You are on page 1of 6

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/311417284

Mengubahsuai Tingkah Laku Murid Autisme Yang Suka Keluar Kelas Semasa
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam Menggunakan
Kaedah Peneguhan Positif Menerusi Puji...

Conference Paper · August 2016

CITATIONS READS

2 20,365

3 authors, including:

Mohd Hanafi Mohd Yasin Mohd Mokhtar Tahar


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
206 PUBLICATIONS 600 CITATIONS 62 PUBLICATIONS 210 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas View project

Multimedia Visual module View project

All content following this page was uploaded by Mohd Hanafi Mohd Yasin on 05 December 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Mengubahsuai Tingkah Laku Murid Autisme Yang Suka Keluar Kelas Semasa Pengajaran
dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam Menggunakan Kaedah Peneguhan
Positif Menerusi Pujian dan Ganjaran

Siti Masidayu Jaafar Shah, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengubahsuai tingkah laku murid autisme yang suka keluar kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini telah dijalankan ke atas seorang murid
autisme di Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah sekitar Kluang, Johor. Pendekatan yang digunakan
dalam kajian ini ialah peneguhan positif menerusi pujian dan ganjaran. Kaedah peneguhan positif menerusi pujian dan
ganjaran terhadap tingkah laku positif yang ditujukan kepada murid autisme ini supaya dapat memberikan tumpuan
semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam berjalan. Menerusi kajian ini, didapati kaedah
peneguhan positif menerusi pujian dan ganjaran dapat mengubahsuai tingkah laku murid autisme dan memberi impak
yang positif semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dijalankan.

ABSTRACK

The aim of this study is to modify the behavior of students with autism who love out of the classroom during the
teaching and learning of Islamic Education. The study was carried out on an autistic student in Special Education
Integration Programme in the schools around Kluang, Johor. The approach used in this study is positive reinforcement
through praise and reward. Method of positive reinforcement through praise and reward the positive behavior that is
addressed to students with autism so that they could focus on teaching and learning in Islamic Education was running.
Through this study, the available methods of positive reinforcement through praise and reward can reduce problem
behavior and have a positive impact on teaching and learning in Islamic Education was conducted.

Kata kunci : peneguhan positif, pujian, ganjaran, autisme, Pendidikan Islam


Keywords : positive reinforcement, praise, reward, Islamic Education

1. PENDAHULUAN

Autisme merupakan satu sindrom yang menjejaskan fungsi otak kanak-kanak dari segi kognitif, kemahiran
motor kasar dan motor halus, bahasa dan komunikasi, tingkah laku serta sosial dan emosi. Menurut
American Psychiaric Association (2014) mendapati bahawa kanak-kanak autisme akan mengalami
kecelaruan atau permasalah ketara dalam perkembangannya seperti masalah dalam berkomunikasi,
berinteraksi dengan keadaan sekelilingnya dan ketrampilan sosial yang berbeza yang mana dengan masalah
yang timbul ini menyebabkan aktiviti serta minat kanak-kanak autisme ini terbatas. Sindrom autisme ini
dapat dikenalpasti sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun pertama selepas kelahiran. Kanak-kanak
autisme dapat dikenalpasti apabila mula menunjukkan masalah selain menghadapi ketidakupayaan dalam
berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Didapati menerusi kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan
pengidap autisme. Namun punca terjadinya autisme ini belum dapat dikenalpasti. Salah satu punca yang
berlaku ialah jangkitan virus oleh ibu semasa hamil. Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
(NASOM) (2015), dapat dianggarkan 47,000 kanak-kanak di Malaysia adalah pengidap autisme. Ada kanak-
kanak mempunyai tanda-tanda masalah autisme yang kronik atau baru di peringkat awal. Oleh yang
demikian, sebagai seorang guru perlu dilengkapi dengan kemahiran yang dapat menangani masalah tingkah
laku kanak-kanak autisme ini. Masalah tingkah laku kanak-kanak autisme perlu diambil perhatian yang
serius (Sumrah, Sudirman & Ahmad, 2008). Ini kerana jika tidak diambil serius masalah tingkah laku kanak-
kanak autisme ini, masalah akan timbul semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Oleh yang demikian,
guru perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak autisme ini. Model
Modifikasi Tingkah Laku B.F Skinner (1904-1990) boleh digunakan utuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini. Peneguhan positif dan ganjaran merupakan antara peneguhan dalam model tingkah laku Skinner.
1.1 PENYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN

Dalam konteks pendidikan, sebarang tingkah laku bermasalah boleh dirujuk sebagai tingkah laku murid yang
mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya di dalam bilik darjah. Tingkah laku
bermasalah ini akan memberi kesan negatif serta boleh mengganggu kelancaran pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah (Nurul Amani, 2014). Selain itu, masalah tingkah laku kanak-kanak
adalah berkait rapat dengan perkembangan sosial mereka dan sejauh mana berupaya menunjukkan tingkah
laku seperti yang diterima oleh masyarakat (Aznan, 2010). Menurut Mohd Nazar Mohamad (1990)
menyatakan bahawa tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu
perjalanan kehidupan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks murid berkeperluan khas atau kanak-kanak
istimewa merupakan sekumpulan murid yang kurang upaya selain mengalami masalah dalam pembelajaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang direka khas untuk
melengkapkan keperluan kanak-kanak istimewa ini yang mempunyai perkembangan yang berbeza dengan
kanak-kanak normal. Oleh itu, dalam program Pendidikan Khas ini memerlukan bahan-bahan pengajaran
khas, teknik pengajaran yang luar biasa dan memerlukan keperluan serta kemudahan yang tertentu (Hallahan
& Kauffman, 1986).

Perbezaaan sosial, emosi, kognitif, rohani dan fizikal di kalangan kanak-kanak dalam sebuah kelas
merupakan perkara biasa bagi murid pendidikan khas. Namun begitu, jika diperhatikan dengan baik kadang
kala terdapat seorang murid yang akan mempamerkan perbezaannya yang agak ketara dan tidak mengikut
norma-norma perkembangan seperti murid pendidikan khas yang lain. Menurut Levin & Nolan (2004)
menyatakan bahawa tingkah laku yang bermasalah dengan melakukan gangguan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar lain untuk jangka masa yang tertentu. Oleh yang demikian, seorang guru perlu
mempunyai kemahiran dalam mengurus tingkah laku, membimbing tingkah laku positif, mengubahsuai
tingkah laku negatif serta mengurangkan gangguan di dalam kelas. Dengan menggunakan peneguhan positif
dan ganjaran dapat dijadikan sebagai intervensi pengubahsuaian tingkah laku bermasalah pelajar. Ini
dibuktikan menerusi kajian yang dijalankan oleh Nurul Amani (2014) dan Muhammad Tarmidzi (2014).

Objektif kajian ini ialah :

i. Mengenal pasti tingkah laku negatif murid autisme yang menganggu pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Pendidikan Islam.
ii. Mengubahsuai tingkah laku negatif ke tingkah laku positif dengan menggunakan kaedah
peneguhan positif menerusi pujian dan ganjaran.

Persoalan kajian ini ialah :

i. Bagaimana tingkah laku negatif pelajar autisme boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Pendidikan Islam?
ii. Adakah peneguhan positif menerusi pujian dan ganjaran dapat mengubah tingkah laku pelajar?

2. METODOLOGI

Menerusi metadologi kajian, perkara yang dibincangkan ialah sampel kajian, instrumen yang digunakan,
reka bentuk kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara menganalisis data. Modifikasi tingkah laku
kanak-kanak berkeperluan khas dalam kajian ini telah dijalankan ke atas seorang murid lelaki yang berumur
16 tahun yang mempunyai tingkah laku negatif yang sangat ketara ditunjukkan sehingga mengganggu
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar lain. Dalam kajian ini, pemerhatian akan dilakukan secara
‘natural setting’ iaitu pemerhatian individu dengan menggunakan rekod video. Pemerhatian akan dijalankan
semasa waktu Pendidikan Islam selama 40 minit, empat kali seminggu. Pemerhatian secara berstruktur
dengan menggunakan rekod sela masa (interval recording) dan pemerhatian direkodkan menggunakan
instrumen borang data kekerapan.

Rekabentuk untuk kajian ini ialah single subject design iaitu design A-B-A iaitu A (baseline), B
(Intervensi) dan A (Baseline – penarikan intervensi). Kajian ini dijalankan selama empat minggu yang mana
minggu pertama merupakan fasa baseline iaitu pemerhatian sebelum intervensi dijalankan. Fasa kedua ialah
fasa intervensi diberikan yang mana fasa ini dijalankan selama dua minggu. Seterusnya ialah fasa baseline 2
yang mana berlaku pemerhatian selepas penarikan intervensi. Data dikumpulkan menerusi borang kekerapan
dan graf line.

3. ANALISIS DATA

Berdasarkan kepada analisis pengkaji terhadap pelajar autisme yang bertingkah laku negatif iaitu
keluar kelas semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Daripada pemerhatian
dan pelaksanaan intervensi yang dijalankan selama empat minggu keputusannya boleh dianalisis menerusi
jadual kekerapan dan graf line.

Tingkah Laku Negatif : Keluar Kelas Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Pendidikan Islam
Hari Kekerapan
1 8
2 7
3 6
4 10

Jadual 1 : Jadual Kekerapan Minggu Pertama (3 – 7 April 2016) ( A – Baseline )

Tingkah Laku Negatif : Keluar Kelas Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Pendidikan Islam
Hari Kekerapan
5 6
6 4
7 5
8 6
9 3
10 3
11 2
12 2

Jadual 2 : Jadual Kekerapan Minggu Kedua (10 – 14 April 2016) dan Ketiga (17 – 21 April 2016)
( B – Intervensi )

Tingkah Laku Negatif : Keluar Kelas Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Pendidikan Islam
Hari Kekerapan
13 2
14 2
15 1
16 1

Jadual 3 : Jadual Kekerapan Minggu Keempat (24 – 28 April 2016) ( A – Pemerhatian Penarikan Intervensi )

Rajah 1 : Graf Kekerapan

Berdasarkan rajah 1, didapati bahawa kekerapan tingkah laku negatif murid autisme menunjukkan
murid kerap keluar daripada kelas semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
semasa pemertian A baseline dijalankan selama seminggu. Pada hari pertama pemerhatian sebanyak 8 kali
murid keluar dari kelas, hari kedua dan ketiga kekerapan murid keluar kelas menurun iaitu 7 kali dan 6 kali.
Namun begitu, dilihat kekerapan pelajar keluar kelas meningkat semula pada hari keempat pemerhatian iaitu
sebanyak 10 kali. Pada minggu kedua intervensi telah dijalankan, kekerapan murid keluar kelas adalah
menurun pada hari kelima , keenam dan ketujuh iaitu 6, 4 dan 5 kali. Namun berlaku peningkatan kekerapan
keluar kelas oleh murid pada hari kelapan iaitu sebanyak 6 kali. Namun kekerapan mula berkurang pada
minggu ketiga intervensi diberikan iaitu pada hari kesembilan, kesepuluh, kesebelas dan kedua belas iaitu 3,
3, 2 dan 2 kali. Seterusnya pada minggu keempat iaitu semasa A pemerhatian selepas penarikan intervensi,
kekerapan murid keluar kelas semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam terus
berkurangan dan tidak menunjukkan ada peningkatan iaitu pada hari ketiga belas, empat belas, lima belas
dan enam belas iaitu 2, 2, 1 dan 1 kali. Ini menunjukkan intervensi yang diberikan memberi kesan kepada
murid tersebut. Oleh yang demikian, murid ini telah menunjukkan tingkah laku positif semasa pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam berjalan. Murid tidak lagi kerap keluar semasa
pengajaran dan pembelajaran berjalan. Perubahan tingkah laku ke atas murid masih lagi berkesan walaupun
penarikan intervensi dibuat.

4. PERBINCANGAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Menerusi kajian yang dijalankan mendapati murid autisme yang sering suka keluar kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam telah mula boleh duduk diam dan dapat
menerima pembelajaran semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Intervensi yang diberikan ialah
peneguhan positif melalui pujian dan ganjaran sekiranya murid duduk diam dan belajar di dalam kelas mata
pelajaran Pendidikan Islam. Murid autisme ini mula menunjukkan sikap positif apabila pengkaji membuat
pemerhatian selepas intervensi diberikan. Murid autisme ini sangat suka apabila menerima peneguhan positif
melalui pujian yang diberikan oleh guru pada setiap perbuatan baik semasa pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Ini menunjukkan bahawa peneguhan positif di dalam kelas merupakan salah satu strategi
pengurusan tingkah laku yang berkesan untuk diamalkan (Ee Ah Meng, 1993).

Selain itu, menerusi pemberian ganjaran pula murid autisme ini sangat teruja apabila guru akan
memberikan masa menonton video kegemarannya. Dengan adanya pemberian ganjaran kepadanya apabila
dia berkelakuan baik semasa dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Islam, murid dapat dilihat memberikan
sepenuh tumpuan semasa guru mengajar dan duduk diam menerima pembelajaran daripada guru. Kelas mata
pelajaran Pendidikan Islam sudah boleh mula tenang tanpa gangguan murid autisme ini yang mana sebelum
ini mula memberontak dan menjerit kerana tidak suka belajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Penggunaan
dan pemberian ganjaran dapat memberi implikasi yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran
( Muhammad Tarmidzi Sazali, 2014).

Oleh yang demikian, peneguhan positif dan ganjaran ini dapat digunakan oleh setiap guru untuk
mengubah suai tingkah laku negatif murid. Kedua-dua kaedah ini boleh diubahsuai oleh guru-guru supaya
lebih menarik dan memberi impak yang lebih positif kerana setiap tingkah laku murid adalah berbeza-beza.
Selain itu, peneguhan positif dan ganjaran juga boleh dijadikan sebagai pengubahsuai tingkah laku negatif
yang lain seperti suka mengganggu rakan, mencederakan rakan, membuat bising, tidak menyiapkan kerja
yang diberikan oleh guru, mengejek rakan lain dan memberontak. Namun begitu, kaedah yang digunakan
hendaklah berlainan dan bersesuaian dengan situasi murid.

5. KESIMPULAN

Menangani masalah tingkah laku dalam kalangan murid terutamanya murid berkeperluan khas
bukanlah suatu tindakan yang mudah. Guru dan ibu bapa perlu memikirkan strategi pencegahan atau strategi
mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini dalam diri murid tersebut. Kegagalan menangani
masalah tingkah laku negatif sering kali membuatkan ibu bapa dan guru mengeluh dan berasa kecewa. Oleh
yang demikian, tingkah laku bermasalah ini harus ditangani oleh guru dengan teratur dan bijak agar tidak
membantutkan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Memodifikasi tingkah laku ialah satu strategi penting yang boleh digunakan guru. Strategi ini penting
untuk mengubahsuai tingkah laku yang negatif kepada positif dan meneguhkan tingkah laku yang positif.
Penggunaan kaedah yang digunakan juga perlulah dirancang dengan baik dan teratur supaya matlamat untuk
mengubahsuai tingkah laku murid di dalam kelas tercapai. Teknik yang digunakan juga perlu sesuai dan
menepati situasi murid itu. Modifikasi tingkah laku ini sangat penting kepada guru terutamanya jika terdapat
tingkah laku yang bermasalah di dalam kelas akan menjejaskan kelicinan pengajaran dan pembelajaran
terutama sekali di dalam bilik darjah. Selain mengganggu pengajaran dan pembelajaran, kesan lain adalah
memberi gangguan kepada murid lain dan juga diri murid itu sendiri. Oleh yang demikian, peranan guru
adalah sangat penting dan guru perlu juga mempunyai kemahiran dalam menangani masalah tingkah laku ini
agar permasalah tingkah laku di kalangan pelajar dapat diubahsuai, dikurangkan atau dihapuskan supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

RUJUKAN

Muhammad Tarmidzi Sazali. 2014. Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Negatif Murid Sindrom Down
dan ADHD Menggunakan Kaedah Pokok Ganjaran. Seminar Penyelidikan Tindakan Jilid 2 (2).

Nurul Imani Abdul Halim. 2014. Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Negatif Murid Slow Leader
Menggunakan Kaedah Peneguhan Negatid dan Peneguhan Positif Melalui Perkataan ‘BAGUS’ dan
Kit Ganjaran. Seminar Penyelidikan Tindakan Jilid 2 (2).

Aznan Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar & Zainuddin Md Isa. 2010. Kanak-kanak
Bermasalah Tingkah Laku. DP. Jilid 10, Bil 2.

Ee Ah Meng. 1993. Pedagogi – Satu Pendekatan Bersepadu. Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd

Saadah Sumrah, Salwan Sudirman & Roslee Ahmad. 2008. Kaedah Menangani Kanak-kanak Bermasalah
Tingkah Laku. Seminar Kaunseling Keluarga. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Izani Idris, Sathya Manoharan & Anis Safinaz Ramli. 2015. Pembangunan Perisian Aplikasi Bagi
Kanak-kanak Autistik : Pendekatan Pembelajaran di Rumah (Courseware Development for Autistic
Children ; Homeschooling Approach). Journal of Technical and Vocational Education,1(2) : 133-140

View publication stats

You might also like