You are on page 1of 3

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

(HMS3033)

KUMPULAN C

LAPORAN PENGALAMAN CIKGU

SAMUEL DALAM PENDIDIKAN

PELBAGAI BUDAYA

NAMA PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. TAN BEE PIANG

BIL NAMA NO MATRIK

1. IRFAN FATHI BIN ABDUL HALIM D20212099043


Cikgu Samuel merupakan seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah pedalaman
di kampung orang asli iaitu di Sekolah kebangsaan Runchang,Muadzam Shah , Pahang. Cikgu
Samuel merupakan seorang guru yang sangat komited dalam tugas beliau. Walaupun beliau
merupakan seorang guru yang berbangsa India namun ini bukanlah satu penghalang
bagi diri beliau untuk terus mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang yang berguna pada
suatu masa akan datang. Kesemua anak didik cikgu Samuel adalah berketurunan orang
asli akan tetapi ia tetap menjadi tugas kepada beliau untuk mendidik anak murid
beliau tanpa mengira bangsa dan juga budaya. Pelbagai program telah dilakukan bagi
meningkatkan penguasaan murid-muridnya dalam subjek Bahasa Inggeris dan memperbaiki
peratus kehadiran murid ke sekolah.

Antara teknik pengajaran yang dilakukan oleh cikgu Samuel ialah pembelajaran yang
berasaskan kreativiti. Kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana ia
melibatkan penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti. Kreativiti dan inovasi
adalah perkara yang saling berkait rapat dengan teknologi dan perkembangan dunia moden
Elemen ini juga merupakan salah satu elemen yang penting untuk diterapkan dalam diri murid.
Hal ini demikian kerana kreativiti bersifat meluas yang melibatkan sesuatu projek dan juga
pemikiran murid itu sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Samuel iaitu dengan
membawa alat muzik ukulele. Bakat yang ada dalam diri beliau tidak disia-siakan dengan
menguasahakan kaedah pembelajaran bahasa inggeris dengan bernyanyi bersama-sama anak
murid berjaya menarik minat pelajar.

Selain itu, teknik yang turut dilakukan oleh cikgu Samuel ialah dengan menggunakan
teknologi sebagai elemen dalam pembelajara. Cikgu Samuel mencari dana bagi memastikan
setiap anak muridnya memiliki satu tablet. Usaha ini dilakukan bagi memastikan pelajar yang
dibentuk mempunyai kemahiran dalam dunia teknologi disamping dapat menarik minat murid.
Menerusi peranti tablet mampu untuk memberi pengalaman baharu dalam aspek pendidikan
terutamanya berbentuk interaktif sesuai dengan perkembangan kanak-kanak pada hari ini.
Pembelajaran itu dapat dilaksanakan secara interaktif menggunakan aplikasi berkenaan sekali
gus kanak-kanak dapat melihat secara visual tentang sesuatu topik. Peranti pintar yang dimiliki
sebenarnya memiliki pelbagai kelebihan daripada aspek pendidikan atau pembelajaran kerana
terdapat ratusan aplikasi bermotifkan pengajaran boleh dimuat turun. Cikgu Samuel
menggunakan kaedah ini dengan memaparkan video berkaitan Bahasa inggeris supaya dapat
memudahkan murid memahami kosa kata dan sebagainya.
Seterusnya, cikgu Samuel juga menggunakan kaedah kolabratif dalam pengajaran di
dalam kelas. Kolaboratif menekankan aspek kerjasama yang berlaku antara guru dengan
pelajar secara aktif bagi membolehkan pertukaran idea dan maklumat antara satu sama lain.
Semasa pembelajaran berlaku, pendekatan kolaboratif dapat diransang melalui soalan dan
kaedah yang ditekankan oleh guru. Projek pertukaran e-mel dikenali sebagai Asli E-Pal yang
dilakukan oleh cikgu Samuel, yang mana para pelajar boleh berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris dengan sukarelawan yang lebih dewasa dalam dan luar negara. Penekanan aspek
kolaboratif yang diunjurkan dalam pembelajaran abad ke 21 sangat penting untuk membina
sikap semangat kerjasama dalam pasukan dan kumpulan seawal di usia kanak-kanak dan
remaja sehingga diterjemahkan ke dalam konteks dunia pekerjaan

Maklumat yang dapat saya kenal pasti dari pengalaman Cikgu Samuel ialah seseorang
guru perlulah sentiasa berusaha dalam memanfaatkan peluang yang ada dalam menyampaikan
ilmu. Walaupun peluang yang ada itu dianggap sukar dilaksanakan oleh orang lain tetapi
seorang guru perlulah bijak dalam merancang kaedah yang bersesuai supaya dapat
membuahkan hasil. Ketabahan Cikgu Samuel dalam memastikan ilmu yang ingin disampaikan
tercapai perlu dijadikan contoh oleh semua guru supaya pendidikan yang setaraf dapat
diberikan kepada semua murid tanpa mengira latar belakang seseorang murid itu sendiri.

You might also like