You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN (1) BATU 4 JALAN IPOH

51200 KUALA LUMPUR


TEL : 03-62583040 FAX: 03-62508905

Ruj. Kami : SKBE(1)/PPKI. 600-5/1/19/23 (11)


Tarikh : 10 Oktober 2023

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, 50604
Kuala Lumpur

( u/p : Sektor Pengurusan Sekolah )

Tuan,

PERMOHONAN KELULUSAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


SK(1) BATU 4 JALAN IPOH KE KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)
DAN KELULUSAN KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Bersama-sama ini dikemukakan Borang Lampiran A, kertas kerja serta


dokumen sokongan bagi Lawatan Sambil Belajar ke KLCC pada 15 Disember 2023
yang melibatkan seramai 72 orang murid, 11 orang guru dan 4 orang pembantu
pengurusan murid.

3. Sehubungan dengan itu,pihak sekolah akan membuat bayaran tambahan


sebanyak RM 44 bagi setiap murid yang menyertai lawatan ini untuk menampung
sebahagian kos lawatanBersama ini juga dilampirkan sesalinan surat makluman
kepada ibu bapa.

4. Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat dihargai. Sebarang pertanyaan,


pihak tuan pihak tuan boleh menghubungi ketua rombongan Cik Amirah Nur Aisyah
binti Samsulamri melalui talian 011-1166656.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

NADZERI BIN MAT NAWANG


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4 Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.

s.k : Fail PPKI

You might also like