Suzalina Halid, 2020).

Dalam menjalankan tugas-tugas sebagai PPP, sudah tentunya PPP akan berhadapan
dengan pelbagai isu undang-undang, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh itu, PPP harus mempunyai pengetahuan undang-undang yang disebut sebagai literasi
undang-undang dalam menjalankan peranannya sebagai PPP. Literasi undang-undang dapat
menjadi asas kepada pelaksanaan fungsi dengan baik menurut undang-undang yang sedia
ada di Malaysia.

2. Strategi Meningkatkan Literasi Undang-undang

Sebagai tambahan kepada buku panduan ini, beberapa strategi dapat diatur bagi meningkatkan
literasi undang-undang dalam kalangan PPP. Inisiatif untuk memperkasakan literasi undang-
undang boleh diadakan, sama ada dalam skala yang kecil ataupun dalam bentuk skala yang
besar.

(a) Mengadakan Ceramah

Antara cara untuk meningkatkan literasi undang-undang adalah dengan mengadakan


ceramah kepada PPP. Ceramah yang diadakan haruslah secara berkala dan berterusan.
Kekerapan ceramah ini boleh ditentukan oleh pihak yang ingin menganjurkannya. Walau
bagaimanapun, dicadangkan agar sesi ceramah literasi undang-undang bagi PPP diadakan
sekurang-kurangya enam bulan sekali.

84

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sesi ceramah berkala kepada PPP boleh dilaksanakan dengan pelibatan pakar
undang-undang sebagai penceramah. Penceramah yang dipilih haruslah terdiri daripada
pakar bidang yang mampu menyampaikan ceramah literasi undang-undang dengan berkesan
agar dapat mencapai objektif yang dihasratkan. Ceramah perlu dijalankan secara interaktif
dengan pelibatan aktif daripada peserta-peserta ceramah, iaitu PPP.

Sesi ceramah ini juga boleh diadakan mengikut kumpulan fokus atau sasaran yang
tertentu, seperti ceramah khusus untuk guru-guru, ceramah khusus kepada golongan
kakitangan pengurusan sekolah dan ceramah khusus kepada golongan pentadbir di KPM.

(b) Mengadakan Forum

Selain ceramah, forum juga merupakan aktiviti yang relevan untuk meningkatkan literasi
undang-undang dalam kalangan PPP. Penganjuran forum yang melibatkan beberapa orang
ahli panel boleh dibuat bagi meningkatkan kesedaran undang-undang. Sesi perkongsian dan
peningkatan literasi oleh ahli-ahli panel dapat menjadikan PPP celik undang-undang.

Sesi forum yang dianjurkan boleh melibatkan ahli panel dalam bidang yang sama atau
dalam bidang yang berbeza. Ahli-ahli panel dalam bidang yang sama boleh dipanggil bagi
membincangkan aspek undang-undang yang berbeza. Contohnya, forum undang-undang
yang melibatkan pakar-pakar dalam bidang undang-undang, tetapi memfokuskan skop
undang-undang yang berbeza. Jika forum yang dianjurkan melibatkan tiga orang pakar, maka
kemungkinan pemillihan ahli-ahli panel boleh dibuat seperti yang berikut:

• Seorang ahli panel membincangkan aspek undang-undang dan peraturan-peraturan


pendidikan;
• Seorang lagi membincangkan aspek murid sebagai kanak-kanak; dan
• Seorang lagi menerangkan konsep in loco parentis.

Selain mengadakan forum dengan melibatkan ahli-ahli panel daripada bidang yang
sama, forum juga boleh diadakan dengan pelibatan ahli-ahli panel daripada pelbagai bidang
atau agensi. Perkara yang penting dalam hal ini ialah ahli-ahli panel yang multidisiplin akan
membincangkan isu atau aspek yang sama dari perspektif masing-masing. Sebagai contoh,
bagi isu PPP dan undang-undang, antara panel yang dapat dilibatkan ialah pakar undang-
undang, KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pentadbir sekolah dan golongan pendidik.

(c) Membangunkan PPP sebagai Fasilitator

Bagi tujuan kelangsungan program literasi undang-undang dalam sektor pendidikan di


Malaysia, fasilitator yang dapat mengajar dan memberikan literasi undang-undang kepada PPP
perlu dibangunkan. Hal ini bermaksud bahawa PPP yang boleh memberikan literasi undang-
undang kepada PPP yang lain harus dilahirkan. Walaupun tidak mempunyai latar belakang
undang-undang, PPP masih boleh dibangunkan sebagai fasilitator bagi meningkatkan literasi
undang-undang dalam kalangan PPP.

Kepakaran dan pengalaman dalam bidang pendidikan akan membantu PPP dalam
menjelaskan aspek undang-undang dengan lebih berkesan. Contoh-contoh yang relevan
dengan kerjaya PPP dapat dipetik sebagai rujukan dan dapat dibincangkan dengan lebih
mendalam. Oleh itu, fasilitator yang dilahirkan dapat membantu KPM dengan menjadi agen
penggerak program literasi secara tekal.

85

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Bagi tujuan ini, latihan untuk membangunkan fasilitator literasi undang-undang perlu
diadakan. Latihan inilah yang akan mengenal pasti dan menilai PPP yang layak untuk menjadi
fasilitator literasi undang-undang peringkat KPM. Pada akhir penilaian, PPP yang berjaya
seharusnya ditauliahkan secara rasmi sebagai fasilitator literasi undang-undang oleh KPM.
Hal ini akan menjadi pengiktirafan yang penting kepada mereka dalam membantu KPM untuk
meningkatkan literasi undang-undang dalam kalangan PPP.

(d) Penilaian

Selain cara-cara yang dinyatakan di atas, satu lagi cara untuk meningkatkan literasi undang-
undang adalah dengan cara mengadakan penilaian. Penilaian yang dimaksudkan di sini
ialah penilaian ilmu pengetahuan PPP tentang undang-undang selepas PPP membaca buku
panduan ini. Matlamat untuk memberikan literasi undang-undang kepada PPP hanya akan
tercapai sekiranya PPP benar-benar membaca dan menghayati kandungan buku panduan
ini. Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah KPM dapat memastikan PPP merealisasikan
matlamat ini?

Dalam konteks ini, cara yang mudah dan berkesan adalah dengan membuat penilaian
yang bersesuaian kepada PPP. Penilaian sebegini menunjukkan keseriusan Kerajaan
dalam meningkatkan literasi undang-undang dalam kalangan PPP. Penilaian dalam bentuk
berstruktur dan sistematik boleh dijalankan bagi tujuan mengukur kefahaman undang-undang
yang terkandung dalam buku panduan ini. Penilaian ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara,
seperti pemberian soalan berbentuk objektif, soalan esei dan soalan berbentuk penyelesaian
kes. Sistem yang sedia ada boleh digunakan untuk mengintegrasikan penilaian ini.

10.3 Kesimpulan

PPP merupakan kakitangan awam yang perlu mematuhi semua peraturan, arahan dan
tatacara yang telah digariskan oleh kerajaan, khususnya KPM. Apa-apa perlakuan yang
menyalahi peraturan, arahan atau tatacara tersebut akan menyebabkan mereka boleh
dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang.

Literasi undang-undang kepada PPP amat mustahak dan tidak dapat dinafikan lagi.
Ketiadaan atau kekurangan literasi undang-undang dalam kalangan PPP boleh meningkatkan
risiko tindakan undang-undang atau tatatertib diambil terhadap PPP. Kewujudan literasi
undang-undang dalam kalangan PPP sedikit sebanyak dapat membantu PPP mengambil
tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dalam melaksanakan fungsinya sebagai PPP
di samping mengelakkan apa-apa perlakuan atau tindakan yang boleh terjumlah kepada
pelanggaran undang-undang.

Sesungguhnya, literasi undang-undang dapat membantu dalam memahami hak orang


lain selain dapat membantu dalam melindungi hak kita daripada dicabuli. Literasi undang-
undang merupakan pendidikan asas undang-undang yang perlu dimiliki oleh PPP agar
pelaksanaan apa-apa tugas sebagai PPP sah di sisi undang-undang. Tanpa literasi undang-
undang, risiko PPP terdedah kepada pelanggaran undang-undang adalah tinggi. Satu perkara
yang perlu diingat ialah kejahilan undang-undang tidak boleh menjadi suatu pembelaan di
mahkamah apabila PPP melakukan suatu perbuatan yang bertentangan dengan undang-
undang. Ketidaktahuan undang-undang tidak akan dipertimbangkan oleh mahkamah kerana
semua orang dianggap tahu tentang undang-undang di sesebuah negara.

86

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


GLOSARI

• akta – undang-undang yang digubal pada peringkat persekutuan.

• badan eksekutif – badan yang melaksanakan atau menguatkuasakan undang-undang.

• badan kehakiman – badan yang diberi kuasa untuk mentafsirkan undang-undang.

• badan perundangan – badan yang mempunyai kuasa untuk menggubal, meluluskan,


meminda dan memansuhkan undang-undang.

• defendan – pihak yang terhadapnya tuntutan dikemukakan dalam kes sivil atau kes mal
(mahkamah syariah).

• dewan undangan negeri – badan penggubal undang-undang pada peringkat negeri.

• enakmen – undang-undang yang digubal pada peringkat negeri.

• etika – prinsip-prinsip yang berkaitan dengan moral atau akhlak yang menentukan tingkah
laku seseorang sama ada baik atau buruk.

• guaman sivil – tuntutan yang dibuat dalam kes sivil oleh plaintif terhadap defendan.

• hakim – pegawai mahkamah yang dilantik untuk membuat keputusan dalam sesuatu kes,
sama ada kes sivil atau jenayah.

• harta intelek – aset tidak ketara yang dihasilkan melalui pemikiran dan kreativiti seseorang,
seperti hak cipta, cap dagangan dan paten.

• hubungan kontraktual – hubungan undang-undang yang wujud antara pihak tertentu


dalam suatu perjanjian.

• jenayah – perbuatan atau peninggalan yang boleh dihukum mengikut undang-undang.

• jenayah dadah – jenayah yang boleh dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

• jenayah seksual – suatu bentuk jenayah terhadap tubuh badan. Jenayah seksual
merangkumi pelbagai jenis, seperti rogol, liwat, mencabul kehormatan dan kelucahan
melampau.

• jenayah seksual kanak-kanak – jenayah seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak,


iaitu mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun.

• jenayah syariah – jenayah yang melibatkan orang Islam sebagai tertuduh dan dibicarakan
di mahkamah syariah.

• tatakelakuan – sistem atau peraturan yang menjelaskan tingkah laku atau amalan yang
baik bagi seseorang atau institusi.

87

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


• tindakan tatatertib – tindakan undang-undang yang diambil terhadap seseorang kerana
melanggar undang-undang atau peraturan tatatertib yang telah ditetapkan.

• Kanak-kanak – seseorang individu yang berumur di bawah 18 tahun mengikut Akta Kanak-
Kanak 2001.

• kes jenayah (criminal case) – kesalahan yang dianggap berbahaya kepada masyarakat
secara keseluruhan. Oleh itu, kes jenayah dianggap sebagai kesalahan terhadap negara.

• kes sivil (civil case) – pertikaian undang-undang antara dua pihak atau lebih. Lazimnya,
kes sivil melibatkan pertikaian persendirian antara orang atau organisasi.

• kontrak – perjanjian yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.

• kontrak pekerjaan – perjanjian antara majikan dengan pekerja dalam melaksanakan


kontrak perkhidmatan (contract of service).

• mahkamah – institusi yang membicarakan kes jenayah dan mendengar kes sivil dengan
mentafsirkan undang-undang.

• mangsa jenayah – pihak yang terhadapnya jenayah dilakukan.

• murid – seseorang tanpa mengira umur yang menerima pendidikan atau latihan di institusi
pendidikan.

• ordinan – undang-undang yang digubal oleh badan perundangan di Sabah dan Sarawak
dan undang-undang sebelum merdeka.

• parlimen – badan penggubal undang-undang pada peringkat persekutuan.

• pendakwa raya – pihak yang mewakili awam (mangsa) untuk mendakwa tertuduh dalam
kes jenayah.

• pendengaran kes – proses undang-undang dalam kes sivil yang melibatkan pembentangan
fakta kes kepada mahkamah dan hakim akan membuat keputusan sama ada tuntutan
plaintif perlu dibenarkan ataupun tidak.

• pengantaraan (mediation) – proses atau cara penyelesaian pertikaian di luar mahkamah


melalui pihak ketiga (pengantara) yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang bertikai.

• perbicaraan kes – proses undang-undang dalam kes jenayah yang melibatkan


pembentangan fakta dan keterangan kes oleh pendakwa raya dan pembentangan
pembelaan oleh tertuduh kepada mahkamah dan hakim akan membuat keputusan sama
ada tertuduh bersalah atau tidak pada akhir kes.

• perdamaian (conciliation) – proses atau cara penyelesaian pertelingkahan di luar


mahkamah melalui pihak ketiga (pendamai) yang telah dipersetujui oleh pihak yang
bertikai.

88

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


• perlembagaan negeri – undang-undang tertinggi pada peringkat negeri.

• Perlembagaan Persekutuan – undang-undang tertinggi di negara Malaysia.

• penyelesaian pertikaian alternatif – kaedah yang digunakan untuk mencari penyelesaian


bagi pertikaian yang timbul antara pihak tertentu tanpa melalui prosiding di mahkamah.

• plaintif – pihak yang menuntut dalam kes sivil atau kes mal (mahkamah syariah).

• quantum meriut – pembayaran ganti rugi mengikut jumlah yang munasabah.

• remedi – relief mahkamah dalam kes sivil yang diberikan kepada pihak-pihak untuk
menguatkuasakan hak, mengenakan penalti, atau membuat perintah mahkamah yang
lain.

• sistem common law – sistem undang-undang (legal system) yang diamalkan di Malaysia
berdasarkan sistem undang-undang di England.

• sistem dwimahkamah – dua bentuk sistem mahkamah yang wujud di Malaysia, iaitu
mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

• sistem dwiperundangan – dua bentuk sistem perundangan yang diamalkan di Malaysia,


iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah.

• sistem penyiasatan (inquisitorial system) – suatu bentuk sistem kehakiman yang


melibatkan pelibatan aktif mahkamah dalam aspek pembuktian kes. Dalam sistem ini,
hakim akan bertindak aktif dalam pemeriksaan saksi. Di Malaysia, amalan sistem ini dapat
dilihat dengan jelas dalam prosiding di mahkamah koroner.

• sistem pertentangan (adversarial system) – suatu bentuk sistem kehakiman yang


melibatkan pelibatan aktif pihak tertentu dalam aspek pembuktian kes masing-masing di
mahkamah. Dalam sistem ini, mahkamah memainkan peranan yang kurang aktif dalam
proses pembuktian di mahkamah. Pada lazimnya, sistem ini merupakan sistem yang
diamalkan di Malaysia, kecuali dalam hal keadaan tertentu.

• sulh – kaedah pengantaraan yang dijalankan di mahkamah syariah.

• timbang tara (arbitration) – proses atau cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah
melalui pihak ketiga (pengantara) yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertikai.

• tertuduh – pihak yang dituduh bagi suatu kesalahan jenayah.

• undang-undang awam (public law) – cabang undang-undang yang mengawal hubungan


antara individu dengan kerajaan.

• undang-undang bertulis – undang-undang yang melalui proses penggubalan undang-


undang secara formal. Contoh undang-undang ini ialah akta, enakmen dan ordinan.

89

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


• undang-undang persendirian (private law) – cabang undang-undang yang mengawal
hubungan antara individu.

• undang-undang tidak bertulis – undang-undang yang tidak melalui proses penggubalan


undang-undang secara formal. Contoh undang-undang ini ialah kes-kes mahkamah dan
amalan adat.

90

BUKU LITERASI UNDANG-UNDANG: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


LATIHAN PENGUKUHAN

Bahagian A: Soalan Objektif

1. Secara amnya, setiap warganegara berhak untuk mendapat hak pendidikan yang sama
rata.

A. Benar
B. Salah

2. Hak terhadap pendidikan diperuntukkan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

A. Benar
B. Salah

3. Undang-undang yang digubal pada peringkat persekutuan disebut sebagai Akta.

A. Benar
B. Salah

4. Undang-undang yang digubal pada peringkat negeri disebut sebagai ordinan.

A. Benar
B. Salah

5. Undang-undang yang digubal sebelum merdeka disebut sebagai enakmen.

A. Benar
B. Salah

6. Badan eksekutif pula ialah entiti yang menggubal undang-undang negara.

A. Benar
B. Salah

7. Secara amnya, sistem kehakiman yang diamalkan di Malaysia bersifat sistem pertentangan.

A. Benar
B. Salah

8. Mahkamah Sesyen tergolong dalam kategori mahkamah atasan di Malaysia.

A. Benar
B. Salah

9. Orang bukan Islam boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah apabila melakukan kesalahan
syariah bersama dengan orang Islam.

A. Benar
B. Salah 91
10. Pembahagian harta pusaka tidak termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah di
Malaysia.

A. Benar
B. Salah

11. Akta Pendidikan 1996 mengawal selia semua “murid” di sesuatu institusi pendidikan
tanpa mengira umurnya.

A. Benar
B. Salah

12. Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak termasuk pendidikan tinggi.

A. Benar
B. Salah

13. Peraturan-peraturan Pendidikan digubal berdasarkan kuasa yang diberikan dalam Akta
Pendidikan
1996.

A. Benar
B. Salah

14. Aspek Buku Rekod Guru diperuntukkan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
kebangsaan) 1997.

A. Benar
B. Salah

15. Seseorang guru yang tidak menyimpan dan menyenggara Buku Rekod Guru boleh
dikenakan denda minimum lima ratus ringgit.

A. Benar
B. Salah

16. Seseorang boleh dikatakan sebagai cuai apabila orang tersebut tidak mengambil langkah-
langkah yang munasabah untuk mengelakkan apa-apa risiko yang dapat diramalkan.

A. Benar
B. Salah

17. Konsep in loco parentis dikawal selia oleh peruntukan undang-undang khusus di Malaysia.

A. Benar
B. Salah

92
18. Sebagai ibu bapa gantian kepada murid mengikut konsep in loco parentis, seseorang guru
mempunyai kuasa seperti ibu bapa sebenar.

A. Benar
B. Salah

19. Apabila berhadapan dengan apa-apa isu yang melibatkan kanak-kanak sebagai murid-
murid, pihak sekolah perlu membuat keputusan dengan mengambil kira “kepentingan
kanak-kanak” tersebut.

A. Benar
B. Salah

20. Hubungan antara pegawai perkhidmatan pendidikan dengan Kerajaan


Malaysia ialah hubungan kontraktual.

A. Benar
B. Salah

21. Selain Kanun Keseksaan, terdapat undang-undang lain yang mengawal selia perbuatan
jenayah di Malaysia.

A. Benar
B. Salah

22. Sesuatu perbuatan hanya dianggap sebagai jenayah jika diperuntukkan dalam undang-
undang.

A. Benar
B. Salah

23. Berkomunikasi secara seksual tanpa apa-apa sentuhan fizikal dengan kanak-kanak
bukanlah suatu kesalahan jenayah.

A. Benar
B. Salah

24. Dalam kes sivil, plaintif boleh menuntut ganti rugi daripada defendan.

A. Benar
B. Salah

25. Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus tentang hak cipta.

A. Benar
B. Salah

93
26. Kaedah penyelesaian pertikaian alternatif mempunyai banyak kelebihan
berbanding dengan cara penyelesaian melalui mahkamah.

A. Benar
B. Salah

27. Dalam kaedah pengantaraan, keputusan tentang konflik yang berlaku


dibuat oleh pengantara.

A. Benar
B. Salah

28. Kaedah perdamaian boleh digunakan dalam menyelesaikan pertikaian kekeluargaan.

A. Benar
B. Salah

29. Prosiding timbang tara dijalankan secara terbuka.

A. Benar
B. Salah

30. Peranan undang-undang adalah seperti yang berikut, kecuali:

(a) menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak yang mempunyai konflik.


(b) memastikan keadilan diberikan kepada pihak yang berpengaruh.
(c) menentukan kesahan sesuatu tindakan atau perbuatan seseorang.
(d) memastikan keamanan dan ketenteraman masyarakat dan negara.

31. Undang-undang tidak bertulis merupakan undang-undang yang tidak


melalui proses penggubalan undang-undang secara formal. Berikut ialah jenis
undang-undang tidak bertulis, kecuali:

(a) prinsip common law.


(b) keputusan mahkamah.
(c) adat resam.
(d) akta.

32. Apa yang dimaksudkan dengan “lex ignorantia juris non excusat”?

(a) Keadilan adalah milik siapa yang berhak.


(b) Kita perlu melakukan sesuatu urusan dengan hati yang bersih.
(c) Seseorang yang bersalah pastinya mendapat hukuman.
(d) Kejahilan undang-undang bukan suatu alasan.

94
33. Yang manakah benar tentang peranan seseorang PPP?

I. PPP perlu mengetahui undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.


II. PPP perlu mengelakkan apa-apa masalah atau konflik yang mungkin timbul.
III. PPP harus mempunyai kesedaran tentang undang-undang dan sentiasa mematuhinya.
IV. PPP perlu berusaha untuk melindungi haknya jika hak tersebut dicabuli.
(a) I dan II
(b) I, II dan III
(c) II, III dan IV
(d) I, II,III dan IV

34. Undang-undang Malaysia terdiri daripada sumber-sumber yang berikut, kecuali:

(a) undang-undang lisan.


(b) keputusan-keputusan mahkamah.
(c) common law.
(d) undang-undang adat.

35. Antara yang berikut, yang manakah merupakan undang-undang awam?

(a) undang-undang perkongsian


(b) undang-undang perlembagaan
(c) undang-undang tanah
(d) undang-undang amanah

36. Yang manakah bukan merupakan undang-undang persendirian?

(a) undang-undang kontrak


(b) undang-undang syarikat
(c) undang-undang tort
(d) undang-undang jenayah

37. Berikut ialah akta yang berkaitan dengan kesalahan jenayah, kecuali:

(a) Kanun Keseksaan


(b) Akta Kontrak 1950
(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(d) Akta Dadah Berbahaya 1952

38. Mahkamah Majistret tergolong dalam kategori .

(a) mahkamah atasan


(b) mahkamah rendah
(c) mahkamah negeri
(d) mahkamah tinggi

39. Parlimen terdiri daripada entiti yang berikut, kecuali:

(a) Yang di-Pertuan Agong


(b) Dewan Rakyat

95
(c) Dewan Negara
(d) Jemaah Negeri

40. Berapakah peruntukan seksyen yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996?

A. 160 seksyen
B. 154 seksyen
C. 156 seksyen
D. 165 seksyen

96
Bahagian B: Soalan Esei

1. Mengapakah literasi undang-undang penting kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


(PPP)?

2. Mahkamah sivil terdiri daripada beberapa jenis mahkamah. Nyatakan mahkamah-


mahkamah yang tergolong dalam kategori tersebut.

3. Malaysia mempunyai mahkamah-mahkamah khas. Bincangkan dua jenis mahkamah


khas yang wujud di Malaysia.

4. Konsep in loco parentis menjadi asas hubungan antara murid dengan guru di sisi undang-
undang. Apakah implikasi hubungan ini kepada profesion keguruan?

5. Sesuatu perjanjian akan menjadi kontrak sekiranya kesemua elemen kontrak telah
dipenuhi dengan sempurna. Terdapat tujuh elemen penting kontrak yang membolehkan
kontrak tersebut dikuatkuasakan oleh undang-undang dan menjadi sah. Elemen tersebut
ialah penawaran, penerimaan, balasan, niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-
undang, keupayaan, kerelaan bebas, dan kesahan kontrak.

Dengan berpandukan elemen-elemen tersebut, sila jelaskan tentang hubungan kontraktual


yang wujud antara guru dengan Kementeriaan Pendidikan Malaysia.

6. Melalui Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), individu yang


diserap masuk akan dilantik sebagai PPP. PPP perlu melaksanakan semua tanggungjawab
yang diamanahkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
sempurna.

Sekiranya PPP gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai PPP, apakah


kesan di sisi undang-undang yang akan timbul terhadap PPP?

7. Apakah perbezaan antara kes jenayah dengan kes sivil?

8. Di Malaysia, kesalahan-kesalahan jenayah secara amnya dikawal selia oleh Kanun


Keseksaan (Akta 574). Seseorang tidak boleh melakukan apa-apa perbuatan yang
bertentangan dengan peruntukan undang-undang yang terkandung dalamnya. Sekiranya
seseorang individu melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan,
individu tersebut boleh dihukum dengan sesuatu hukuman.

Sila nyatakan satu bentuk kesalahan yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan
berserta contoh yang boleh dikaitkan dengan Pegawai Perkhidmatan Perkhidmatan (PPP).

97
9. Perbuatan memfitnah seseorang individu dengan sesuatu kenyataan merupakan suatu
kesalahan yang tidak asing lagi.

Sejauh manakah seseorang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Fitnah 1957
(Defamation Act 1957) di Malaysia sekiranya individu tersebut memfitnah seseorang guru?

10. Etika merupakan suatu aspek yang amat berkait rapat dengan profesion keguruan. Etika
mengawal tingkah laku seseorang dalam menjalankan profesionnya.

Jelaskan etika yang perlu dimiliki oleh seseorang PPP dengan berpandukan undang-
undang yang relevan.

98
Bahagian C: Soalan Berbentuk Senario/Kes

1. Sekolah A terletak berhampiran dengan kawasan semak. Hampir setiap minggu, Sekolah
A dimasuki ular. Keadaan ini diketahui oleh semua guru dan pihak pengurusan sekolah.
Rentetan itu, pihak pengurusan sekolah telah menaburkan belerang di sekitar kawasan
sekolah dengan kepercayaan bahawa belerang boleh menghalang kemasukan ular ke
kawasan sekolah.

Sungguhpun demikian, pada suatu hari, seekor ular tedung telah memasuki kawasan
sekolah dan mematuk seorang murid prasekolah. Murid itu telah dibawa ke hospital,
namun tidak dapat diselamatkan. Ibu bapa murid tersebut tidak berpuas hati dengan pihak
sekolah lalu membawa tindakan guaman kerana kecuaian terhadap pihak pengurusan
sekolah termasuk Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Ibu bapa tersebut
menghujahkan bahawa semua pihak yang disaman gagal mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk menyediakan tempat pembelajaran yang selamat.

Berdasarkan situasi di atas, jelaskan sama ada kesemua pihak yang disaman telah
melakukan kecuaian ataupun tidak.

2. Ali merupakan pelajar di Sekolah B. Pada setiap pagi, bapa Ali akan menghantar Ali ke
sekolah dengan menggunakan motosikalnya. Pada suatu pagi, Ali telah ditahan di pintu
pagar Sekolah B oleh guru disiplin kerana memakai seluar sekolah yang tidak menepati
jenis yang dibenarkan oleh peraturan sekolah. Ali telah menjelaskan kepada guru tersebut
bahawa dia terpaksa memakai seluar tersebut kerana seluar sekolahnya telah terkoyak
pada pagi itu.

Walau bagaimanapun, guru disiplin tidak menerima alasan tersebut dan meminta Ali
pulang segera ke rumah untuk menukar seluar tersebut. Ali yang tidak mempunyai apa-
apa pilihan telah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan menukar seluar
tersebut setelah menjahit seluar yang terkoyak. Dalam perjalanan ke rumah, Ali telah
terlibat dalam suatu kemalangan langgar lari dan mengalami kecederaan yang serius.
Akibat kemalangan tersebut, Ali menjadi OKU kerana kakinya terpaksa dipotong.

Ibu bapa Ali tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin tersebut yang meminta Ali
pulang ke rumah. Menurut ibu bapa Ali, jika Ali tidak pulang pada hari berkenaan, dia
tidak akan ditimpa kemalangan sehingga menjejaskan masa depan anaknya itu. Oleh itu,
ibu bapa berhasrat untuk menyaman guru disiplin tersebut termasuk pengetua sekolah,

99
Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Guru disiplin pula menghujahkan bahawa
jika dia membenarkan Ali hadir ke sekolah dengan berpakaian sebegitu, murid-murid lain
juga akan terpengaruh.

Berdasarkan isu di atas, bincangkan sejauh manakah semua pihak yang disaman tersebut
telah melakukan kecuaian.

3. Sekolah BB merupakan sekolah berasrama penuh. Sekolah BB telah mengadakan sesi


taklimat kepada semua ibu bapa murid yang berdaftar di sekolah tersebut pada awal sesi
persekolahan. Dalam sesi tersebut, pihak sekolah memberikan suatu surat persetujuan
kepada ibu bapa untuk ditandatangani. Surat tersebut menyatakan bahawa ibu bapa
membenarkan anaknya (murid di sekolah itu) untuk terlibat dalam segala aktiviti sekolah.
Nama-nama aktiviti sepanjang tahun tersebut telah disertakan sebagai lampiran.

Bapa Adrian telah menandatangani borang tersebut. Adrian terlibat dalam semua program
sekolah tersebut. Namun, apabila dia terlibat dalam Program Suai Kenal (interaksi),
dia telah mengalami masalah kesihatan. Hal ini demikian kerana program tersebut
merupakan program mendaki bukit dan semasa dia mendaki, dia telah mengalami sawan.
Guru pengiring terpaksa mengangkat Adrian hingga ke bawah bukit dan membawanya
ke hospital. Akibat sawan tersebut, dia terpaksa terlantar di hospital selama tiga bulan
untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Oleh sebab sawan tersebut tidak dirawat dengan
segera, Adrian kini mengalami masalah otak.

Bapa Adrian tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku. Hal ini kerana beliau
menyatakan bahawa oleh sebab kecuaian pihak sekolah, Adrian yang merupakan murid
cemerlang selama ini tidak dapat meneruskan pelajarannya kerana sawan yang tidak
dirawat dengan segera. Sebaliknya, pihak sekolah pula menyatakan bahawa bapa
Adrian telah memberikan kebenaran untuk Adrian terlibat dalam semua program sekolah.
Tambahan pula, fakta bahawa Adrian mempunyai sawan tidak diketahui oleh pihak
sekolah.

Dalam hal ini, bapa Adrian menghujahkan bahawa dia menyangkakan bahawa program
suai kenal ialah program yang diadakan di sekolah. Lampiran yang disertakan hanya
menyatakan nama program. Jika dia diberitahu perincian program tersebut, sudah tentunya
dia akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah. Tambahan pula, bapa
Adrian menyatakan bahawa dia telah melampirkan surat doktor bersama-sama dengan
dokumen lain semasa pendaftaran.

100
Oleh sebab tidak berpuas hati, bapa Adrian kini ingin membawa tindakan guaman
terhadap guru yang menganjurkan program tersebut, pihak pengurusan sekolah termasuk
Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

Berdasarkan isu di atas, bincangkan isu liabiliti yang ditimbulkan oleh bapa Adrian.

4. Encik Robin merupakan guru sukan di Sekolah S. Pada suatu petang, semasa beliau
melatih murid-murid Tahun 3 bermain bola sepak, tiba-tiba seekor anjing liar memasuki
kawasan padang dan mula mengejar murid-murid yang berada di situ. Semasa kejadian
ini, Encik Robin telah ke tandas. Dalam kejadian ini, seorang murid cedera parah dan tiga
orang lagi mengalami kecederaan di tangan dan kaki.

Hal ini telah menimbulkan kegusaran dan ketakutan dalam kalangan ibu bapa murid-
murid di Sekolah S. Kejadian ini bukanlah peristiwa pertama yang berlaku di situ. Sebelum
ini, murid-murid pernah dikejar oleh anjing liar. Namun, tiada apa-apa kecederaan yang
dialami kerana terdapat guru atau pihak lain yang membantu mereka. Semua orang
mengetahui hal ini kerana isu ini pernah dibangkitkan dalam mesyuarat PIBG sekolah.

Berdasarkan situasi di atas, sejauh manakah pihak sekolah bertanggungjawab terhadap


kejadian yang berlaku.

5. Mary ialah murid Tahun 1 yang belajar di Sekolah V. Tiap-tiap pagi, Mary akan tiba di
sekolah pada pukul 6.30 pagi. Memandangkan hari masih gelap dan bilik darjah Mary
berada di kawasan belakang sekolah yang berhampiran dengan semak, maka, Mary akan
duduk di kantin sekolah sehingga kawan-kawannya tiba. Seperti biasa, pada hari kejadian,
Mary tiba di sekolah pada waktu yang sama. Pada kali ini, Mary terus ke bilik darjahnya
kerana kantin telah ditutup sempena bulan Ramadan.

Sejurus Mary tiba di bilik darjahnya, tiba-tiba dua orang lelaki masuk ke bilik darjah
tersebut dan menculik Mary. Kedua-dua lelaki tersebut membawa Mary ke dalam semak
tersebut dan cuba merogol Mary. Mary menjerit untuk meminta tolong. Memandangkan
hari semakin cerah, terdapat orang ramai yang melalui kawasan tersebut. Jeritan Mary
didengari oleh sekumpulan orang yang berada di situ. Mereka berjaya menyelamatkan
Mary, namun tidak berjaya menangkap dua orang lelaki tersebut.

101
Walaupun Mary tidak mengalami apa-apa serangan seksual, namun Mary mengalami
trauma dan takut sejak kejadian tersebut. Mary enggan untuk ke sekolah kerana sentiasa
memikirkan kejadian tersebut. Ibu bapa Mary tidak berpuas hati. Mereka berpendapat
bahawa kejadian ini berlaku kerana kegagalan pihak sekolah untuk memastikan
keselamatan murid-muridnya. Dua orang lelaki tersebut berjaya memasuki kawasan
sekolah kerana terdapat pagar yang rosak dan berlubang di kawasan belakang sekolah,
di tempat Mary diculik. Tambahan pula, tiada guru yang diminta untuk menyelia dan
mengawasi semua pelajar yang ada.

Pihak sekolah pula menyatakan bahawa mereka telah melaporkan kejadian ini kepada
pihak atasan. Mereka sedang menunggu dana untuk membina pagar sekolah yang baharu.
Maka, mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Tambahan pula,
Guru Besar memaklumkan bahawa beliau tidak boleh memaksa guru-gurunya untuk hadir
lebih awal sebelum waktu sebenar persekolahan. Guru-guru juga mempunyai keluarga
mereka sendiri. Oleh itu, Guru Besar menyatakan bahawa tidak adil jika kita meletakkan
semua tanggungjawab tersebut terhadap pihak sekolah dan guru.

Berdasarkan penghujahan kedua-dua pihak di atas, bincangkan sejauh manakah pihak


sekolah mempunyai tanggungjawab dalam kejadian tersebut.

6. Pada suatu petang, Encik A ke Taman Rekreasi Bandar Jaguh untuk melakukan senaman.
Semasa dia sedang bersenam, dia ternampak seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun
terjatuh ke dalam tasik yang ada di taman tersebut. Semasa kejadian tersebut, hanya Encik
A ada di situ. Encik A sebenarnya merupakan perenang yang berpengalaman. Namun,
Encik A tidak mengendahkan perkara tersebut dan menyaksikannya sahaja kanak-kanak
itu mati lemas.

Berdasarkan situasi di atas, adakah Encik A telah melakukan apa-apa kesalahan jenayah?

7. Encik John telah bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Mauritus selama
10 tahun. Encik John sering meluangkan masa yang banyak bagi mempertingkat kaedah
pengajarannya di kelas. Beliau kelihatan selalu menyertai kursus-kursus tambahan
yang berkaitan dan menyediakan latihan-latihan yang kreatif bagi murid-muridnya di
kelas. Baru-baru ini, Sekolah Menengah Mauritus telah memperoleh seorang guru muda
bernama Encik Jerry. Selain mempunyai kelayakan akademik sebagai guru, Encik Jerry
turut mempunyai kelayakan Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat Pendidikan.

102
Oleh itu, banyak guru di sekolah itu ingin bergaul dan bekerjasama dengannya. Pengetua
sekolah turut memberikan tugasan yang penting kepada Encik Jerry yang sebelum ini
tugasan tersebut sering dilakukan oleh Encik John. Encik John kini berasakan dirinya
tidak dihargai dan tidak diendahkan oleh pihak sekolah. Kesannya, Encik John tidak dapat
bekerjasama langsung dengan Encik Jerry dalam apa-apa jua tugasan yang berkaitan
dengan hal ehwal sekolah. Pergaduhan antara mereka sering berlaku semasa dan selepas
waktu sesi persekolahan.

Sebagai seseorang yang neutral, apakah saranan dan bagaimanakah anda membantu
menyelesaikan permasalahan mereka ini tanpa melalui proses di mahkamah?

8. Encik Aaron ialah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang memegang
jawatan di Kementerian A. Beliau sering tidak mengetik Kad Perakam Waktu ketika
datang ke pejabat dan pulang dari pejabat. Berdasarkan rekod, terdapat 20 hari bekerja
yang Encik Aaron tidak mengetik Kad Perakam Waktu. Tambahan pula, beliau juga telah
memalsukan dua sijil sakit yang telah dikemukakannya sebagai rekod semasa beliau tidak
hadir bekerja.

Berdasarkan senario di atas, sejauh manakah tindakan tatatertib boleh diambil terhadap
Encik Aaron mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993?

9. Pada suatu hari, pegawai daripada Kementerian telah hadir ke Sekolah A untuk memeriksa
Buku Rekod Guru di sekolah tersebut. Guru Besar Sekolah A telah meminta semua guru
mengemukakan Buku Rekod Guru masing-masing kepada Pegawai tersebut untuk
pemeriksaan.

Encik Ramu ialah guru di Sekolah A. Semasa Pegawai tersebut meminta Buku Rekod
Guru daripada Encik Ramu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak menyediakan
buku tersebut dalam bentuk salinan bercetak (hardcopy). Sebaliknya, beliau hanya
menyediakannya dalam bentuk salinan lembut (softcopy). Apabila Pegawai tersebut
meminta Encik Ramu untuk mengemukakan salinan lembut Buku Rekod Gurunya, Encik
Ramu asyik memberikan pelbagai alasan. Encik Ramu tidak mengemukakan Buku Rekod
Gurunya walaupun telah diminta beberapa kali oleh Pegawai berkenaan.
Berdasarkan senario di atas, sejauh manakah:

(a) tindakan Encik Ramu menyediakan Buku Rekod Gurunya dalam bentuk salinan lembut
adalah betul?

(b) penalti boleh dikenakan terhadap Encik Ramu kerana tidak mengemukakan Buku
Rekod Gurunya kepada Pegawai tersebut?

103
10. Encik Roy ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di Sekolah Menengah
ABC. Encik Roy didapati telah berkelakuan tidak sopan terhadap seorang murid perempuan
di Sekolah ABC. Beliau dituduh melakukan perbuatan bersifat seksual dengan mencium
pipi seorang murid secara paksa. Gangguan seksual tersebut dilaporkan berlaku semasa
murid tersebut berada di dalam bilik pegawai.

Setelah selesai perbincangan, pegawai menghalang murid keluar dan mensyaratkan


agar murid tersebut mencium pipi pegawai sebelum keluar. Apabila murid enggan berbuat
demikian, Encik Roy telah mencium pipi murid berkenaan. Encik Roy juga telah mengugut
pelajar berkenaan agar tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian tersebut. Pelajar
kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis. Ekoran daripada aduan tersebut,
Pengetua Sekolah tersebut telah melakukan perjumpaan dengan Encik Roy. Hasil
perjumpaan tersebut, pegawai mengakui aduan yang dibuat terhadapnya adalah benar.

Berdasarkan senario di atas, bincangkan:

(a) Sejauh manakah tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap Encik Roy mengikut
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993?

(b) Adakah Encik Roy boleh dituduh di mahkamah kerana melakukan jenayah seksual
terhadap murid tersebut?

11. Puan Gayu ialah guru yang bertugas di Sekolah Menengah XXX. Beliau telah dilantik
sebagai Bendahari PIBG pada 1 Mac 2013. Puan Gayu dikatakan telah melakukan salah
laku sebagai Bendahari PIBG. Salah laku Puan Gayu telah dikesan semasa berlangsungnya
Mesyuarat Agung PIBG apabila didapati wang sumbangan tidak dikreditkan ke dalam
akaun bank. Penyata kira-kira yang disediakan oleh Puan Gayu juga tidak menunjukkan
baki sebenar wang PIBG yang dikreditkan.

Walau bagaimanapun setelah akaun bank disemak, baki kredit tidak sama dengan baki
sebenar di bank. Semakan lanjut juga mendapati bahawa terdapat tiga cek yang tidak
boleh ditunaikan berikutan akaun PIBG telah disenaraihitamkan oleh pihak bank.

Berdasarkan senario di atas, sejauh manakah tindakan tatatertib boleh diambil terhadap
Puan Gayu mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993?

104
SKEMA JAWAPAN

1. A
2. B
3. A
4. B
5. B
6. B
7. A
8. B
9. B
10. A
11. A
12. B
13. A
14. A
15. B
16. A
17. B
18. B
19. A
20. A
21. A
22. A
23. B
24. A
25. B
26. A
27. B
28. A
29. B
30. B
31. D
32. D
33. D
34. A
35. B
36. D
37. B
38. B
39. D
40. C

105
RUJUKAN

Perundangan

Akta Angkatan Tentera 1972

Akta Cap Dagangan 2019

Akta Dadah Berbahaya 1952

Akta Fitnah 1957

Akta Had Masa 1956

Akta Kanak-Kanak 2001

Akta Kerja 1955

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997

Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Akta Kontrak 1950

Akta Mahkamah Kehakiman 1964

Akta Mahkamah Rendah 1948

Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian) 1976

Akta Penapisan Filem 2002

Akta Pendidikan 1996

Akta Pengantaraan 2012

Akta Perhubungan Perusahaan Malaysia 1967

Akta Rahsia Rasmi 1972

Akta Relief Spesifik 1950

106
Akta Timbang Tara 2005

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Akta Undang-Undang Sivil 1956

Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 (Sabah)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Kanun Keseksaan

Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1992 (Sarawak)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan


Perkhidmatan) 2012

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013

Perlembagaan Persekutuan

Kes Mahkamah

Government of Malaysia & Ors v Jumat bin Mahmud & Anor [1977] 2 MLJ 103

Ricketts v Frith Borough Council [1943] 2 All ER 629

Richards v State of Victoria [1969] VR 136

Mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor v Government of Malaysia & Ors [1982] CLJ 150

Kamaruddin bin Mat Nasir v Sahar Bannu bt Mohamad & Ors [2020] MLJU 2559

Ahmad Ikhwan bin Ahmad Fauzi (mendakwa melalui bapa dan sahabat wakilnya Ahmad Fauzi
bin Abdullah) lwn Ahmad Safwan Hanim bin Mohd Fahimi dan lain-lain [2021] 7 MLJ 1

107
Government of Malaysia v Rosalind Oh Lee Pek Inn [1973] 1 MLJ 222

Roshan Lal v. Union of India AIA [1967] SC 1889

Liew Chun Kim@ Liew Chun Tai & Ors v Pendaftar Pertubuhan Malaysia & ANor [2020] 1 LNS
1169

Jurnal/Buku/Lain-lain

Alan Macfarlane. (2005). What makes Law Effective? Times Higher Education Supplement,
1-5. https://www.alanmacfarlane.com/TEXTS/law_effective.pdf.

Beatson. (1998). Anson’s Law of Contract. Oxford University Press.

Brian Duignan. (2022). What Is the Difference Between Criminal Law and Civil Law?,
Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/story/what-is-the-difference-between-
criminal-law- and-civil-law

Cambridge Dictionary. (2022). https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/law

Cesare Beccaria. (1983). An Essay on Crimes and Punishments. Branden Press. Boston.

Cheong May Fong. (2006). Civil Remedies in Malaysia. Marsden Law Book. Kuala Lumpur,
Malaysia.

Clyde W. Summers. (1984). The Contract of Employment and the Rights of Individual
Employees: Fair Representation and Employment at Will. Fordham L. Rev, 52, 1082.

Collins English Dictionary. (2022). https://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/law

Conventus Law. (2022). Guide to Malaysian Employment Law. Donovan & Ho. https://
conventuslaw.com/report/guide-to-malaysian- employment-law/

Daham Smko Hussein, Kittisak Jermsittiparsert & Paiman Ahmad. (2019). The Importance of
the Rule of Law in Governance. Journal of Raparin University, 6(1), 73-90.

David A. Funk. (1972). Major Functions of Law in Modern Society Featured. 264 - 265.

David A. Frenkel. (2015). Selected Issues in Public Private Law. Athens Institute for Education
and Research. Athens, Greece. https://www.atiner.gr/docs/2015LAW-INTRO.pdf

108
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Edisi keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ezwan Bustamin. (2016). Bagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses


dan kaedah. https://www.slideshare.net/EzwanBustamin/bagaimana-mediasi-membantu-
menyelesaikan-pertikaian-prosesdan-kaedah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2016). Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. https://


www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=TlFwUVczN0RLQ3VlRDFqRTFmVENuZz09

Jack Yow. (2022). The Employment Law Review: Malaysia. The Law Reviews. https://
thelawreviews.co.uk/title/the-employment-law- review/malaysia

Joan F. Goodman. (2021). Should schools be ? Cautionary thoughts.


Ethics and Education, 16(4), 407-423.

John R. Spencer. (2017). Adversarial vs Inquisitorial System: Is There Still Such A Difference?
The International Journal of Human Rights, 20(5), 601-606.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Bahagian Pendidikan Guru, Dokumen Awal


Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Laluan Pengajaran & Pembelajaran
dan Kepimpinan). https://www.moe.gov.my/en/dasar/1199-deskripsi-tugas-pegawai-
perkhidmatan-pendidikan-kpm-laluan-pdp-dan-kepimpinan-edisi-2016/file

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Perkhidmatan Sumber Manusia. https://www.moe.


gov.my/en/soalan-lazim-menu/soalan-lazim-perkhidmatan/perkhidmatan-sumber-manusia

Legal Information Institute. (2017). Cornell Law School. https://www.law.cornell.edu/wex/


contract#:~:text=Definition,consideration%3B%20capacity%3B%20and%20legality

Legal Information Institute. (2020). Civil Action, Cornell University. https://www.law.cornell.


edu/wex/civil_action

Mauro Cappelletti. (1993). Alternative Dispute Resolution Processes within the Framework of
the World-Wide Access-to-Justice Movement. The Modern Law Review, 56, 282-296.

Merriam-Webster Dictionary. (2022). https://www.merriam-webster.com/dictionary/dictionary

Muhammad Fathi Yusof. (2016). Undang-undang Kontrak di Malaysia. Mus’ab E-books


Publication House. Selangor, Malaysia.

Nick Hilyard. (2018). An Introduction to Public Law, Public Law Project. https://publiclawproject.
org.uk/content/uploads/2018/07/An-introduction-to-public-law-1.pdf

109
Noor Aziah Mohd Awal. (2008). Pengenalan kepada Sistem Perundangan di Malaysia.
International Law Book Services. Selangor, Malaysia.

Norhuda Salleh & Dzurizah Ibrahim. (2015). Teori Penentuan Agenda dan Pemilihan

Berita Buruh Kanak-Kanak: Satu Kajian Rintis dalam Akhbar Terpilih di Malaysia. Jurnal
Komunikasi Borneo. Edisi Khas, Konvokesyen Ke-17 UMS. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/
index.php/jkob/article/view/161

Nurlina Mohd Puad, Mohd Daud Awang & Ahmad Nasir Mohd Yusoff. (2018). Etika dan
Tanggungjawab Pendidik dalam Profesion Perguruan dan Cabaran Pendidik Masa Kini. Jurnal
AL-ANWAR. Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT), 6(2), 43-46. https://journal.
pbmitt.org.my/wp-content/uploads/2019/01/3-Etika-dan-Tanggungjawab..Daud-Awang-..-
UPM.pdf

Nurul Syafiqah Mazlan & Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin. (2019). Etika
Kepengarangan Menurut Persepektif Islam. 808-809. https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/
ICTM19-Papers/ICTM-103.pdf

Oxford Learner’s Dictionary. (2022). https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/


english/law

Portal KSM. (2022). Soalan Lazim (FAQs) Akta Pekerjaan dan Lain-Lain Perundangan,
Kementerian Sumber Manusia. https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/pertanyaan/
faq?boxed=1

Robert J. Walker. (2008). Twelve Characteristics of an Effective Teacher. 65.

Roscoe Pound. (1939). Public Law and Private Law. Cornell Law Review, 24, 469.

Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Azimon Abdul Aziz. (2015). Mengenali Undang-undang Kontrak
Malaysia. International Law Book Services. Selangor, Malaysia.

Sarirah Che Rose & Zuryati Mohamed Yusoff. (2014). Kedudukan Pesalah Kanak- kanak
menurut Perspektif Undang-undang Sivil dan Syariah. 39-42.

Sowmyya Thotakura. (2011). Crime: A Conceptual Understanding. Indian Journal of Applied


Research (IJAR) 4 (3), 42-44

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. (2017). Definisi dan Istilah dalam Urusan Pelantikan.
https://www.spp.gov.my/ms/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=651:he
bahan-urusan-temu-duga-ke-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-bagi-
calon-skim-latihan-tenaga-pengajar-matrikulasi- sltpm&catid=101&Itemid=784&lang=my

110
Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia. (2022). Soalan Lazim, Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/
General/pdf/Masalah_Kandunga n_Dalam_Talian.pdf

Stephen J. Ware. (2009). Definition of the words of alternatives dispute resolution.


Alternative Dispute Resolution. Black’s Law Dictionary (ke-9), 5-6.

Syed Khalid Rashid. (2004). Alternative dispute resolution in the context of Islamic Law. The
Vindobona Journal of International Commercial Law and Arbitration, 8(1), 95-118.

Tengku Fatimah Muliana & Engku Ahmad Zaki. (2012). Care and Protection against Child
Abuse: With Special Reference to Malaysia Child Act 2001. Asian Social Science, 8(1), 202-
208.

Tie Fatt Hee. (2004). Liabiliti dalam Pengurusan Pendidikan. Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd. 67-73.

Tun Abdul Hamid & Adnan Trakic. (2015). The reception of English law in Malaysia and
development of the Malaysian common law. Common Law World Review, 44(2), 123-144.

V Garner, B. A. (1999). Black’s Law Dictionary, Ed. ke-7, West Group, dalam Bismar Nasution.
Hukum Acara Arbitrase dan Alternative Dispute Resolution, Kertas Kerja, Pendidikan Khusus
Advokat Kerjasa Ikatan Advokat Indonesia (IKADIN) dan program Magister Ilmu Hukum
Sekolah Pascasarjana Universitas Sumatera Utara, Medan, Indonesia, 2 Mei 2007, 4.
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. (2022). Kuasa, kedudukan mahkamah syariah dijamin
Perlembagaan. Berita Harian. 2 Mac. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-
lain/2022/03/929096/kuasa- kedudukan-mahkamah-syariah-dijamin-perlembagaan

Yusfarizal Yussoff. (2021). Siri 1: Apa perlu anda buat sekiranya menerima saman? Harakah
Daily. 18 Jun. https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/18/siri-1-apa-perlu-anda-buat-
sekiranya-menerima-saman/

111
112
BUKU PANDUAN LITERASI UNDANG-UNDANG BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Edaran terhad

Bahagian Psikologi dan Kaunseling


Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, Malaysia.
03-8872 1681

You might also like