You are on page 1of 9

IDENTITI PERSATUAN

Terdapat tiga perkara yang dapat


mengambarkan identiti sesebuah persatuan
yang ditubuhkan iaitu :
LOGO
1. Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu serta fungsi
yang tertentu.
2. Logo digunakan bagi mengambarkan isyarat, symbol dan bendera
3. Logo merupakan satu singkatan perkataan logogram iaitu gubah ringkasan sesuatu bentuk.
4. Logo berfungsi sebagai satu symbol atau tanda pengenalan bagi :-
- Pertubuhan
-Persatuan
-Kelab
-Barangan Komersial dan sebagainya
Logo Huruf Logo Representasi

Jenis logo

Logo Simbol
Logo Huruf
Logo huruf dikenali sebagai logotype atau alphagram.
Dicipta berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka sahaja, beberapa huruf yang
digabungjalinkan atau beberapa huruf dalam satu perkataan.
Singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan dipilih untuk gubahan logo pertubuhan itu.
Cth : Petroliam Nasional Berhad
Logo Representasi
Dikenali sebagai pictogram.
Dicipta berdasarkan rupabentuk objek-objek di alam sekeliling.
Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang ringkas
tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu.
Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan jelas
tanpa sebarang penerangan.
Cth :
Logo Simbol
Merupakan tanda yang dikenali antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang jelas
tanpa mengira Bahasa dan bangsa.
Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara yang ada
perkaitan dengannya.
Cth :
Moto
Moto merupakan sebuah slogan singkat yang mudah untuk dijadikan pedoman sehingga mampu
memotivasikan dan mendorong untuk lebih maju.
Cth : Moto SM Sains Sultan Mahmud “ Disiplin, Kualiti, Dedikasi”
Lagu Persatuan
Lagu sebagai suatu lambang dari hal-hal yang berkaitan dengan idea-idea mahupun tingkah laku
suatu masyarakat.
Lagu persatuan ialah lagu yang mempunyai lirik yang dapat membangkitkn semangat dan
memupuk perasaan cinta akan persatuan dalam kalangan ahli.
Biasanya ia uga dikenali sebagai lagu yang bersifat patriotik.

You might also like