You are on page 1of 3

Sesi Akademik 2022

Semester September 2022

TUGASAN

MPU3183/03 Penghayatan Etika dan Peradaban

ARAHAN:

1. Tugasan individu ini merupakan penilaian akhir bagi menggantikan


peperiksaan sebenar.

2. Anda hanya dibenarkan maksimum sekali penghantaran sahaja.

3. Tugasan ini mengandungi satu (1) bahagian sahaja. Jawab semua soalan
berikut.

4. Anda dibenarkan untuk menghantar tugasan anda sekali sahaja.

5. Tugasan ini bermula pada 7 November 2022, Isnin (00:00) hingga 28


November 2022, Isnin (23:59).

6. Tugasan yang selesai dijawab perlu dihantar pada tarikh 28 November


2022, Isnin (23:59).

Hakcipta © 2022 WOU


Jawab semua soalan berikut. Setiap soalan mengandungi 20 markah.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat adalah penentu kepada pembentukan


kerajaan memerintah melalui pilihan raya umum yang akan diadakan lima tahun
sekali. Maka, pada tanggal 19 November 2022 rakyat Malaysia akan menjalani Pilihan
Raya Umum ke 15 untuk mengisi 222 kekosongan kerusi di Parlimen.

a) Mengapa Malaysia perlu laksanakan pilihan raya dan apakah syarat kelayakan
pemilih?

b) Nyatakan satu (1) kod etika berkempen ketika pilihan raya yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia dan huraikan kepentingannya.

c) Huraikan dua (2) kepentingan teknologi dan internet dalam kempen politik pilihan
raya.

d) Jelaskan satu (1) isu defisit sosial yang akan berlaku dalam pembangunan negara
jika pilihan raya yang dilaksanakan tidak berada di landasan yang benar.

e) Huraikan secara ringkas pilihan raya yang berlaku di kawasan anda mengundi.
Pada pandangan anda, adakah calon berikut mengetengahkan aspek
pembangunan lestari dalam kempen pilihan rayanya? Jika ya, jelaskan. Jika tidak,
berikan cadangan anda untuk menambahbaik kempennya pada masa akan
datang.

SOALAN TAMAT
Garis Panduan
• Baca dan fahami kehendak soalan sebelum menjawab.

• Taip jawapan anda mengikut kriteria yang ditentukan iaitu:

- Font Arial saiz 11 atau Font Times New Roman saiz 12.
- Langkau satu baris (single spacing)
- Justify perenggan anda
- Namakan fail anda : Nama anda_Kelas Kod_PEP, Contoh:
(Nurul_PEP1_PEP)
- Setiap satu jawapan pada setiap muka surat yang baharu.

• Tugasan ini merupakan tugasan individu, anda dilarang plagiat. Jika anda
didapati meniru tiada markah yang akan diberikan.

• Kemukakan jawapan anda dalam bentuk esei dan setiap satu jawapan anda
tidak kurang daripada 200 – 300 patah perkataan.

• Sertakan petikan dalam teks (in-text citation) anda dan juga rujukan diakhir
setiap satu jawapan.

You might also like