You are on page 1of 7

(No. Ruj.) SKKTR.

100-12/1/1JLD2( )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUN RAZAK


BUKIT KATIL
MELAKA

KERTAS CADANGAN KURSUS TEKNOLOGI DAN


PENGURUSAN TANAMAN NANAS

17 NOVEMBER 2022
KHAMIS

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM SK KG TUN RAZAK &
JAWATANKUASA LAMAN AGRO IMPIAN SK KG TUN
RAZAK DENGAN KERJASAMA LEMBAGA PERINDUSTRIAN
NANAS MALAYSIA
(No. Ruj.) SKKTR.100-12/1/1JLD2( )

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

SK Kampung Tun Razak

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Pembelajaran di sekolah tidak terhad hanya di dalam bilik darjah sahaja


malah boleh dilakukan diluar bilik darjah. Bagi merealisasikan matlamat ini
Laman Agro Impian diwujudkan dengan pemiihan tanaman nanas.
Tanaman nanas dipilih kerana cara penjagaannya yang mudah dan
mesra alam.
Tanaman nanas lebih praktikal dan memberi impak lebih positif bukan
saja dari segi hasilnya, tetapi juga menepati keperluan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Selain hasil buah nanas dapat dirasai dan dinikmati warga sekolah,
murid juga berpeluang mempelajari kaedah penanaman serta penjagaan
pokok, mengenali lebih dekat sesuatu jenis pokok sekali gus
menjadikannya sebagai bahan pembelajaran secara langsung.
Ini membolehkan murid mendapat pendedahan dan pengalaman
berkenaan sektor pertanian, sekali gus boleh menanam minat mereka
untuk menjadikan bidang berkenaan sebagai kerjaya pada masa depan.
Kerjasama daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia juga
turut memberikan dorongan dan semangat kepada warga sekolah untuk
bergerak lebih jauh lagi dalam bidang tanaman nanas ini.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Untuk memberi pendedahan kepada murid tentang jenis nanas dan cara
penanaman nanas yang betul.

3.2 Memberi peluang kepada murid tahap 2 mengaplikasikan kaedah dan


cara penanaman nanas didalam kehidupan mereka pada masa akan
datang.

3.3 Untuk melatih murid mengenai semangat keusahawanan dan


bekerjasama dalamkerja berkumpulan.
(No. Ruj.) SKKTR.100-12/1/1JLD2( )

4.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini mensasarkan kepada perincian yang berikut:

Bil Kategori Bilangan

1. Guru pembimbing 7 orang

2. Wakil pegawai Lembaga Perindustrian Nanas 3 orang

3. Murid Tahap 2 40 orang

JUMLAH 50 orang

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh: 17 November 2022


Hari: Khamis
Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: Pusat Sumber SK Kampung Tun Razak & Laman Agro Impian STAR
Tentatif Program:

Masa Aktiviti
8.30 pagi Sarapan pagi
9.00 pagi Tutorial / ceramah
11.00 pagi Praktikal di lapangan penanaman sulur nanas
1.00 petang Makan tengahari
Kursus tamat

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Guru Besar Pn. Norsharlizah binti Mohd Zain

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Noryati binti Zainal

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cik Norazah binti Abdullah
(No. Ruj.) SKKTR.100-12/1/1JLD2( )

Guru Penolong Kanan Kokurikulum En. Amran bin Yusop

Guru Penolong Kanan PPKI Pn. Siti Habsah binti Mohamad

Penyelaras Laman Agro Impian En. Kamarulasnan bin Adan

Setiausaha Pn.Zatul-‘Itri binti Jamaludin

Ahli Jawatankuasa En. Mohd Tarmizi bin Kamarudin


En. Yaser bin Ab Kader
En. Kamarulhisham bin Haron
En. Azmil Shah bin Mohd Shah
Pn. Rusnah binti Hasan
Puan Zuriati binti Abdullah
Cik Yazleena binti Yazid

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan

Bil Sumber Jumlah

1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM440 .00

JUMLAH RM 440.00

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

Bil Perkara Kuantiti x Kos seunit Jumlah

1 Cenderahati penceramah 3 x RM 30.00 RM 90.00

2 Makanan peserta 50 x RM 6.00 RM 300.00

3 Sijil 50 x RM 1.00 RM 50.00

JUMLAH
RM 440.00
8.0
ULASAN JPN /PPD (sekiranya perlu)
(No. Ruj.) SKKTR.100-12/1/1JLD2( )

9.0 PENUTUPAN

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………. …………………..

ZATUL-‘ITRI BINTI JAMALUDIN NORSHARLIZAH BINTI MOHD ZAIN

Setiausaha Guru Besar

SK Kampung Tun Razak SK Kampung Tun Razak

Tarikh: 14 November 2022 Tarikh:


(No. Ruj.) SKKTR.100-12/1/1JLD2( )

KERTAS CADANGAN KURSUS TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN TANAMAN NANAS

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kursus Teknologi dan Pengurusan Tanaman Nanas

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kursus Teknologi dan Pengurusan Tanaman


Nanas

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………..
(NORSHARLIZAH BINTI MOHD ZAIN

Guru Besar
SK Kampung Tun Razak

Tarikh:
(No. Ruj.) SKKTR.100-12/1/1JLD2( )

You might also like