You are on page 1of 11

SULIT 1103/2

Nama: ................................................................ Kelas: ..............................................

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUHARA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023


BAHASA MELAYU 1103/2
TINGKATAN 4
Kertas 2
Ogos 2023
2 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAAN INI SEHINGGAN DIBERITAHU

1. Tulis nama anda pada kertas jawapan Untuk KegunaanPemeriksa


dan kertas soalan.
2. Kertas peperiksaan ini mengandungi Kod Pemeriksa
tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian Markah Penuh Markah
B, dan Bahagian C. Diperoleh
3. Jawab semua soalan. Bahagian A
4. Jawapan hendaklah ditulis di dalam Soalan 1 8
buku jawapan yang disediakan. Soalan 2 6
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Soalan 3 11
Rumi atau Jawi. Soalan 4 6
6. Buku jawapan hendaklah diserahkan Soalan 5 4
kepada pengawas peperiksaan pada 35
akhir peperiksaan. Bahagian B
Soalan 6 13
Soalan 7 12
Soalan 8 10
35
Bahagian C
Soalan 9 30
Markah 100
keseluruhan

Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak

1
SULIT 1103/2

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja
terbitan. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja terbitan
tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Golongan graduan perlulah berani meneroka bidang keusahawanan untuk
pembangunan negara. Pelbagai pihak telah menyediakan program dan bantuan kepada para
graduan. Kerajaan memberikan dana dan pinjaman kepada graduan menerusi Skim
Usahawan Muda. Para graduan dapat mengusahakan kawasan tanah terbiar dan seterusnya
menjadi petani moden yang berjaya. Hal ini boleh mengurangkan kadar pengangguran di
negara kita.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kemahiran sebelum bergelar graduan’
Oleh Noraziah Mohd Amin,
Dewan Siswa, Bil 6/2018

[8 markah]

2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat
bagi perkataan yang bergaris. Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di
bawah.

Subjek :_________________________________________
Predikat :_________________________________________

Semangat cinta akan negara adalah semangat patriotik kepada negara. Penerapan
nilai-nilai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia perlu bermula sejak di bangku
sekolah lagi. Dalam penerapan nilai-nilai inilah strategi kerajaan digunakan supaya setiap
warganegaranya tahu akan kewujudan asal-usul bangsa serta negara. Objektif pendidikan
patriotisme ialah meningkatkan semangat dan makna patriotisme. Semangat patriotik yang
sejati akan melahirkan jati diri dan semangat cinta negara yang tulen yang akan mendahului
kepentingan individu, kaum, politik dan ekonomi.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pendidikan awal pupuk semangat patriotisme’
Oleh Nor Azizah Mokhtar,
Berita Harian Online, Ogos 2017

[6 markah]

2
SULIT 1103/2

3 Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam
kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda
tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

Laporan Perkhemahan Pengakap Perdana


Pada 16 September hingga 18 September 2021, kumpulan Pengakap Perdana Sekolah
Menengah Kebangsaan Jelutong Idaman telah mengadakan perkhemahan bertempat di tapak
perkhemahan Wangsa Maju , Kuala Ketil kedah. Program ini dijalankan selama tiga hari dan
mendapat biaya sepenuhnya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Program
ini disertai oleh 200 orang pengakap di seluruh Pulau Pinang. Objektif perkhemahan ini
diadakan adalah untuk memberikan kemahiran asas ikhtisas hidup dan memupuk semangat
kekitaan di kalangan ahli pengakap.
[5 markah]

Bahan 2

Periuk kera ialah tumbuhan yang hidup merata dan dapat ditemukan di hutan
Malaysia. Kawasan hutan pergunungan menjadi habitat yang menampung jumlah spesis
periuk kera tanah tinggi yang banyak. Bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia,
periuk kera sering dipergunakan untuk memasak lemang pada musim perayaan. Periuk kera
juga mendapat permintaan yang tinggi untuk menjadikan sebagai tumbuhan hiasan
disebabkan oleh keunikan rupa bentuknya. Masyarakat perlu menyedari tentang kepentingan
dan nilai tumbuhan ini untuk mengelakkan kepupusan kahzanah hutan hujan tropika ini
seterusnya membolehkannya dinikmati oleh generasi akan datang.

[6 markah]

3
SULIT 1103/2

4 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.
Maka sembah Temenggung,”Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang
berkawal semalam tadi, pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”
Maka titah baginda,”Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh
memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.

Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

5 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang
sesuai.

Lokman dan adiknya sering bertengkar dan bermasam muka namun tidak
berpanjangan. Biasanya mereka akan berbaik semula seperti biasa pada keesokan harinya
kerana (i)__________________________________________. Encik Ahmad dan Puan
Hana pula sentiasa memberikan sepenuh perhatian serta kasih sayang kepada Lokman dan
adiknya. Mereka akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada anak-anak
dengan mencukupkan segala keperluan anak-anak. Mereka menjaga anak-anak
(ii)___________________________________________________.
[4 markah]

4
SULIT 1103/2

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]

6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Penggunaan Internet dan komputer multimedia telah mencetuskan perpindahan


teknologi dari zaman tradisional ke era digital yang begitu menakjubkan. Telefon era
digital mampu melakukan perantauan yang jauh melepasi dunia. Teknologi maklumat
mempermudah komunikasi dua hala sesama manusia dan negara. Selain itu, kemajuan
teknologi membolehkan pendidikan jarak jauh dilaksanakan. Para pelajar dapat mengikuti
kursus di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan mahupun di luar negara secara
maya.

Penggunaan Internet memperkenalkan perdagangan menerusi talian atau e-dagang.


Potensi pasaran semakin meningkat dan lebih berbentuk global. Proses perniagaan seperti
pesanan, penghantaran bil dan produk dapat dilaksanakan dengan cepatnya. Kini, pihak
bank pula menawarkan perkhidmatan e-perbankan. Urusan melibatkan wang bernilai
jutaan ringgit dan pengendalian rekod pelanggan dapat dilakukan dengan pantasnya dan
terjamin.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Manfaat teknologi secara bijak’
Oleh Fauziah Taib,
Berita Harian Online, November 2019

Bahan 2

Pada era siber ini ilmu berkembang tanpa sempadan. Sebarang maklumat dapat
diperoleh dengan penggunaan Internet. Selain itu, melalui sidang video, seseorang dapat
belajar terus daripada pensyarah walaupun mereka tidak bersua muka secara rasminya.
Begitulah hebatnya teknologi maklumat. Inilah masanya kita memanfaatkan teknologi
maklumat untuk menyebarkan ilmu dalam kalangan rakyat.

Teknologi maklumat adalah pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Penanda


aras kepada perkembangan drastik ekonomi adalah dengan perkembangan urusan
perdagangan dan perbankan. Urusan yang berkaitan dengan penyimpanan data, statistik
dan urusan transaksi dapat dilakukan melalui komputer sahaja. Para pengeluar yang
mengeluarkan produk baharu juga dapat menghebahkan produk mereka di laman web
sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Teknologi Maklumat, banyak faedahnya’
Oleh Nor Azizah Mokhtar,
Berita Harian Online, Julai 2017

5
SULIT 1103/2

(i) Berdasarkan Bahan 2, apakah maksud perkembangan drastik? [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan manfaat teknologi maklumat kepada
manusia. [3 markah]

(iii) Penggunaan teknologi maklumat banyak memberikan kelebihan dalam pelbagai bidang.
Namun begitu, terdapat kesan buruk jika kemudahan ini tidak digunakan dengan sebaik-
baiknya.

Pada pendapat anda, apakah kesan buruk daripada aktiviti penyalahgunaan teknologi
maklumat? [4 markah]

(iv) Ibu saudara anda telah menjalankan perniagaan keropok berasaskan makanan laut
selama 15 tahun. Beliau hanya menghasilkan produk makanan tersebut secara manual
dan menjualnya di sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja.

Sebagai generasi era sains dan teknologi, apakah cadangan yang dapat anda kemukakan
kepada ibu saudara anda untuk merancakkan lagi perniagaan keropoknya?
[4 markah]

6
SULIT 1103/2

7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

NEK SINAH : Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran
Aiman, ayam masak pedas.
AIMAN : Hei, jangan panggil saya Nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah.
Nek Sinah cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar.
Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu kak Dapnia balik. Saya nak
makan dengan dia.
NEK SINAH : Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada
telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak
tugasan di universiti malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam
baru dia pulang.
AIMAN : Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam
rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.
NEK SINAH : Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting.

Dipetik daripada
‘Berkhidmat Untuk Negara’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

NILAI KASIH

Tatkala aku perlu kasihmu


melayan hati yang sering rindu
dalam kesepian yang syahdu
tertanya aku pada diriku
adakah aku yang salah laku?

Jauh di sudut hati ini


jerih keringatmu sentiasa berbakti
aku cuba untuk mengerti
kesibukanmu mencari rezeki
membiarkanku sentiasa sepi
namunku pasti
kasihmu setia di hati.

Dipetik daripada
‘Sajak Kasih’
Nukilan : Putri Ayrn
7
SULIT 1103/2

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sentiasa sepi. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca anak-anak berasa kesepian
ketika berada di rumah? [3 markah]

(iii) Ibu bapa banyak berkorban untuk kebahagiaan anak-anak.

Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai kedua-dua ibu bapa?
[3 markah]

(iv) Rakan anda menghadapi masalah untuk menjaga ibunya yang sudah tua kerana
kesibukan bekerja. Dia bercadang untuk menghantar ibunya ke pusat jagaan orang tua.
Anda berasa tindakannya itu adalah tidak wajar.

Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda mengatasi
masalah tersebut? [4 markah]

8
SULIT 1103/2

8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan
5.

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Saya sudah tak berdaya mengusahakan chalet itu Ghazi, Eda,” lemah nada
Pak Cik Aziz sambil menundukkan kepala. Anak-anak sudah tidak mahu balik ke
tanah air untuk menyambung perusahaan pak cik,” sambungnya sambil wajah
disarati masalah.
“Di mana mereka?”Tanya Ghazi.

“Di Los Angeles dan di London, masing-masing bersuamikan orang luar dan bekerja
di sana,” kata Pak Cik Azizi, nadanya bersepuh kesedihan.
“Oh…., “terpancul suara Ghazi dan Waheeda lalu melopong terperanjat.
“Memang silap pak cik sendiri kerana kurang pengalaman. Kakitangan sendiri
menyeleweng. Bayangkan bayaran ansuran bulanan pinjaman tertunggak sehingga
enam bulan, baru pak cik dapat tahu,”kata Aziz menggeleng.
“Pegawai bank itu sudah memberikan notis pelunasan, jika tidak, pihak mereka akan
menyita segala aset perniagaan pak cik.”
Dipetik daripada Novel Tirani,
Karya Beb Sabariah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan sebab Pak Cik Aziz tidak berdaya mengusahakan chaletnya.


[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menunjukkan kasih sayang yang terdapat dalam novel. [6 markah]

9
SULIT 1103/2

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]
9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1

Depresi atau kemurungan merupakan sejenis penyakit kesihatan mental. Penyakit


kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang
menyumbang kepada penyakit global yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada
ketika ini. Faktor yang mencetuskan kemurungan dalam kalangan remaja lazimnya adalah
berkaitan dengan isu harga diri, kegiatan buli, prestasi akademik yang rendah, dan pernah
menjadi mangsa penderaan fizikal atau seksual. Disebabkan kemurungan selalunya
membabitkan anggota keluarga, maka genetik ataupun baka keturunan memainkan peranan
penting. Mereka yang mempunyai keluarga yang menghidap penyakit ini berisiko
mengalami masalah yang sama. Perubahan dalam kesimbangan hormon badan juga mungkin
menjadi antara penyebab berlakunya kemurungan.

Sehubungan dengan itu, kita tidak boleh membiarkan penyakit kesihatan mental ini
terus melanda anggota masyarakat terutama golongan muda yang masih panjang jalan hidup
mereka. Individu mengalami masalah depresi sebenarnya dapat mengatasi tersebut dengan
mudahnya. Antara langkahnya termasuklah melakukan senaman ringan, beriadah, beramah
mesra dengan orang yang dipercayai, serta melakukan aktiviti yang dapat menyenangkan hati.
Kebanyakan remaja perempuan berisiko untuk mengalami depresi serta perubahan emosi
yang ketara seperti berasa sedih, tidak bersemangat dan suka memendam perasaan. Dalam
situasi sedemikian, anggota keluarga perlu lebih peka, memberikan kasih sayang dan
membuka minda remaja yang menghadapi masalah ini. Amalan tersebut dapat membantu
mereka untuk membebaskan diri daripada kemurungan yang berpunca daripada masalah akil
baligh.

Pengidap despresi pula usah berserah diri dan berasa terlalu sedih, sebaliknya mereka
harus tabah dan cekal hati. Mereka hendaklah mencari jalan untuk menyelamatkan diri dengan
meminta bantuan daripada ibu bapa, saudara-mara, sahabat handai, kaunselor, atau pakar
psikiatri. Selain itu, mereka perlu meluahkan perasaan kepada sesiapa yang dapat dipercayai
untuk mendapatkan sokongan moral. Pada zaman ini, anak-anak yang memasuki alam remaja
lebih memahami masalah emosi yang dihadapi perlu ibu mereka. Oleh itu, interaksi antara
anak dengan ibu adalah jauh lebih baik daripada interaksi antara ibu dengan bapa kerana anak-
anak lazimnya menaruh simpati terhadap ibu mereka dan mencuba untuk menyelami
kepedihan yang dialami oleh ibu mereka. Melatih keupayaan untuk bertolak ansur dan
menerima perkara buruk yang berlaku melalui tingkah laku yang sihat juga merupakan antara
cara untuk mengatasi kemurungan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Mengapakah Seseorang Individu Mudah Mendapat Depresi?’
Dewan Siswa, 2018

10
SULIT 1103/2

Bahan 2

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

HAMIDAH BT LAJUMA NOOR AFIZAH BT APANG LATIFAH BT HJ SANI


Guru mata pelajaran Ketua Panitia, Ketua Bidang Bahasa,
Bahasa Melayu Bahasa Melayu SMK Kuhara Tawau.
SMK Kuhara Tawau SMK Kuhara Tawau Tarikh:
Tarikh: Tarikh:

11

You might also like