You are on page 1of 2

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SARAWAK

MEMORANDUM
KEPADA : SEMUA PESURUHJAYA/PENGERUSI MPD

SALINAN KEPADA :

DARIPADA : SETIAUSAHA EKSEKUTIF

RUJUKAN : PPMCS-1113-2022/1

TARIKH : 15 MAC 2022

PERKARA : CADANGAN PENCALONAN BAGI KURNIAAN ANUGERAH, PINGAT DAN BINTANG

KEBESARAN PENGAKAP SARAWAK BAGI TAHUN 2022

1. PENDAHULUAN

Jawatankuasa Anugerah dan Pengiktirafan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak


mempelawa pihak tuan/puan untuk mengemukakan pencalonan pesuruhjaya pengakap, ahli majlis
pengakap daerah dan pemimpin yang layak menerima Anugerah, Pingat dan Bintang Kebesaran
Pengakap Sarawak bagi tahun 2022.

2. TATACARA DAN SYARAT PENCALONAN

2.1 Tatacara dan syarat pencalonan Anugerah, Pingat dan Bintang Kebesaran Pengakap
tertera dalam Borang Pencalonan.

2.2 Pencalonan hendaklah mematuhi tatacara dan syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan
penolakan/penarikan balik pencalonan/pengurniaan Anugerah, Pingat dan Bintang Kebesaran
Pengakap Sarawak.

2.3 Majlis Pengakap Daerah/Majlis Pesuruhjaya Daerah hendaklah memastikan bahawa orang
yang dicalonkan bukan orang yang muflis, tiada rekod tatatertib/tiada rekod jenayah dan lain-lain
yang boleh menjejaskan statusnya sebagai penerima pingat serta boleh menyebabkan
penolakan/penarikan balik pencalonan/pengurniaan Anugerah, Pingat dan Bintang Pengakap.

3. KAEDAH PENCALONAN

3.1 Pencalonan bagi Bintang, Pingat dan Anugerah Pengakap Sarawak hendaklah
menggunakan borang yang boleh dimuat turun melalui sesawang dan telegram Persekutuan
Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak mengikut kategori pencalonan seperti yang berikut:

Bintang Pengakap Kenyalang Bintang Yang Dipertua Majlis Pengakap


Sarawak
Pingat Ketua Pengakap Sarawak
Sijil Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SARAWAK
3.2 Borang-borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat oleh Pencadang dan
dirahsiakan daripada calon.

3.3 Tiap-tiap pencalonan hendaklah dikemukakan dalam satu(1) Salinan dan disertakan dengan
gambar berpakaian seragam(bagi Pesuruhjaya/Pemimpin) berukuran pasport.

3.4 Borang Pencalonan tidak debenarkan untuk diubah suai atau ditaip semula.

3.5 Semua perakuan pencalonan hendaklah ditandakan/dicap sulit dan dikemukakan ke: Urus
Setia Anugerah Kebesaran Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak

Ibu Pejabat Pengakap Sarawak,

Jalan Batu Lintang,

93200 Kuching, Sarawak

4. TARIKH TUTUP PENCALONAN

Pencalonan Bintang, Pingat dan Anugerah Kebesaran Pengakap Sarawak hendaklah dikemukakan
sebelum atau 30 Jun 2022.

Harap Maklum,

Sekian, terima kasih.

(ZASRAN ABDULLAH)

Setiausaha Eksekutif

You might also like