You are on page 1of 2

Apa Itu Logo?

Logo adalah unsur grafik bagi tanda niaga atau jenama yang di setdalam jenis taip khas (font),
atau diatur dalam bentuk tertentudan boleh dikenali. Bentuk, warna, jenis taip dan sebagainya.
Pada masa kini istilah logo telah digunakan bagi menggambarkanisyarat, emblem, coat of
arms, simbol dan juga bendera.
Logo adalah singkatan perkataan logogram iaitu gubah ringkasansesuatu bentuk. Selain itu,
logo sangat penting dalam merekabentuk pembungkusan kerana ia melambangkan simbol
atau pengenalansesebuah syarikat, barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Sifatunik
sesuatu jenis logo adalah penting bagi mengelakkan kekaburandalam kalangan pelanggan,
pembekal, pengguna, afliate dan orangramai.
Sejauh mana sesuatu logo mencapai matlamat ini, ia bolehberfungsi sebagai tanda dagang
dan boleh digunakan bagimengenalpasti secara unik bisnes, organisasi, peristiwa, produkatau
perkhidmatan. Apabila logo direka, satu cara yang palingberkesan adalah mendaftarkannya
sebagai tanda dagang agar pihak ketiga yang tidak sah tidak boleh menggunakannya atau
mengganggupemilik menggunakannya. Sekiranya hak berkait dengan logodiestablished dan
dipertahankan dengan betul, ia mampu menjadiharta hakmilik intelektual (intellectual property)
yang berharga.Ramai orang menganggap sesuatu logo hanyalah satu simbol grafikatau
tanda. Walau bagaimanapun, ini bukan definisi yang tepatbagi pereka grafik dan ahli
profesional pengiklanan. Sesuatu logoterdiri daripada samada nama dan lambang.Syarikatsyarikat besar membelanjakan beratus ribu dollar untukmengemaskini dan mendirikan logo
mereka, sementara perniagaan-perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik
tempatan untukmembina logo korporat mereka.
Jenama Nike Merupakan Lambang.
SLOGAN JENAMA
Kadangkala sesuatu slogan disertakan dalam logo. Jika slogansentiasa ada di dalam logo dan
dalam bentuk grafik yang sama, iaboleh dianggap sebagai sebahagian daripada logo. Ianya
dianggap slogan jenama yang juga dipanggil claim, tagline atau endlinedalam industri
pengiklanan. Tujuan utamanya ialah menyokongidentiti jenama bersama-sama logonya.
Perbezaan antara slogandengan slogan jenama ialah slogan jenama kekal untuk masa
yanglama untuk membina imej jenama manakala slogan yang berbezadikaitkan dengan
sesuatu produk atau kempen pengiklanan.
Logo McDonalds dengan slogan jenama yang membantu menaikkan imejjenama. Nama
syarikat tidak perlu disertakan kerana lambang ini sangatdikenali ramai.
JENIS-JENIS LOGO
Logo huruf (logo type)
Terdiri daripada satu atau lebih huruf/abjad atau satuperkataan. Huruf yang dipilih biasanya
singkatan (initial).
Contohnya, ACER, SONY,CANON, HONDA, OLYMPUS, TV3, ASTRO dansebagainya.

Logo representasi (pictogram)


Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alamsekeliling.
Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untukmenghasilkan imej visual yang ringkas
tetapi masihmengekalkan sifat-sifat asal objek itu.
Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapatmenyampaikan mesej dengan jelas
tanpa sebarang penerangan.
Logo simbol
Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapatmenyampaikan mesej yang jelas
tanpa mengira bahasa danbangsa.
Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakiliperkara-perkara yang ada
perkaitan dengannya.

You might also like