You are on page 1of 1

PENGGUNAAN ‘KIT RAJA SANGETHAMIL’ DALAM MEMBANTU MURID

MENGUASAI HURUF BAHASA TAMIL

OLEH
RAJALETCHUME UDAYA SOORIAN
Rajaletchume91@gmail.com

ABSTRACT

Inovasi yang dihasilkan ialah ‘Mengenal huruf Bahasa Tamil dan membina perkataan
tamil dengan menggunakan ‘Kit Raja Sangethamil’. Melalui inovasi yang diperkenalkan
ini, pelbagai perkataan yang boleh dininakan oleh murid dengan menggunakan ‘tamil
nedungakanaku’. “Kit Raja Sangethamil” membolehkan murid mempelajari huruf dan
membina perkataan dengan ‘tamil nedungakanakul’ dengan cara yang seronok dan
menarik. Mereka juga dapat membina beberapa banyak perkataan secara individu,
berpasangan atau berkumpulan dengan mudah dan cepat. Idea dapat dijanakan
dengan gambar-gambar yang terdapat dalam kit dan beberapa huruf yang telah
diletakkan di dalam ‘Kit Raja Sangethamil’. Guru boleh menjadikan alat ini sebagai
bahan bantu belajar dalam PdPc. Alat ini juga boleh digunakan oleh murid dalam
pembelajaran kendiri. ‘‘Kit Raja Sangethamil’ dibuat dengan bahan buangan kitar
semula iaitu penutup botol, kertas warna, dan kotak. Terdapat beberapa perkataan
yang boleh dibina oleh murid bermula daripada perkataan mudah, pendek hingga
perkataan panjang. Usaha untuk menginovasi ‘Kit Raja Sangethamil’ ini ialah sebagai
pemudahcara murid untuk lebih memahami tajuk ‘vallinam, mellinam dan idaiinam’
yang diajar oleh guru matapelajaran dengan lebih berkesan. Disamping itu, ianya
adalah untuk menarik minat murid dalam membentukkan perkataan bahasa Tamil dan
seterusnya meningkatkan kefahaman murid melaluinya. Selain itu, inovasi ini juga
boleh dimanfaatkan oleh murid tahun 1 hingga murid tahun 6 bagi mengenal huruf dan
maksud perkataan yang perlu diterapakan ke dalam kotak fikiran murid untuk
penjanaan idea membentukkan huruf dengan maksud yang betul.

Keywords: ‘Kit Raja Sangethamil, ‘mengenal huruf Bahasa tamil, ‘tamil nedunganaku’ bahan
buangan kitar semula, membentukkan huruf, bahan bantu belajar,

You might also like