You are on page 1of 3

LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

SMK TINGGI ST DAVID

MINIT MESYUARAT PENYIASATAN MURID CICIR

Tarikh : 4 Oktober 2023, Rabu


Tempat : Bilik Disiplin
Masa : 2.30 Ptg hingga 3.30 Ptg
Ahli Mesyuarat : 1. Puan Yong Kwai Ying (GPK HEM)
2. Puan Poh Hui Ing (GPK Pentadbiran)
3. Puan Sharimini Binti Yusof Selvanathan (GPK KOKU)
4. Encik Mohd Shukri Bin Bidin (Ketua Guru Disiplin)
5. Pn Sahlawati Binti Sa’hem (Kaunselor)
6. Puan Nor Faizah Binti Yusof (Guru Disiplin)
7. Pn Ridayu Binti Rezali (Guru Kelas 5A5)

Kes dibincangkan : Asyraf Haikal Bin Azmi (2A8)

1. Pn Yong Kwai Ying menerangkan tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
membincangkan murid Cicir : Asyraf Haikal Bin Azmi (5A5) dan meminta guru-guru yang
berkaitan untuk memberikan maklumat mengenai murid tersebut dan intervensi yang telah
dijalankan.

1.1 Unit Disiplin


1.1.1 Encik Mohd Shukri

1.2 Guru Kelas 5A5


1.2.1 Cik Rashidah melaporkan keputusan Ujian Pertengahan Penggal Rishi Kumar
yang lalu dimana semua matapelajaran mendapat keputusan gagal (F) dengan
markah kurang dari 15/100. (Salinan slip dilampiran)

1.2.2 Guru-guru matapelajaran sering mengadu yang pelajar tersebut selalu


menganggu sesi pembelajaran dengan berbuat bising dan tidak membuat kerja
sekolah yang diarahkan. Rishi Kumar juga sering bertindak biadap terhadap guru
dan kerap ponteng kelas.

1.2.3 Intervensi guru kelas yang telah dilakukan adalah


 Menghubungi ibu pelajar iaitu Pn Kamala dan berbincang mengenai
masalah Rishi Kumar didalam kelas (tangkap layar dilampiran)
 Menasihati pelajar supaya menumpukan perhatian pada pelajaran dan patuh
pada arahan guru

1.3 Kaunselor
1.3.1 Pn Sahlawati Binti Sa’hem melaporkan telah melakukan sesi kaunseling dan
bimbingan terhadap Rishi Kumar sebanyak 15 kali bermula pada 11 Jan 2023
sehingga 3 Ogos 2023. (Salinan sesi kaunseling dilampiran)

1.4 GPK Kokurikulum


1.4.1 Puan Sharimini melaporkan kehadiran Rishi Kumar untuk aktiviti kokurikulum
bermula sesi 2023/2024 sehingga 3 Ogos 2023. Rishi Kumar telah hadir penuh
dalam perjumpaan Kelab Bahasa Inggeris dan Kadet Polis tetapi tidak pernah
hadir untuk aktiviti sukan/permainan Bola Tampar.

1.5 GPK Pentadbiean

2. Puan Yong Kwai Ying meminta pandangan ahli mesyuarat tentang cadangan tindakan yang
seharusnya diambil terhadap Rishi Kumar. Berdasarkan kepada laporan-laporan yang
dibentangkan, ahli mesyaurat sebulat suara mencadangkan tindakan buang sekolah seharusnya
diambil sebagai pengajaran terhadap Rishi Kumar dan untuk keselamatan pelajar-pelajar lain.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ……………………..
Pn. Nor Faizah BintiYusof Pn. Yong Kwai Ying
Guru Disiplin GPK Hal Ehwal Murid
SMK Tinggi St David SMK Tinggi St David

You might also like