You are on page 1of 4

MAJLIS PENGAKAP NEGERI MELAKA

RINGKASAN EKSEKUTIF
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬

KERTAS KERJA KHAS BILANGAN 1/2021:-


KERTAS KERJA PENCALONAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MELAKA TAHUN 2022-2023

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk mendapatkan perakuan Mesyuarat Khas Majlis Pengakap Negeri
Melaka bagi pencalonan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka Tahun 2022-2023.

Tauliah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka bagi tempoh 2020-2021 akan tamat pada 31 Disember 2021.
Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia memohon pencalonan untuk pelantikan Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka bagi tempoh 2022 – 2023 seperti yang dinyatakan melalui surat PPM-2 Jld3
(64)/2021 bertarikh 8hb Oktober 2021 dan PPM-2 Jld3 (72)/2021 bertarikh 27 Oktober 2021.

Pencalonan ini adalah untuk tiga (3) calon yang perlu mendapat persetujuan Majlis Pengakap Negeri Melaka
mengikut keutamaan.

Mesyuarat Majlis Pengakap Negeri Melaka adalah dengan segala hormatnya dipohon untuk menimbang dan
memperakukan bagi cadangan pencalonan tiga (3) calon yang mengikut keutamaan untuk di angkat kepihak Ketua
Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara untuk peroses pelantikan seterusnya.
MAJLIS PENGAKAP NEGERI MELAKA

MAJLIS PENGAKAP NEGERI MELAKA


MESYUARAT KHAS MAJLIS PENGAKAP NEGERI MELAKA BIL.1/2021
KERTAS KERJA PENCALONAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MELAKA TAHUN 2022 -
2023

1.0. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk mendapatkan perakuan Mesyuarat Khas Majlis Pengakap Negeri
Melaka bagi pencalonan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka bagi tempoh tahun 2022-2023.

2.0. LATAR BELAKANG

2.1. Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah memaklumkan dalam
surat PPM-2 Jld3 (64)/2021 bertarikh 8 Oktober 2021 dan PPM-2 Jld3 (72)/2021 bertarikh 27 Oktober 2021
bahawa Tauliah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Melaka) bagi tempoh 2022-2021 akan tamat pada
31 Disember 2021.

2.2. Untuk mengemukakan kepada Ibu Pejabat Persekuruaan pengakap Malaysia (PPM) untuk membolehkan
Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara untuk memilih dan melantik
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka bagi tempoh tahun 2022 – 2023 seperti mana termaktub
dalam Prosedur Organisasi dan Peraturan (POR) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan pada 27 Mac
2020:

Bahagian IV perkara 96:


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri adalah dilantik oleh Ketua
Pengakap Negara atas perakuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara setelah dicadangkan oleh Majlis Pengakap Negeri.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri diberi tauliah yang dikeluarkan
oleh Ibu Pejabat Persekutuan mengikut Bahagian III.

2.3 Oleh itu, Majlis Pengakap Negeri Melaka adalah dipohon untuk mengemukakan kepada Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) pencalonan bagi membolehkan Ketua Pengakap Negara
merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara untuk melantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Melaka bagi tempoh 2022 – 2023.
MAJLIS PENGAKAP NEGERI MELAKA

3.0. PENCALONAN

3.1. Berdasarkan keterlibatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Melaka, oleh itu tiga (3) calon adalah dicadangkan untuk dipersetujui oleh Majlis Pengakap Negeri
Melaka mengikut keutamaan:

1. TUAN HJ. ABDUL HAMID BIN MUSTAPAH


(Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka 2018 – 2021)
2. EN. NOR AZMAN BIN MAT NOR
(Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka 2019 – 2021)
3. EN. ROHAZAM BIN YAHAYA
(Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka 2001 – 2017)

3.2. Pelantikan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka ini akan membolehkan semua program Pengakap yang
telah dirancang dan menaikpulih dan peningkatan infrastruktur asas Kem Pengakap Melaka dapat
dilaksanakan. Kesinambungan pengurusan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka terutama
semasa pandemic Covid -19 adalah sangat kritikal dan begitu mencabar.

3.3. Biodata calon-calon adalah disertakan.

4.0. SYOR

Mesyuarat Khas Majlis Pengakap Negeri Melaka adalah dengan segala hormatnya dipohon untuk menimbang dan
memperakukan bagi cadangan untuk pelantikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka tahun 2022-2023
oleh Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
MAJLIS PENGAKAP NEGERI MELAKA

MAKLUMBALAS
MEMPERTIMBANG DAN MEMPERAKUKAN CADANGAN CALON UNTUK PELANTIKAN KETUA
PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MELAKA TAHUN 2022-2023 OLEH KETUA PENGAKAP NEGARA
MERANGKAP KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

Kepada,

PROFESOR EMERITUS DATUK DR. MOHD RUDDIN BIN AB GHANI FASc


Pengerusi
Majlis Pengakap Negeri Melaka

PENCALONAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MELAKA TAHUN 2022-2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan keterlibatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Melaka, oleh itu tiga (3) calon adalah dicadangkan untuk dipersetujui oleh Majlis Pengakap Negeri Melaka
mengikut keutamaan:

2.1. TN. HJ. ABDUL HAMID BIN MUSTAPAH


(Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka 2018 – 2021)
2.2. EN. NOR AZMAN BIN MAT NOR
(Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka 2019 – 2021)
2.3. EN. ROHAZAM BIN YAHAYA
(Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka 2001 – 2017)

PENCALONAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI MELAKA TAHUN 2022 – 2023

Saya, .................................................................................... berperanan di dalam Majlis Pengakap Negeri Melaka

sebagai ................................................................................ dengan ini * BERSETUJU / TIDAK BERSETUJU


(potong salah satu)
dengan cadangan ini.

Sekian dan terima kasih.

…………………………………………………

Tarikh : 9 November 2021

You might also like