You are on page 1of 2

DEFINISI LOGO

1. Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’.

2. Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu.

FUNGSI LOGO

1. Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi:


Pertubuhan
Persatuan
Kelab
Barangan komersial
Syarikat
Perkhidmatan
Kempen
Pameran

2. Logo biasanya dijumpai pada dinding bangunan, kenderaan, iklan, poster, bungkusan
serta bahan-bahan bercetak seperti sampul surat, kertas surat, invois, kulit depan, faks,
memo, resit dan sebagainya bagi sesuatu syarikat atau pertubuhan.

3. Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja wujud pada segala hasil
pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian kakitangan serta pekerjanya.

SUMBER ILHAM CIPTAAN LOGO

1. Flora

2. Fauna
3. Manusia
4. Ciptaan Manusia
5. Huruf
6. Angka
7. Bentuk Geometri

JENIS-JENIS LOGO

Terdapat 3 kumpulan jenis logo iaitu:

A. Logo Huruf
1. Logo huruf dikenal sebagai ‘logotype’ atau ‘alphagram’ dalam bahasa Inggeris 2. Dicipta
berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka sahaja, beberapa huruf yang
digabungjalinkan atau beberapa huruf dalam satu perkataan. 3. Singkatan (initial) yang mewakili
sesuatu pertubuhan dipilih untuk gubahan logo
pertubuhan itu.

B. Logo Representasi

1. Dikenali sebagai ‘pictogram’ dalam bahasa Inggeris.

2. Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekeliling. 3. Bentuk asal dan gambar objek
dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang
ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu. 4. Gubahan logo yang mudah, ringkas
dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan
jelas tanpa sebarang penerangan.

C. Logo Simbol

1. Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang
jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa.

2. Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara


yang ada perkaitan dengannya.

CIRI-CIRI GUBAHAN LOGO YANG BERMUTU

1. Corak logo asli, unik dan bermakna.


2. Bentuk logo jelas dipandang dan mudah difahami.
3. Mempunyai mesej yang mudah diingati
4. Pilihan warna yang sesuai dan berkesan
5. Ciptaan logo mempunyai kaitan dengan tajuk dan tema.

You might also like