You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PENGANJURAN

BAZAR AIDILFITRI MBSJ DI TAMAN


PUCHONG PRIMA (OTK) BAGI
TAHUN 2024
PENGENALAN

Bazar Aidilfitri merupakan satu platform kepada usahawan dan juga peniaga separuh masa yang
ingin menambah pendapatan. Kebanyakan dari usahawan dan peniaga akan menjual barang-
barang keperluan raya seperti pakaian kanak-kanak dan dewasa, aksesori lelaki dan wanita, kuih
raya dan sebagainya dengan harga yang sangat berpatutan.Tapak bazar Aidilfitri ini juga
merupakan sebagai salah satu ‘one stop shopping center’ bagi para pengunjung yang ingin
mencari keperluan hari raya.

Pada kali ini penganjur akan memberikan kelainan dalam penganjuran Bazar Aidilfitri di Taman
Puchong Prima dan akan menjadikan Bazar Aidilfitri ini menjadi salah satu Bazar Aidilfitri yang
akan menjadi tumpuan pengunjung di Puchong, Subang Jaya dan kawasan sekitar.

OBJEKTIF

1. Ingin memberi peluang kepada peniaga dalam mencari pendapatan sampingan menjelang
Aidilfitri.
2. Membuat pengisian yang berfaedah dan bermanfaat kepada peniaga dan pengunjung
bazar.
3. Mengumpulkan semua produk dan barangan keperluan sempena menyambut Aidilfitri.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Peniaga yang menyewa akan dibekalkan dengan khemah bersaiz 18 kaki x 18 kaki, satu
kipas, satu set plug point dan dan set lampu.
2. Pihak kami juga menyediakan kemudahan solat dan kemudahan wuduk bagi peniaga
menunaikan tanggungjawab sebagai orang islam (bagi yang beragama islam).

KADAR SEWA KEPADA PENIAGA

Untuk segala kemudahan ini pihak kami mengenakan kadar bayaran sewa sebanyak RM 1,500
bagi setiap khemah (18 kaki x 18 kaki).
Bagi pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) pula pihak kami akan membuat bayaran
permit sebanyak RM 500 bagi setiap khemah.

Baki RM 1,000 akan digunakan bagi menampung kos sewaan air, eletrik, kebersihan dan lain-
lain yang berkaitan dengan penyediaan tapak Bazar Aidilfitri.

KAEDAH BAYARAN

Sekiranya peniaga berminat untuk menyertai bazar Aidilfitri ini peniaga pelu membayar penuh
kadar sewa yang telah ditetapkan kepada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebelum
undian tapak dijalankan.

TEMPOH PELAKSANAAN

Bagi sesi 2014 pihak kami bercadang ingin mengadakan bazar Aidilfitri selama 20 hari iaitu
bermula seminggu selepas puasa sehingga menjelang malam Aidilfitri. Tempoh ini diambil kira
memandangkan kadar sewa dan masa adalah sesuai dan berpatutan bagi peniaga membuat
persediaan dan mendapat masa yang cukup bagi membuat jualan.

JUMLAH KHEMAH YANG DIBEKALKAN

Setelah melakukan pemeriksaan dan penelitian pada tapak pihak kami telah membuat
keputusan untuk menyediakan sebanyak 140 buah khemah 18 kaki x 18 kaki bagi kemudahan
peniaga yang mana kami akan bahagi kepada 3 bahagian iaitu:-

1. Tapak peniaga untuk kuih raya


2. Tapak peniaga untuk pakaian/aksesori/kasut
3. Tapak peniaga untuk makanan dan minuman

KONSEP PENENTUAN TAPAK

Bagi mengelakkan salah faham di antara peniaga dan penganjur pihak kami telah menetapkan
bahawa penentuan tuan tapak adalah berdasarkan cabutan undi yang mana tarikh bagi taklimat
dan cabutan akan dibincang bersama dengan pihak MDSB agar satu tarikh dicapai bagi tujuan
tersebut.

Sekiranya peniaga ingin menukar tapak pihak kami tidak bertanggungjawab dan peniaga perlu
mendapatkan persetujuan suka sama suka antara peniaga dan perlu dimaklumkan kepada
penganjur untuk tujuan rekod.

PENGISIAN PROGRAM SEPANJANG BAZAR AIDILFITRI

Pihak kami akan akan membuat beberapa pengisian yang bersesuaian antaranya:-

1. Lelong Raya
2. Karaoke Raya
3. Pertunjukan Showcase Raya
4. Majlis Penutup Program Bazar Aidilfitri 2024

KEBERSIHAN TAPAK BAZAR AIDILFITRI

Setiap peniaga yang menyertai perlu bersama menjaga kebersihan tapak masing-masing dan
pihak kami akan menyediakan tong sampah pukal di mana setiap peniaga perlu membuang
sampah atau sisa niaga ke dalam tong sampah pukal berkenaan.

PENUTUP

Diharap pihak Majlis Daerah Sabak Bernam dapat mempertimbangkan permohonan kami dan
memberi peluang kepada kami bagi mengurus selia tapak ini agar bazar Aidilfitri di perkarangan
Stadium Sungai Besar semakin dikenali dan menjadi satu kawasan tradisi kepada pengunjung
tempatan dan luar. Ini secara tidak langsung akan menaikkan imej MDSB sebagai pemilik fasiliti
berkenaan dan seterusnya menjadi kawasan tumpuan kepada para peniaga. Di harap
permohonan ini dapat diperhalusi dengan sewajarnya.

Kertas kerja disediakan oleh,


……………………………………………
MOHD AZMAN BIN ABD AZIS
CADANGAN RAKAN KERJASAMA

You might also like