You are on page 1of 57

MANUAL PENGGUNA

INVENTORI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI


(IKPsi)
EDISI ORGANISASI

Hak Cipta Terpelihara BPsK@2020


AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN
INVENTORI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (IKPsi)

PENGERUSI:

Puan Salmiah binti Monshie (2021)


Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Puan Normazwin binti Yahya (2020)


Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling

NAIB PENGERUSI:

Puan Maheran binti Alias


Timbalan Setiausaha Bahagian
Cawangan Pembangunan Strategik
Bahagian Psikologi dan Kaunseling

PENYELARAS:

Puan Sharifah Hanizah binti Syed Jaafar


Ketua Unit
Unit Pengujian dan Pengukuran Psikometrik

URUSETIA:

Puan Linda Jamaludin


Ketua Penolong Setiausaha
Unit Pengujian dan Pengukuran Psikometrik

Encik Wan Mohd Agil bin Mat Yamin


Penolong Setiausaha
Unit Pengujian dan Pengukuran Psikometrik

Puan Nurrul Azwa binti Kassim


Penolong Setiausaha
Unit Pengujian dan Pengukuran Psikometrik

Puan Norhanita binti Othman


Penolong Setiausaha
Unit Pengujian dan Pengukuran Psikometrik

1
PANEL PAKAR:

Dr. Ida Hartina binti Ahmed Tharbe


Pensyarah Kanan
UNIVERSITI MALAYA

Dr. Noor Aishah binti Rosli


Pensyarah Kanan
UNIVERSITI MALAYA

Dr. Syed Mohamad bin Syed Abdullah


Pensyarah Kanan
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Dr. Zainuriyah binti Abdul Khatab


MONITORING AND EVALUATION SPECIALIST

Dr. Siti Salina binti Abdullah


Pensyarah Kanan
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dr. Mohd Sani bin Ismail


Pensyarah Kanan
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Encik Suhaimi bin Yop


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Arang
KEDAH

2
PANEL PEMBINA

Cik Haslinda binti Hussein


Penolong Setiausaha
Unit Pembangunan Dasar
BPsK KPM

Puan Faziha Diana binti Razib


Kaunselor Pendidikan
Kolej Matrikulasi Johor
JOHOR

Dr. Azmiza binti Ahmad


Guru Bimbangan dan Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seth
Jalan Yong-Peng- Muar
JOHOR

Puan Haryani binti Hanafi


Kaunselor Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
KEDAH

Puan Roslina binti Ab. Wahab


Kaunselor Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
MELAKA

Encik Erewan Affendi bin Abd Wahab


Kaunselor Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah
MELAKA

Encik Mohd Saberi bin Minhat


Kaunselor Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah
MELAKA

Puan Noor Azian binti Abd Hani


Kaunselor Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
NEGERI SEMBILAN

3
Puan Husna binti Shamsuddin
Kaunselor Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
NEGERI SEMBILAN

Puan Sharifah binti Hj Shariff


Kaunselor Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson
NEGERI SEMBILAN

Puan Nora Azlina binti Othman


Kaunselor Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah
NEGERI SEMBILAN

Puan Nozama binti Mahadi


Kaunselor Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
NEGERI SEMBILAN

Puan Nor Farhana binti Aziz


Kaunselor Pendidikan
English Language Teaching Centre (ELTC)
NEGERI SEMBILAN

Puan Norakmar binti Abd Rashid


Kaunselor Pendidikan
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
NEGERI SEMBILAN

Puan Siti Aishah binti Hashim


Guru Bimbangan dan Kaunseling
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri
NEGERI SEMBILAN

Encik Ahmad Sulaiman bin Mohammed


Guru Bimbangan dan Kaunseling
SK Rahang
NEGERI SEMBILAN

Puan Effa Rina binti Mohd Matore


Kaunselor Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang
PERAK

4
Puan Latifah binti Ibrahim
Kaunselor Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
PULAU PINANG

Puan Nur Hanina binti Shalim


Kaunselor Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Islam
SELANGOR

Puan Airene binti Abdullah


Pegawai Psikologi
Kolej Komuniti Selayang
SELANGOR

Encik Syed Mohd Hamzah bin Syed Ab Hamid


Kaunselor Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR

Puan Noraini binti Abu Noh


Kaunselor Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
KUALA LUMPUR

5
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI ILUSTRASI
SENARAI SINGKATAN
HALAMAN
1.0 Pengenalan 10
1.1 Latar belakang 10

2.0 Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) 12


2.1 Tujuan 12
2.2 Objektif 12
2.3 Sasaran 12

3.0 Pendekatan Teori 13


3.1 Model Kesejahteraan 13
3.2 Kerangka Konseptual IKPsi 24
3.3 Definisi Operasional Konstruk dan Sub Konstruk IKPsi 27
3.4 Model Pembangunan Instrumen 31

4.0 Kesahan dan Kebolehpercayaan IKPsi 32

5.0 Pentadbiran, Penskoran dan Interpretasi 37


5.1 Pentadbiran IKPsi 37
5.2 Penskoran IKPsi 40
5.3 Interpretasi Skor 45

6.0 Penutup 54
Rujukan 55

6
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL HALAMAN

Jadual 3.1 Konstruk dan sub-konstruk Inventori Kesejahteraan 26


Psikologi (IKPsi)

Jadual 3.2 Definisi operasional konstruk dan sub-konstruk Inventori 30


Kesejahteraan Psikologi (IKPsi)

Jadual 4.1 Senarai panel pakar bidang 33


Jadual 4.2 Panduan tahap nilai kesahan kandungan 33
Jadual 4.3 Panduan tahap nilai pekali kebolehpercayaan 36
Jadual 4.4 Nilai cronbach alpha konstruk IKPsi (n= 1200) 36
Jadual 5.1 Jumlah item mengikut konstruk 37
Jadual 5.2 Interpretasi skor peratusan 40

7
SENARAI ILUSTRASI
NO. RAJAH HALAMAN

Rajah 3.1 Model Kesejahteraan Bill Hettler (1976) 15


Rajah 3.2 Model Kesejahteraan Ryff (1989) 16
Rajah 3.3 Model Indivisible Self: Wellness Evaluation of Lifestyle 20
Rajah 3.4 Gabungan Model Kesejahteraan Psikologi 24
Rajah 3.5 Model Kesejahteraan Psikologi Kementerian Pendidikan 25
Malaysia

Rajah 3.6 Model Pembinaan Instrumen (Miller, Lovler & McIntire, 31


2013)
Rajah 5.1 Borang jawapan IKPsi 41
Rajah 5.2 Borang skor IKPsi 41
Rajah 5.3 Contoh pengiraan penskoran konstruk Kesejahteraan 42
Emosi
Rajah 5.4 Cara pengiraan skor tahap kesejahteraan psikologi 43
Rajah 5.5 Cara pengiraan skor keselarasan 44

8
SENARAI SINGKATAN

IKPsi Inventori Kesejahteraan Psikologi


BPsK Bahagian Psikologi dan Kaunseling
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
WHO World Health Organization

9
1.0 Pengenalan

Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi) merupakan ujian psikologi yang


dibangunkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi
seseorang individu. IKPsi akan digunakan untuk memenuhi keperluan
pengumpulan profil psikologi dan keperluan menjalankan intervensi melalui
pencegahan, pemulihan dan pembangunan kepada warga Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kesejahteraan psikologi merupakan antara elemen penting bagi seseorang


individu itu kerana boleh menjadi pengukur untuk memastikan seseorang itu boleh
berkembang dengan baik dari aspek kendiri, emosi dan tingkah laku atau psikologi
seseorang itu.

1.1 Latar belakang

Kesihatan mental merupakan satu komponen yang amat penting dalam


kesejahteraan psikologi. Masalah kesihatan mental boleh mengganggu
kesejahteraan psikologi seseorang tanpa mengira peringkat umur. Laporan
Morbiditi Kesihatan Mental Malaysia membuktikan sebanyak 12.1 peratus
kanak-kanak, 29.2 peratus orang dewasa dan 24 peratus warga tua berumur
60 tahun ke atas mengalami prevalen masalah kesihatan mental dan
percubaan membunuh diri yang semakin meningkat (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2016). Justeru, kesihatan mental perlu diberikan
perhatian yang serius kerana boleh menjejaskan kesejahteraan secara
holistik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan


kesejahteraan bukan sekadar bebas daripada penyakit, tetapi termasuk
sihat dari aspek fizikal, mental dan kesejahteraan sosial (World Health
Organization, 1946). Pada tahun 2018, WHO telah mendefinisikan
kesejahteraan sebagai “a state of wellbeing in which the individual realizes
his or her own abilities, can cope with the normal stresses of life, can work

10
productively and fruitfully and is able to make contribution to his or her
community.”

Sementara itu, Chirico (2016) telah mencadangkan semakan semula


terhadap definisi kesejahteraan WHO dengan memasukkan konstruk
spiritual dalam konsep kesejahteraan. Rohany Nasir & Fatimah Omar (2006)
menjelaskan bahawa orang yang sejahtera adalah mereka yang bahagia,
tiada perasaan negatif dan berpuas hati terhadap kehidupan. Seterusnya,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah memberikan definisi
kesejahteraan merangkumi emosi (positif dan negatif), kepuasan hidup,
kefungsian psikologi dan kesejahteraan sosial yang baik (JPA, 2018).

Di Amerika Syarikat, pergerakan kesejahteraan telah mendapat


tempat dalam kalangan ahli kesihatan, ahli akademik dan dunia korporat
sejak tahun 1980 hingga tahun 2000. Selain daripada pembentukan model
dan inventori oleh ahli-ahli akademik, kerajaan Amerika Syarikat turut
menyokong program-program kesejahteraan sebagai menggalakkan gaya
hidup sihat. Di Malaysia, konsep kesejahteraan turut mendapat perhatian
dalam kalangan kaunselor dan pengkaji akademik bidang kaunseling dan
psikologi. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia turut menjalankan kajian
mengenai kesejahteraan menggunakan Indeks Kesejahteraan Keluarga
(LPPKN, 2016), Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2018) dan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia
(JPA, 2018).

Justeru, IKPsi telah dibangunkan untuk mengenal pasti tahap


kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan
Malaysia.

11
2.0 Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi)

2.1 Tujuan

Walaupun telah terdapat indeks kesejahteraan seperti yang disenaraikan di


atas, namun Kementerian Pendidikan Malaysia melihat keperluan untuk
membangunkan instrumen untuk mengukur kesejahteraan psikologi secara
holistik serta memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan kepada komponen JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelektual dan Sosial). Justeru, IKPsi telah dibangunkan bagi
merealisasikan matlamat ini.

2.2 Objektif

Objektif IKPsi adalah seperti berikut:


2.2.1 Mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi warga KPM secara
holistik.
2.2.2 Membangunkan profil kesejahteraan psikologi warga KPM.
2.2.3 Menjalankan intervensi melalui pembangunan, pencegahan dan
pemulihan bagi warga KPM berdasarkan data profil kesejahteraan
psikologi.

2.3 Sasaran

Kumpulan sasaran meliputi warga KPM seperti berikut:


2.3.1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
2.3.2 Pegawai Guna Sama
2.3.3 Anggota Kumpulan Pelaksana

12
3.0 Pendekatan Teori

IKPsi dibangunkan berdasarkan pendekatan teori mengikut tiga model


kesejahteraan seperti berikut:

3.1 Six Dimension of Wellness oleh Bill Hettler (1984).


3.2 The Six Factor Model of Psychological Well-being oleh Carol Diane (Ryff,
1989).
3.3 The Indivisible Self: An Evidence-based Model of Wellness oleh Jane E.
(Myers & Sweeney, 2004).

MODEL KESEJAHTERAAN

3.1.1 Model Kesejahteraan Bill Hettler (1984)

Bill Hettler merupakan ahli fizik yang merupakan pengasas kepada


National Wellness Institute bertempat di University Winsconsin-
Stevens Points pada tahun 1977. Kesejahteraan mengikut Hettler
(1976) merupakan proses aktif yang menjadikan manusia
mempunyai kesedaran untuk membuat pilihan bagi mencapai
kejayaan. Hettler (1976, 1884) telah memperkenalkan Model
Kesejahteraan yang dinamakan sebagai Enam Dimensi
Kesejahteraan yang terdiri daripada enam dimensi, iaitu pekerjaan,
fizikal, sosial, intelek, spiritual dan kesejahteraan emosi. National
Wellness Institute (2016) menyimpulkan kesejahteraan merupakan
satu proses yang aktif di mana kesedaran seseorang untuk
membuat pilihan-pilihan bagi kehidupan yang bermakna.

Kesejahteraan dari aspek pekerjaan merujuk kepada


kepuasan dan kebahagiaan seseorang individu terhadap pekerjaan.
Pembangunan kerjaya adalah berdasarkan sikap seseorang
terhadap pekerjaan. Seseorang yang sejahtera dalam alam
pekerjaan dapat menyumbang kelebihan, bakat dan kemahiran diri
di tempat kerja. Justeru, berdasarkan Model Kesejahteraan yang

13
dikemukakan oleh Hettler (1976), pemilihan terhadap kerjaya
hendaklah selari dengan nilai peribadi, kepercayaan dan minat serta
kemahiran melalui peluang-peluang dalam kerjaya.

Kesejahteraan fizikal merujuk kepada keperluan aktiviti fizikal,


nutrisi dan mengelak pengambilan bahan-bahan terlarang seperti
tembakau, dadah dan alkohol. Kesejahteraan dari aspek dimensi
fizikal termasuk penjagaan diri daripada penyakit minor dan major
serta mendapatkan bantuan daripada profesional kesihatan.
Kesejahteraan sosial merujuk kepada penglibatan seseorang
individu dalam masyarakat serta kehidupan yang harmoni dengan
orang lain dan persekitaran. Kesejahteraan dalam aspek sosial
menekankan kepada hubungan antara individu dengan alam semula
jadi dan menjadikan seseorang individu semakin sedar tentang
pentingnya diri mereka dalam masyarakat dan persekitaran.

Kesejahteraan intelektual merujuk kepada seseorang yang


menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan
seharian dan dalam masa yang sama mengenal pasti potensi serta
kelebihan diri. Oleh yang demikian, seseorang yang mempunyai
kesejahteraan intelek mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan
masalah dengan baik. Mereka juga akan sentiasa mengemaskinikan
diri dengan isu-isu terkini dan mampu berhadapan dengan cabaran
terkini (Hettler, 1976).

Kesejahteraan spiritual memberi fokus kepada pencarian dan


membina penghargaan terhadap makna kewujudan diri dalam
kehidupan, manakala kesejahteraan emosi merujuk kepada
kesedaran dan penerimaan emosi seseorang. Kesejahteraan emosi
merangkumi perasaan positif seperti tenang, gembira dan
bersemangat tentang kehidupan. Seseorang itu juga mempunyai
keupayaan untuk menguruskan stres dengan berkesan serta
mengekalkan hubungan yang bermakna dengan orang lain.
Kesejahteraan spiritual merujuk kepada keupayaan seseorang

14
mengurus dan mengekspresikan perasaan, keupayaan berhadapan
dengan cabaran, mengambil risiko dan mengurus konflik.

Menurut Hettler (1976), mengaplikasikan dimensi


kesejahteraan dalam kehidupan harian membolehkan seseorang
untuk menjadi lebih sedar tentang bagaimana setiap dimensi
berhubung antara satu dengan lain dan menyumbang kepada
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Rajah 3.1: Model Kesejahteraan Bill Hettler (1976)

3.1.2 Model Kesejahteraan Psikologi Ryff (1989)

Model kedua yang diambil kira ialah Model Kesejahteraan Psikologi


yang dibangunkan oleh Ryff (1989). Model Kesejahteraan Psikologi
Ryff (1989) mempunyai enam dimensi untuk mencapai
kesejahteraan kendiri, iaitu (i) penerimaan kendiri; (ii) perhubungan
positif dengan orang lain; (iii) sikap autonomi; (iv) mempunyai tujuan

15
dalam hidup; (v) perkembangan kendiri; (vi) menguasai
persekitaran. Ryff (1989) telah membentuk Inventori Kesejahteraan
Psikologi untuk menilai kefungsian psikologi positif berdasarkan 6
dimensi tersebut.

Rajah 3.2: Model Kesejahteraan Ryff (1989)

(a) Autonomi

i. Individu berautonomi
Individu yang mempunyai ciri-ciri berdikari, bersedia
dengan pelbagai cabaran, mempunyai personaliti diri yang
baik dan dapat menentukan hidup sendiri. Individu juga
mempunyai keyakinan dalam membuat keputusan dan
mampu bertahan dalam menghadapi tekanan sosial.

16
ii. Individu yang tidak berautonomi
Individu sering menilai diri sendiri daripada perspektif
orang lain, mengambil peduli persepsi orang lain terhadap
dirinya dan suka menghukum dalam membuat keputusan.
Individu ini bertindak mengikut emosi, percaya kepada
keputusan orang lain dan kurang mampu bertahan dengan
tekanan sosial sama ada semasa berfikir mahupun
bertingkah laku.

(b) Menguasai Persekitaran

i. Individu yang menguasai persekitaran


Individu yang boleh melakukan pengawalan persekitaran
yang baik, mampu memanipulasi, mengawal, menguasai,
mengurus dan menggunakan sumber sekeliling. Individu
juga boleh membuat sesuatu perkara dengan efektif
berasaskan persekitarannya dan memilih konteks yang
sesuai dengan keperluan serta nilai yang dipegang.

ii. Individu yang tidak menguasai persekitaran


Individu mempunyai kesukaran untuk mengatur dan
mengurus peristiwa sehari-hari, tidak pandai untuk
memulihkan keadaan, tidak peka serta kurang kemahiran
mengawal persekitarannya. Individu juga berasa tidak
mampu mengubah atau membaiki persekitaran yang
bersesuaian dengan konteksnya, tidak menyedari
kesempatan yang ada dan kurang dapat mengawal
rangsangan dari dunia luar.

17
(c) Perkembangan Peribadi

i. Individu yang mempunyai perkembangan peribadi

Individu sentiasa mempunyai perasaan untuk


berkembang, bersedia menerima pengalaman baru,
mengenali potensi dan kemajuan diri. Selain itu, individu
mampu untuk terus memperbaiki diri. merasakan potensi
dirinya semakin berkembang dan sentiasa meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran dengan pelbagai cara yang
lebih efektif.

ii. Individu yang tidak mempunyai perkembangan peribadi

Individu yang kurang usaha untuk berkembang, tidak


mahu membina sikap dan tingkah laku baru serta sering
merasakan bahawa kehidupan adalah tidak menarik dan
membosankan.

(d) Hubungan Positif dengan Orang

i. Individu yang mempunyai hubungan positif dengan orang


lain.
Individu yang suka kepada hubungan yang baik dengan
orang lain berasaskan kepercayaan, empati yang tinggi,
mudah mesra dan bertoleransi. Mampu memahami sikap
antara menerima dan memberi dalam hubungan sesama
manusia serta prihatin dengan kebajikan orang lain.

ii. Individu yang tidak mempunyai hubungan positif dengan


orang lain.
Individu yang menunjukkan sikap tidak prihatin, tertutup,
terasing, sentiasa kecewa, tidak mesra dan sukar
berkompromi dengan orang lain.

18
(e) Matlamat Hidup

i. Individu yang mempunyai matlamat hidup


Individu yang merasakan bahawa kehidupan yang lepas
banyak memberi makna kepada masa depannya,
bertujuan dan ada hala tuju dalam kehidupan. Individu ini
merasakan kehidupan adalah sangat bererti dan perlu
berbuat baik.

ii. Individu yang tidak mempunyai matlamat hidup


Individu yang tiada arah, tidak melihat kehidupan yang
lepas sebagai satu matlamat dan menganggap
kehidupannya tidak memberi banyak makna.

(f) Penerimaan Kendiri

i. Individu yang mempunyai penerimaan kendiri


Individu ini mempunyai tingkah laku dan sikap positif
seperti dapat menerima pelbagai aspek kehidupan sama
ada baik atau buruk dan dapat belajar daripada
pengalaman kehidupan yang lepas.

ii. Individu yang tidak mempunyai penerimaan kendiri


Individu tidak berpuas hati, mempunyai masalah dan tidak
suka terhadap diri sendiri, kecewa dengan perkara yang
telah berlaku dan mempunyai kualiti peribadi yang rendah.

3.1.3 Model Kesejahteraan Myers Dan Sweeney (2005)

Myers & Sweeney (2005) telah menambah baik model asal Wheel
of Wellness oleh Witmer, Sweeney dan Myers (1988) yang
berpendapat kesejahteraan merupakan satu cara kehidupan yang
berorientasikan kesihatan yang optimum dan kesejahteraan tubuh

19
badan, minda dan spiritual berintegrasi untuk kehidupan yang
berfungsi sepenuhnya sesama manusia dan masyarakat.

Model IS-WEL (Indivisible Self-Wellness Evaluation of


Lifestyle) oleh Myers dan Sweeny (2005) menggambarkan “Diri”
berada di tengah-tengah bulatan dan dikelilingi oleh lima faktor
kesejahteraan kendiri, iaitu (i) kendiri asas terdiri daripada sub-faktor
identiti gender, identiti budaya, penjagaan diri dan spiritual (ii) kendiri
sosial terdiri daripada sub-faktor kasih sayang dan persahabatan (iii)
kendiri fizikal terdiri daripada sub- faktor riadah dan nutrisi (iv) kendiri
kreatif terdiri daripada sub-faktor pemikiran, emosi, kawalan,
tugasan dan humor positif (v) kendiri daya tindak terdiri daripada
sub-faktor masa lapang, pengurusan stres, penghargaan kendiri dan
kepercayaan realistik.

Rajah 3.3: Model Indivisible Self: Wellness Evaluation of Lifestyle

20
(a) Kendiri asas
Kendiri Asas terdiri daripada empat komponen, iaitu spiritual,
penjagaan diri, identiti gender dan identiti budaya. Spiritual
bukan bermaksud agama tetapi nilai yang mempunyai manfaat
positif terhadap kualiti kehidupan, kewujudan makna, tujuan
dan pengharapan dalam hidup. Identiti gender dan budaya pula
merujuk kepada bagaimana seseorang individu melihat
pengalaman hidup serta pengalaman tersebut mempengaruhi
diri dan orang lain. Penjagaan diri adalah salah satu langkah
berkesan untuk kehidupan sejahtera.

(b) Kendiri sosial


Kendiri sosial merujuk kepada sokongan sosial melalui
perhubungan dengan orang lain seperti hubungan
kekeluargaan dan persahabatan (Myers dan Sweeney, 2014).
Kendiri sosial terdiri daripada sub-dimensi kasih sayang
keluarga dan persahabataan. Berdasarkan Model IS-WEL,
kasih sayang keluarga merujuk kepada keupayaan untuk
menyayangi, mempercayai dan terbuka tentang diri sendiri. Hal
ini menjelaskan bahawa keupayaan seseorang memberi dan
meluahkan kasih sayang terhadap orang yang terdekat dengan
diri kita (Myers dan Sweeney, 2014). Sistem sokongan keluarga
berkongsi nilai-nilai spiritual, kebolehan menyelesaikan konflik
dengan perasaan saling menghormati, keupayaan untuk
menyelesaikan masalah bersama, komunikasi sihat,
mempunyai komitmen antara satu sama lain, corak komunikasi
yang sihat, berkongsi masa bersama, keupayaan
mengendalikan stres dan saling menghargai.

Berdasarkan Model IS-WEL yang berkaitan dengan kendiri


sosial, persahabatan merupakan hubungan sosial yang
melibatkan hubungan dengan orang lain secara individu atau
komuniti, mempunyai rakan yang dipercayai dan menyediakan
sokongan emosi, material atau maklumat apabila diperlukan.

21
Seseorang itu juga tidak suka bersendirian dan merasa selesa
dalam situasi sosial, mempunyai keupayaan untuk
mempercayai orang lain, perasaan memahami orang lain dan
perasaan difahami oleh orang lain. Selain itu, seseorang tidak
akan menghukum, mempunyai sifat penyayang, merasa selesa
untuk berinteraksi dengan orang lain dengan kemahiran sosial
yang ada dan terlibat dengan satu atau lebih kelompok dalam
komuniti.

(c) Kendiri kreatif


Kendiri kreatif merujuk kepada gabungan atribut atau sifat di
mana setiap individu membentuk keunikan yang berbeza
daripada orang lain dalam kelompok sosial. Komponen-
komponen yang terdapat dalam faktor-faktor kendiri kreatif
adalah pemikiran, emosi, kawalan, humor positif dan kerja atau
tugasan. Pemikiran memberi kesan terhadap emosi dan tingkah
laku. Apabila pemikiran seseorang jelas, maka mereka akan
menerima mesej tepat serta memberi maklum balas secara
tepat. Keadaan ini boleh menurunkan stres dan meningkatkan
kesejahteraan kendiri.

(d) Kendiri fizikal


Kendiri fizikal terdiri daripada dua komponen, iaitu riadah dan
nutrisi. Riadah merujuk kepada penglibatan diri dalam aktiviti
fizikal bagi memastikan tubuh badan dalam keadaan sihat,
dapat mengekalkan fleksibiliti otot dan sendi melalui senaman,
riadah atau senaman regangan. Nutrisi merujuk kepada
pengambilan makanan seimbang mengikut diet yang
ditetapkan, makan tiga kali sehari termasuk sarapan pagi dan
mengelakkan makan berlebihan.

22
(e) Kendiri daya tindak

Kendiri daya tindak terdiri daripada kepercayaan yang realistik,


pengurusan stres, penghargaan kendiri dan masa lapang,
manakala kepercayaan yang tidak rasional pula disebabkan
oleh kekecewaan dan kegagalan individu dalam kehidupan.
Penghargaan kendiri boleh ditingkatkan melalui kemahiran
daya tindak berdasarkan cabaran hidup. Efikasi kendiri adalah
kejayaan dan peningkatan penghargaan kendiri. Kebahagiaan
adalah sumber penting untuk mencapai kesejahteraan dan
pembangunan kendiri berterusan.

Lima dimensi daripada Myers dan Sweeny (2005) iaitu dimensi


kendiri asas, kendiri sosial, kendiri fizikal, kendiri kreatif dan
kendiri daya tindak berinteraksi dengan konteks-konteks yang
berkaitan dengan kontekstual atau sistem. Konstektual atau
sistem ini meliputi konteks tempatan berkaitan dengan
keluarga, jiran dan komuniti. Konteks institusi merangkumi
aspek pendidikan, keagamaan, kerajaan, perniagaan, industri
dan media manakala konteks global melibatkan aspek politik,
budaya, keadaan global dan persekitaran. Konteks
antarabangsa pula berkaitan dengan pendidikan, agama,
kerajaan dan media yang mempengaruhi kehidupan sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Konteks global merujuk
kepada politik, budaya, peristiwa-peristiwa yang berlaku di
peringkat global atau dunia. Kesan daripada perkembangan
teknologi seperti Internet, media sosial dan lain-lain yang
mempengaruhi kehidupan seseorang seperti mengganggu
kualiti perhubungan dalam keluarga, mengganggu kualiti tidur
serta memberi kesan terhadap kesejahteraan hidup seseorang.
Konteks kronometrikal pula merujuk kepada respon seseorang
individu untuk mengubah tingkah laku sepanjang kehidupan ke
arah kehidupan yang lebih bermakna.

23
3.2 Kerangka Konseptual IKPsi

Rajah 3.4: Gabungan Model Kesejahteraan Psikologi

24
Model Kesejahteraan Psikologi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Rajah 3.5: Model Kesejahteraan Psikologi Kementerian Pendidikan Malaysia

25
KONSTRUK DAN SUB-KONSTRUK
INVENTORI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (IKPsi)

KONSTRUK SUB-KONSTRUK
1. Kepekaan Emosi
(Emotional Awareness)
2. Kefahaman Emosi
Kesejahteraan Emosi
1. (Emotional Understanding)
(Emotional Wellness)
3. Pengurusan Emosi
(Emotional Management)

1. Autonomi (Autonomy)
2. Kepuasan Kerja (Satisfaction)
Kesejahteraan Pekerjaan 3. Pengiktirafan (Recognition)
2.
(Occupational Wellness) 4. Keseimbangan Kehidupan Kerja
(Work Life Balanced)

1. Makanan dan Nutrisi


(Food and Nutrition)
2. Senaman/Aktiviti Fizikal
(Exercise/ Physical Activities)
Kesejahteraan Fizikal
3. 3. Kebersihan Diri (Self- Hygiene)
(Physical Wellness)
4. Ubat-Ubatan/ Bahan Terlarang/
Alkohol/Merokok
(Medicine/Subtances/Alcohol/ Smoking)

1. Keluarga (Family)
Kesejahteraan Perhubungan 2. Rakan-Rakan (Friends)
4.
(Social Wellness) 3. Komuniti (Community)

1. Kemahiran Penyelesaian Masalah


(Problem Solving Skills)
2. Membuat Keputusan Rasional
Kesejahteraan Intelektual (Rational Decision Making)
5.
(Intellectual Wellness) 3. Kreatif (Creative)
4. Mencari Pengetahuan
(Seeking Knowledge)

1. Amalan (Practice)
Kesejahteraan Spiritual
6. 2. Etika (Ethics)
(Spiritual Wellness)
1. Gender (Gender)
Kesejahteraan Identiti 2. Budaya (Culture)
7.
(Self-Identity) 3. Penampilan Diri (Self-Appearance)

1. Literasi Kewangan
(Financial Literacy)
Kesejahteraan Kewangan
8. 2. Pengurusan Kewangan
(Financial Wellness)
(Financial Management)

Jadual 3.1: Konstruk dan sub-konstruk Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi)

26
3.3 DEFINISI OPERASIONAL KONSTRUK DAN SUB-KONSTRUK INVENTORI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI (IKPsi)
BIL KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL BIL SUB-KONSTRUK DEFINISI OPERASIONAL
KONSTRUK SUB-KONSTRUK

1 Kesejahteraan Emosi Kesejahteraan emosi 1 Kepekaan emosi Keupayaan untuk peka terhadap
Emotional Wellness merujuk kepada Emotional awareness perasaan diri sendiri dan orang lain
keupayaan seseorang serta mengenal pasti luahan emosi
untuk peka terhadap yang berlaku secara lisan dan bukan
emosi, dapat memahami lisan.
emosi dengan baik, serta
mampu mengurus dan 2 Kefahaman emosi Keupayaan untuk memahami
mengawal emosi dengan Emotional understanding perasaan diri sendiri, perubahan
berkesan. emosi yang berlaku dan empati
terhadap perasaan orang lain.

3 Pengurusan emosi Keupayaan untuk bersikap terbuka


Emotional management terhadap emosi positif dan negatif
serta mampu mengurus dan
mengawal perasaan diri sendiri dan
orang lain.

2 Kesejahteraan Kesejahteraan pekerjaan 1 Autonomi Autonomi merujuk kepada individu


Pekerjaan merujuk kepada kepuasan Autonomy yang mempunyai ciri-ciri berdikari,
Occupational Wellness yang diperolehi melalui bersedia dengan cabaran dan
pekerjaan. Ini meliputi bebas untuk mengawal sesuatu
perasaan autonomi, keadaan di tempat kerja mahu pun di
kepuasan bekerja, luar.
pengiktirafan dan
keseimbangan kehidupan 2 Kepuasan kerja Kepuasan adalah perasaan puas
kerja. Satisfaction hati dan bangga terhadap setiap
pekerjaan yang dilakukan.

27
3 Pengiktirafan Pengiktirafan merujuk kepada
Recognition penerimaan pengiktirafan,
penghargaan terhadap kerja sendiri
dan persekitaran kerja.

4 Keseimbangan Keseimbangan kehidupan kerja


kehidupan kerja adalah berkait kepada kemampuan
Work life balanced individu menyeimbangkan keperluan
kerja dan kehidupan peribadi untuk
kesejahteraan hidup.

3 Kesejahteraan Fizikal Kesejahteraan fizikal 1 Makanan dan nutrisi Pengambilan makanan yang
Physical Wellness merujuk kepada penjagaan Food and nutrition mencukupi, seimbang dan
kesihatan individu daripada berkhasiat yang memenuhi
aspek fizikal yang keperluan fisiologi.
merangkumi amalan
pemakanan, nutrisi 2 Senaman/ aktiviti fizikal Mengamalkan senaman dan aktiviti
seimbang, senaman dan Exercise/ physical fizikal yang boleh meningkatkan atau
aktiviti fizikal secara sihat activities mengekalkan kecergasan tubuh
serta penjagaan badan.
kebersihan diri secara
berkesan. Individu yang 3 Kebersihan diri Penjagaan kebersihan anggota
sejahtera fizikal tidak akan Self -hygiene badan dan pakaian seseorang bagi
menyalahgunakan ubat- mengekalkan kesihatan dan
ubatan, alkohol, bahan- mengelakkan berlaku penyebaran
bahan terlarang seperti penyakit.
dadah, gam, vape dan
merokok. 4 Ubat/ bahan terlarang/ Mengelakkan penyalahgunaan ubat-
alkohol/ merokok ubatan, alkohol, bahan-bahan
Medicine/ substance/ terlarang (termasuk dadah) dan
alcohol/ smoking merokok yang memberi kesan
negatif kepada fisiologi badan.

28
4 Kesejahteraan Kesejahteraan 1 Keluarga Keupayaan seseorang untuk
Perhubungan perhubungan merujuk Family menjaga dan memanfaatkan
Relationship Wellness kepada kualiti perhubungan antara suami, isteri,
perhubungan dua hala anak-anak dan ibu bapa.
antara individu dan orang
lain dalam kalangan ahli 2 Rakan-rakan Keupayaan seseorang untuk
keluarga, rakan-rakan dan Friends menjaga dan memanfaatkan
masyarakat. perhubungan dengan rakan-rakan.

3 Masyarakat Keupayaan seseorang untuk


Community menjaga dan memanfaatkan
perhubungan dengan masyarakat.

5 Kesejahteraan Kesejahteraan intelektual 1 Membuat keputusan Keupayaan untuk menganalisis dan


Intelektual merujuk kepada kebolehan rasional mempertimbangkan pilihan-pilihan
Intellectual Wellness individu untuk berfikir Rational decision making yang sesuai untuk membuat
secara rasional dan terarah keputusan yang rasional.
untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan 2 Kemahiran Kemahiran kognitif untuk mencari
masalah dengan berkesan. penyelesaian masalah penyelesaian masalah bagi
Individu yang sejahtera Problems solving skills mencapai sesuatu matlamat.
secara intelektual juga
adalah kreatif dan 3 Kreatif Kemampuan individu menjana idea-
berusaha menambah ilmu Creative idea baharu dan relevan, berfikir
pengetahuan secara secara unik dan menggabung jalin
berterusan. idea dalam cara yang berbeza.

4 Mencari pengetahuan Keinginan seseorang untuk mencari


seeking knowledge dan menambah ilmu pengetahuan
secara berterusan.

29
6 Kesejahteraan Kesejahteraan spiritual 1 Amalan Mengamalkan prinsip dan pegangan
Spiritual merujuk kepada amalan Practice yang baik dalam menjalani
Spiritual Wellness individu untuk percaya, kehidupan.
berfikir dan bertindak
berdasarkan kepada nilai- 2 Etika Mematuhi peraturan atau garis
nilai murni dalam Ethics panduan dalam melaksanakan
mengekalkan keharmonian sesuatu amanah dan
dengan Tuhan, diri sendiri tanggungjawab.
dan masyarakat.

7 Kesejahteraan Identiti Kesejahteraan identiti 1 Gender Menerima hakikat kewujudan diri


Identity Wellness merujuk kepada Gender sendiri dari aspek jantina.
penerimaan individu
terhadap diri sendiri dari 2 Budaya Perasaan kepunyaan, penerimaan
aspek jantina, asal usul Culture dan bangga terhadap budaya asal
budaya, keadaan fizikal kelahiran serta mengamalkannya.
dan penampilan diri.
3 Penampilan diri Menerima keadaan fizikal dan
Self-appearance penampilan diri.

8 Kesejahteraan Kesejahteraan kewangan 1 Literasi kewangan Kesedaran, pengetahuan dan sikap


Kewangan merujuk kepada keadaan Financial literacy yang diperlukan untuk memahami
Financial Wellness selamat dan stabil dari keadaan kewangan diri dan
aspek kewangan membuat keputusan kewangan yang
berasaskan kepada literasi berkesan.
dan kemahiran pengurusan
kewangan yang berkesan. 2 Pengurusan kewangan Kemahiran untuk menguruskan
Financial management sumber dan perbelanjaan kewangan

Jadual 3.2: Definisi operasional konstruk dan sub-konstruk Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi)

30
3.4 Model Pembangunan Instrumen

Pembangunan IKPsi adalah berdasarkan Model Pembinaan Instrumen


(Miller, Lovler & McIntire, 2013). Model Miller et al. (2013) mengandungi
langkah – langkah terperinci dalam pembangunan instrumen iaitu
mentakrif konstruk, menentukan tujuan dan sasaran instrumen; mereka
bentuk instrumen; membina item instrumen, menyediakan arahan
pentadbiran dan penskoran instrumen, menjalankan kajian rintis. Selain
itu, instrumen disemak dengan memilih item yang bersesuaian. Pengujian
kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dilakukan dan ini diikuti
dengan penentuan norma. Peringkat terakhir adalah membangunkan
manual instrumen IKPsi.

Rajah 3.6: Model Pembinaan Instrumen (Miller, Lovler & McIntire, 2013)

31
4.0 Kesahan dan Kebolehpercayaan IKPsi

4.1 Kesahan IKPsi


Kesahan didefinisikan sebagai sejauh mana satu pengukuran atau
instrumen itu dapat mengukur perkara yang sepatutnya diukur (Saunders
dan Tosey, 2015). Kesahan yang memuaskan akan menjamin ciri
psikometrik sesebuah instrumen (DeVellis, 2017). Kesahan terbahagi
kepada beberapa jenis berdasarkan kepada tujuan iaitu kesahan muka,
kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan konstruk (Taherdoost,
2016).

Untuk membangunkan IKPsi, kesahan muka, kesahan kandungan dan


kesahan konstruk telah dilaksanakan. Di bawah ini diterangkan prosedur
dan keputusan kesahan:

4.1.1 Kesahan Kandungan

Kesahan kandungan merujuk pada kesesuaian item-item dalam


inventori mengukur konstruk (Sekaran & Bougie, 2016). Dalam
konteks kajian ini, teknik Indeks Kesahan Kandungan atau
Content Validity Index (CVI) digunakan. Teknik CVI telah
diperkenalkan oleh Waltz dan Bausell (1981) dan dikembangkan
oleh (Lynn, 1986). Kelebihan CVI adalah dapat membuat
pengesanan item instrumen atau Item-Content Validity Indeks (I-
CVI) dan pengesahan keseluruhan item instrumen atau Scale-
Content-Validity-Indeks (S-CVI).

I-CVI memberi panduan kepada penilai pakar untuk menyemak,


menggugurkan atau menggantikan item yang dibina kepada item
yang baharu (Polit & Beck 2006). Skala likert tiga hingga lima
mata dibenarkan, namun Lynn (1985) dan Polit dan Beck (2006)
mencadangkan penggunaan skala Likert empat mata. Setiap
panel pakar turut diminta untuk membuat penilaian berdasarkan

32
skala Likert empat mata iaitu (1) relevan (2) kurang relevan (3)
relevan tetapi memerlukan pembetulan (4) sangat relevan.

Bil Nama Kepakaran Institusi


1. Prof Madya Dr. Roziah Pembangunan Universiti Putra
binti Mohamad Rasdi Sumber Manusia Malaysia
2. Dr. Ida Hartina binti Psikologi dan Universiti Malaya
Ahmad Tharbe Kaunseling
3. Dr. Syed Mohamad bin Psikologi dan Universiti Sains
bin Syed Abdullah Kaunseling Malaysia
4. Dr. Siti Salina binti Psikologi dan Universiti Malaysia
Abdullah Kaunseling Terengganu
5. Dr. Noor Aisyah binti Psikologi Klinikal Universiti Malaya
Rosli

Jadual 4.1: Senarai panel pakar bidang

Lynn (1985) dan Polit dan Beck (2006), pengiraan kesahan


kandungan berdasarkan CVI menerusi skala likert empat mata
ditukarkan kepada bentuk dikotomi iaitu “1” adalah item yang
dipersetujui dan relevan manakala “0” adalah item yang tidak
dipersetujui dan tidak relevan. Nilai I-CVI dikira berdasarkan nilai
purata item yang dipersetujui oleh pakar. Setiap item akan
mempunyai nilai I-CVI sebagai indikator sama ada item tersebut
wajar dikekalkan atau digugurkan. Sekiranya pakar memilih skala
mata “1” atau “2”, maka nilai mata adalah “0” manakala sekiranya
pakar memilih skala “3” atau “4”, maka nilai mata adalah “1”.
Formula I-CVI dan SVI adalah seperti berikut:

I-CVI S-CVI
0.937 0.937

Jadual 4.2: Panduan tahap nilai kesahan kandungan

33
4.1.2 Kesahan Muka
Kesahan muka adalah untuk memastikan kejelasan item, soalan
yang dikemukakan, masa menjawab yang mencukupi, dan yang
paling utama item mengukur apa yang sepatutnya diukur
(DeVallis 2003).

30 orang sampel yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan, Kaunselor Pendidikan dan Anggota Kumpulan
Pelaksana. Sampel kajian diminta untuk membaca soalan-soalan
yang dikemukakan dan memberi penilaian tentang tahap
kebolehbacaan dan kefahaman soalan dalam instrumen kajian.

4.1.3 Kesahan Konstruk


Kesahan konstruk merupakan satu pengukuran ujian untuk
melihat sejauh mana sesuatu instrumen itu mengukur konstruk
berkenaan dengan sifat semulajadi manusia, contohnya
kecerdasan, kreativiti dan ketidaktentuan emosi. Kesahan
konstruk bertujuan untuk melihat sejauh mana sesuatu instumen
itu mengukur apa yang sepatutnya diukur dengan tepat, barulah
ujian tersebut dianggap sah (Creswell, 2012). Kesahan konstruk
juga merupakan satu pengukuran ujian homogeneity yang
memeriksa sejauh mana item yang berbeza mengukur konstruk
yang sama. Seramai 1200 orang sampel terlibat iaitu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP) dari zon utara, zon timur, zon selatan dan zon
tengah.

Penentuan kesahan konstruk akan menggunakan Analisis


Faktor. Analisis Faktor adalah satu kaedah statistik untuk
menganalisis hubungan antara beberapa pembolehubah untuk
menerangkan pembolehubah tersebut dalam bentuk pendam
tertentu (Hair et. al 2010; Chua, 2009). Ujian ini digunakan untuk
menganalisis korelasi antara item-item dan menentukan bilangan

34
faktor yang wujud. Analisis faktor memerihalkan bilangan
dimensi atau faktor yang diwakili oleh item-item pengukuran.

Analisis faktor digunakan untuk memperkukuhkan lagi


item di dalam setiap pembolehubah, analisis faktor diperlukan
untuk melihat item mana dalam setiap pembolehubah yang boleh
diringkaskan tetapi tidak menjelaskan pembolehubah berkenaan.
Menurut Sheridan Coakes dan Lyndall Steed (2007), analisis
faktor adalah untuk mengurangkan item yang samar dan
mengekalkan item yang penting dan utama dalam menyokong
setiap pembolehubah.

4.2 Kebolehpercayaan IKPsi

4.2.1 Kebolehpercayaan Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi)


Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan
instrumen dalam mengukur apa yang hendak diukur. Untuk
mengukur kebolehpercayaan IKPsi, ujian Coeficient Alpha atau
Cronbach Alpha melalui program Statistical Package for Social
Science (SPSS) 24.0. yang mengukur ketekalan dalaman telah
digunakan. Keputusan menunjukkan bahawa nilai Coefficient
Alpha bagi setiap konstruk IKPsi berada dalam julat 0.80 hingga
0.90, dan nilai kebolehpercayaan keseluruhan konstruk IKPsi
ialah 0.87. Berdasarkan kepada Gulford (1978), nilai
kebolehpercayaan ini berada di tahap 0.80 hingga 0.90. Oleh itu,
disimpulkan bahawa kesemua instrumen untuk mengukur
konstruk IKPsi dan keseluruhan instrumen IKPsi adalah tekal dan
stabil.

Jadual nilai pekali kebolehpercayaan boleh dijadikan


sebagai panduan dalam mentaksir kebolehterimaan instrumen
dari segi kebolehpercayaan berasaskan nilai pekali
kebolehpercayaan (Lim, 2007) seperti berikut:

35
PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN TAHAP KEBOLEHPERCAYAAN

0.90 atau lebih Amat Baik


0.80 - 0.89 Baik
0.60 - 0.79 Sederhana
0.40 - 0.59 Diragui
0.00 - 0.39 Ditolak

Jadual 4.3: Panduan tahap nilai pekali kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan IKPsi merujuk kepada suatu nilai


ukuran untuk menentukan ketekalan dan kestabilan dalaman
IKPsi bagi mengukur konstruk IKPsi. Nilai Alpha Cronbach untuk
konstruk Kesejahteraan Emosi (α=0.85) Kesejahteraan
Pekerjaan adalah diantara (α=0.80), Kesejahteraan Fizikal
(α=0.83), Kesejahteraan Perhubungan (α=0.93), Kesejahteraan
Intelektual (α=0.90), Kesejahteraan Spiritual (α=0.90),
Kesejahteraan Identiti (α=0.86), Kesejahteraan Kewangan
(α=0.90) dan Keselarasan (α=0.88). Secara keseluruhannya, nilai
Alpha Cronbach IKPsi adalah 0.87. Hasil ujian ini menunjukkan
kesemua item yang digunakan bagi setiap komponen dalam
IKPsi mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik.

Jumlah Alpha
Bil Konstruk
Item Cronbach
1 Kesejahteraan Emosi 9 0.85
2 Kesejahteraan Pekerjaan 12 0.80
3 Kesejahteraan Fizikal 12 0.83
4 Kesejahteraan Perhubungan 9 0.93
5 Kesejahteraan Intelektual 9 0.90
6 Kesejahteraan Spiritual 6 0.90
7 Kesejahteraan Identiti 9 0.86
8 Kesejahteraan Kewangan 6 0.90
9 Keselarasan 8 0.88

Jadual 4.4: Nilai cronbach alpha konstruk IKPsi (n= 1200)

36
5.0 Pentadbiran dan Penskoran

5.1 Pentadbiran IKPsi


IKPsi mempunyai lapan konstruk iaitu Kesejahteraan Emosi,
Kesejahteraan Pekerjaan, Kesejahteraan Fizikal, Kesejahteraan
Perhubungan, Kesejahteraan Intelektual, Kesejahteraan Spiritual,
Kesejahteraan Identiti dan Kesejahteraan Kewangan. Selain itu, IKPsi
juga mempunyai satu konstruk Keselarasan. Jumlah keseluruhan item
IKPsi adalah sebanyak 80 item. Jadual item mengikut konstruk seperti
berikut:

Bil Konstruk Item


1 Kesejahteraan Emosi 1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 62, 69

2 Kesejahteraan Pekerjaan 2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 63, 70, 75, 77, 79

3 Kesejahteraan Fizikal 3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 64, 71, 76, 78, 80

4 Kesejahteraan Perhubungan 4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 65, 72

5 Kesejahteraan Intelektual 5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 66, 73

6 Kesejahteraan Spiritual 6, 15, 24, 33, 42, 51

7 Kesejahteraan Identiti 7, 16, 25, 34, 43, 52, 60, 67, 74

8 Kesejahteraan Kewangan 8, 17, 26, 35, 44, 53

9 Keselarasan 9, 18, 27, 36, 45, 54, 61, 68

Jadual 5.1: Jumlah item mengikut konstruk

Pentadbiran IKPsi ini boleh dijalankan secara individu atau kelompok.


Pentadbiran IKPsi memerlukan persekitaran yang kondusif. Cadangan
masa yang diperuntukkan untuk menjawab IKPsi adalah antara 10 hingga
20 minit. IKPsi boleh ditadbir dalam dua kaedah iaitu sama ada secara
dalam talian dan juga secara manual. Segala arahan pentadbiran dalam
IKPs i ini perlu dipatuhi.

37
5.1.1 Secara Bertulis
Pentadbiran IKPsi yang dijalankan secara pen kertas (manual)
adalah berdasarkan langkah-langkah berikut:
(1) Pastikan pentadbir ujian mempunyai set lengkap IKPsi iaitu
Buku Soalan IKPsi, Borang Jawapan IKPsi dan Jadual
Pentafsiran IKPsi. Pentadbir ujian perlu menyediakan
ruang/ bilik yang bersesuaian untuk setiap responden
supaya mereka berasa selesa dan mempunyai privasi untuk
menjawab inventori ini.
(2) Memberi penerangan ringkas berkaitan pengenalan IKPsi
dengan menekankan perkara-perkara berikut:
i. Maklumkan kepada responden, IKPsi bertujuan untuk
mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi individu.
ii. Setiap item yang dijawab, responden perlu menilai
berdasarkan skala yang diberikan sama ada sangat
tidak setuju ke sangat setuju mengikut ketepatan item
terhadap diri. Responden diingatkan agar tidak berfikir
lama untuk memberi jawapan bagi mengelakkan
responden berasa keliru dan akhirnya menjawab
berdasarkan diri ideal (ideal self). Biasanya jawapan
pertama yang terlintas adalah yang terbaik.
iii. Galakkan responden untuk menjawab mengikut aturan
bilangan item. Ini bagi mengelakkan responden
tertinggal sebarang item semasa menjawab.
iv. Pastikan responden sentiasa memastikan nombor
jawapan yang ditanda adalah bersesuaian dengan
nombor soalan (kertas soalan dan jawapan adalah
berasingan).
v. Kejujuran dalam menjawab semua soalan IKPsi untuk
mendapatkan keputusan yang tepat berkaitan dengan
diri responden.

38
(3) Pentabdir IKPsi perlu menjelaskan semua soalan berkaitan
dengan kefahaman makna ayat atau perkataan sekiranya
tidak difahami oleh responden.
i. Dalam keadaan tertentu, terdapat responden yang
sukar memahami beberapa item. Untuk itu, adalah
digalakkan pentadbir ujian untuk membantu individu ini
menjawab semua item tersebut. Penerangan ringkas
berkaitan dengan perkataan atau frasa dalam item
yang berkaitan dengan psikologi diri adalah memadai.

5.1.2 Secara DalamTalian dan Automasi Excel


Pentadbiran IKPsi yang dijalankan secara dalam talian perlu
mengambil kira perkara-perkara berikut:
(1) Pastikan pentadbir ujian mempunyai pautan IKPsi daripada
modul e-psikometrik pada web e2pk.moe.gov.my atau
salinan lembut (soft copy) untuk diberikan kepada
responden.
(2) Pastikan talian internet tidak mengalami gangguan yang
boleh menganggu tumpuan responden.
(3) Pastikan peranti seperti komputer atau telefon bimbit boleh
digunakan tanpa sebarang masalah.
(4) Pastikan responden jelas untuk membaca setiap item yang
terkandung di dalam IKPsi.
(5) Sekiranya IKPsi diberikan secara dalam talian tanpa
kehadiran pentadbir ujian, penerangan secara bertulis
dengan memberi penekanan pada aspek tujuan IKPsi,
kejujuran menjawab dan cadangan masa yang
diperuntukkan supaya responden tidak menjawab lama
atau terdapat selaan masa yang terlalu lama bagi menjawab
setiap item.

39
5.2 Penskoran IKPsi

IKPsi menggunakan empat (4) Skala Likert; iaitu Sangat Tidak Setuju
(STS), Tidak Setuju (TS), Setuju (S) dan Sangat Setuju (ST). Skala Likert
atau Likert Scale adalah skala penelitian yang digunakan untuk mengukur
sikap dan pendapat. Dengan skala likert ini, responden diminta untuk
melengkapkan soal selidik yang meminta mereka untuk menunjukkan
tingkat persetujuannya terhadap pertanyaan. Nama skala ini diambil
daripada nama penciptanya, iaitu Rensis Likert, seorang ahli psikologi
sosial dari Amerika Syarikat.

Tahap kesejahteraan psikologi bagi lapan (8) konstruk iaitu kesejahteraan


emosi, kesejahteraan fizikal, kesejahteraan pekerjaan, kesejahteraan
intelektual, kesejahteraan identiti, kesejahteraan spiritual, kesejahteraan
perhubungan dan kesejahteraan kewangan diukur menggunakan
peratus dan seterusnya analisis tahap interpretasi diambil kira daripada
nilai peratus tertinggi 100 peratus di bahagikan kepada lima tahap, iaitu
rendah (1 - 20%), sederhana rendah (21 - 40%), sederhana (41- 60%),
sederhana tinggi (61 - 80%) dan tinggi (81 - 100%). Dengan itu,
interpretasi bagi peratus dibuat seperti yang dipaparkan dalam Jadual
5.2.

Skor Peratusan Tahap


81% - 100% Tinggi
61% - 80% Sederhana Tinggi
41% - 60% Sederhana
21% - 40% Sederhana Rendah
1% - 20% Rendah

Jadual 5.2: Interpretasi skor peratusan

40
5.2.1 Kaedah Penskoran
Kaedah penskoran yang digunakan adalah dengan menambah
jumlah skor yang dinilai. Langkah penskoran mudah adalah
seperti berikut:

(1) Pindahkan markah bagi setiap item yang telah ditandakan


ke ruangan skor mentah item pada Bahagian 2: Borang
Jawapan seperti yang dipaparkan dalam rajah 5.1.

Rajah 5.1: Borang Jawapan IKPsi

41
(2) Pindahkan skor mentah item ke Bahagian 3: Borang Skor
mengikut konstruk kesejahteraan psikologi pada lajur yang
disediakan. Jumlahkan skor mengikut setiap lajur (JS).

Rajah 5.2: Borang skor IKPsi

52.2 Pengiraan penskoran bagi konstruk IKPsi

Rajah 5.3: Contoh pengiraan penskoran konstruk Kesejahteraan Emosi

42
5.2.3 Pengiraan skor tahap keseluruhan Kesejahteraan Psikologi

Peratus skor Kesejahteraan Psikologi diperoleh apabila jumlah


skor semua konstruk (jalur PS: Pengiraan Skor) dibahagikan
dengan 288 (jumlah keseluruhan skor item kesejahteraan
psikologi) dan didarabkan dengan 100.

Rajah 5.4: Cara pengiraan skor tahap keseluruhan kesejahteraan psikologi

43
5.2.4 Pengiraan skor Keselarasan

Keselarasan merujuk kepada kecenderungan individu dalam


menjawab item-item dalam inventori ini secara konsisten. Skor
di bawah nilai 50 menunjukkan anda mempunyai kecenderungan
menjawab item-item secara konsisten. Manakala, skor melebihi
nilai 50 menunjukkan anda mempunyai kecenderungan
menjawab item-item secara tidak konsisten.

Rajah 5.5: Cara pengiraan skor Keselarasan

44
5.3 Interpretasi Skor

1. KESEJAHTERAAN EMOSI

Kesejahteraan emosi merujuk kepada keupayaan seseorang untuk peka terhadap emosi, dapat memahami emosi dengan baik serta
mampu mengurus dan mengawal emosi dengan berkesan.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Anda mempunyai Anda kurang mempunyai Anda mempunyai Anda mempunyai Anda mempunyai
kesedaran dan kesedaran dan kesedaran dan kesedaran dan kesedaran dan
pemahaman yang sangat pemahaman terhadap pemahaman yang pemahaman yang baik pemahaman yang tinggi
rendah terhadap emosi emosi sendiri dan orang sederhana terhadap terhadap emosi sendiri terhadap emosi sendiri
sendiri dan orang lain. lain. Anda sukar emosi sendiri dan orang dan orang lain. Anda dan orang lain. Anda
Selain itu, anda sangat mengendalikan emosi lain. Dalam kebanyakan berupaya mengendalikan berupaya mengendalikan
sukar untuk dengan baik. Tahap keadaan, anda juga emosi dengan baik. Tahap emosi dengan sangat
mengendalikan emosi. pengurusan dan kawalan berupaya mengendalikan pengurusan dan kawalan baik. Tahap pengurusan
Tahap pengurusan dan emosi anda adalah kurang emosi dengan baik. Tahap emosi anda adalah dan kawalan emosi anda
kawalan emosi anda berkesan. pengurusan dan kawalan berkesan. juga adalah sangat
adalah sangat kurang emosi anda adalah baik. berkesan.
berkesan.

45
2. KESEJAHTERAAN PEKERJAAN

Kesejahteraan pekerjaan merujuk kepada kepuasan yang diperolehi melalui pekerjaan. Ini meliputi autonomi, kepuasan bekerja,
pengiktirafan dan keseimbangan kehidupan kerja.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Anda sangat kurang Anda kurang mendapat Anda mendapat kepuasan Anda mendapat kepuasan Anda sentiasa mendapat
mendapat kepuasan kepuasan dalam minimum dalam dalam melaksanakan kepuasan dalam
dalam melaksanakan melaksanakan pekerjaan. melaksanakan pekerjaan. pekerjaan. Anda berpuas melaksanakan pekerjaan.
pekerjaan. Anda juga Anda kurang mempunyai Anda akan mendapat lebih hati dengan hasil tugasan Anda sangat berpuas hati
sangat kurang mempunyai autonomi dalam kepuasan sekiranya yang telah diselesaikan. dengan hasil tugasan
autonomi dalam menjalankan tugasan. mendapat dorongan dan Kekuatan anda datang yang telah diselesaikan.
menjalankan tugasan. Anda juga mempunyai pengiktirafan orang lain. dari dalaman diri serta Kekuatan anda datang
Selain itu, anda sangat kesukaran untuk Selain itu, anda memerlukan dorongan dari dalaman diri tanpa
sukar untuk mengimbangi mengimbangi kehidupan mempunyai autonomi dan pengiktirafan yang memerlukan dorongan
kehidupan dan kerjaya. dan kerjaya. dalam menjalankan minimum daripada orang dan pengiktirafan orang
tugasan pada tahap lain. Selain itu, anda juga lain. Selain itu, anda juga
sederhana. Dalam mempunyai autonomi sentiasa mempunyai
kebanyakan keadaan, dalam menjalankan autonomi dalam
anda berkeupayaan untuk tugasan. Anda menjalankan tugasan.
mengimbangi kehidupan berkeupayaan untuk Anda sangat
dan kerjaya. mengimbangi kehidupan berkeupayaan untuk
dan kerjaya. mengimbangi kehidupan
dan kerjaya.

46
3. KESEJAHTERAAN FIZIKAL

Kesejahteraan fizikal merujuk kepada penjagaan kesihatan individu daripada aspek fizikal yang merangkumi amalan pemakanan,
nutrisi seimbang, senaman dan aktiviti fizikal secara sihat serta penjagaan kebersihan diri secara berkesan. Individu yang sejahtera
fizikal tidak akan menyalahgunakan ubat-ubatan, alkohol, bahan-bahan terlarang seperti dadah, gam, vape dan merokok.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Anda merupakan individu Anda merupakan individu Anda merupakan individu Anda merupakan individu Anda merupakan individu
yang sangat kurang yang kurang yang mengamalkan yang mengamalkan yang sangat konsisten
menitikberatkan mengamalkan penjagaan penjagaan kesihatan penjagaan kesihatan mengamalkan penjagaan
penjagaan kesihatan kesihatan fizikal. Anda fizikal. Anda agak fizikal yang baik. Anda kesihatan fizikal. Anda
fizikal. Anda tidak kurang konsisten dalam konsisten dalam konsisten mengamalkan sentiasa mengamalkan
konsisten dalam mengamalkan tabiat mengamalkan tabiat tabiat harian dan tingkah tabiat harian dan tingkah
mengamalkan tabiat harian dan tingkah laku harian dan tingkah laku laku yang memberikan laku yang memberikan
harian dan tingkah laku yang memberikan kesan yang memberikan kesan kesan baik kepada kesan yang baik kepada
yang memberikan kesan kepada kesihatan (amalan kepada kesihatan (amalan kesihatan (amalan kesihatan (amalan
kepada kesihatan (amalan pemakanan, nutrisi pemakanan, nutrisi pemakanan, nutrisi pemakanan, nutrisi
pemakanan, nutrisi seimbang, senaman dan seimbang, senaman dan seimbang, senaman dan seimbang, senaman dan
seimbang, senaman dan aktiviti fizikal serta aktiviti fizikal serta aktiviti fizikal serta aktiviti fizikal serta
aktiviti fizikal serta penjagaan kebersihan penjagaan kebersihan penjagaan kebersihan penjagaan kebersihan
penjagaan kebersihan diri). Anda mengamalkan diri). Anda mengamalkan diri). Anda mengamalkan diri). Anda sentiasa
diri). Anda mengamalkan gaya hidup yang kurang gaya hidup yang agak gaya hidup yang sihat. mengamalkan gaya hidup
gaya hidup yang sangat sihat. sihat. yang sihat.
kurang sihat.

47
4. KESEJAHTERAAN PERHUBUNGAN

Kesejahteraan perhubungan merujuk kepada kualiti perhubungan dua hala antara individu dan orang lain dalam kalangan ahli
keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Anda sangat kurang Anda kurang memberi Anda berupaya dalam Anda menjaga Anda sentiasa menjaga
memberi tumpuan dalam tumpuan dalam membina membina dan memupuk perhubungan dengan ahli perhubungan anda
membina dan memupuk dan memupuk perhubungan yang baik keluarga, rakan-rakan dan dengan ahli keluarga,
perhubungan dengan ahli perhubungan dengan ahli dengan ahli keluarga, masyarakat. Anda rakan-rakan dan
keluarga, rakan-rakan dan keluarga, rakan-rakan dan rakan-rakan dan seorang yang masyarakat. Anda
masyarakat. Anda sangat masyarakat. Anda kurang masyarakat. Kualiti mementingkan kualiti seorang yang sangat
kurang menjaga kualiti menjaga kualiti perhubungan anda perhubungan dengan mementingkan kualiti
perhubungan dengan perhubungan dengan dengan individu lain individu lain. Anda juga perhubungan dengan
individu lain. Anda juga individu lain. Anda juga adalah memuaskan. sentiasa prihatin terhadap individu lain. Anda juga
sangat kurang prihatin kurang prihatin terhadap Dalam kebanyakan kebajikan orang lain. sangat prihatin terhadap
terhadap kebajikan orang kebajikan orang lain. keadaan, anda seorang kebajikan orang lain.
lain. yang prihatin terhadap
kebajikan orang lain.

48
5. KESEJAHTERAAN INTELEKTUAL

Kesejahteraan intelektual merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir secara rasional dan terarah untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Individu yang sejahtera secara intelektual juga adalah kreatif dan berusaha
menambah ilmu pengetahuan secara berterusan.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Anda memiliki kebolehan Anda kurang Secara umumnya, anda Anda memiliki kebolehan Anda memiliki kebolehan
berfikir secara rasional berkebolehan untuk berkebolehan untuk berfikir secara rasional berfikir secara rasional
yang sangat rendah. Anda berfikir secara rasional. berfikir secara rasional. yang baik. Anda seorang yang tinggi. Anda seorang
sangat kurang Anda juga kurang kreatif Dalam kebanyakan yang kreatif dalam yang sangat kreatif dalam
menggunakan kreativiti dalam menyelesaikan keadaan, anda agak menyelesaikan masalah. menyelesaikan masalah.
dalam menyelesaikan masalah. Usaha anda kreatif dalam Anda juga berusaha untuk Anda juga sentiasa
masalah. Usaha anda untuk menambah ilmu menyelesaikan masalah. menambah ilmu berusaha untuk
untuk menambah ilmu pengetahuan adalah Usaha anda untuk pengetahuan. menambah ilmu
pengetahuan juga adalah terhad. menambah ilmu pengetahuan.
sangat terhad. pengetahuan adalah baik.

49
6. KESEJAHTERAAN SPIRITUAL

Kesejahteraan spiritual merujuk kepada amalan individu untuk percaya, berfikir dan bertindak berdasarkan kepada nilai-nilai murni
dalam mengekalkan keharmonian hubungan dengan Tuhan, diri sendiri dan masyarakat.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Amalan anda dalam Amalan anda dalam Amalan anda dalam Amalan anda dalam Amalan anda dalam
mengekalkan mengekalkan mengekalkan mengekalkan mengekalkan
keharmonian hubungan keharmonian hubungan keharmonian hubungan keharmonian hubungan keharmonian hubungan
dengan Tuhan, diri sendiri dengan Tuhan, diri sendiri dengan Tuhan, diri sendiri dengan Tuhan, diri sendiri dengan Tuhan, diri sendiri
dan masyarakat adalah dan masyarakat adalah dan masyarakat adalah dan masyarakat adalah dan masyarakat adalah
rendah. Anda juga kurang memuaskan. Anda pada tahap sederhana. baik. Anda mempamerkan tinggi. Anda sentiasa
merupakan individu yang kurang mempamerkan Dalam banyak keadaan, nilai-nilai murni dalam mempamerkan nilai-nilai
sangat kurang nilai-nilai murni dalam anda mempamerkan nilai- kehidupan. murni dalam kehidupan.
mempamerkan nilai-nilai kehidupan. nilai murni dalam
murni dalam kehidupan. kehidupan.

50
7. KESEJAHTERAAN IDENTITI

Kesejahteraan identiti merujuk kepada penerimaan individu terhadap diri sendiri dari aspek jantina, asal usul budaya, keadaan fizikal
dan penampilan diri.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Anda merupakan individu Anda merupakan individu Secara umumnya, anda Anda merupakan individu Anda merupakan
yang sukar menerima diri yang kurang menerima merupakan individu yang yang individu yang
sendiri secara positif dari diri sendiri secara positif boleh menerima diri menerima diri sendiri sentiasa menerima diri
aspek jantina, asal usul dari aspek jantina, asal sendiri secara positif dari secara positif dari aspek sendiri secara positif dari
budaya, keadaan fizikal dan usul budaya, keadaan aspek jantina, asal usul jantina, asal usul budaya, aspek jantina, asal usul
penampilan diri. Anda sangat fizikal dan penampilan diri. budaya, keadaan fizikal keadaan fizikal dan budaya, keadaan fizikal
kurang berasa bangga Anda kurang berasa dan penampilan diri. penampilan diri. Anda dan penampilan diri.
dengan diri sendiri. bangga dengan diri Dalam kebanyakan berasa bangga dengan Anda berasa sangat
sendiri. keadaan, anda berasa diri sendiri. berbangga dengan diri
bangga dengan diri sendiri.
sendiri.

51
8. KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Kesejahteraan kewangan merujuk kepada kestabilan dari aspek kewangan berasaskan kepada literasi dan kemahiran pengurusan
kewangan yang berkesan.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Pengetahuan dan kemahiran Anda mempunyai kurang Secara umumnya, anda Anda mempunyai Anda mempunyai
anda dalam pengurusan pengetahuan dan mempunyai pengetahuan pengetahuan dalam pengetahuan yang tinggi
kewangan adalah rendah. kemahiran dalam dan kemahiran dalam pengurusan kewangan dalam pengurusan
Anda sangat memerlukan menguruskan pengurusan kewangan. yang baik. Anda juga kewangan. Anda juga
pengetahuan dan kemahiran perbelanjaan dan Namun, anda perlu mempunyai kemahiran mempunyai kemahiran
dalam pengurusan kewangan. Anda perlu sentiasa meningkatkan mengurus perbelanjaan mengurus perbelanjaan
kewangan. meningkatkan pengetahuan pengurusan kewangan. kewangan yang
pengetahuan dan kewangan dari semasa ke berkesan.
kemahiran pengurusan semasa supaya dapat
kewangan. menguruskan kewangan
secara berkesan.

52
KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI

Kesejahteraan psikologi merujuk kepada sejauhmana individu membuat pilihan bagi kehidupan yang bermakna, memiliki kefungsian
psikologi dan mengamalkan cara kehidupan berorientasi kesejahteraan yang terbaik dari aspek emosi, pekerjaan, fizikal,
perhubungan, intelektual, spiritual, identiti dan kewangan untuk kehidupan yang berfungsi sepenuhnya.

RENDAH SEDERHANA RENDAH SEDERHANA SEDERHANA TINGGI TINGGI


(1 – 20) (21 – 40) (41 – 60) (61 – 80) (81 – 100)
Anda belum mempunyai Anda kurang kesedaran Anda mempunyai Anda mempunyai Anda mempunyai
kesedaran dalam membuat dalam membuat pilihan kesedaran dalam kesedaran yang baik kesedaran yang sangat
pilihan bagi kehidupan yang bagi kehidupan yang membuat pilihan bagi dalam membuat pilihan baik dalam membuat
bermakna. Anda belum bermakna. Anda kurang kehidupan yang bagi kehidupan yang pilihan bagi kehidupan
memiliki secara sepenuhnya memiliki kefungsian bermakna. Anda memiliki bermakna. Anda memiliki yang bermakna. Anda
kefungsian psikologi dan psikologi dan masih kefungsian psikologi dan kefungsian psikologi yang memiliki kefungsian
masih belum mencapai kurang mencapai mencapai kesejahteraan positif dan mencapai psikologi yang sangat
kesejahteraan yang terbaik kesejahteraan yang yang terbaik dari aspek kesejahteraan yang positif dan sentiasa
dari aspek emosi, pekerjaan, terbaik dari aspek emosi, emosi, pekerjaan, fizikal, terbaik dari aspek emosi, mencapai kesejahteraan
fizikal, perhubungan, pekerjaan, fizikal, perhubungan, intelektual, pekerjaan, fizikal, yang terbaik dari aspek
intelektual, spiritual, identiti perhubungan, intelektual, spiritual, identiti dan perhubungan, intelektual, emosi, pekerjaan, fizikal,
dan kewangan. spiritual, identiti dan kewangan. spiritual, identiti dan perhubungan,
kewangan. kewangan. intelektual, spiritual,
identiti dan kewangan.

KESELARASAN

Keselarasan merujuk kepada kecenderungan individu menjawab item-item dalam inventori ini secara konsisten.

SKOR DI BAWAH NILAI 50 SKOR MELEBIHI NILAI 5O

Anda mempunyai kecenderungan menjawab item-item secara Anda mempunyai kecenderungan menjawab item-item secara tidak
konsisten iaitu menunjukkan diri yang sebenar (real self). konsisten iaitu menunjukkan diri yang ideal (ideal self).

53
6.0 Penutup

IKPsi dibangunkan untuk mengukur tahap kesejahteraan psikologi warga KPM


secara holistik berdasarkan lapan konstruk kesejahteraan psikologi yang diukur.
Inventori ini telah melalui proses pembinaan instrumen yang bersesuaian mengikut
Model Pembinaan Instrumen (Miller, Lovler & McIntire, 2013).

Pengujian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen juga telah dilakukan


memastikan inventori yang dibina ini dapat mengukur kesejahteraan psikologi yang
hendak diukur. Individu yang mengambil IKPsi boleh mengenal pasti tahap
kesejahteraan psikologi diri. Selain itu, IKPsi juga akan digunakan sebagai profil
kesejahteraan psikologi warga KPM dan seterusnya Kaunselor Pendidikan boleh
menjalankan intervensi melalui pembangunan, pencegahan dan pemulihan bagi
warga KPM berdasarkan data profil kesejahteraan psikologi tersebut.

54
Rujukan
Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Bryant, F. and Veroff, J., 1982. The Structure of Psychological Well-Being: A


Sociohistorical Analysis. Journal of Personality and Social Psychology, 43(4),
pp.653-673.

Chew, N., Ngiam, J., Tan, B., Tham, S., Tan, C., Jing, M. Sharma, V. (2020). Asian-Pacific
Perspective on the Psychological Well-Being of Healthcare Workers during the
Evolution of The COVID-19 Pandemic. BJPsych Open, 6(6), E116.
doi:10.1192/bjo.2020.98.

Creswell. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantative


and Qualitative Research (4th ed). Borstan, MA: Pearson Educational.

Demir, M., Jaafar, J., Bilyk, N., & Mohd Ariff, M. R. (2012). Social Skills, Friendship and
Happiness: A Cross-Cultural Investigation. The Journal of Social Psychology,
152(3), 379–385. https://doi.org/10.1080/00224545.2011.591451.

Hair, J.F, Anderson, R.E., Tatham, R.L, dan Black, Black, W.C (2010). Multivariate Data
Analysis Seventh Edition, New York: Practice Hall International Inc.

Hassan, A. , Yusooff, F. , Alavi, K. (2013). Difference in Psychological Well-Being Based


on Comparison of Religions: A Case Study in Pekan District, Pahang, Malaysia.
World Academy of Science, Engineering and Technology, Open Science Index 79,
International Journal of Psychological and Behavioral Sciences, 7(7), 1934 - 1938.

Herman, H., 2018. Hubungan Antara Budaya Organisasi Dan Kepuasan Kerja Dengan
Komitmen Terhadap Organisasi. JIMFE (Jurnal Ilmiah Manajemen Fakultas
Ekonomi), 2(1), pp.18-32.

Johari, F. S., & Omar, R. (2019). Exploring Factors Impacting on Psychological Well-Being
of Health Care Workers. International Journal of Academic Research in Business
and Social Sciences, 9(2). https://doi.org/10.6007/ijarbss/v9-i2/5711.

Kadir, O. (2020). Keseimbangan Kerja-Kehidupan, Kesejahteraan Psikologi dan Mobiliti


Kerjaya Graduan Wanita Dalam Organisasi. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, (JILID
III). Retrieved from http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9361.

Kaiser, H (1970). A Second Generation Little Jiffy, Psychometrica, 35,401-15.

Kállay, É., & Rus, C. (2014). Psychometric Properties of the 44-Item Version of Ryff’s
Psychological Well-Being Scale. European Journal of Psychological Assessment,
30(1), 15–21. https://doi.org/10.1027/1015-5759/a000163.

Lim. C.H. (2007) Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif.


Selangor, Malaysia: Mc Grew Hill.

55
Malek, M. D., Fahrudin, A., & Mohd Kamil, I. S. (2009). Occupational Stress and
Psychological Well-Being in Emergency Services. Asian Social Work and Policy
Review, 3(3), 143–154. https://doi.org/10.1111/j.1753-1411.2009.00030.x.

Panatik, S. A., Badri, S. K., Rajab, A., Rahman, H. A., & Shah, I. M. (2011). The Impact
of Work Family Conflict on Psychological Well-Being among School Teachers in
Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 29, 1500–1507.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2011.11.390.

Park, M. S.-A., Goto, N., Kennedy, A., Raj, S., Dutson, A., Park, L., & Sovet, L. (2020).
Positive Orientation, Job Satisfaction and Psychological Well-Being of Mental
Health Practitioners in Malaysia. Psychology, Health & Medicine, 1–11.
https://doi.org/10.1080/13548506.2020.1804599.

Ramesh Kumar (2012). A Study on Turnover Intention in Fast Food Industry: Employee’s
Fit to the Organizational Culture and the Important of their Commitment. International
Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. Vol. 2, No. 5

Razak, N. and Mydin Kutty, F., 2021. Daya Tahan, Strategi Daya Tindak Serta
Hubungannya Terhadap Tahap Kesejahteraan Psikologi Guru. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), pp.171-179.

Ryff, C. D. (1989). Happiness Is Everything, Or Is It? Explorations on the Meaning of


Psychological Well-Being. Journal of Personality and Social Psychology, 57, 1069-
1081.

Ryff, C. D., & Keyes, C. L. M. (1995). The Structure of Psychological Well-Being Revisited.
Journal of Personality and Social Psychology, 69(4), 719-727.

Ryff, C. D., & Singer, B. (1996). Psychological Well-Being: Meaning, Measurement, and
Implications for Psychotherapy Research. Psychotherapy and Psychosomatics,
65(1), 14–23. https://doi.org/10.1159/000289026.

Saunders dan Tosey (2015). Handbook of Research Methods on Human Resources


Development.

Shahidan J.Coakes, Lyndell Sfeed, Peta Dzidic (2007). SPSS Analysis Without Anguish,
Willey Indra. Edition ISBN 81-265-0870-1.

Shariff, M. I. A. S., & Sulaiman, W. S. W. (2018). Penerokaan Ciri-Ciri Psikometrik Skala


Kesejahteraan Psikologi dalam Kalangan Sampel Malaysia (Exploring the
Psychometric Properties of the Psychological Well-Being Scale among Malaysian
Samples). Jurnal Psikologi Malaysia, 32(3).

Voon, S. P., Lau, P. L., Leong, K. E., & Jaafar, J. L. (2021). Self-Compassion and
Psychological Well-Being among Malaysian Counselors: The Mediating Role of
Resilience. The Asia-Pacific Education Researcher. https://doi.org/10.1007/s40299-
021-00590-w.

Wright, T. and Cropanzano, R., (2000). Psychological Well-Being and Job Satisfaction as
Predictors of Job Performance. Journal of Occupational Health Psychology, 5(1),
pp.84-94.

56

You might also like