You are on page 1of 54

Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

MODUL PEMAHAMAN SPM


BENTUK SOALAN PEMAHAMAN ANTOLOGI

1. Pemahaman antologi akan ditanyakan dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM sebagai
Soalan 2 seperti berikut:
a) Cerpen atau Drama – Soalan 2 (b) / 9 markah
b) Prosa Klasik/Tradisional – Soalan 2 (c) / 8 markah
c) Puisi Tradisional atau Moden – Soalan 2 (d) / 9 markah

2. Bentuk soalan pemahaman ialah:


a) Pemahaman teks atau bahasa (maksud rangkai kata dalam petikan)
b) Soalan KBAT (soalan jenis bercapah, hal-hal yang tersirat, pandangan atau
pendapat calon tentang petikan)
c) Soalan Komponen Sastera (calon diuji tentang aspek sastera seperti perwatakan,
nilai, pengajaran, plot dan sebagainya)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PROSA


MODEN (CERPEN & DRAMA) DAN PUISI

1. Prosa moden terdiri daripada cerpen dan drama. Terdapat enam buah cerpen dan dua
buah drama yang perlu dikaji di tingkatan 4 dan tingkatan 5.
2. Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali untuk mendapatkan gambaran menyeluruh
tentang prosa.
3. Terdapat empat jenis soalan pemahaman yang dikemukakan dalam soalan:
a) Menganalisis petikan
i) Jawapan ada dalam petikan
ii) Elakkan menggunakan pendapat sendiri
b) Maksud rangkai kata
i) Seboleh-bolehnya jangan ambil satu pun perkataan yang diuji.
ii) Uji semula maksud yang diberi ke dalam petikan asal.
c) Unsur-unsur sastera
i) Soalan berkaitan dengan tema, persoalan, nilai, pengajaran, perwatakan dan
lain-lain.
ii) Calon perlu memahami teks cerpen atau drama dan membaca nota-nota
berkaitan teks tersebut.
d) Pendapat (KBAT)
i) Jawapan yang diberi mesti berasaskan idea sendiri.
ii) Jangan ambil isi daripada petikan.

4. Jawapan perlu ditulis dalam ayat yang lengkap, iaitu dengan mengambil sebahagian
daripada perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan jawapan anda.

288
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

5. Calon-calon dalam kategori GALUS digalakkan menjawab soalan yang mempunyai


jawapan dalam petikan (menganalisis petikan).

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN


PROSA TRADISIONAL
Panduan Menjawab Soalan 2c (i)
 Cari maksud rangkai kata berdasarkan konteks ayat menggunakan idea sendiri
 Ketika menulis jawapan (i), gugurkan kata arahan soalan dan tanda soal
 Salin separuh daripada ayat soalan dan disambungkan kepada maksud yang dicari.
 Contoh soalan: Berikan maksud mati dengan pekerjaan? [2 markah]
Contoh jawapan : Maksud rangkai kata ialah.....

Panduan Menjawab Soalan 2c (ii)


 Jawapan untuk soalan ini terdapat dalam petikan yang telah diberikan.
 Cari kata kunci dalam soalan tersebut untuk dijadikan panduan untuk mencari jawapan
dalam petikan (perlu cari tiga jawapan).
 Contoh soalan: Apakah reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-
kata yang diucapkan oleh Kertala Sari? [3 markah]
 Contoh Jawapan ...Reaksi dan tindakan Patih Gajah Mada setelah mendengar kata-
kata yang diucapkan oleh Kertala Sari ialah (1) ia pun terlalu sukacita, (2) seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan (3) diberinya persalin

Panduan Menjawab soalan 2c (iii)


 Jawapan untuk soalan ini berdasarkan idea atau pendapat sendiri.
 Murid perlu mengemukakan idea berdasarkan jumlah markah (3 markah - 3 idea)
 Ketika menulis jawapan, salin separuh daripada ayat soalan
 Gantikan perkataan anda kepada saya
 Gugurkan kata tanya dan tanda soal
 Sambungkan kepada idea atau pendapat sendiri serta menggunakan dua penanda
wacana.
 Contoh soalan: Pada pendapat anda , mengapakah Patih Gajah Mada ingin melantik
Kertala Sari sebagai penggawa agung ? [3 markah]
 Pada pendapat saya Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari sebagai penggawa
agung adalah kerana ......................................... Selain itu,.............................................
...................................................Seterusnya, ............................................. ...................

Contoh Jawapan.... Pada pendapat saya, Patih Gajah Mada ingin melantik Kertala Sari
sebagai penggawa agung adalah kerana (1) ingin membakar semangat juang
Kertala Sari untuk melawan musuh. Selain itu, (2) pelantikan ini supaya Kertala
Sari boleh membalas dendam atas kematian bapanya yang telah dibunuh oleh
Laksamana. Seterusnya, (3) pelantikan ini untuk menghargai jasa bapa Kertala Sari
yang terkorban di tangan Laksamana Melaka.

289
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

PANDUAN PEMARKAHAN SOALAN PEMAHAMAN – 9 markah

1. Soalan 2 markah

Deskripsi Markah

- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis


2
- Jawapan tepat tetapi ayat tidak gramatis 1
- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup tetapi ayat gramatis 1
- Jawapan tidak tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah

Deskripsi Markah
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
3
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2
- Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat tidak gramatis 1

- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah

Deskripsi Markah
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

290
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SOALAN 2(b) – PETIKAN PROSA MODEN

LATIHAN 1 - CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Usai solat maghrib - ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke
kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi
sepatah , mengaminkan setiap baris kalimah - di pintu surau terdengar orang memberi salam.
Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.
Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling – disusuli Penghulu Ibrahim Sigap.
Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan
telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh.
Dek pelita ayan yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka
susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk di muka pintu segera kami kenal akan
gerangannya.
Dialah Ahmad Mutawakkil. Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam.
Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran.
Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.
Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membatu dek
tenggelam punca.
Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil”,
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

i) Terangkan keadaan Ahmad Mutawakkil berdasarkan petikan cerpen tersebut.


[2 markah]

ii) Sekiranya anda menghadapi situasi kecemasan seperti yang dialami oleh penulis cerpen
di atas, apakah tindakan yang patut anda lakukan?
[3 markah]

iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu pengajaran lain
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini.
[4 markah]

291
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 2 – CERPEN AHMAD MUTAWAKKIL

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti


meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih
menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad
Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan.
Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk
merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.
“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis
semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang
mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita ....”
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari,
pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur
disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.
Seperti biasa, kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara
tidak sengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis Orang Putih itu.

Dipetik daripada cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil


dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah Ahmad Mutawakkil jarang-jarang pulang ke kampung?


[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, selain melalui akhbar, bagaimanakah sesuatu


berita dapat disebarkan kepada umum?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Ahmad Mutawakkil yang terdapat dalam petikan
cerpen di atas dan satu perwatakan lain Ahmad Mutawakkil daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

292
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 3 – CERPEN AHMAD MUTAWAKKIL

Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Tatkala bom pertama meledak, diikuti oleh rentetan dentuman meriam serta serangan
kapal terbang, seluruh ketenangan hidup warisan moyang-poyang kami terasa tersentap pergi
dan terlucut begitu sahaja daripada genggaman. Sebaik-baik sahaja perang pecah pada tahun
1941 dan Jepun masuk, keadaan menjadi berkecamuk. Suasana kehidupan kampung
dipengap ketakutan. Namun, kami bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami
terpencil, maka jarang-jaranglah dihendap oleh Jepun. Garisan perang pula tidak melintang di
atas tanah kami, maka itu, tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek
peluru. Kedua, kami bersyukur kerana kacau-bilau zaman Jepun menyedarkan kami betapa
hinanya hidup terjajah.
Seminggu sebelum Jepun tiba, Tuan Booth sudah berundur. Kami nampak keretanya
menyusur pergi merentasi jalan kampung. Isterinya sugul sekali. Anak perempuannya yang
berusia sekitar sepuluh tahun itu merengkuh di tingkap kereta sambil tersenyum hambar
memandang anak-anak kampung yang berlari mengekori kereta.
Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah tiga tahun banglo
dan estet itu menjadi tempatnya menumpang nasib. Akhirnya, khabar tentang serangan Jepun
mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth.
Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau
dan esoknya, kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa ke
rumahnya. Sejak itu, dalam kesulitan hidup zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi anak
angkatnya. Cuma kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam Ngah
Deraman sebagai satu kebiasaan.

Dipetik daripada ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’


dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Penulis menyatakan rasa kesyukuran kerana kampungnya selamat daripada serangan
Jepun.
Nyatakan sebab-sebabnya. [2 markah]

(ii) Peperangan banyak mendatangkan kesan buruk.


Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengelakkan peperangan?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [ 3 markah]

293
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 4 – CERPEN MUNSYI

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan
Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang
mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum
mengerti segala-galanya itu, saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan
jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak
generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani
mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit, demi sedikit mula
terhakis di atas tanah sendiri.
“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan
menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat
dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup
dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan
lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas
panjang-panjang berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan
melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari
zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk
bangsa dan keturunannya
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

i) Berikan maksud frasa asal usul berdasarkan petikan.


[2 markah]

ii) Berdasarkan petikan, mengapakah pelajaran sejarah perlu diterapkan kepada generasi
muda?
[3 markah]

iii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai yang terdapat dalam
cerpen secara keseluruhan.
[4 markah]

294
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 5 – CERPEN MUNSYI

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam
dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah
suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada
setiap warganya sejak sekian lama.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan
perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan
rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan
budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara
kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah
hari.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah di negara
kita?
[2 markah]

(ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan rakyat
Malaysia.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan
sejarah hitam tersebut berulang kembali?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

295
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 6 – CERPEN MUNSYI

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu
agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme
dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi,
bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat
resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak
berzaman-zaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi
bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan
hargai diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita
yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi
bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat
lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah
wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-
ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah bonda melarang Mel berhijrah ke kota?


[2 markah]

(ii) Andaikan anda ialah Mel, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan
kecintaan terhadap bahasa ibunda?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Mel daripada petikan dan satu perwatakan yang lain
daripada keseluruhan cerpen itu.
[4 markah]

296
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 7- CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

...aku membuka jaket kain dan menyarungkan jaket kulit itu. Aku memandang mata Kak
Chah sebagai ganti cermin bilik persalinan.
“Memang saiz Mas. Elok terletak. Macam mana, Shahmeem? Nak jual? Banyak lagi
black market kat darat tu,” kata Kak Chah tanpa bertanya dahulu kepadaku.
Shahmeem tersenyum lega. “Boleh, Kak Mas nak ke?”
Aku terpaku seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat
menggembirakan hati Shahmeem?
Malam terakhir di Istanbul, Kak Chah yang sebilik denganku tidur awal. Pasti kepenatan
selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah itu. Aku menyusun barang-barang yang akan
dibawa pulang. Tiga buah buku, enam belas helai baju T-shirt, tujuh kotak manisan lakom, dua
kotak teh epal, sepuluh utas rantai kunci, lapan batang senduk kayu berlukis ayat al-Quran,
empat keping pelekat magnet, tiga utas gelang manik, lima buah anak patung Turki, dan
sebotol orga. Kesemuanya tidak menurut jumlah yang telah aku rancangkan. Bermakna banyak
yang tidak akan mendapat cenderamata sekembalinya aku dari Turki.

Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah Kak Chah meminta Shahmeem menjual Jaket Kulit tersebut
kepada “aku”?
[2 markah]

(ii) Sekiranya anda Mas, apakah yang akan anda lakukan terhadap kenalan
yang tidak mendapat cenderamata dari Turki?

Nyatakan tiga tindakan anda.


[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen tersebut.


[4 markah]

297
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 8 – CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Malam terakhir di Istanbul, Kak Chah yang sebilik denganku tidur awal. Pasti kepenatan
selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah itu. Aku menyusun barang-barang yang akan
dibawa pulang. Tiga buah buku, enam belas helai batu-T, tujuh kotak manisan lokum, dua kotak
teh epal, sepuluh utas rantai kunci, lapan batang senduk kayu bertulis ayat al-Quran, empat
keping pelekat magnet, tiga utas gelang manik, lima buah anak patung Turki, dan sebotol orga.
Kesemuanya tidak menurut jumlah yang telah aku rancangkan. Bermakna, banyak yang tidak
akan mendapat cenderamata sekembalinya aku dari Turki.
Sebenarnya, duitku Cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku
mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang
kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia
mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya
pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket
itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat
sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak.
Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.

Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Mengapakah dikatakan menjaga jaket kulit itu sesuatu yang merumitkan?
[ 2 markah ]

(ii) Melancong ke luar negara memang menjadi impian setiap orang.

Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh


seseorang yang ingin melancong ke luar negara?
[ 3 markah ]

(iv) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen.
[ 4 markah ]

298
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 9 – CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket jaket kain. Kedua-dua belah kakiku yang
bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa dingin.
Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas nipis. Tudungnya ditarik menutupi sebahagian
mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak pasti sama ada
aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak, atau warna
kasutnya.
Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu
piring Cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan jarinya ke dada
sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati berterbangan
turun dari kubu tinggalan kerajaan Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik daripada nasib
wanita tua itu, dapat makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam kamera sedangkan
wanita tua itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari kewujudannya.
Seorang remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat sebuah beg
plastic hitam yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap separuh berbisik.
“Black market, black market. Good price.” Aku teringat akan pesanan Encik Yuksel
tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda tidak berminat.
Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem. “Perfume. Wallet. Jacket. Please!”

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang’,


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan lain
daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]

299
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SOALAN 2(C) – PETIKAN PROSA TRADISIONAL

LATIHAN 1 : KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Baca petikan prosa tradisonal di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang sendiri.

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka
sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik,jika lain
daripada Laksamana,tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Jangankan membunuh
dia,menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk
kemalu-maluan,lalu kembali.
Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh penjurit itu?”
Maka diceritakannya segala hal-ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu sukacita.
Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Maka sembah Laksamana, “Ya
tuanku,baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu.”
Maka titah raja pada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara menghadapi orang mengangkut
segala harta dan kerahkan segala orang mengangkut harta itu.”
Maka Bentara pun menyembah lalu pergi dengan rakyat mengangkut segala harta itu di
Bukit Cina. Maka harta itu pun terlalu banyak. Maka segala harta itu ditimbunkan di halaman
balairung itu, tujuh hari tujuh malam berangkut segala harta itu.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud pertandaan yang sungguh. [2 markah]

(ii) Bendahara telah mengemukakan beberapa sebab yang meyakinkan raja bahawa orang
yang sebenarnya membunuh Kertala Sari ialah Laksamana.
Nyatakan sebab-sebab tersebut. [3 markah]

(iii) Sekiranya anda raja,apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk.
mengembalikan harta benda rakyat Melaka yang telah dicuri Oleh Kertala Sari itu
semula? [3 markah]

300
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 2 : KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Baca petikan proses tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalan-jalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh
Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka laksamana pun tahulah
akan Kertala Sari datang itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu katanya, “Teririk bangkai
pula aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkou olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana
dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumahnya.

Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud Teririk bangkai.


[2 markah]

(ii) Apakah muslihat yang digunakan oleh Laksamana untuk memerangkap Kertala Sari?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah keamanan dan kestabilan sesebuah negara perlu
dikekalkan? [3 markah]

301
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 3 : BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan
pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “ Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak
Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya , “ Daulat, tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi
matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka
dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja,
disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “ Bagaimana maka datuk hendak beristeri
muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “ Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah
cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
Dah telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.
Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan
seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar
Syah,”Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”
Maka titah baginda, “Baiklah.”
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada
zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga,
Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria
Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja;
dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

Dipetik daripada “ Burung Terbang Dipipiskan Lada”


dalam Antologi Sejadah Rindu.
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah yang dilakukan oleh Sultan terhadap Tun Kudu? [2 markah]

(ii) Nyatakan alasan-alasan Seri Nara Diraja mencadangkan Paduka Raja sebagai
bendahara. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seseorang itu sudah layak berkahwin?
[3 markah]

302
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 4 : BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan


menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi
Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu sentiasa bermain panah lasykar, seperti dewal
orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu di bawahnya. Maka tatkala itu Tuan
Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau
Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka
dihalanya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu.
“Mati engkau, Cau Pandan.”
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu,
“Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena
panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah Siam menyerang
Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuat orang nyanyi :

Dipetik daripada cerpen Prosa Tradisional


“Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam Antologi Sejadah Rindu,

(i) Berikan maksud dewal orang berzikir ? [2 markah]

(ii) Apakah tindakan Sidi Arab apabila mendengar khabar Cau Pandan hendak menyerang
Melaka? [3 markah]

(iii) Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang anda lakukan
untuk membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau Pandan ?
[3 markah]

303
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 5 : BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit.
Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada
bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang
menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak,
mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun
Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri
Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya “Tuan Seri Amerta,
akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan
hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan
kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun,
negeri namanya: baik juga kepada kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya
juga kepada kami, tidak tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak
mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia.
Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada
hati baginda,” Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana
Menteri.”

Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada”


dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.

(i) Berikan maksud mengatakan dirinya teraniaya. [2 markah]

(ii) Jelaskan tentang jawapan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah keistemewaan yang ada pada Tun Perak? [3 markah]

304
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 6 : BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, berapa lamanya datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama
panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada
Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari
orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda
mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu.Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal orang Melayu,
Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok.
Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah dan berani ia menjadi
hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara
Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan
segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani kelakuannya
gila-gila bahasa.Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka
Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu
Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali,dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus
pergi ke sebelah;maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu
Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan
Tun Umar itu.

(Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”


Dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka,

(i) Apakah maksud berlengkap akan mengeluari? [2 markah]

(ii) Mengapakah orang Siam hairan melihat kelakuan Tun Umar?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghentikan peperangan yang
berlaku antara dua buah negara?
[3 markah]

305
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SOALAN 2(d) – PETIKAN PUISI MODEN DAN TRADISIONAL

LATIHAN 1 : SYAIR BIDASARI

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengar tuan suatu riwayat, 1


Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Ada raja suatu negeri, 2


Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya, 3


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari, 4


Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, 5


Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa, 6


Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana, 7


Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri kemana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang, 8


Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
“Gempar ini apakah kurang”

Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)


Syair Bidasari, 1989, Dewan Bahasa dan Pustaka

306
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

(i) Gambarkan keadaan negeri Kembayat ketika diserang garuda? [2 markah]

(ii) Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah tindakan yang akan anda lakukan
menyelamatkan negara daripada ancaman musuh? [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

LATIHAN 2 - SYAIR BIDASARI

(i) Berikan maksud unggas gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas.
[2 markah]
(ii) Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa
yang ditimpa bencana. [3 markah]

(iii) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

LATIHAN 3 - SYAIR BIDASARI

(i) Berikan maksud gempar ini apakah kurang dalam rangkap kelapan syair di atas.
[2 markah]

(ii) Jelaskan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk menggambarkan ketaatan anda
kepada pemerintah. [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan syair di atas. [4 markah]

307
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 4 (GURINDAM DUA BELAS: Fasal yang ketiga)

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS


(Fasal yang ketiga)

Apabila terpelihara mata,


Sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusuf Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)


Puisi Melayu Tradisi, 1996
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(i) Berikan maksud rangkap kedua Gurindam Dua Belas (Fasal yang ketiga)
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan negatif kepada orang yang makan secara
berlebihan? [3 markah]

(iii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

308
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 5 - (GURINDAM DUA BELAS: Fasal yang ketiga)

(i) Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2 markah]

(ii) Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar
menjaga tutur kata. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi
sekiranya seseorang itu gemar menuturkan kata-kata yang negatif.
[3 markah]

(iii) Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

LATIHAN 6 - (GURINDAM DUA BELAS: Fasal yang ketiga)

(i) Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri?


[2 markah]

(ii) Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi
wadah kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh
mempengaruhi minda pembacanya. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang
akan anda ambil sekiranya anda menerima sesuatu berita yang diragui
kebenarannya?
[3 markah]

(iii) Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam di atas. [4 markah]

309
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 7 (SAJAK SANG GEMBALA KUDA)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hashim Othman


Istimewa 2012
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

(i) Berikan maksud dimamah rakus ketika lapar. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjaga haiwan ternakan supaya
berada dalam keadaan baik.
[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga gaya bahasa dalam sajak di atas. [4 markah]

310
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 8 - (SAJAK SANG GEMBALA KUDA)

(i) Nyatakan dua lambang kekuasaan sang gembala kuda [2 markah]

(ii) Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah
raja mengukuhkan kekuasaannya? [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

LATIHAN 9 - (SAJAK SANG GEMBALA KUDA)

(i) Apakah maksud frasa ‘Cemeti keberanian di tangan’ [2 markah]

(ii) Masalah penyalahgunaan kuasa telah menjadi satu wabak penyakit yang telah lama
menular dalam kehidupan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah kesannya kepada negara jika masalah tersebut tidak
dibendung. [3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

LATIHAN 10 : www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku


aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku


aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku


ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman

Dalam gergasi diriku


terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku


aku berlatih menangkis angin

311
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

aku berlatih memunggah awan


menghayati skrip demi skrip
yang tidak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku


aku tidak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tidak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampai


ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong,berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia


aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Abdul Ghaffar Ibrahim


Takkan Hilang, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkap ketiga sajak di atas. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan apabila kita ditimpa musibah?
[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak itu. [4 markah]

312
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 11 - www.sibermerdeka.com.my

(i) Berikan maksud rangkap ketujuh sajak di atas. [2 markah]

(ii) Penyajak ada menyatakan bahawa dia bersedia menghadapi segala cabaran.
Pada pendapat anda apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk
mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan daripada sajak di atas. [4 markah]

LATIHAN 12 - BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat,


Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti

Tujuh bulan tujuh purnama,


Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan


Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa mengelempai,


Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.

Istana siap tukang pun mati,

313
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

Tiada orang dapat meniru:


Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Za’aba , Antologi Sejadah Rindu, KPM

(i) Nyatakan dua keunikan seni bina istana yang digambarkan oleh penyajak dalam
rangkap keempat seloka di atas? [ 2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan
kemahiran seni bina tradisional di negara ini terus kekal.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam puisi tersebut? [4 markah]

314
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 13 : SEJADAH RINDU

Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkapkan kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pacaindera anugerah Tuhan


kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi


keikhlasan menajdi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengkuti.

Hati ini luluh


jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh

Ungkapan doa pada Yang Esa


izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara

Kalam Pertama, 2013


Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan dua perkara yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah berdasarkan
rangkap pertama. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan apabila seseorang itu menyedari dan
menginsafi kesalahan yang telah dilakukan? [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

315
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 14 - SEJADAH RINDU

(i) Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa
perlu memohon keampunan daripada Tuhan? Nyatakan tiga sebab anda.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

316
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 15 : ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Suara Anak Pahang, 2009


Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

(i) Nyatakan dua sebab penyajak berasa kecewa. [2 markah]

(ii) Anak-anak dewasa ini memilih untuk menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua.
Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan anak-anak menghantar ibu
bapa mereka ke rumah orang-orang tua.
[3 markah]

(iii) Apakah tema sajak di atas [4 markah]

317
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 16 : ERTI HIDUP BERERTI

(i) Nyatakan penyebab kesunyian penyajak dalam rangkap pertama. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa tetap menyayangi seseorang anak
walaupun sikap anak itu buruk? [3 markah]

(iii) Jelaskan tiga gaya bahasa dalam sajak tersebut. [4 markah]

318
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 17 : KUDUP PERANG

Sementara dia bergelar panglima


laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman - sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjenguk


ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


Ttdak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatkan selumbar sengsara
di tiang maruah kota

Andai namamu Jebat, kita msih tidak


mengelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat

Perang pun melecukan lidah muslihat


bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.

319
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

Sehingga senja tiba


kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.

TUAH SUJANA
Antologi Sejadah Rindu

(i) Nyatakan keburukan-keburukan peperangan seperti yang digambarkan oleh penyajak.


[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kriteria untuk menunjukkan seseorang itu seorang
pahlawan. [3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

LATIHAN 18 - KUDUP PERANG

(i) Berikan maksud rangkap keenam sajak di atas. [2 markah]

(ii) Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak di
atas? [3 markah]

(iii) Bagaimanakah tanggapan penyajak terhadap Tuah dan Jebat? [4 markah]

LATIHAN 19 - KUDUP PERANG

(i) Berikan maksud membajakan kezaliman. [2 markah]

(ii) Pekerjaan sebagai anggota keselamatan kurang menjadi pilihan para remaja kini. Pada
pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [3 markah]

(iii) Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu disanjung. Pada
pendapat anda, apakah cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai
tanda mengingati jasa pahlawan? [4 markah]

320
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(b) – PETIKAN PROSA MODEN

LATIHAN 1 - CERPEN - CINTA AHMAD MUTAWAKKIL.


i) Keadaan Ahmad Mutawakkil
 Suaranya lemah
 Wajahnya berkerut-kerut, matanya terpejam
 Badannya dipenuhi darah dan kotoran
 Lumpur dan sisa daun kering terlekat pada muka dan rambutnya
[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup : 2 ]

ii) Langkah menghadapi situasi kecemasan


 Bertenang dan berfikir dengan waras
 Menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan seperti hospital, polis dll
 Meminta bantuan penduduk kampung / masyarakat setempat
 Menghubungi waris / keluarga terdekat
[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]

iii) pengajaran
 Pengajaran daripada petikan ialah
- kita hendaklah taat pada suruhan Tuhan dalam apa-apa jua keadaan – buktinya
Imam Ngah Deraman dan orang-orang kampung tetap meneruskan ibadat / berdoa
meskipun dikejutkan dengan kemunculan Ahmad Mutawakkil dalam keadaan
cedera parah
[1m]
 Pengajaran daripada keseluruhan cerpen ialah
- Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan – buktinya
Ahmad Mutawakkil berani bersuara dengan lantang untuk mengajak rakyat
menolak perjuangan songsang komunis. [1m]

- Kita hendaklah bekerjasama dan bantu-membantu untuk melakukan sesuatu


perkara – buktinya tiga kumpulan pencari bekerjasama meredah hutan dan belukar di
seluruh pelosok kampung untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang menghilangkan diri.
[1m]

- Kita hendaklah mempererat ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga – buktinya
Tuan Booth membawa isteri dan anak perempuannya tinggal bersama-samanya di
banglo estet.
[1m]

[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3]

321
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 2 – CERPEN AHMAD MUTAWAKKIL

(i) Ahmad Mutawakkil sudah jarang-jarang pulang ke kampung kerana


- banyak waktunya dihabiskan di bandar 1m
- dia dipilh menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti pada peringkat 1m
daerah
- dia sibuk berceramah di merata tempat 1m
- menjadi penulis dalam surat khabar 1m
[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup : 2 ]
(ii) Selain melalui akhbar sesuatu berita dapat disebarkan kepada umum
- melalui televisyen dan radio 1m
- melalui Internet 1m
- melalui kempen 1m
[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]
(iii) Perwatakan dalam petikan
- Seorang yang mempunyai semangat cinta akan negara. 1m
Contohnya, Ahmad Mutawakkil telah membakar semangat orang-
orang kampung untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan
melalui ceramah dan penulisan dalam akhbar

Perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam


petikan
- Seorang yang berani. 1m
Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani bersuara demi kebenaran
melalui penulisannya dalam surat khabar dan penyampaiannya
pidatonya dalam usaha menentang komunis.
[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3]

LATIHAN 3 – CERPEN AHMAD MUTAWAKKIL

(i) Penulis bersyukur kerana:


- Kampung penulis terpencil dan jarang-jarang dihendap oleh Jepun. 1m
- Garisan perang juga tidak melintang di atas tanah kami, maka tiada 1m
1 seorang pun kami yang diratah atau dirobek peluru ( tidak
cedera)
- Menyedarkan mereka betapa hinanya hidup terjajah 1m
[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup :

(ii) Kita perlu mengelakkan peperangan kerana:

- Boleh mengakibatkan kematian. 1m

322
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

- Boleh mengakibatkan kecederaan 1m


- Hilang harta benda 1m
- Hidup dalam kesempitan/ ketakutan 1m
- Ekonomi negara akan musnah 1m
- Politik akan terancam 1m
- Negara kucar-kacir 1m

[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]

(iii) Persoalan dalam petikan:


- Persoalan keprihatinan terhadap anak yatim piatu. Huraian: Iman 1m
Ngah Deraman mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya
setelah Tuan Booth balik ke England.
- Persoalan kesyukuran tidak ditimpa musibah . 1m
Huraian: Penulis bersyukur kerana kampungnya tidak diserang oleh
Jepun

Persoalan dalam keseluruhan cerpen.


- Persoalan semangat patriotik yang tinggi 1m
dalam diri pejuang.
Huraian: Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar bangun untuk
memerdekakan negara daripada dijajah
- Persoalan kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat 1m
kampung.
Huraian: Masyarakat kampung bekerjasama mencari Ahmad Mutawakkil
yang hilang.
- Persoalan kekejaman pengganas terhadap masyarakat. 1m
Huraian: serangan maut pengganas telah mengorbankan 3 orang
pengurus berbangsa Inggeris.
-
Persoalan ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesulitan 1m
pada zaman perang.
Huraian: Penduduk kampung tabah mengharungi kesengsaraan
pada zaman penjajah dan semasa komunis mengganas.
Persoalan yang lain dan sesuai boleh diterima
[Maksimum : 4 markah
] [isi cukup : 3 ]

LATIHAN 4 – CERPEN MUNSYI

(i) Asal usul bermaksud susur galur.


2m

(ii) Berdasarkan petikan, pelajaran sejarah perlu diterapkan kepada generasi


muda kerana

323
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

- dapat menghidupkan roh patriotisme 1m


- membentuk jati diri dalam diri mereka. 1m
- dapat menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan 1m
kepentingan bangsa sendiri.
[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]
(iii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan ialah :
- patriotisme (nilai jati diri). 1m
Sebagai contohnya saya faham bonda hanya ingin menghidupkan
roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya.

Satu nilai lain daripada keseluruhan cerpen ialan


- kasih sayang. Contohnya Mel sayang akan ibunya. 1m
- ketaatan. Contohnya, atas nasihat bonda, Mel akhirnya 1m
membatalkan keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari
pengalaman baharu di kota.
- hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi 1m
sebagai seorang pejuang bahasa.
- kebijaksanaan. Contohnya, bonda merupakan seorang yang bijak 1m
kerana mampu membicarakan hal-hal semasa dan sejarah tanah
air.

[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3]

LATIHAN 5 – CERPEN MUNSYI


(i) Kesan sistem pecah dan perintah
- Bertambahlah prasangka buruk 1m
- Tragedi sengketa / rusuhan kaum antara warga kota 1m
- Mencetuskan huru-hara kepada negara 1m
[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup : 2]

(ii) Langkah-langkah mengelakkan sejarah hitam berulang


- Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum 1m
- Merapatkan jurang ekonomi antara kaum 1m
- Pemimpin jangan memainkan fahaman politik 1m
- Peranan media meuar-uarkan kepentingan perpaduan 1m
** Mana-mana isi yang sesuai boleh diterima
[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]
(iii) Satu persoalan dalam petikan
- Kesan penjajahan kepada tanah air / negara 1m
Sistem pecah dan perintah menyebabkan perbezaan fahaman,
bahasa dan budaya atau

Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen

324
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

- Pesanan ibu terhadap anak 1m


Bonda berpesan kepada anaknya agar mempunyai pegangan
agama dan memartabatkan bahasa Melayu jika ke bandar.
- Taat kepada ibu 1m
Mel sanggup menundakan impiannya ke Bandar setelah dinasihati
oleh bondanya
- Kepentingan pegangan agama dan bahasa ibunda 1m
Kedua-duanya merupakan maruah bangsa dan agama.

[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 2]
LATIHAN 6 - MUNSYI
Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen
(i) Bonda melarang Mel berhijrah ke kota
- ilmu agama Mel masih terlalu cetek dan nipis. 1m
- bimbang, Mel akan hanyut dibawa arus hedonisme dan 1m
modenisme yang
sedang melanda anak-anak muda di kota
- bahasa ibundanya juga masih lemah 1m

[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup : 2]

(ii) Usaha yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan kecintaan terhadap
bahasa ibunda ...
- berusaha menulis dan bertutur dengan menggunakan bahasa 1m
yang betul.
- membantu membetulkan penggunaan bahasa yang salah dalam 1m
kalangan masyarakat
- menegur pihak yang menggunakan bahasa secara tidak betul, 1m
misalnya pada papan tanda
- mempelajari bahasa ibunda secara mendalam daripada institusi 1m
pengajian yang terdapat di negara ini

** Mana-mana isi yang sesuai boleh diterima


[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]

(iii) Satu perwatakan Mel daripada petikan


- seorang yang patuh akan nasihat dan arahan bondanya. 1m
Contohnya, Mel patuh akan arahan ibunya yang menolak
permintaannya berhijrah ke kota atas alasan pegangan agamanya
belum kuat dan kemahiran berbahasa ibundanya masih lemah.

Satu perwatakan yang lain daripada keseluruhan cerpen itu.


- seorang yang rasional. 1m
Contohnya, apabila bersetuju dengan pandangan bondanya

325
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

bahawa di kota terdapat pelbagai ragam manusia yang kehilangan


identiti dan jati diri.
- seorang yang mengagumi tokoh-tokoh dahulu. 1m
Contohnya, Mel mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak
berjasa kepada agama, bangsa dan Negara.

[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3]
LATIHAN 7 - MUNSYI

Soalan 2 (b) : Prosa Moden

(ii) Kak Chah meminta Shahmeem menjual jaket kulit kijang tersebut kepada
“aku”:
- memang saiz Mas. 1m
- banyak lagi dijual di black market 1m

[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup : 2 ]

(ii) Sekiranya saya Mas, saya akan:


- membeli makanan tradisional dan memberi rasa sedikit seorang 1m
supaya mereka dapat merasa makanan tradisi masyarakat
Turki
- menggantikannya dengan cenderamata lain di Malaysia Agar 1m
mereka tidak berkecil hati
- membeli lagi jika ada peluang ke Turki buat kali kedua supaya 1m
dapat menjaga hati kenalan

[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]
(iii) Dua pengajaran dalam cerpen:
- kita hendaklah membuat perancangan yang rapi sebelum pergi 1m
melancong.
Contohnya, Mas membuat senarai barang yang dibawa untuk ke
Turki.

- kita mestilah mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi dalam 1m


pelbagai
situasi
Ccontohnya, Mas bersimpati kepada seorang pengait benang
yang kesejukan dan bersedekah ketika berada di Turki.

[Maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3]

326
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

LATIHAN 8 – JAKET KULIT KIJANG DARIS ISTANBUL

SOALAN 2(b) Petikan Cerpen

(i) Menjaga jaket kulit itu dikatakan sesuatu yang merumitkan kerana:
- Jaket itu tidak boleh dibasuh. 1m
- Jaket itu tidak boleh dilipat sembarangan. 1m
- Jika jaket itu koyak, tidak dapat dijahit dengan benang. 1m

[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup : 2 ]

(ii) Pada pendapat saya, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh


seseorang yang ingin melancong ke luar negara ialah:
- Menyediakan visa untuk lawatan. 1m
- Mendapatkan maklumat tentang tempat menarik di negara yang 1m
ingin dilawati daripada agensi pelancongan.
- Mengkaji budaya dan adat resam negara yang ingin dilawati. 1m
- Menempah tiket penerbangan lebih awal. 1m

[Maksimum : 3 markah ]
[Isi cukup : 2 ]

(iii) Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah:


- Masyarakat yang baik hati. 1m
Contohnya: Mas membelikan saudara-mara dan rakan-rakannya
cenderamata ketika melancong di Turki.
- Masyarakat yang suka melancong. 1m
Contohnya: Penulis dan rakn-rakannya melancong ke Istanbul,
Turki.

Satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen ialah:


- Masyarakat peniaga yang suka mengambil kesempatan. 1m
Contohnya: Pekedai Turki cuba memaksa Mas membeli jaket kulit
kijang yang dijual di kedainya.
Masyarakat yang menghargai jasa pendidik. 1m
Contohnya: Mas menghargai jasa pensyarah yang telah
membimbingnya semasa di peringkat sarjana.
Masyarakat yang mencintai hidupan liar. 1m
Contohnya: Mas sanggup menderma hasil jualan jaket kulit
kijangnya kepada zoo yang ada memelihara kijang.

** Latar masyarakat lain yang berkaitan diterima

327
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

[Maksimum : 4 markah ]
[Isi cukup : 3 ]

LATIHAN 9 – JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

(i) Gambaran keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan
tersebut.
- memakai pakaian hanya kain kapas nipis 1m
- memakai kasut yang bahagian hujungnya koyak dan berstoking 1m
lusuh
- figura hidup yang tidak disedari kewujudannya 1m
[Maksimum : 2 markah ]
[Isi cukup : 2 ]
(ii) Langkah-langkah pihak kerajaan
- menyediakan rumah/ tempat penginapan 1m
- memberikan pekerjaan yang sesuai 1m
- memberikan bantuan perubatan / makanan 1m
- memberikan bantuan kewangan 1m
(isi-isi lain yang sesuai boleh diterima)
[Maksimum : 3
markah ]
[Isi cukup : 2 ]

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan


- Persoalan tentang kemiskinan hidup warga emas ; 1m
Contoh, wanita tua yang memakai pakaian nipis dan berkasut
koyak serta berstoking lusuh dalam cuaca yang amat dingin,
menyara hidup dgn menjual makanan burung.
- Persoalan tentang pasaran gelap ; 1m
Contoh, seorang pemuda datang menghampiri penulis dan
bertanyaan sama ada ingin membeli Perfume. Wallet. Jacket,
sambil berkata “Black market, black market. Good price.”

Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen:


- Persoalan perasaan prihatin terhadap kehidupan haiwan liar. 1m
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang
terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.
- Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira 1m
bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana
tidak
mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.
- Persoalan kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra 1m

328
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

terhadap pelanggan atau pelancong.


Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra
kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik
serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
- Persoalan kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan 1m
masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya
demi
melariskan jualan.
- Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan 1m
kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan
cenderamata yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
[Maksimum : 4
markah ]
[Isi cukup : 3 ]

SOALAN 2(C) – PETIKAN PROSA TRADISIONAL

Latihan 1: Kepimpinan Melalui Teladan


(i) Maksud perkataan pertandaan yang sungguh
- bukti/alibi yang sahih/ jelas/ tepat 2m
- pertandaan yang sahih/ jelas / tepat 1m
- bukti yang sungguh 1m

(ii) Sebab-sebab tersebut.


- Laksamana datang dengan membawa dua bukti yang sahih dan tepat,iaitu sayhwat
dan keris Kertala Sari
- pahlawan lain berasa gentar/takut berlawan dengan Kertala Sari
- hanya Laksamana yang berani menentang kehebatan Kertala Sari.
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]
(iii) tindakan-tindakan raja
- menguar-uarkan berita itu kepada seluruh rakyat yang kehilangan harta benda
- mengumpul rakyat untuk membuat pengecaman harta masing-masing yang telah
dicuri
- menubuhkan satu pasukan bagi merekodkan setiap harta yang diambil semula oleh
rakyat untuk mengelakkan penipuan/ketidakjujuran
- menasihati rakyat jelata agar tidak mengambil harta orang
- bertindak tegas terhadap rakyat yang menipu tentang pengambilan harta yang dicuri
itu.
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]
Latihan 2: Kepimpinan Melalui Teladan
(i) Maksud Teririk bangkai
- terpijak mayat 2m
- terpijak bangkai 1m

329
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

(ii) Muslihat Laksamana


– memakai pakaian penjurit
– Laksanama pun berjalan-jalankan
– Laksamana pun tidur di tengah pasar
– Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

(iii) Keamanan dan kestabilan sesebuah negara perlu dikekalkan supaya


– ekonomi negara meningkat/taraf hidup masyarakat meningkat
– masyarakat hidup sejahtera harmoni
– menaikkan imej negara di mata dunia
– merancakkan pembangunan negara
– keselamatan dalam negara terjamin/bebas bergerak
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

Latihan 3 : Burung Terbang Dipipiskan Lada


(i) - Baginda menceraikan Tun Kudu
- Tun Kudu telah dihantar ke rumah Paduka Raja
- Menanggung segala perbelanjaan Tun Kudu
- Memerintahkan Tun Kudu berkahwin dengan Seri Nara Diraja
[maksimum : 2 m]
[isi cukup : 2 isi]
(ii) Alasan-alasan
- Seri Nara Diraja kasih akan Paduka Raja selepas berkahwin dengan Tun Kudu,
iaitu saudara Paduka Raja
- Paduka raja ialah anak Bendahara terdahulu
- Paduka Raja seorang yang bijaksana
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

(iii) Ciri-ciri seseorang itu sudah layak berkahwin


- Sihat tubuh badan untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab dengan
baik
- Penyayang iaitu mampu memberikan kasih sayang yang cukup agar rumah
tangga harmoni
- Berilmu supaya dapat memimpin anggota keluarga sama ada dalam hal agama
atau hal duniawi.
- Mempunyai kewangan yang cukup
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

Latihan 4 : Burung Terbang Dipipiskan Lada

(i) Maksud dewal orang berzikir

- Sekeliling kota orang berwirid / meratib / memuji nama Tuhan 2m


- sekeliling kota orang berzikir 1m

330
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

(ii) Tindakan Sidi Arab


- Berdiri di hadapan baginda (Sultan Muzaffar Syah)
- Dihalanya panahnya kebenua Siam
- Menarik panahnya sambil menyeru agar Cau Pandan mati

[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

(iii) Sekiranya saya Sultan Muzaffar Syah, tindakan yang diambil untuk membalas
jasa Sidi Arab yang telah membunuh Cau Pandan : (Maksimum 2 isi)
- Memberi hadiah / sepersalinan pakaian
- Memberi gelaran / anugerah
- Melantik sebagai pembesar istana / memberi jawatan
- Mengahwinkannya dengan puteri atau kerabat di raja
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

Latihan 5 : Petikan Prosa Tradisional


(i) Maksud rangkai kata mengatakan dirinya teraniaya:
- memaklumkan bahawa dirinya dihukum. 2m
- mengatakan dia dihukum 1m
- memaklumkan dia teraniaya 1m

(ii) Jawapan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta:
- Seorang pemimpin yang telah diberi amanah, telah diberi
kepercayaan dan akan menjaganya dengan baik.
- Jika hendak dihina, pecatlah daripada jawatan.
- Setiap orang, peliharalah amanah masing-masing.
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]
(iii) Pada pendapat saya, keistimewaan yang ada pada Tun Perak:
- bijak - sebagai contoh, memberi jawapan yang bernas. 1m
- rasional - sebagai contoh, tidak melatah dengan soalan Seri Amerta dan
menjawab dengan tenang. 1m
- amanah – Tun Perak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
pemerintah. 1 m
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

Latihan 6 : Petikan Prosa Tradisional


(i) Maksud rangkai kata berlengkap akan mengeluari
- bersiap sedia melawan/mengusir 2m
- berlengkap untuk melawan 1m
- bersiap sedia akan mengeluari 1m

(ii) Orang Siam hairan melihat kelakuan Tun Umar

331
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

- Tun Umar Berjiam berjaya mengalahkan beberapa buah perahu Siam walaupun
menggunakan perahu yang kecil
- Tun Umar mampu melakukannya/melanggar perahu Siam beberapa kali
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]
(iii) Cara menghentikan peperangan
- melakukan rundingan supaya dapat mencari jalan penyelesaian
- mengadakan muslihat supaya sesuatu pihak membatalkan serangan ke atas
negara lain
- meminta bantuan daripada negara lain untuk menghentikan peperangan
[maksimum : 3 m]
[isi cukup : 2 isi]

SOALAN 2(d) – PETIKAN PUISI MODEN DAN TRADISIONAL

SKEMA JAWAPAN : LATIHAN 1

(i) - Seluruh negeri rosak binasa


- Rakyat melarikan diri
- Rakyat berasa takut dan cemas [Maksimum : 2 m]
[Isi cukup : 2 isi]
(ii) - Mengadakan rundingan damai
- Menguatkan pertahanan negara
- Menambah bilangan askar
- Mengadakan gencatan senjata
- Hubungan diplomatik [Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) - Kebijaksanaan memimpin sesebuah kerajaan


- Kasih sayang terhadap ahli keluarga
- Musibah yang tidak boleh diramal
- Tanggungjawab seorang pemimpin
- Keadilan dan kesaksamaan seorang pemerintah. [Maksimum: 4m]
[Isi cukup : 3 isi]

SKEMA JAWAPAN : LATIHAN 2

(i) Burung raksasa terlalu berkuasa/kuat [Maksimum: 2m]

(ii) - Sumbangan kewangan


- Khidmat kaunseling
- Bantuan tempat perlindungan sementara
- Sumbangan pakaian
- Sumbangan ubat-ubatan
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Nilai ketaatan – rakyat Negeri Kembayat taat kepada rajanya

332
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

Nilai keadilan – raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil


Nilai tanggungjawab – raja Negeri Kembayat memerintah negerinya dengan
penuh
rasa tanggungjawab.
[Maksimum: 4m]
[Isi cukup : 3 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 3

(i) huru-hara sudah reda atau sebaliknya [Maksimum: 2 m]

(ii) - mengekalkan kedaulatan negara


- setia kepada negara
- bangga dengan kejayaan negara
- menyanjung warisan bangsa
- menjaga nama baik negara
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) - Persoalan ketaatan rakyat kepada pemerintah.


- Persoalan keadilan seorang raja dalam pemerintahannya.
- Persoalan tanggungjawab raja memerintah negeri dengan sempurna.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 4

(i) Apabila seseorang dapat menjaga pendengarannya dengan baik,berita-berita yang tidak
elok dapat dihindarinya.

[Maksimum: 2 m]

(ii) - Mengundang pelbagai penyakit


- Menjadi malas untuk bergerak
- Cepat mengantuk
- Masalah obesiti
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) - Nilai berhati-hati . contohnya kita dinasihati agar berhati-hati mengawal


pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan.
- Nilai rasional, contohnya kita dinasihati agar tidak menurut nafsu makan dan nafsu
syahwat.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

333
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SKEMA JAWAPAN : LATIHAN 5

(i) Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat.
[Maksimum: 2m]

(ii) - tidak akan disukai/dihormati


- tidak akan dipercayai
- kehilangan rakan/sahabat/teman
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(ii) - Kita hendaklah memelihara penglihatan agar tidak menimbulkan keinginan


yang tidak baik.
- Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan
kemudaratan.
- Kita hendaklah menjaga kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat maksiat.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

SKEMA JAWAPAN : LATIHAN 6

(i) - Tidak muncul keinginan yang tidak baik


- Menghindari diri daripada berita yang tidak sahih
- Tidak berperangai yang tidak senonoh
- Tidak pergi ke tempat yang tidak berfaedah
[Maksimum: 2 m]

(ii) - bertanya kepada badan yang bertanggungjawab/menyiasat


- melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya
- mengabaikan berita
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.

Cth: Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang
dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)

Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.


Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)

Persoalan pentingnya memelihara pendengaran.


Cth: Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2)

Persoalan semangat penting dalam kehidupan.


Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 2 isi]

334
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SKEMA JAWAPAN : LATIHAN 7

(i) - Makan dengan gelojoh ketika lapar.


- Penyajak /tipu daya/akal/helah [Maksimum: 2m]

(ii) - Memastikan makan dan minum mencukupi.


- Membawa berjumpa doktor sekiranya haiwan itu sakit.
- Menjaga kebersihan tempat atau kandang haiwan peliharaan

[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Gaya bahasa

1.Epifora – dan kuda-kuda itu ditunggangi


ditunggangi dan ditunggangi

2.Repitisi – ditunggangi dan ditunggangi

3.Metafora – meredah onak di rimba perburuan


-meranduk lumpur di paya penindasan
-sambil melibas cemeti durjana

4.Personafikasi – Rembat angkuhnya memacu takut


- Pacuannya diiringi seribu keberanian

5. Hiperbola – Dimamah rakus kala lapar

6. Sinkope – Tak peduli nasib diri setelah kenyang


[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 2 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 8


(i) - cemeti
- Suara yang kuat [Maksimum: 2m]

(ii) - Mewujudkan undang-undang yang ketat


- Membina sebuah bangunan yang agung
- Mengiktiraf dirinya sebagai raja berkuasa mutlak

[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Keberanian – sang gembala kuda berani memacu kuda peliharaannya


Tanggungjawab – sang gembala kuda memberi kuda peliharaannya
makan jerami.
Kegigihan – sang gembala kuda gigih menunggang kuda tanpa
letih
Ketabahan – sang gembala kuda tabah menghadapi dugaan.

335
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 2 isi]
.SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 9

(i) Pemimpin yang mempunyai kuasa/autoriti [Maksimum: 2m]

(ii) - Rasuah semakin berleluasa


- Negara akan mundur
- Rakyat akan lebih miskin akibat penindasan
- Berlakunya penentangan rakyat terhadap pemerintah

[Maksimum: 3 m]
Isi cukup : 2 isi]

(iii) - Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengekalkan kekuasaannya


- Kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpin kerana habuan
- Kekuasaan mampun mengawal orang bawahan dan mengekalkan kedudukan.
- Keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran
- Penganiayaan terhadap orang bawahan untuk mengekalkan kuasa

[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 2 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 10

(i) Penyajak menghadapi pelbagai dugaan yang menguji amalan dan keimanannya.
[Maksimum: 2m]

(ii) Sekiranya ditimpa musibah kita hendaklah:


- Reda dengan ketentuan Ilahi
- Menghadapi musibah dengan sabar.
- Bersangka baik dengan Tuhan bahawa musibah itu adalah ujian dari-Nya.
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) - Kita hendaklah mempunyai perancangan yang rasional dan persediaan untuk
mengharungi cabaran hidup. Penyajak mempunyai perancangan yang rasional agar
hidupnya tidak susah lagi.

- Kita haruslah bijak membuat perbandingan dan penilaian apabila membuat sesuatu
keputusan. Penyajak bijak berhujah dengan dirinya sendiri sebelum membuat sesuatu
keputusan.

- Kita mestilah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini. Penyajak
berasa insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang dilakukannya sebelum ini.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 2 isi]

336
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 11

(i) Dalam era globalisasi penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti
kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

[Maksimum: 2 m]
(ii) - mendalami ilmu pengetahuan sama ada ilmu dunia / ilmu agama
- meningkatkan jati diri agar tidakmudah terpengaruh cabaran globalisasi
- meningkatkan kemahiran
- sentiasa berusaha membaiki diri/ bermotivasi memajukan diri.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) - Kepentingan merancang kehidupan, contohnya penyajak membuat pelbagai
perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah/ kesusahan
yang dihadapinya.
- kegigihan untuk menyelesaikan masalah, contohnya, penyajak cuba memikirkan
cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh
orang lain.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 2 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 12

(i) - Corak hiasan dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur
semula jadi.
- Ukiran seni bina Jawa dan Cina, motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti ular,
layang-layang dan sebuku garam
[Maksimum:2
m]

(ii) - Generasi muda perlu memupuk minat untuk mempelajari kemahiran seni bina
tradisional.
- Pihak kerajaan perlu menganjurkan pelbagai program atau pertandingan berkaitan
seni bina.
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) - Persoalan kegigihan dalam melakukan tugas

- Persoalan kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah


- Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina
- Tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyat
- Ketelitian dalam reka bentuk istana
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 2 isi]

337
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 13

(i) - Melafazkan kalimah suci


- berasa insaf
- mengenangkan dosanya yang lalu.
[Maksimum: 2 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(ii) - Seseorang itu akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan pada masa depan.
- dapat mengelakkan diri daripada mengulangi kesalahan yang pernah
dilakukannya.
- seseorang itu akan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan sekali gus mendapat
ketenangan jiwa.
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Nilai keinsafan – penyajak insaf akan dosa-dosa yang lalu dan bertaubat kepada Tuhan
Nilai kegigihan – penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan
daripada Tuhan sebelum meninggal dunia.
Nilai keinsafan – Penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan
air mata.
Nilai ketaatan – Penyajak taat kepada Pencipta dan hanya berharap kepada
pengampunan daripada Pencipta.

[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 14

(i) Maksud dunia ini hanya bersifat sementara ialah penyajak sedar bahawa dunia ini tidak
kekal.

[Maksimum: 2m]

(ii) - agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan


- agar Tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh
- untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar- benar berasa insaf atas
kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan.
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai keinsafan. Contohnya, penyajak
berasa insaf atas segala dosanya yang lalu. Seterusnya, terdapat nilai keikhlasan.
Contohnya, penyajak bertaubat dengan hati yang jujur dan ikhlas hingga
menitiskan air mata..Seterusnya nilai kegigihan., contohnya, penyajak bersungguh-
sungguh untuk memohon keampunan sebelum meninggal dunia.

[Maksimum: 3 m]

338
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

[Isi cukup : 2 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 15

(i) - Anak-anak tidak datang menjenguknya


- Berasa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya.
[Maksimum: 2 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(ii) - Mereka terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga.


- Anak-anak beranggapan ibu bapa membebankan mereka
- Anak-anak malu mempunyai ibu bapa yang telah tua dan sakit.
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua. Penyair berasa sunyi dalam
hidupnya kerana anak-anak telah melupakan kasih sayangnya. Penyair berharap
agar anak-anaknya insaf akan kesilapan mereka.

[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 16

(i) Penyebab kesunyian penyajak dalam rangkap pertama ialah dia terpaksa berhadapan
dengan rutin harian yang sama pada setiap hari. Selain itu, tiada orang yang datang
untuk melawatnya di situ.

[Maksimum: 2 m]

(ii) Pada pendapat saya ibu bapa tetap meyayangi anaknya walaupun sikap anak itu buruk
kerana kasih sayang ibu bapa yang berpanjangan. Seterusnya, adanya hubungan
dunia dan akhirat antara ibu bapa dengan anak-anak. Selain itu, anak-anak tetap
disayangi kerana mereka ialah darah daging sendiri.

[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]
(iii) – Simile iaitu bagai kalung
– repitisi iaitu anakku bakaku
– sinkope iaitu yang melingkari leherku.

[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

339
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 17

(i) - Peperangan akan menwujudkan kezaliman


- Peperangan mewujudkan sifat dendam
- Peperangan tidak akan memberikan apa-apa keuntungan kepada kedua-dua belah
pihak.
[Maksimum: 2m]
(ii) - Seorang yang berani
- Seorang yang berfikiran bijaksana
- Seorang yang sanggup berkorban
- Seorang yang tegas pendirian
- Seorang yang tidak mementingkan diri sendiri
- Seorang yang mempunyai ilmu pertahanan diri

[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) - Kita mestilah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
- Kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai kewibawaan untuk memimpin
organisasi.
- Kita mestilah bertindak mengikut pertimbangan yang waras dan tidak terburu-buru.
- Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan memberi apa-
apa kebaikan.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 18

(i) Maksud rangkap keenam sajak di atas ialah penyajak sedar bahawa sehingga kini,
masyarakat masih berbalah untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah
dengan Jebat.
[Maksimum: 2m]

(ii) Perkara yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan rangkap pertama sajak
di atas ialah penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima
perang akan sentiasa melakukan kekejaman dan menyimpan perasaan dendam.
Namun demikian, penyajak tetap berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati
kehidupan sambil mencari-cari pahlawan yang sebenar.
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Tanggapan penyajak terhadap Tuah dan Jebat ialah penyajak tidak mahu
menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang teguh
terhadap istana. Selain itu, penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat
kerana dia masih bersedih atas perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

340
Program Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM Negeri Kedah

SKEMA JAWAPAN: LATIHAN 19

(i) Maksud rangkai kata membajakan kezaliman ialah melakukan kekejaman


[Maksimum: 2 m]
(ii) - Pendapatan dalam bidang ini tidak lumayan
- pekerjaan ini terdedah kepada risiko keselamatan diri.
- tidak suka terikat dengan peraturan yang ketat.
- berasa malu sekiranya menjadi anggota keselamatan kerana pekerjaan ini
tidak
popular.
[Maksimum: 3 m]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) - menganugerahkan pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan


sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka.
- menyambut Hari Pahlawan pada setiap tahun untuk mengenang jasa mereka.
- menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara.
- memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada atau
waris-waris mereka.
[Maksimum: 4 m]
[Isi cukup : 3 isi]

341

You might also like