You are on page 1of 9

Datuk Wira Lee Chong Wei menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah

kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di
Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China dengan mata
9–15, 5–15.

Pada tahun 2004, beliau berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia
dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik
2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, beliau mengetepikan Ng Wei dari Hong
Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan
kedua. Apapun, beliau masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu
di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam
aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik
Hidayat dari Indonesia yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.

Beliau kemudiannya merangkul tiga kejuaraan daripada enam pusingan akhirnya pada tahun
2006. Beliau menjuarai Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali
ketiga) Terbuka Malaysia, di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei,
Terbuka Macau dan Terbuka Hong Kong. Beliau juga membantu
skuad Malaysia menggondol dua pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan
pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Beliau
mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton
Dunia pada tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama,
tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang
dicemari oleh dua panggilan talian berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.

Pada 3 November 2006, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan
ke Bukit Jalil selepas beliau makan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh
sebuah kenderaan yang hilangan kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway
Medical Centre untuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.

Musim 2007 menyaksikan beliau gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam
Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan
selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia,
iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk
bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek. Prestasinya di separuh masa kedua tahun itu
cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan
Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong
Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya. Beliau memenangi semua perlawanan
yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun
pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan.
Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di
Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah
mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, sehingga beliau menyela ketua
jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap
terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.

Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing
Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari
Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun.[30] diikuti Terbuka Singapura,[31] Terbuka Korea
(perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik)[32] Terbuka All England,[33] Terbuka
Switzerland,[34] Kejohanan Badminton Asia,[35] dan juga Piala
Thomas di Jakarta, Indonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir
apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika
melawan juara bertahan dari China. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana
tumpasnya beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.[36]
Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang
mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, Kęstutis Navickas di pusingan
ketiga,[37] dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir,[38] sebelum bertungkus-lumus
mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan
akhir.[39] Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21.
[40] Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat
perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup
mulai Ogos 2008.[41] Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia
Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[42]
Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong
dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc
Zwiebler dari Jerman.[43] Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya
sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah",[44] di samping juga berspekulasi
bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu
tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin,
dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh
Misbun Sidek).[45]
Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan
ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12
Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan
oleh Misbun Sidek.[46] Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals,
itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara
dibelenggui kecederaan dan keletihan.[47]
2009Sunting
Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima,
[48] tetapi gagal merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun
mara ke pusingan akhir.[49][50] Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu
di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan
kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara
asalnya.[51] Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka India.
[52] Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak
berwajib agar memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia.[53] Pada bulan Mei, Lee
membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang
sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya
dipecahkan oleh Lin Dan.[54] Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,
[55] dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold,[56] biarpun gagal mempertahankan
kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.
[57]
Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal
Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008.
[58] Beliau pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew
Choo, [59] sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan
September.[60]
Pada Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan cita-cita
merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir.
[61] Setelah berehat selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas
kepada Lin Dan di suku akhir[62]; diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di
tangan Simon Santoso[63]. Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan
Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi Terbuka
Denmark[64] dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka Hong
Kong pada 15 November[65], tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka
China tiga hari kemudian[66]. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor
Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan
mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo
menjuarai perseorangan wanita.[67] Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa
melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian
di Vientiane atas arahan jurulatih demi menyembuhkan kecederaan lutut yang dialaminya
itu.[68][69]
2010Sunting
Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan
Terbuka Korea[70] dan Terbuka Malaysia[71] (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali
pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada
percubaan ketujuh[72] menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya
berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu
di Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir
dengan markah 21–19, 21–19.[73]
Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago
untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun.[74] Di
suku akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat
tempat dalam separuh akhir.[75] Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin
Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.[76]
Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di
suku akhir.[77] Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia,
[78] Terbuka Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai,[79] dan Terbuka Makau pada bulan
Ogos.[80] Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi
tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir.[81] Misbun Sidek mengaku
bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas
pusingan ketiga.[82] Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di
Terbuka Jepun.[83]
Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk
mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010,
kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan.
[84] Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat
menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di
tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir.[85] Pada akhir tahun, Lee menggondol
gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut[86], dan gelaran Super Series Master
Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.[87]
2011Sunting
Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh,[88] tetapi gagal
mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, yang menjadi kejohanan sejuta dolar terulung
dalam sukan badminton, setelah kecundang di tangan Lin Dan lagi.[89] Pada Mac, Lee
mudah melangkah ke peringat akhir Terbuka All England buat kali ketiga berturut-turut
lantas mempertahankan kejuarannya dengan kemenangan straight set ke atas Lin Dan, lalu
mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.[90]Lee Chong Wei
kemudiannya memenangi kejohanan super series India pertama buat dirinya. Dia juga telah
menyertai skuad badminton kebangsaan Malaysia untuk beraksi di Sudirman cup, tetapi
gagal ke separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada Korea.
Pada 1 Mei, Lee Chong Wei julung kali menjuarai Terbuka India,[91] diikuti oleh kejuaraan
Grand Prix Emas Terbuka Malaysia seminggu kemudian.[92] Walaupun Lee memenangi
semua perlawanannya dalam Piala Sudirman, namun perjuangan Malaysia berakhir di suku
akhir setelah ditumpaskan oleh Korea Selatan 2–3.[93][94][95] Pada lewat bulan Jun, beliau
menjuarai Terbuka Indonesia, sekaligus menjadi pemain bukan Indonesia pertama yang
membuat hatrik dalam kejohanan itu.[96]
Harapan Lee untuk menjadi jaguh Malaysia pertama yang meraih pingat emas di Kejohanan
Dunia ranap setelah ditewaskan oleh Lin Dan di pusingan akhir. Walaupun menguasai
permainan, namun beliau terlepas dua mata penamat di set penentu.[97] Pada bulan
September, Lee juga gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun setelah ditewaskan
oleh bintang baru China, Chen Long.[98] Pada bulan Oktober, beliau tewas kepada Chen
Long sekali lagi dalam cubaan memenangi kejuaraan Terbuka Denmark yang kedua.
[99] Seminggu kemudian, beliau memenangi Terbuka Perancis.[100] Ini disusuli dengan tiga
kali berturut-turut tersingkirnya di peringkat separuh akhir di Terbuka Hong Kong,
[101]Terbuka China,[102] dan Kejohanan Akhir Masters.[103]
2012Sunting
Lee memulakan tahun Olimpik dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus
kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set.
[104] Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang
kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi
Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.[105]
Pada bulan Mac, Lee kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik
diri dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee
untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan
Terbuka Seluruh England tiga kali berturut-turut.[106] Pada bulan April, beliau dikejutkan
pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India,
[107] tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali
keempat berturut-turut pada bulan Mei.[108] Lee terpaksa berehat selama tiga empat
minggu setelah cedera di buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala
Thomas melawan Denmark.[109] Pada bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu
tanpa henti sejak 14 Ogos 2008,[4] Lee akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam
kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF.[110]
Lee kembali beraksi di gelanggang buat julung kali semenjak kecederaan itu pada Sukan
Olimpik London. Beliau menang tipis ke atas Ville Lång dari Finland setelah bermain tiga set
dalam pusingan pertama,[111] dan menyatakan tekanan sebagai punca nyaris kalah.[112] Di
pusingan kedua, beliau menang muda ke atas Simon Santoso dari Indonesia,[113] kemudian
menewaskan Kashyap Parupalli dari India di suku akhir.[114] Di separuh akhir, Lee
mengalahkan Chen Long dari China dalam dua set walaupun dikhuatiri bahawa lawannya itu
sukar untuk diatasi, dan bertemu lagi dengan Lin Dan di pusingan akhir buat kali kedua
dalam Sukan Olimpik.[115] Ini juga pertembungan kedua mereka di Arena Wembley selepas
Kejohanan Dunia 2011. Lee mendahului setelah memenangi set pertama, tetapi Lin
melanjutkan perlawanan kepada set ketiga. Walaupun banyak mengungguli sepanjang set
ketiga itu, namun Lin sempat memintas beliau dan menang 21–19, sekaligus memaksa Lee
sekali lagi berpuas hati dengan pingat perak.[2]
2013Sunting

Bermain di perempatfinal Siri Super Perancis 2013


Lee mengambil gelaran Terbuka Korea buat kali ketiga.[116] Seminggu kemudian, beliau
merangkul gelaran Terbuka Malaysia kesembilannya, yang memecahkan rekod lapan
gelaran yang sebelum ini diadakan oleh Wong Peng Soon.[117] Lee kemudian kalah dalam
perlawanan akhir Terbuka All England kepada Chen Long. Lee berkata beliau kecewa dengan
persembahannya semasa kejohanan, walaupun beraksi dalam perlawanan akhir.[118][119]
Pada April, beliau kalah dalam separuh akhir Terbuka Australia kepada pemain muda China,
Tian Houwei.[120] Beliau kemudian memenangi gelaran Terbuka India kedua dan Terbuka
Indonesia kelima.[121] Pada Ogos, Lee melangkah ke final Kejohanan Dunia, tetapi
harapannya sekali lagi putus-putus dalam mengulangi kekalahan akhir 2011 dan Sukan Asia
2010 ke atas Lin Dan. Dia mengalami kekejangan kaki lewat permainan ketiga. Selepas cuba
meneruskan, dia terpaksa bersara dan kemudiannya dikejarkan ke hospital.[122]
Selepas Kejohanan Dunia Lee menyertai empat kejohanan Super Series. Pertama, beliau
meraih gelaran Terbuka Jepun buat kali keempat.[123] Kemudian dia kalah dalam
perlawanan final Terbuka Denmark dan semifinal Terbuka Perancis,[124][125] dan menang
sekali lagi di Terbuka Hong Kong.[126] Lee memenangi kejuaraan kejuaraan Masters
keempat, musim yang berakhir dengan kejohanan Super Series.[127]
2014Sunting
Pada Januari, Lee kalah di final Korea Terbuka kepada Chen Long, kekalahan keempat
berturut-turut oleh orang Cina.[128] Beliau mencatatkan gelaran Terbuka Malaysia
kesepuluhnya seminggu kemudian. Tidak lama selepas kejayaan itu, beliau mengumumkan
ia akan menjadi persinggahan Terbuka Malaysia yang terakhir, kerana dia akan menilai
keadaannya selepas Sukan Asia dan mungkin bersara jika keputusannya tidak baik.[129]
Walau bagaimanapun, bentuknya bertambah baik dan dia memenangi gelaran All England
Open dan Terbuka India,[130][131] walaupun beliau dikalahkan oleh Simon Santoso di final
Terbuka Singapura.[132] Dalam Piala Thomas, Lee memenangi setiap perlawanan yang
dimainkannya. Malaysia mencapai peringkat akhir tetapi kalah kepada Jepun dengan skor 3-
2.[133]
Pada Jun, beliau memenangi Terbuka Jepun untuk tahun ketiga berturut-turut dan
keseluruhan kelima keseluruhan.[134] Dia kemudian kalah dalam separuh akhir Terbuka
Indonesia, dan akhirnya menamatkan harapannya dalam sembilan lapan final Super Series.
Kerana kecederaan hamstring yang serius, Lee menarik diri dari Sukan Komanwel 2014 pada
bulan Julai, juga mengakhiri harapannya menjadi pemain perseorangan lelaki pertama untuk
memenangi 3 pingat emas pada perlawanan.[135]
Lee kembali bermain pada Ogos di tempat kedua untuk kali ketiga di Kejohanan Dunia, kalah
kepada Chen Long dari China dalam set lurus.[136] Dia sekali lagi kalah kepada Chen dalam
pertandingan separuh akhir Sukan Asia,[137] dan kepada Lin Dan dalam acara separuh akhir
acara perseorangan beberapa hari kemudian.[138]
Ujian DopingSunting
Pada Oktober 2014, media tempatan melaporkan bahawa Persatuan Badminton
Malaysia mengesahkan bahawa salah satu daripada pemain utama negara itu positif untuk
dexamethasone selepas sampel air kencing diambil semasa Kejohanan Dunia pada akhir
Ogos.[139] Identiti pengatup itu tidak didedahkan tetapi dipercayai secara meluas sebagai
Lee Chong Wei. Dexamathasone bukan dadah peningkatan prestasi
tetapi kortikosteroid anti-radang yang ditadbir secara umum yang tidak menyalahi undang-
undang apabila digunakan di luar musim untuk pemulihan kecederaan, tetapi dianggap
menyalahi undang-undang jika ditemui di badan atlet semasa persaingan.[140]
Pada 5 November 2014, Lee terbang ke Norway untuk menyaksikan ujian sampel "B" di
Hospital Universiti Oslo selepas sampel "A" telah diuji positif pada bulan Oktober.
[141] Hasilnya diumumkan pada 8 November 2014 oleh seorang pegawai sukan Malaysia
yang mengesahkan bahawa sampel "B" telah diuji positif juga. Beliau menolak untuk
mengenal pasti pemain tetapi disahkan kepada Associated Press bahawa ia adalah Lee.[142]
Pada 11 November 2014, Persekutuan Badminton Dunia mengesahkan bahawa Lee telah
digantung sementara daripada bersaing kerana pelanggaran peraturan anti-doping yang
jelas.[143] Perbicaraan telah diadakan pada 11 April 2015 di Amsterdam.[144]
Pada 27 April 2015, ia diumumkan bahawa Lee telah diserahkan kepada larangan lapan
bulan yang dibatalkan kerana melanggar peraturan anti-dopingnya. Panel itu yakin bahawa
Lee tidak mempunyai niat untuk menipu dan membenarkan beliau meneruskan kerjayanya
pada 1 Mei 2015. Lee dilepaskan dari pingat peraknya dari Kejuaraan Dunia 2014 tetapi
dibenarkan mengekalkan dua pingat gangsa dari Sukan Asia 2014.[145]
2015Sunting
Piala Sudirman adalah kejohanan pertama Lee selepas menjalani penggantungan selama
lapan bulan untuk pelanggaran doping. Dia terus memenangi semua tiga perlawanan yang
dimainkannya dalam kejohanan itu.[146] Dia kemudian kembali ke gelanggang dengan
memenangi Terbuka AS dan Terbuka Kanada.[147] Lee kembali terpaksa menempuh tempat
kedua di Kejohanan Dunia apabila dia kalah kepada Chen Long di final.[148]
Selepas Kejohanan Dunia, Lee menanggung tiga pusingan awal. Pertama, dalam pusingan
kedua Terbuka Jepun,[149] diikuti dengan pusingan kelayakan Terbuka Korea,[150] dan
kemudian di pusingan kedua Terbuka Denmark.[151]
Selepas tiga kehilangan pusingan awal, Lee bangkit kembali memenangi Terbuka Perancis,
[152] diikuti dengan gelaran Terbuka China yang pertama, menjadikannya pelari tunggal
lelaki pertama memenangi semua gelaran Super Series.[153] Minggu berikutnya, Lee
memenangi Terbuka Hong Kong.[154] Bagaimanapun, Lee tidak layak ke Final Super Series,
yang berakhir dengan tiga gelaran berturut-turut.
2016Sunting
Pada Januari, Lee memenangi gelaran Malaysia Masters kelima.[155] Pada Mac, Lee kalah
dalam pusingan pertama Terbuka Seluruh England,[156] dan juga dalam pusingan kedua
Terbuka India.[157] Pada April, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ke-11,
[158] kemudian diikuti dengan gelaran Kejohanan Badminton Asia kedua.[159] Di Piala
Thomas pada Mei, Malaysia tewas kepada pemenang Denmark pada separuh akhir
walaupun Lee memenangi semua perlawanan yang dipertandingkan dalam kejohanan itu.
[160] Pada Jun, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Indonesia ke-6 dan meraih rekod,
menjadi pemain ketiga dan pemain bukan Indonesia pertama untuk memenangi gelaran
enam kali.[161] Dia bersedia bermain di Terbuka Australia, tetapi menarik diri akibat
kecederaan otot.[162]
Pada 5 Ogos 2016, Lee memimpin kontinjen Malaysia semasa majlis perasmian Sukan
Olimpik.[163] Dalam pertandingan perseorangan lelaki itu dia berjaya ke perlawanan akhir,
mengalahkan saingannya, Lin Dan dalam separuh akhir dalam prestasi yang mendominasi.
[164] Bagaimanapun, beliau dikalahkan oleh Chen Long di perlawanan akhir, kekalahan
berturut-turut ketiganya dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik.[165]
Pada September, Lee memenangi gelaran keenam Terbuka Jepun.[166] Sejak itu, Lee gagal
memenangi sebarang kejohanan yang disertai olehnya: dia kalah dalam pusingan ketiga
Terbuka Denmark,[167] ditarik keluar dari Terbuka Perancis akibat kecederaan hamstring,
[168] dan berakhir tahun dengan keluar peringkat kumpulan dalam Final Super Series.[169]
2017Sunting
Dia memulakan musim 2017 dengan kemenangan keempatnya di Kejohanan Terbuka
Seluruh England.[170] Dia hampir terlepas kejohanan itu selepas merobek ligamen
cengkaman medial semasa sesi latihan di Badminton Akademi Malaysia baru (ABM), ini
menyebabkan perselisihannya dengan pengarah teknikal Morten Frost, kerana Frost tidak
menerima aduannya, meminta licin tikar akan diganti.[171] Lee kalah kepada Lin Dan untuk
dua kejohanan berturut-turut, yang pertama di final Terbuka Malaysia,[172] dan yang kedua
dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Asia.[173]
Pada Mei, Lee memenangi semua perlawanan yang dipertandingkan semasa Piala Sudirman.
[174] Sebulan selepas itu, dia kalah dalam pusingan kedua Terbuka Indonesia.[175] Pada
Ogos, Lee kecewa dengan Brice Leverdez dalam pusingan pertama Kejohanan Dunia, Tidak
lama kemudian, dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kekalahannya dalam akaun
Twitternya tetapi menerima beberapa jawapan yang menyentuh daripada peminat.[176]
Pada bulan September, dia kalah dalam kerjaya ke-100nya, Terbuka Jepun.[177] Dia
tersingkir di pusingan awal tiga kejohanan Super Series, pusingan kedua Terbuka Denmark,
[178] pusingan pertama terbuka Perancis,[179] dan suku akhir Terbuka China.[180] Dia
memenangi gelaran Terbuka Hong Kong, hanya gelaran kedua pada tahun ini.[181] Dia
mengakhiri tahun dengan kalah dalam final Super Series Final.[182]
Lee memenangi pingat emas Sukan Komanwel pada April,[183] sambil memenangi pingat
perak dari acara pasukan campuran.[184]
Walau bagaimanapun, dia gagal memenangi sebarang gelaran setakat ini dalam Jelajah
Dunia. Dia tunduk pada pusingan pertama Malaysia Masters, sebuah kejohanan yang dia
mendakwa dia tidak berniat untuk mengambil bahagian,[185] pusingan ketiga Terbuka
Seluruh England,[186] dan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia.[187]
Dalam acara pasukan, Lee berjaya memenangi semua perlawanan semasa seri, kedua-
duanya dalam Kejohanan Badminton Asia Asia dan Piala Thomas. Malaysia mencapai
separuh akhir dan suku akhir dalam kedua-dua acara tersebut.[188][189]
2018Sunting
Lee memenangi pingat emas Sukan Komanwel pada April,[190] sambil memenangi pingat
perak dari acara pasukan campuran.[191]
Lee gagal meraih gelaran World Tour pada separuh pertama tahun ini. Beliau tunduk pada
pusingan pertama Kejohanan Terbuka Malaysia, sebuah kejohanan yang beliau mendakwa
tidak berminat untuk mengambil bahagian,[192] pusingan ketiga All England Open,[193] dan
separuh akhir Kejohanan Badminton Asia.[194]
Dalam acara pasukan, Lee berjaya memenangi semua perlawanan semasa seri, kedua-
duanya dalam Kejohanan Badminton Asia Asia dan Piala Thomas. Malaysia mencapai
separuh akhir dan suku akhir dalam kedua-dua acara tersebut.[195][196]
Pada Julai 2018, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ke-12,[197] dan mencapai
separuh akhir Terbuka Indonesia.[198] Seminggu sebelum Kejuaraan Dunia, Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa Lee tidak akan mengambil bahagian
untuk kejohanan dan Sukan Asia kerana menjalani rawatan untuk gangguan berkaitan
pernafasan. Penyertaannya untuk kedua-dua kejohanan ini ragu-ragu sebelum
pengumuman itu selepas beliau tidak hadir dalam latihan itu.[199]
Persaraan
Pada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan persaraannya daripada badminton profesional
selepas 19 tahun berkhidmat dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia dalam sidang
akhbar curang di kompleks Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. Beliau diiringi oleh
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mewakili Lee
sebagai wira negara, timbalannya, Steven Sim, dan presiden BAM Mohamad Norza Zakaria.
Beliau menambah bahawa pelan awalnya adalah untuk bersara selepas Sukan Olimpik
Musim Panas 2020 tetapi doktornya menasihatkannya meletakkan badannya di bawah
tekanan atau tekanan yang amat sukar untuk meneruskan latihan.[200][201][202][203] Syed
Saddiq juga diumumkan sebagai ketua chef-de-mission Malaysia untuk Sukan Olimpik 2020.
[204][205]
Kehidupan peribadi
Lee menerima wang sebanyak RM300,000 pada 21 Ogos 2008 sebagai hadiah untuk usaha
pingat peraknya pada Sukan Olimpik 2008. Selain itu, beliau menerima RM3,000 sebulan
sebagai pencen seumur hidup bermula pada Ogos 2008.[206] Untuk pencapaian yang sama,
beliau dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk
oleh Gabenor Pulau Pinang, Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[207] Beliau dilantik
sebagai Duta Besar Negara UNICEF Malaysia pada Februari 2009.[208][209][210]
Pada 6 Jun 2009, Lee menerima anugerah Darjah Bakti (DB), dari Tuanku Mizan Zainal
Abidin, sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerana
pencapaiannya pada Sukan Olimpik 2008.[211] Beliau menjalin hubungan dengan Wong
Mew Choo, rakan sepasukannya. Pada tahun 2009, Lee dan Wong mengumumkan bahawa
mereka tidak lagi bersama semasa Kejohanan Dunia 2009 di Hyderabad, India.
Bagaimanapun, Lee mengumumkan perdamaiannya dengan Mew Choo selepas memenangi
pingat perak pada Sukan Olimpik Musim Panas 2012.[212] Beliau dan Mew Choo berkahwin
pada 9 November 2012.[213] Majlis perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur pada 9 dan 10 November.[214] Pasangan ini mempunyai dua anak lelaki, iaitu
anak sulung, Kingston Lee yang Lahir pada 12 April 2013 dan anak kedua Terrance Lee yang
lahir pada 9 Julai 2015.[215][216]
Pada 16 Mac 2011, Lee menerima saham Permodalan Nasional Berhad bernilai RM100,000
daripada Najib Tun Razak sejurus selepas kejayaannya dalam Terbuka All England.
[217] Beliau telah dilantik sebagai duta besar Kolej Universiti KDU pada 31 Julai 2011.
[218] Autobiografi Lee Berani Menjadi Juara diterbitkan secara rasmi pada 18 Januari 2012.
[219] Pada 5 Julai 2012, Lee telah diberikan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Unit
Rizab Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia.[220] Pada 7 Oktober 2016, Lee dinaikkan
pangkat sebagai Komander (Kehormat) Unit Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja
Malaysia sebagai pengiktirafan kejayaannya di Sukan Olimpik Rio de Janeiro.[221] Pada 15
Oktober 2016, Lee dijadikan penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang
membawa gelaran Datuk Wira dari Gabenor Melaka Mohd Khalil Yaakob.[222] Pada
September 2017, beliau telah dianugerahkan Panglima Jasa Negara (PJN), yang membawa
gelaran Datuk, oleh Yang di-Pertuan Agong Muhammad V.[223][224]

You might also like