You are on page 1of 4

1

AKTIVITI AMALI

NAMA DAN KOD KURSUS USC1112 KIMIA TAK ORGANIK

SEMESTER SEMESTER 1

TAJUK 1.0 JIRIM

1.1 ATOM, MOLEKUL DAN ION


SUBTOPIK
1.2 KONSEP MOL DAN ANALISIS ISIPADU

CLO2 Mengikuti eksperimen yang meliputi prinsip dan tindak balas asas kimia. (P3,
PLO2, LD3a)
HASIL PEMBELAJARAN
CLO3 Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian untuk menyelesaikan
masalah berkaitan konsep asas kimia. (C3, PLO3, LD2)

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_____________________________________ _____________________________________
( ) ( )

Tarikh : Tarikh :

EKSPERIMEN 2 : MENENTUKAN KEPEKATAN ASID HIDROKLORIK MELALUI PROSES PENTITRATAN


1
2

Tujuan Menentukan kepekatan asid hidroklorik melalui kaedah pentitratan asid-bes.

X mol dm-3 larutan asid hidroklorik, HCl, 1 mol dm-3 larutan natrium hidroksida, NaOH, penunjuk
Bahan
fenolftalein, air suling.

Pipet 25 cm3, buret, kelalang kon 250 cm3, kaki retort dengan pengapit, jubin putih, turas corong,
Alat radas
bikar 100 cm3

Susunan radas

Buret
Buret

Larutan asid hidroklorik, HCl


Kaki retort

25 cm3 larutan natrium hidroksida,


NaOH dan 3 titik penunjuk
fenolftalein
Jubin

Rajah 1 Susun radas bagi eksperimen pentitratan

Prosedur 1. Pipet 25 cm3 dibilas dengan air suling dan diikuti dengan sedikit natrium hidroksida, NaOH.
2. Dengan menggunakan pipet, masukkan 25 cm 3 larutan natrium hidroksida, NaOH ke dalam
kelalang kon.
3. Titiskan tiga titik penunjuk fenolftalein ke dalam kelalang kon tersebut.
4. Goncang kelalang kon supaya campuran bergaul dengan sekata.
5. Bilas buret dengan sedikit larutan asid hidroklorik, HCl dan kemudian masukkan larutan asid
hidroklorik ke dalam buret.
6. Apitkan buret secara menegak pada kaki retort.
7. Letakkan kelalang kon yang mengandungi larutan natrium hidroksida, NaOH di atas jubin
yang berada di atas kaki retort.
8. Rekod isipadu awal larutan asid hidroklorik, HCl di dalam buret.
9. Titiskan larutan asid hidroklorik, HCl secara perlahan-lahan ke dalam kelalang kon sehingga

2
3

warna larutan merah jambu bertukar kepada jernih (takat akhir/ takat neutral).
10. Goncang kelalang kon sepanjang titisan.
11. Rekod isipadu akhir larutan asid hidroklorik, HCl dalam buret.
12. Proses pentitratan diulang dua kali untuk mendapatkan isipadu larutan asid hidroklorik, HCl
yang lebih tepat pada takat akhir.

Keputusan Jadual 1 Rekod keputusan pentitratan


Bilangan pentitratan 1 2 3

Bacaan akhir/ cm3 25.80 26.70 26.38

Bacaan awal/ cm3 1.50 1.20 0.80

Isipadu asid hidroklorik yang 25.64 25.50 25.58


digunakan/ cm3

25.64+25.50+25.58
Isipadu purata Asid hidroklorik yang ¿
3
digunakan/ cm3
= 25.57

Pengiraan
Asid hidroklorik, HCl + Natrium hidroksida, NaOH → Natrium klorida, NaCl + Air, H2O

MHCl = X mol dm-3 MNaOH = 1.0 mol dm-3

VHCl = 25.57 cm3 VNaOH = 25 cm3

a) Hitungkan bilangan mol larutan natrium hidroksida.


MV
(gunakan formula : n= )
1000

1.0(25)
Bilangan mol larutan NaOH =
1000

= 0.025 mol

3
4

b) Hitungkan kepekatan dalam mol dm-3 (kemolaran) asid hidroklorik yang diperlukan dalam
proses penitritan di atas.

Bilangan mol larutan HCl = 0.025 (mengikut persamaan kimia di atas)

X (25.57)
= 0.025
1000

0.025(1000)
Maka, X =
25.57

X = 0.98 mol dm-3

c) Dari persamaan, 1 mol natrium hidroksida meneutralkan 1 mol asid hidroklorik. Oleh itu,
dalam eksperimen ini, __0.025__ mol asid meneutralkan _0.025__ mol natrium hidroksida.

Perbincangan 1. Berapakah kemolaran asid hidroklorik, HCl yang digunakan dalam ekperimen ini.
0.98 mol dm-3
.................................................................................................................................................
2. Berikan dua langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mendapatkan bacaan kemolaran
asid hidroklorik, HCl yang lebih tepat.
a) Buret dan pipet hendaklah dibasuh dengan air suling diikuti dengan asid untuk
memastikan air tidak mencairkan asid.
b) Kelalang kon tidak dibasuh dengan alkali untuk memastikan tiada sisa alkali di dalam
kelalang sebelum NaOH ditambah.

3. Nyatakan perubahan warna jika larutan natrium hidroksida, NaOH di dalam kelalang kon
diganti dengan larutan asid hidroklorik, HCl.

Daripada jernih kepada merah jambu


................................................................................................................................................

4. Mengapakah alat radas pipet digunakan untuk menyukat 25 cm 3 larutan natrium


hidroksida?
Untuk memperoleh isipadu larutan natrium hidroksida yang tepat 25.0 cm3
................................................................................................................................................

5. Apakah tujuan menggunakan jubin putih dalam aktiviti ini?


Supaya perubahan warna (takat akhir) yang berlaku secara serta merta dapat diperhatikan
dengan lebih jelas.

Kesimpulan
Kemolaran asid hidroklorik, HCl yang digunakan dalam ekperimen ini ialah 0.98 mol dm-3

You might also like