You are on page 1of 2

Yayasan Kebajikan Negara Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berminat bagi

memohon kekosongan jawatan kontrak sebagai Pegawai Eksekutif seperti perincian berikut :
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatan : Pegawai Eksekutif

Kumpulan : Pengurusan & Profesional

Gred /(Jadual Gaji) : Gred 41 ( Gaji Min Permulaan: RM 2,080.00 dan sekurang-kurangnya 2
hingga 5 tahun pengalaman di dalam pengendalian program motivasi dan
pembangunan jati diri)

Taraf : Kontrak (1 tahun)

Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i. Warganegara Malaysia; dan


ii. Berumur di antara 28 hingga 38 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan ; dan
iii. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
atau ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya (Keutamaan dalam bidang Pengurusan
dan Kepimpinan, Pengurusan Sains Sosial dan lain-lain yang setara
dengannya)
iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

v. Keutamaan akan diberi kepada calon-calon seperti berikut:


- Berpengalaman dalam bidang kepimpinan, kerja-kerja
kebajikan dan kesukarelawanan
- Berpengalaman menjalankan intervensi yang merangkumi
aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan
terhadap kumpulan sasar
- Berkeyakinan tinggi, berpengetahuan, berintegriti dan
mempunyai kemahiran sosial dalam aspek kepimpinan
- Boleh bekerja dengan pro-aktif dan ‘result oriented ’ serta
berkeupayaan untuk bekerja dengan penyeliaan yang
minimum
- Kemahiran komunikasi dan perhubungan awam yang baik

1/2
vi. Boleh bertutur, membaca dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris dengan amat baik

vii. Mempunyai peribadi yang baik dan semangat kerja berpasukan yang
tinggi dan mempunyai keupayaan membimbing dan kebolehan memimpin

Imbuhan/Elaun : Senarai imbuhan/elaun tetap bulanan yang sedang berkuatkuasa.


i) Khidmat Awam – RM 300.00
ii) Perumahan – RM 300.00
iii) Sara Hidup – RM 300.00

Bidang Tugas : - Mengadakan libat urus dan merancang program bersesuaian


bersama agensi kerajaan, IPT/IPTS, sektor korporat, pusat
latihan kemahiran, NGO dan sektor swasta dalam pelaksanaan
program-program CSR dan jati diri kepada kumpulan rentan
terutamanya golongan remaja
- Merancang, menyediakan modul dan melaksanakan program-
program motivasi kepada kumpulan rentan terutamanya
golongan remaja
- Mengurus kerja-kerja berkaitan operasi termasuk pentadbiran,
pengurusan kewangan, perancangan dan pelaksanaan
program/aktiviti
- Menyelia, memantau dan melaporkan prestasi perlaksanaan
program
- Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

Cara Memohon : Calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan


menghantar :

i) Maklumat peribadi/resume yang mengandungi


MAKLUMAT BERIKUT SAHAJA Nama Penuh; No KP;
Alamat; Nombor Telefon; Kelulusan Akademik;
Pengalaman Kerja; Nama & Alamat Majikan (bagi
yang sedang bekerja); Nama & Nombor telefon ahli
keluarga/kenalan terdekat bagi tujuan rujukan

ii) Sekeping GAMBAR WARNA berukuran passport.

iii) Salinan SIJIL SPM, STPM @ STAM @ DIPLOMA DAN


IJAZAH atau yang setaraf SAHAJA . Sijil lain tidak
diperlukan bagi tujuan permohonan

Ketua Pegawai Eksekutif


Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia,
Aras 8, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat,
No.55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya

Permohonan boleh dikemukakan melalui email ke alamat berikut hr@yknm.org.my

Tarikh tutup permohonan : 21 Julai 2023

2/2

You might also like