You are on page 1of 16

GARIS PANDUAN LAPORAN

ANUGERAH KECEMERLANGAN
KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023

TEMA

“MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN MELALUI AKTIVITI


KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH”

TEMPOH PELAKSANAAN

1 OKTOBER 2022 – 30 SEPTEMBER 2023

ANJURAN

SEKSYEN SEKOLAH & IPT/BELIA


BAHAGIAN KOPERASI BERSASAR
KUMPULAN PEMBANGUNAN KOPERASI
ANGKASA

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023


PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA
1. PENGENALAN

Garis panduan AKKS 2023 ini disediakan sebagai panduan kepada Koperasi sekolah
untuk melaporkan dan membentangkan aktiviti sepanjang tempoh laporan
(1/10/2022 – 31/7/2023). Laporan yang disediakan adalah dalam bentuk dokumen
yang ringkas, mudah difahami dan teratur. Laporan ini juga boleh dijadikan sebagai
dokumen penting Koperasi dan bahan rujukan di sekolah serta panduan untuk
Anggota Lembaga yang baharu.

Penyediaan laporan AKKS 2023 hendaklah dibahagikan kepada 10 bahagian iaitu :


• Bahagian A – Maklumat/Profail Koperasi sekolah (5%)
• Bahagian B – Laporan tahunan Koperasi sekolah (10%)
• Bahagian C – Jenis-jenis perniagaan utama Koperasi sekolah (10%) •
Bahagian D – Aktiviti Koperasi sekolah sepanjang tempoh laporan (30%) •
Bahagian E – Perayaan/Sambutan Hari Koperasi Sekolah (10%) • Bahagian
F – Sumbangan tabung Koperasi sekolah (15%)
• Bahagian G – Pengurusan fail kelab Koperasi/ keusahawanan sekolah (5%) •
Bahagian H – Produk khas Koperasi sekolah (2022-2023) (5%)
• Bahagian I – Pengiktirafan yang diterima Koperasi sekolah (5%) •
Bahagian J – BA 100 dan Infaq ANGKASA (5%)

2. PENYERTAAN

Terbuka kepada semua Koperasi sekolah di Malaysia sahaja. (Koperasi sekolah yang
bukan ahli ANGKASA hendaklah melampirkan borang permohonan menjadi ahli
ANGKASA bersama – sama borang laporan AKKS 2023. (BSE– AKKS/23)

3. TARIKH CADANGAN DAN TEMA AKKS

3.1 Tarikh pelaksanaan aktiviti : 01 Oktober 2022 – 30 September 2023

3.2 Tarikh akhir menghantar laporan : 13 Oktober 2023 (Jumaat)

3.3 Tarikh penilaian laporan (Peringkat 1): 16 - 20 Oktober 2023 (ANGKASA)

3.4 Tarikh pembentangan (Peringkat 2): 23 – 27 Oktober 2023 (Juri)

3.5 Tarikh lawatan pengesahan Koperasi terbaik berdasarkan laporan (Peringkat 3) :


30 Oktober – 10 November 2023 (ANGKASA)

3.6 Tarikh peringkat kebangsaan (Peringkat 4) : 15 - 17 Disember 2023

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 2


3.7 Tema AKKS 2023 ialah “Memupuk Semangat Perpaduan Melalui Aktiviti
Keusahawanan Koperasi Sekolah”
# Nota : Perubahan tarikh, tempat dan format penilaian akhir adalah bergantung
kepada perubahan dari semasa ke semasa.

4. BAHAGIAN A : MAKLUMAT/PROFAIL KOPERASI (5%)

Laporan yang disediakan hendaklah memaparkan maklumat seperti berikut


mengikut kreativiti masing-masing:

4.1 Gambar bangunan Koperasi yang terkini berpandukan posisi berikut:


a) Sekeping gambar posisi sebelah tepi kiri bangunan Koperasi.
b) Sekeping gambar posisi sebelah tepi kanan bangunan Koperasi.
c) Sekeping gambar posisi depan bangunan Koperasi.
d) Pelan lokasi bangunan Koperasi.

4.2 Nombor pendaftaran Koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)


dan Nombor pendaftaran ahli ANGKASA.

4.3 Alamat penuh, nombor telefon dan nombor faks Koperasi yang terkini.

4.4 Carta organisasi Koperasi yang terkini.

4.5 Menyediakan logo, visi, misi, matlamat, objektif Koperasi dan sejarah ringkas
Koperasi.

4.6 Peratus keanggotaan Koperasi (murid/pelajar, guru dan kakitangan) dan


bilangan kakitangan Koperasi (jika ada).

5. BAHAGIAN B : LAPORAN TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH 2016 - 2022 (Markah 10%)

5.1 Laporan Tahunan Kewangan Koperasi 2016 - 2022 (5%)

Koperasi perlu menyediakan graf atau jadual berkaitan ringkasan maklumat


Kewangan Koperasi teraudit bagi tempoh 7 tahun (2016 – 2022). Maklumat yang
perlu adalah seperti dibawah dan disusun mengikut kreativiti masing-masing:
(Tidak perlu menghantar salinan Penyata Kewangan Teraudit Terkini)
5.1.1 Tahun Kewangan Berakhir (Contoh Disember 2022)
5.1.2 Jumlah Perolehan Koperasi
5.1.3 Jumlah Keuntungan Bersih Koperasi
5.1.4 Jumlah Aset Koperasi
5.1.5 Jumlah Modal Saham dan pecahan saham mengikut guru dan pelajar
5.1.6 Jumlah Keuntungan Terkumpul
5.1.7 Bilangan pekerja (sepenuh dan separuh masa)
GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 3
5.2 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi
(ALK) (5%)

Penilaian adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :


5.2.1 Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi (MAT)

Laporan yang disediakan perlu memaparkan bukti pelaksanaan aktiviti


Mesyuarat Agung Tahunan yang telah dijalankan. Perkara yang perlu dipaparkan
adalah seperti berikut: (Tidak perlu menghantar salinan Minit Mesyuarat
Agung Tahunan)

a. Tarikh
b. Masa
c. Tempat
d. Gambar

5.2.2 Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK)

Mesyuarat Anggota Lembaga hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat


(4) kali dalam tempoh setahun mengikut Akta Koperasi. Oleh itu, Laporan yang
disediakan hendaklah memaparkan maklumat-maklumat seperti berikut
mengikut kreativiti masing-masing: (Tidak perlu menghantar salinan minit
mesyuarat ALK)

a. Tarikh
b. Masa
c. Tempat
d. Gambar

6. BAHAGIAN C : JENIS-JENIS PERNIAGAAN UTAMA KOPERASI SEKOLAH (Markah 10%)

Laporan yang disediakan hendaklah memaparkan maklumat berkaitan jenis-jenis


perniagaan utama yang dijalankan. Jenis-jenis perniagaan utama bermaksud
perniagaan yang menjana pendapatan utama kepada Koperasi sekolah Contoh :
Perniagaan utama adalah kedai Koperasi/coopmart, kios, mesin fotostat, EBB bank
dan pertanian. Antara maklumat yang perlu dipaparkan di dalam laporan ialah:

6.1 Perniagaan utama 2023


6.2 Jumlah perolehan setiap jenis perniagaan utama
6.3 Jumlah kos setiap jenis perniagaan utama
6.4 Jumlah untung bersih setiap jenis perniagaan utama (akaun projek) 6.5
Gambar-gambar setiap jenis perniagaan utama
6.6 Perniagaan baharu pada tahun 2023 yang telah dijalankan berserta
gambar perniagaan berkenaan.

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 4


7. BAHAGIAN D : AKTIVITI–AKTIVITI KOPERASI SEPANJANG TAHUN (Markah 30%)

Bahagian ini melibatkan aktiviti-aktiviti Koperasi yang bermula dari 1 Oktober 2022
sehingga 30 September 2023. Penilaian adalah berdasarkan kepelbagaian aktiviti
pendidikan, ekonomi dan aktiviti sosial/budaya. Laporan yang disediakan
hendaklah memaparkan perkara-perkara berikut mengikut kreativiti masing
masing:
7.1 Tarikh aktiviti/program yang dijalankan
7.2 Masa aktiviti/program yang dijalankan
7.3 Tempat aktiviti/program dilaksanakan
7.4 Senarai Jawatankuasa aktiviti/program
7.5 Kos aktiviti/program
7.6 Impak aktiviti/program
7.7 Gambar-gambar aktiviti/program yang telah dilaksanakan

Koperasi sekolah dikehendaki untuk melaksanakan ketiga-tiga aktiviti berkenaan


dan pemarkahan adalah berdasarkan kepada bilangan aktiviti yang telah dijalankan.
Setiap aspek (pendidikan,ekonomi dan sosial/budaya) yang dilaporkan hendaklah
tidak kurang daripada lima aktiviti. Minimum setiap gambar aktiviti adalah dua (2)
keping sahaja.

Bagi tujuan memasyarakatkan Koperasi, Koperasi sekolah digalakkan untuk


melibatkan seberapa banyak agensi samada agensi kerajaan, swasta atau badan
badan NGO sebagai salah satu usaha mewujudkan aktiviti interaksi Koperasi sekolah
dengan masyarakat. Contoh aktiviti yang disertai oleh anggota Koperasi (guru,
murid/pelajar dan kakitangan) adalah seperti berikut;

a. Aktiviti Pendidikan (10%)


Contoh Aktiviti :
• Kursus Koperasi;
• Seminar Koperasi;
• Bengkel Koperasi;
• Kuiz Koperasi, dan
• Lain-lain berdasarkan kreativiti Koperasi.

b. Aktiviti Ekonomi/ Keusahawanan (10%)


Contoh Aktiviti :
• Karnival Koperasi;
• Jualan barangan terpakai atau barangan kitar semula;
• Bazar Koperasi semasa hari sukan;
• ‘Car-Boot Sale’ Koperasi sempena hari anugerah akademik;
• Lain-lain berdasarkan kreativiti Koperasi

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 5


c. Aktiviti Sosial dan Budaya (10%)
Contoh Aktiviti :
• Gotong royong;
• Khidmat masyarakat;
• Aktiviti kitar semula
• Lawatan ke rumah anak yatim;
• Lain-lain berdasarkan kreativiti Koperasi.
8. BAHAGIAN E : PERAYAAN/SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (10%)

Perayaan/Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) ini boleh dilaksanakan semasa


perhimpunan mingguan atau bulanan sekolah sepanjang tempoh yang telah
ditetapkan secara bersekali/bersama atau kecil-kecilan. Setiap aktiviti yang dilakukan
semasa perhimpunan ini wajib disertakan gambar, kos perayaan/sambutan, tarikh,
tempat dan impak daripada sambutan tersebut secara ringkas dan mudah difahami.
Pemarkahan adalah berdasarkan perkara berikut:

8.1 Perhimpunan Khas

• Koperasi sekolah hendaklah mengumpul kesemua murid/pelajar dalam


satu perhimpunan khas, sama ada di dalam perhimpunan mingguan atau
bulanan sekolah.
• Pengetua atau pengerusi Koperasi atau ALK akan memaklumkan tentang
perhimpunan serta tujuan diadakan.
• Pengetua/pengerusi Koperasi atau ALK hendaklah menerangkan
kepentingan Koperasi di sekolah, perkembangan terkini dan aktiviti
aktiviti yang dijalankan di Koperasi sekolah.
• Lagu Sepakat Membina hendaklah dimainkan semasa perhimpunan
tersebut. (Lagu ini boleh dimuat turun dari laman web ANGKASA;
www.angkasa.coop).

8.2 Aktiviti Tambahan Semasa Perhimpunan Khas

Pihak Koperasi sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti tambahan


seperti berikut semasa majlis perhimpunan diadakan.

• Pengiktirafan koperator terbaik Koperasi sekolah

Koperasisekolah bolehlah memberi pengiktirafan kepada mana-mana koperator


yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang penglibatan mereka
dalam Koperasi. Antara pengiktirafan yang boleh diberikan ialah anggota
lembaga Koperasi terbaik dikalangan guru dan pelajar serta koperator
tertinggi langganan di Koperasi sekolah. Koperasi sekolah bolehlah
menyediakan hadiah
hadiah untuk tujuan tersebut jika berkemampuan.

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 6


• Aktiviti Tambahan – Amalan Prinsip Ke 7 Koperasi (Mengambil Berat
Terhadap Masyarakat)

Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan pihak pengurusan diminta untuk


melaksanakan prinsip ke-7 Koperasi bagi memastikan amalan prinsip ini dapat
dihayati oleh anggota Koperasi sekolah. Oleh itu, Koperasi sekolah disarankan
untuk menanam pokok di kawasan sekitar sekolah bagi menyokong program
penanaman sejuta pokok. Pemarkahan akan dinilai berdasarkan jumlah pokok
dan bukti bergambar semasa aktiviti tersebut berlangsung.

9. BAHAGIAN F : SUMBANGAN TABUNG-TABUNG KOPERASI (Markah 15%)

Koperasi sekolah hendaklah mewujudkan tabungan mengikut UUK Koperasi.


Kewujudan tabung-tabung ini adalah untuk kegunaan aktiviti-aktiviti sekolah dan
dipulangkan semula kepada anggota Koperasi sekolah. Pemberian markah
berdasarkan kepada jumlah tabung yang telah diwujudkan.

Koperasi Sekolah boleh melaporkan semua sumbangan bagi setiap tabung Koperasi
yang telah diwujudkan. Setiap sumbangan tabungan ini perlu disertakan keterangan
ringkas seperti tarikh, jumlah sumbangan, impak, penerima sumbangan dan
disertakan dengan bukti bergambar.

10. BAHAGIAN G : PENGURUSAN FAIL KELAB KOPERASI / KEUSAHAWANAN SEKOLAH


(5%)

Bahagian ini akan menilai aspek pengurusan fail kelab Koperasi / keusahawanan
sekolah. Penubuhan kelab Koperasi / keusahawanan sekolah adalah penting bagi
tujuan markah penglibatan murid/pelajar dalam Pentafsiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum (PAJSK). Sekiranya Koperasi sekolah belum menubuhkan Kelab
Koperasi / keusahawanan Sekolah, disarankan untuk Koperasi sekolah
menubuhkan kelab Koperasi yang diletakkan dibawah Koperasi sekolah. Penilaian
akan mengambil kira aspek seperti berikut:

• Carta organisasi kelab Koperasi / keusahawanan


• Senarai Jawatankuasa dan bilangan keahlian
• Takwim dan perancangan tahunan.
• Mesyuarat agung penubuhan seperti:

1. Tarikh
2. Masa
3. Tempat
4. Gambar

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 7


11. BAHAGIAN H : PRODUK KHAS KOPERASI (2022-2023) (5%)

Koperasi sekolah hendaklah menghasilkan satu produk Koperasi yang boleh


dibangun, dikembang dan dipasarkan bagi tujuan meningkatkan pendapatan
tambahan Koperasi sekolah. Produk khas ini adalah produk yang telah diinovasikan
mengikut kreativiti Koperasi. Penilaian ini akan mengambil kira perkara-perkara
seperti berikut:

✓ Gambar produk – 4 bukti bergambar perlu disertakan


✓ Penyata akaun produk – setiap satu produk Koperasi perlu disertakan dengan
penyata akaun produk berkenaan (cth : Jumlah modal, perolehan kasar,
keuntungan dan lain-lain yang boleh dijelaskan)
✓ Impak produk kepada Koperasi, warga sekolah dan komuniti

Contoh produk khas Koperasi:


Bantal kekabu herba, cili sos madu lebah, bunga kertas bersalut ‘straw’ dan lain
lain yang berinovasi dan kreativiti.

12. BAHAGIAN I: PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA OLEH KOPERASI SEKOLAH (5%)

Laporan yang disediakan oleh Koperasi Sekolah hendaklah memaparkan senarai


pengiktirafan Koperasi sekolah yang telah diterima. Pengiktirafan diambil kira dari
anugerah dan pertandingan yang telah disertai diperingkat Negeri, Kebangsaan dan
Antarabangsa mengikut tempoh laporan AKKS 2023. Perkara-perkara yang perlu
ada dalam Laporan adalah seperti berikut mengikut kreativiti masing-masing:

12.1 Nama anugerah yang diterima


12.2 Tarikh anugerah yang diterima
12.3 Tempat anugerah diterima
12.4 Nama penganjur yang memberi anugerah
12.5 Gambar-gambar anugerah yang diterima

13. BAHAGIAN J: PERNIAGAAN BA100 DAN INFAQ ANGKASA (5%) www.jimatbiz.com

• Koperasi sekolah dikehendaki untuk melaporkan jumlah pembelian melalui sistem


BA100, Jumlah jualan BA100 dan untung bersih dari jualan BA100; • Koperasi
sekolah juga diminta untuk mengemukakan jumlah infaq yang dibuat melalui
tabung infaq ANGKASA (jika ada).

14. BORANG PENGESAHAN DAN LAPORAN AKKS 2023

Bagi tujuan penyelarasan dan penilaian, pihak Koperasi sekolah hendaklah


menghantar:

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 8


Borang pengesahan dan laporan AKKS 2023 (BSE – AKKS/23)

Borang pengesahan laporan AKKS ini hendaklah diisi dengan lengkap serta dikepilkan
bersekali dengan laporan AKKS di muka surat hadapan dan dihantar ke ANGKASA
(Ibu Pejabat) pada atau sebelum 13 Oktober 2023 (Jumaat) 4.30 petang dan
dikepilkan sekali di muka surat hadapan bersama-sama dengan laporan AKKS.
Borang ini bolehlah dimuat turun dari laman web ANGKASA; www.angkasa.coop.

15. PENILAIAN LAPORAN AKKS 2023

Penilaian akan dinilai berdasarkan format yang terkandung di setiap bahagian.


Jawatankuasa Penilai adalah terdiri daripada:
▪ Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
▪ Kementerian Pendidikan (KPM)
▪ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
▪ Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
▪ Majlis Amanah Rakyat (MARA)
▪ Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
▪ Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV)
▪ Dan Lain-Lain Agensi yang berkaitan

Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penilai adalah MUKTAMAD.

PENILAIAN PERINGKAT KEDUA

16. PEMBENTANGAN

Pembentangan akan dilakukan sekiranya Koperasi sekolah berjaya melepasi


saringan peringkat pertama. Masa pembentangan adalah tidak lebih dari 45 minit
secara fizikal atau secara maya (zoom meeting). Penilai bagi peringkat kedua ini akan
dilakukan oleh Wakil Kementerian Pendidikan , Bahagian Pendidikan Dan Latihan
Teknikal Vokasional, Majlis Amanah Rakyat dan pihak ANGKASA.

PENILAIAN PERINGKAT KETIGA

17. LAWATAN PENGESAHAN

Peringkat ketiga adalah proses pengesahan setelah pembentangan dilakukan. Pihak


ANGKASA akan membuat lawatan ke Koperasi yang berjaya dan terpilih sahaja
mengikut markah yang tertinggi bagi memastikan laporan dan pembentangan yang
telah dibuat adalah benar. Jika peringkat ini didapati maklumat tidak benar, maka
penganjur berhak untuk menggugurkan Koperasi sekolah berkenaan untuk berada

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 9


di peringkat akhir dan digantikan dengan calon Koperasi sekolah lain berdasarkan
markah tertinggi.

# Nota : Sebarang perubahan kepada bentuk penilaian akan dimaklumkan dari


semasa ke semasa.

18. PERTANYAAN

Sebarang bentuk pertanyaan yang berkaitan dengan AKKS 2023 bolehlah diutarakan
kepada Seksyen Sekolah & IPT/Belia, ANGKASA di talian telefon :

03-7884 6510 / 03-7800 8176,


Faks: 03-7806 1506

19. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN AKKS 2023

Koperasi sekolah disarankan untuk melibatkan masyarakat luar dalam aktiviti.


Antara pihak–pihak yang boleh dilibatkan adalah:

a. Koperasi Sekolah berdekatan


b. Koperasi Dewasa
c. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
d. Masyarakat setempat
e. Kementerian Pendidikan (KPM)
f. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
g. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
h. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
i. Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
j. Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN)
k. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
l. Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV)
m. Dan lain – lain Agensi yang berkaitan

20. PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

a. Penyediaan laporan hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan di


dalam garis panduan.

b. Penyediaan laporan adalah bebas dan tiada had muka surat.


Walaubagaimanapun, sekiranya layak untuk ke peringkat kedua, Laporan
yang disediakan hendaklah boleh dibentangkan dalam jangkamasa 30 ke 45
minit.

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 10


c. Hanya melaporkan dua (2) gambar sahaja bagi setiap satu (1) aktiviti sahaja.

d. Setiap gambar perlu dinyatakan secara ringkas dan mudah difahami


mengikut keperluan bahagian-bahagian yang telah dinyatakan.

e. TIDAK PERLU melampirkan risalah, pamplet atau bahan bahan bercetak


daripada agensi luar. Sebagai contoh risalah pencegahan jenayah, derma
darah, promosi, peraturan, syarat-syarat dan sebagainya.

f. TIDAK PERLU melampirkan kembali bahan-bahan atau maklumat yang telah


diberikan oleh ANGKASA kepada Koperasi sekolah seperti Garis Panduan
AKKS 2023 dan lain-lain.

g. Laporan harus dicetak (hardcopy) dan hendaklah diserahkan kepada Ibu


Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor seperti alamat di bawah pada
atau sebelum 13 Oktober 2023 (Jumaat) Jam 4.30 petang. Penghantaran
selepas daripada tarikh dan masa di atas tidak akan dinilai.

h. Koperasi sekolah juga perlu mengisi Google Forms dan disertakan dengan
link/pautan Laporan AKKS 2023 yang telah dikongsikan dengan
bse.angkasa@gmail.com sebagai sokongan (back up) terhadap laporan yang
dihantar. Pautan Google Forms AKKS 2023 boleh didapati di
https://bit.ly/AKKS2023 atau menerusi kod QR dibawah:

21. HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2023

Pemenang peringkat negeri dan kebangsaan akan dipilih oleh Jawatankuasa


Penilai berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. Bilangan pemenang bagi
setiap peringkat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dengan melihat
jumlah penyertaan setelah tamat tarikh tutup menghantar laporan.

22. KATEGORI HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN AKKS 2023

Kategori Hadiah Peringkat Kebangsaan AKKS 2023 adalah seperti berikut :


a) Koperasi Sekolah Terbaik
b) Perniagaan Koperasi Sekolah Terbaik

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 11


c) Pengerusi Koperasi Terbaik
d) Guru Pembimbing Koperasi Terbaik
e) Koperator (Murid/Pelajar) Koperasi Terbaik
f) Lain-lain Anugerah Khas

Anugerah Khas juga akan disampaikan semasa peringkat kebangsaan. Anugerah


khas ini akan diumumkan semasa majlis berlangsung.

23. HAL-HAL LAIN

Sijil penyertaan AKKS 2023 akan diberikan kepada Koperasi sekolah yang telah
menghantar laporan AKKS 2023.

Tiada sumbangan saguhati berbentuk kewangan diberikan kepada


Koperasi sekolah yang menghantar laporan. Harap Maklum.
FALSAFAH KOPERASI : BEKERJA BERSAMA-SAMA DEMI MANFAAT BERSAMA

Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD


WISMA UNGKU A. AZIZ,
JALAN SS 6/1, KELANA JAYA,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

(U/P: SEKSYEN SEKOLAH & IPT/BELIA


BAHAGIAN KOPERASI BERSASAR
KUMPULAN PEMBANGUNAN KOPERASI)

No. Telefon: 03-7884 6510 /03-74548249 /03-78007893 /03-78008176


www.angkasa.coop
Email : bse.angkasa@gmail.com

GARIS PANDUAN LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023 12

BSE-AKKS/23

BORANG PENGHANTARAN LAPORAN


ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023

BORANG INI PERLU DIISI DAN DIMASUKKAN DI MUKA SURAT DEPAN LAPORAN
AKKS 2023
MAKLUMAT KOPERASI

NAMA KOPERASI SEKOLAH (seperti didaftarkan di SKM):

NAMA SEKOLAH (Jika tidak sama dengan pendaftaran SKM)


__________________________________________________________________________

BILANGAN MURID/PELAJAR: __________________ BILANGAN GURU _____________ ALAMAT

KOPERASI SEKOLAH:

__________________________________________________________________________

NO. TELEFON: _________________________ NO. FAKS: ________________________ NO.

PENDAFTARAN SKM : _______________ TARIKH DAFTAR SKM : ______________

TARIKH MENJADI AHLI ANGKASA: __________ NO. KEAHLIAN ANGKASA : __________MAT KOPER AS
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK)

1. BILANGAN ALK GURU: _________________________________________________ 2. BILANGAN

ALK MURID/PELAJAR: _________________________________________ 3. BILANGAN J/KUASA

(SELAIN ALK GURU/MURID): ___________________________ BILANGAN KEANGGOTAAN KOPERASI

: ____________________________________ MURID/PELAJAR:________ GURU: ________

KAKITANGAN : _______

BIL. PEKERJA KOPERASI (JIKA ADA) : TETAP : _______ SEPARUH MASA: _______
PENGAKUAN

Adalah diakui bahawa maklumat yang diberikan dalam laporan ini adalah benar dan
disahkan. Kami juga faham bahawa penilaian yang diberikan oleh Jawatankuasa Penilai
AKKS 2023 adalah berdasarkan kriteria yang telah ditentukan. ANGKASA berhak untuk tidak
menyatakan jumlah penilaian yang diperolehi oleh setiap koperasi sekolah dan keputusan
pemenang adalah muktamad.

Laporan disediakan oleh:

………………………………………………
Tandatangan

Nama Setiausaha/Penyedia Laporan ………………………………………………….


No. K/P : …………............................
No. Tel (H/P) : ..........................................
Pengesahan laporan:

………………………………………………
Tandatangan

Nama Pengerusi @Pengetua: / ...............................................................................


Tim.Pengerusi @ PKKO

No. K/P : …………............................


No. Tel (H/P) : ..........................................

……………………………………………..
Cop pengesahan
koperasi sekolah/sekolah

Tarikh: …………………………………….

SENARAI SEMAK
LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2023

Mohon tandakan pada buran yang dilaporkan dalam laporan AKKS 2023. BIL BUTIRAN
ADA BAHAGIAN A : MAKLUMAT/PROFAIL KOPERASI
1 Gambar Bangunan koperasi

2 Pelan Lokasi Koperasi

3 No. Pendaaran Ahli ANGKASA

4 No. Pendaaran Ahli ANGKASA

5 Alamat penuh koperasi

6 No. Telefon koperasi

7 No. Faks koperasi

8 Carta Organisasi koperasi

9 Logo Koperasi

10 Visi
11 Misi

12 Matlamat

13 Objekf

14 Sejarah Ringkas koperasi

15 Peratus keanggotaan koperasi

16 Bilangan Kakitangan koperasi

BAHAGIAN B : LAPORAN TAHUNAN KOPERASI SEKOLAH 2016 -2022


GRAF ATAU JADUAL
1 Tahun Kewangan Berakhir

2 Jumlah Perolehan Koperasi

3 Jumlah Keuntungan Bersih Koperasi

4 Jumlah Aset Koperasi

5 Jumlah Modal Saham dan Pecahan Saham Guru & Pelajar

6 Jumlah Keuntungan Terkumpul

7 Mesyuarat Agung Tahunan Terkini

8 Mesyuarat Anggota Lembaga (4 kali)


BAHAGIAN C : JENIS-JENIS PERNIAGAAN UTAMA KOPERASI SEKOLAH

1 Perniagaan Utama 2023

BAHAGIAN D : AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI SEPANJANG TAHUN

1 Akvi Ekonomi/Keusahawanan

2 Akvi Pendidikan

3 Akvi Sosial & Budaya

BAHAGIAN E : PERAYAAN/SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

1 Perayaan/Sambutan Hari Koperasi Sekolah

2 Perhimpunan Khas

3 Akvi Tambahan

BAHAGIAN F : SUMBANGAN TABUNG-TABUNG KOPERASI

1 Tabung - Tabung

BAHAGIAN G : PENGURUSAN FAIL KELAB KOPERASI / KEUSAHAWANAN

1 Kelab Koperasi / Keusahawanan

2 Mesyuarat Agung Penubuhan

BAHAGIAN H : PRODUK KHAS KOPERASI

1 Produk Khas Koperasi


BAHAGIAN I : PENGIKTIRAFAN ANUGERAH KOPERASI

1 Negeri

2 Kebangsaan

3 Antarabangsa

BAHAGIAN J : PERNIAGAAN BA100 DAN INFAQ ANGKASA

1 BA100

2 INFAQ ANGKASA

You might also like