You are on page 1of 2

SULIT BMM1024

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 1

PEPERIKSAAN BAWA – PULANG : DISEMBER 2020

KAMPUS : BAHASA MELAYU

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : BMM1024


KURSUS : PENGENALAN KEBUDAYAAN DAN KESUSASTERAAN
MELAYU
MASA : 8 JAM
JUMLAH MARKAH : 40

ARAHAN KEPADA CALON


1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words
menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT BMM1024

BAHAGIAN A
( 20 markah )

Jawab semua soalan

1. Maksud sajak ialah hasil kreativiti pengarang yang memanipulasikan bahasa yang
menggunakan kata-kata terbaik dan disampaikan dalam bentuk terbaik serta
mempunyai fungsi tersendiri kepada masyarakat.

a Berikan pendapat anda tentang fungsi sajak kepada pembaca?

Panjang jawapan anda lebih kurang 200 patah perkataan.

[10 markah]

b Cipta sebuah sajak yang memperlihatkan nilai-nilai murni dan bertemakan


kemasyarakatan atau patriotisme.

Panjang jawapan anda lebih kurang 200 patah perkataan.

[10 markah]

BAHAGIAN B
(20 markah)

Jawab semua soalan.

1. Antara matlamat Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) BMM1024 adalah diharapkan pada
akhir kursus pelajar dapat menjelaskan konsep budaya Melayu, konsep masyarakat dan
bidang kebudayaan Melayu berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber.

Terangkan maksud budaya Melayu dan masyarakat Melayu serta ciri-ciri budaya
berserta contoh bidang kebudayaan Melayu dari aspek ekonomi masa kini di
petempatan anda sekarang?

Panjang jawapan anda lebih kurang 1200 patah perkataan.

[20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like