You are on page 1of 1

Kedudukan Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa dan

beriklim panas dan lembap telah membentuk pelbagai kekayaan


alam semula jadi yang menjadi penarik utama para pelancong.
Seperti yang kita sedia maklum, destinasi pelancongan yang popular
di Malaysia termasuklah Gunung Kinabalu, Pulau Langkawi dan Pulau
Sipadan yang terkenal sebagai antara pulau yang tercantik di dunia.
Sudah terang lagi bersuluh sektor pelancongan memberikan banyak
kebaikan kepada negara dan masyarakat.
Kepentingan sektor pelancongan kepada negara dan masyarakat
ialah dapat mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan. Hal ini
demikian kerana destinasi pelancongan memerlukan banyak pekerja
untuk berkhidmat untuk pelanggan. Misalnya, destinasi pelancongan
memerlukan banyak pelayan restoran, perkerja di hotel, pemandu
pelancong dan pemandu bas pelancongan. Hal ini mengakibatkan
kadar pengangguran dikurangkan dalam Malaysia. Pelbagai restoran
dan pusat penginapan semakin bertambah bak kata peribahasa
bagao cendawan tumbuh selapas hujan. Jelaslah bahawa
pelancongan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
Selain itu, sektor pelancongan dapat meningkatkan pendapatan
negara. Hal ini berlaku kerana pelancong membayar kos penginapan,
makanan dan pengangkutan dalam negara. Contohnya, pelancong
akan membayar kepada hotel-hotel, rumah penginapan, restoran dan
bas pelancongan. Hal ini menyebabkan pendapatan per kapita dapat
ditingkatkan. Bak kata peribahasa Melayu, dayung sudah di tangan,
perahu sudah di air, pelbagai kemudahan pelancongan telah tersedia,
kerajaan perlu melaksanakan pelbagai program untuk
mempromosikan destinasi pelancongan di Malaysia. Natijahnya,
sektor pelancongan menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

You might also like