You are on page 1of 49

PANDUAN AMALI PETROGRAFI

BATUAN SEDIMEN KARBONAT


CHE AZIZ ALI
JABATAN GEOLOGI
UKM
PENGENALAN

Batuan karbonat membentuk 20-25% daripada batuan sedimen


dan boleh dibahagikan kepada:

Batu Kapur: dibentuk sebahagian besar mineral kalsit – CaCO

Dolomit: dibentuk oleh mineral dolomit -CaMg(CO


KIMIA DAN MINERALOGI
Tiga jenis mineral pembentuk batuan karbonat utama:
• kalsit :
(a) kalsit bermagnesian rendah (disebut kalsit sahaja):
Mengandungi < 4% MgCO3. contoh kerangka foraminifera planktonic, coccolith dan
brakiopoda, dll.
b) Kalsit bermagnesian tinggi: mengandungi > 4% MgCO3. contoh: Echinoids, crinoids,
foraminifera benthos , red algae.
• Dolomit: wujud dalam sekitaran tertentu sahaja pada hari ini. Terutama di
sekitaran supra-pasang surut dan sangat kurang kewujudan di sekitaran
karbonat sekarang berbanding kalsit dan aragonit.
• Aragonit: Aragonit adalah mineral tidak stabil. Wujud di dalam batuan
karbonat berusia lebih muda daripada usia Kapur. Contoh: kerangka
moluska, algae hijau, karang dsb.
MINERAL KARBONAT UTAMA
TEKSTUR BATU KAPUR
• Kalsit wujud dalam tiga bentuk:
• Butiran karbonat (alokem)
• Kalsit Mikroristalin
• Kalsit Spar
BUTIRAN KARBONAT (ALOKEM)
Butiran karbonat lazimya berjulat saiz antara lodak kasar (0.02 mm)
hingga pasir (sehingga 2 mm), tetapi butiran lebih kasar juga wujud
seperti fosil kerangka organisma

Butiran boleh dibahagikan kepada 5 jenis utama setiap satunya


dicirikan oleh :
• Bentuk ,
• Struktur dalaman,
• Asalmula kejadian
BUTIRAN KARBONAT (ALOKEM)
Klasta karbonat (lithoclasts):
Butiran intraklas: pecahan batuan yang terhasil daripada hakisan batu kapur yang terlah terkonsolidasi lebih awal dan dimendapkan semula
Bersama sedimen karbonat yang sedang terbentuk.
.

Butira kerangka (bioklas): wujud sebagi fosil lengkap atau terpecah-pecah. Jenis butiran ini adalah paling lazim dalam
batuan karbonat.
Ooids : butiran karbonat bersalut yang dibentuk oleh lapisan-lapisan nipis hablur kalsit atau aragonite yang
menyelaputi mengelilingi satu nukleus sama ada butiran pasir atau serpihan fosil atau butiran pellet. Oolites : sejenis
batuan yang dibentuk oleh ooids. Buitran yang lebih kasar > 2mm, lazimnya terbentuk di daratan dan dipanggil pisoids
(untuk batuannya dipanggil pisolit) Onkoid : adalah stromatolites berbentuk spefra bersaiz 1 hinga 2 cm. batuannya
disebut Onkolit:
Peloids : butiran yang terdiri daripada kalsit atau aragonite mikrokristalin atau kriptokristalin yang tidak memunyai
apa-apa struktur dalaman. Ia kelihatan hitam atau gelap sahaja di dalam mikroskop. Saiznya sekitar 0.03-0.1 mm. jenis
peloid yang paling lazim adalah bitiran tetahi yang dihasilkan oleh organisma yang memakan lumpur karbonat. Peloid
juga terhasil oleh proses pemikriotan butiran lain terutama butiran kerangka.
Butiran Aggregat atau bergugus: butiran yang dibentuk oleh dua atau lebih butiran karbonat sama ada pecahan
baturan, pellet, fosil yang disalut Bersama oleh lumpur karbonat atau matrik. Sering kelihatan gelap kerana kaya
dengan bahan organan.
Beberapa contoh butiran karbonat
Butiran kerangka Peloid
ooids

Intraklas / aggregat
onkoid
Nama :

Latihan butiran alokem Nombor Matrik:

Kenalkan dan labelkan setiap komponen butiran di dalam slaid di bawah.


Nama :

Latihan butiran alokem Nombor Matrik:

Kenalkan dan labelkan setiap komponen butiran di dalam slaid di bawah.


Nama :

Latihan butiran alokem Nombor Matrik:

Kenalakan dan labelkan setiap komponen butiran di dalam slaid dibawah.


Nama :

Latihan butiran alokem Nombor Matrik:

Kenalkan dan labelkan setiap komponen butiran di dalam salid di bawah


Nama :

Latihan butiran alokem Nombor Matrik:

Kenalkan dan labelkan setiap komponen butiran di dalam slaid di bawah.


Nama :

Latihan butiran alokem Nombor Matrik:

Kenalkan dan labelkan setiap komponen butiran di dalam slide di bawah.


KALSIT MIKROKRISTALIN
(MIKRIT)
Membentuk batu lumpur karbonat yang berbutir
sangat halus (1~5 microns, 0.001~0.005 mm)
terdiri daripada kalsit atau aragonit
Ia hadir membentuk bahan matriks atau sebagai
batuan karbonat berbutir halus sepenuhnya.
Terbentuk secara pemendakan terus daripada air
laut yang lampau tepu dengan CaCO atau hasil
daripada hakisan terhadap butiran atau sedimen
karbonat yang lebih kasar secara hakisan
mekanikal atau hakisan biologi.
Kehadiran lumpur karbonat menunjukkan
sekitaran bertenaga rendah
Nama :

Latihan mikrit Nombor Matrik:

Kenalkan dan labelkan setiap komponen termasuk mikrit di dalam slaid dibawah.
Nama :

Latihan mikrit Nombor Matrik:

Kenalkan dan labelkan setiap komponen termasuk mikrit di dalam slaid dibawah.
KALSIT SPAR
• Membentuk hablur bersaiz kasar
(0.02~0.1 mm) yan kelihatan jernih
atau putih. of calcite that appear
clear or white viewed
• Terbentuk semasa diageneis oleh
proises penyimenan atau
penghabluran semula butiran
karbonat asal.
• Kehadiran simen menunjukkan
sekitaran bertenaga tinggi.
Kalsit spar menghablur di dalam liang dan
juga mengganti butiran kerangkan . Kelihatan
juga butiran peloid di bahagian bawah
Latihan kalsit spar
Kenalkan dan labelkan setiap kalsit spar dan juga komponen lain-lain yang terdapat di dalam slaid di
bawah.
DOLOMIT
• Dolomite dibentuk oleh mineral-
mineral dolomit CaMg(CO3)2
• Lazimnya berhablur kasar, berbentuk
rhombohedron. Terbentuk secara
mengganti batu kaur yang asal
menjadi dolomit.
• Ada juga berhablur halus ( dipanggil
dolomikrit), tebentuk secara
pemendakan terus dari larutan
berair.
Tekstur dolomit
Terdapat 3 jenis dolomit berdasarkan
bentuk hablurnya:

• A. Dolomit Planar (idiotopik):


• Hablur berbentuk rhombus, euhedral
(hablur sempurna) di sebut Planar E
• Hablur tidak sempurna, anhedral, disebut
Planar S.

• B. Tidak planar (Xenotopik) – hablur


tidak sempurna dan berpadatan rapat.
• A - Dolomit Planar
• B – Dolomit tidak Planar (Xenotopik)
• C – Dolomikrit

C
Nama :
Latihan dolomit Nombor Matrik:

Jelaskan taburan dolimit di dalam dua sliad di bawah . Namakan jenis-jenis fosil / butiran yang boleh
dikenal pasti.
Nama :
Nombor Matrik:
Latihan Dolomit
Nyatakan tekstur dolomit di dalam setiap slaid dari A hingga F ini
PENGELASAN BATUAN KARBONAT
Dua jenis pengkelasan utama untuk mikrofasies batu kapur
yang diguna pakai hari ini:

• Folk (1959,1962)

• Dunham (1962)
Pengelasan Folk 1959, 1962
Pengeklasan ini berdasarkan kandungan
kalsit spar (simen) dan matriks terhadap
kandungan jenis butiran:
• Jika batuan diikat oleh simen ia di
panggil sparit dan butiran alokem
yang ada di dalamnya memberikan
nama batuan sepenuhnya. Contoh:
butiran oolit di ikat oleh simen spar
maka diberi nama oosparit. Begitu
sebaliknya jika batuan di ikat oleh
mikrit maka Namanya menjadi
oomikrit
Pengelasan Dunham, 1962
Perhatikan ciri-ciri
setiap nama
batuan di dalam
jadual ini

Dunham 1962 dan Embry


& Klovan menggunakan
komposisi fabriks lumpur
terhadap sokongan butiran
A B

C D

A- Batu lumpur
B- Batu wak
C- Batu padat
D- Batu butir
A

Intraklas Batu kapur rudit/ Rudstone

Batu adang: kerangka (bryozoan) dalam kedudukan


Batu ikat: butiran kerangka disaluti oleh algae Asal disimen oleh kalsit
STRUKTUR SEDIMEN DI DALAM BATUAN
KARBONAT
• Korekan
• Biokacau
• Fenestrae
• Geopetal
• Stromataktik
Gerekan (Boring) .
• Bukaan yang dibuat oleh
organisma di dalam substrat
yang keras (batuan), kerangka
organisma atau bahan.
• Sifat: memotong butiran dan
fabrik
Korekan (burrow)
• Korekan yang dibuat oleh
organisma di dalam sedimen
lembut. Lazimnya liang ini akan
runtuh atau diisi oleh sedimen
lain
Geopetal
• Struktur dalaman yang menunjukkan
kedudukan asal sesuatu lapisan batuan
seperti orientasi atas dan bawah.
• Contoh yang paling mudah ialah
pemgumpulan sedimen di bahagian
bawah/ lantai liang intra-butiran atau
isian sedimen di lantai keliangan acuan
atau vug.
Fenestrae (mata burung)
• Fenestrae (fenestral fabric) – ruang
penekomtemporari di dalam batuan
sedimen yang lebih besar daripada liang di
antara butiran dan terisi oleh simen kalsit
spar.
• Berbentuk membulat atau kekanta atau
tidak seragam.
• Lazimnya mendatar selari dengan laminasi
atau fabrik batuan
• Dibentuk oleh selaput mirobial yang
mengalami pengeringan, pembentukan
gas, pereputan bahan organan atau udara
terperangkap di dalam zon basuhan
pasang surut.
Stromatactis
• Sejenis liang yang sering terbentuk di
dala batu lumpur karbonat bersaiz 3
to 10 cm,
• Lantai rata tetapi bumbung yang
tidak seragam.
• Terisi oleh sedimen dalaman
berpeloid
• Terbentuk akibat pereputan bahagian
lembut organisma dan sebab-sebab
lain
Laminasi
Garis-garis mikro selari di dalam
batuan karbonat
DIAGENESIS DI DALAM BATU KAPUR
• Sedimen karbonat akan mengalami perubahan sebaik sahaja
dimendapakan.
• Perubahan tersebut disebut diagenesis. Iaitu proses yang merubah
sifat fizikal, mineralogi dan kimia sedimen dan batuan karbonat.
Proses-proses diagenesis
• Pemadatan – berlaku sebaik sahaja sedimen ditimbus oleh lapisan baru di
atasnya hingga tertimbus dalam
• Pemikritan –
• Penyimenan – pemendakan bahan simen yang terdiri daripada kalsit , aragonit
atau dolomit apabila air yang tepu dengan bahan tersebut memasuki ruang liang
di dalam butiran atau di antara butiran alokem. Proses penyimenan boleg berlaku
awal iaitu semasa sedimen berada dipermukaan dan berterusan sehingga
sedimen ditimbus dalam menjadi batuan.
• Pelarutan – proses yang melarut mineral karbonat apabila terdedah kepada air
yang berasid. Proses ini berlaku ketika sedimen berada di permukaan atau
hamper permukaan sehinggalah setelah tertimbus dalam menjadi batuan.
• Neomorfisme – proses pertukaran bentuk, mineralogi dan kimia butiran samada
matriks atau butiran alokem akibat perubahan parameter fizikal sekitaran
sepanjang sejarah penimbusan sedimen berkenaan.
Pemadatan Sedimen yang
Pemadatan berlaku sebaik sahaja sedimen baru tersimen
ditimbus oleh lapisan baru di atasnya telah mengalami
hingga tertimbus dalam pemecahan
(panah) pada
butiran akibat
Fitur-fitur bukti pemadatan
pemadatan

Stilolit terbentuk
apabila sedimen
telah tertimbus
dalam
Pemikritan
Pengorekan oleh organisma ke atas butiran-butiran alokem membentuk satu lapisan mikrit di sekeliling buitran
berkenaan

Korekan mikro pada butiran kerangkan dalam proses


pemikritan. Butiran dia atsnya telah bertukar menjadi
peloid (termikrit sepenuhnya)
Proses Penyimenan
Penyimenan – pemendakan bahan simen yang terdiri daripada kalsit ,
aragonit atau dolomit apabila air yang tepu dengan bahan tersebut
memasuki ruang liang di dalam butiran atau di antara butiran alokem.
Proses penyimenan boleg berlaku awal iaitu semasa sedimen berada
dipermukaan dan berterusan sehingga sedimen ditimbus dalam menjadi
batuan.

Butiran ooid mula disimen oleh hablur kalsit


( panah)

Simen kalsit (berwarna merah jambu) mengisi liang


di antara butiran dan di dalam butiran sepenuhnya. Mineral Simen kalsit (putih) menyelaputi sekeliling butiran
berbentuk rombus berwarna kekuningan adalah dolomit dan menghubung butiran-butiran ooid bersebelahan
Tumbuh lampau
Neomorfisme
Proses pertukaran bentuk, mineralogi dan kimia butiran samada matriks atau butiran alokem akibat perubahan
parameter fizikal sekitaran sepanjang sejarah penimbusan sedimen berkenaan.

Proses neomorfisme menokok


melibatkan tumbesaran butiran
mikrit menjadi kalsit mikrospar
Pelarutan
Proses yang melarut mineral karbonat apabila terdedah kepada air yang berasid. Proses ini berlaku ketika sedimen
berada di permukaan atau hamper permukaan sehinggalah setelah tertimbus dalam menjadi batuan.

Pelarutan pada butiran ooid yang telah tersimen lebih Pelarutan sepenuhnya pada butiran ooid meninggalkan
awal membentuk liang-liang baru yang berwarna biru. liang-liang menyerupai butiran asal (acuan ooid) yang
tinggal adalah simen kalsit (berwarna merah)yang masih
belum terlarut.
Pendolomitan
Proses pembentukan mineral dolomit semasa dia genesis. Proses ini boleh berlaku melalui pemendakan simen atau
penyimenan oleh mineral dolomit dan juga melalui proses penggantian kalsit oleh dolomit

Dolomit tumbuh mengganti mikrit Simen dolomit mengganti mineral kalsit Simen dolomit (berwarna kelabu)
menyelaputi butiran kerangka
SEKITARAN DIAGENESIS
• Iaitu sekitaran tempat berlakunya proses diagenesis:
• sekitaran permukaan dan hamper permukaan : zon batuan yang
terdedah kepada atmosfera
• Sekitaran penimbusan dalam
SEKITARAN DIAGENESIS: sekitaran di mana
berlakunya proses diagenesis

Zon Vados

Zon permukaan
& hampir Zon
permukaan Zon Freatik
freatik
air laut
Zon percampuran
Zon
Zon freatik
Penimbusan
penimbusan dalam
dalam

You might also like