You are on page 1of 3

Prosedur Kerja Selamat/PKS 1:2023

Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UTM

Bil. Dokumen : 1
Bil. Semakan : 3
PROSEDUR KERJA SELAMAT Tarikh : 01 Jun 2017
Tarikh kemaskini : 01 Jun 2023

PKS 1 Mengangkat Beban Berat Dan Besar

1. Skop:

1.1 Prosedur ini digunapakai bagi melaksanakan aktiviti mengangkat beban berat dan besar
secara pengendalian manual.

2. Tujuan:

2.1 Untuk memberi panduan dan tatacara kerja yang betul dan selamat untuk mencegah
kecederaan kepada anggota luaran dan dalaman badan serta mencegah risiko mendapat
penyakit rangka tulang otot (musculoskeletal diseases).

3. Dokumen Rujukan:

3.1 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 – (Seksyen 15(2)(b), Kewajipan majikan
& orang bekerja sendiri. Majikan mesti mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat
bukan sahaja bagi pekerjanya, tetapi juga bagi bagi orang awam.

4 Prosedur Kerja Selamat

4.1 Menilai tugasan dan beban

4.1.1 Kenalpasti tugasan dan perkiraan yang selamat sebelum kerja dimulakan.
4.1.2 Kenalpasti barang yang hendak dikendalikan dan keupayaan untuk mengangkatnya.
4.1.3 Kaji sama ada berat barang boleh diagihkan dan saiz barang boleh dikecilkan.
4.1.4 Pilih kaedah pengendalian yang paling sesuai - guna peralatan bantuan mekanikal.
4.1.5 Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang diri.
4.1.6 Pastikan pekerja terlibat diberi atau mempunyai latihan mengenai kaedah dan teknik
mengangkat barang berat dan besar yang betul.
4.1.7 Kenalpasti destinasi barang yang hendak diletakkan.
4.1.8 Pastikan perancangan kerja dipatuhi.

4.2 Mengangkat beban

4.2.1 Berdiri sedekat mungkin dengan barang yang hendak diangkat.


4.2.2 Jarakkan sedikit antara kedua belah kaki.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Siti Fawziah binti Mohd Noor Dr. Nor Ezzaty binti Ahmad Dr. Mohd Fa’iz bin Ahmad

Tarikh: 1 Jun 2023 Tarikh: 1 Jun 2023 Tarikh:1 Jun 2023

1 daripada 2
Prosedur Kerja Selamat/PKS 1:2023
Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UTM

Bil. Dokumen : 1
Bil. Semakan : 3
PROSEDUR KERJA SELAMAT Tarikh : 01 Jun 2017
Tarikh kemaskini : 01 Jun 2023

PKS 1 Mengangkat Beban Berat Dan Besar

4.2.3 Turunkan badan dan rapatkan badan dengan barang.


4.2.4 Pastikan kaki dalam keadaan teguh dan selesa dan dalam kedudukan 90 darjah.
4.2.5 Pastikan mendapat pegangan yang stabil pada barang.
4.2.6 Pastikan tulang belakang badan hampir menegak dalam posisi mendada.
4.2.7 Angkat barang ke paras abdomen dan angkat perlahan-lahan.
4.2.8 Gunakan kekuatan kedua belah kaki untuk mengangkat ke atas.

4.3 Semasa bergerak

4.3.1 Pastikan barang tidak menghalang pandangan semasa mengangkat.


4.3.1 Pastikan posisi abdomen sentiasa menegak semasa mengangkat.
4.3.2 Letakkan barang sedekat mungkin dengan badan sehingga sampai ke lokasi yang
ditetapkan.

4.4 Meletak beban

4.4.1 Letakkan barang kembali seperti tatacara kerja mengangkat barang dengan urutan
terbalik.

Tatacara mengangkat barang berat dengan


Disediakan oleh: Disemak dan sihat
selamat oleh: Disahkan oleh:

Siti Fawziah binti Mohd Noor Dr. Nor Ezzaty binti Ahmad Dr. Mohd Fa’iz bin Ahmad

Tarikh: 1 Jun 2023 Tarikh: 1 Jun 2023 Tarikh:1 Jun 2023

2 daripada 2
Prosedur Kerja Selamat/PKS 1:2023
Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UTM

Bil. Dokumen : 1
Bil. Semakan : 3
PROSEDUR KERJA SELAMAT Tarikh : 01 Jun 2017
Tarikh kemaskini : 01 Jun 2023

PKS 1 Mengangkat Beban Berat Dan Besar

5 Jika Berlakunya Kecemasan

5.1 Jika berlaku kecederaan kepada anggota luaran atau dalaman badan semasa aktiviti
mengangkat, hentikan aktiviti tersebut dan dapat bantuan perubatan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Siti Fawziah binti Mohd Noor Dr. Nor Ezzaty binti Ahmad Dr. Mohd Fa’iz bin Ahmad

Tarikh: 1 Jun 2023 Tarikh: 1 Jun 2023 Tarikh:1 Jun 2023

3 daripada 2

You might also like