You are on page 1of 2

Rujukan Kami: FCSB/23/2022

Rujukan Tuan: MSB/1/58-11 19 Oktober 2023

SEGERA

Puan Aisyah binti Borhan


Pengurus
MediMac Sdn. Bhd.
No 19, Jalan Semarak 1
75150 Bukit Baru
Melaka

Puan

TUNTUTAN BAYARAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada surat kami bertarikh 15 April 2022
yang lalu mengenai perkara diatas.

Sehubungan itu, kami juga ingin merujuk kepada perjanjian yang telah ditandangani
pada 20/1/2022 iaitu berkenaan dengan bayaran pengubahsuaian bangunan syarikat
puan.

Seperti yang puan sedia maklum, kami telah menyiapkan kerja mengubahsuai
pejabat baru syarikat puan. Walau bagaimanapun, dukacita kami maklumkan
bahawa kami masih belum menerima sebarang bayaran walaupun kerja
pengubahsuaian telah siap kira-kira tiga bulan yang lepas.

Untuk makluman puan, bayaran yang tertunggak ini telah mengundang masalah
kepada syarikat kami kerana bayaran tersebut diperlukan untuk menampung kos
bahan binaan yang telah digunakan dalam kerja pengubahsuaian syarikat puan.
Selain itu, kami juga perlu membayar upah kepada buruh binaan tambahan kerja
pengubahsuaian tersebut perlu disiapkan dalam tempoh dua minggu lebih awal dari
tarikh yang ditetapkan.

Kami telahpun menghantar surat peringatan kepada puan namun masih tiada
sebarang tindakan. Oleh itu, syarikat puan dikehendaki menjelaskan baki bayaran
dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Sekiranya pihak puan tidak dapat
menjelaskan bayaran tersebut, kami akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap syarikat puan.
MediMac Sdn. Bhd
Muka surat 2
19 Oktober 2023

Kami amat berharap agar pihak puan dapat membuat bayaran dengan kadar segera.
Puan boleh menghubungi Pegawai Akaun kami, Puan Liana binti Zahari di talian
06-2826666 untuk penjelasan lebih lanjut.

Sekian, terima kasih. Yang Benar

Fast Construction Sdn. Bhd

Zulkifli bin Salleh


Pengurus Besar

nis

sk Encik Ahmad Suffian bin Mohd Zahari, Akauntan

You might also like