You are on page 1of 3

Skrip Bicara Berirama

4 ALPHA
Tajuk : Kenali Malaysia Kita

(Intro)
Assalamualaikum
Da Jia Hao
Vanakkam
Salam Malaysia Madani
(SOLO) Tekad Perpaduan
(SOLO) Penuhi Harapan
(SOLO) Kami,
4 ALPHA mempersembahkan bicara berirama
(SOLO) Bertajuk
Kenali Malaysia Kita

[SAJAK] (SOLO)
Malaysia…
Sebuah negara merdeka
Kaya dengan hasil buminya
Masyarakat majmuk tiang negara
Perpaduan prinsip asasi bersama
Kaya pelbagai budaya
Mewarisi tinggalan moyang dan lagenda
Megah menyusur zaman

Malaysia terkenal dengan masyarakat berbilang kaum


(SOLO) Melayu!
(SOLO) Cina!
(SOLO) India!
Malaysia juga terkenal dengan pelbagai dialek
(SOLO) “Gomo Kelate Gomo”
(NAD) “Sekmu makang mende harini?”
(AMIZA) “Hang pi mana?”
*nyanyi lagu hang pi mana*
(SOLO) Semua ini membuktikan keunikan masyarakat majmuk
Satu Malaysia!

(SOLO) Umpama pantun Melayu warisan zaman


Biar mati anak, jangan mati adat
Bersama meraikan hari perayaan semua bangsa
(SOLO) Aidil fitri (SEMUA) Selamat Hari Raya!
(SOLO) Tahun Baru Cina (SEMUA) Gong Xi Fa Cai!
(SOLO) Deepavali (SEMUA) Happy Diwali!
Bersama menghormati agama masing-masing
Menggunakan satu bahasa yang sama
*Dalam komunikasi
**Dalam pendidikan
*** Dalam urusan rasmi
(SOLO) “Guna bahasa apa?”
Bahasa Malaysia lah..

[SAJAK] (SOLO)
Duhai tanah, andai kata kau bisa berbicara
Ceritakanlah kepada kami kisahmu
Segala yang telah dikau saksikan
Tidak kira baik ataupun buruk
Supaya kami sedar perjuangan datuk nenek yang terdahulu

(SOLO1) *nama*, tahu tak bila negara kita merdeka?


(SOLO2) Eh tolong eh, semua orang mesti tahu.. bila korang?
31 OGOS 1957!
(OSCAR) Merdeka! Merdeka! Merdeka!
(SOLO) Soalan seterusnya.. bilakah tarikh pembentukan Malaysia? Ha.. mesti ramai taktahu
kan!
Ehh mestilah tahuu!
16 SEPTEMBER 1963
(SOLO) Kalau nama bendera kita pula?
(SOLO) Jalur Gemilang!
*nyanyi lagu Jalur Gemilang*

(ADILA) Korang dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang paling unik?
(NAD) Anggerik! (AD) Melor! (YANA) Mawar!
(AMIZA) Bunga tahi ayam.. hihihi
Cis!
Bunga yang paling unik ialah Bunga Raya, antara identiti Malaysia
(SOLO) Tapi.. kenapa mesti bunga raya?
Sebab bunganya berwarna merah
Lambang keteguhan politik dan ekonomi
Serta sifat keberanian menempuh cabaran
*Lima kelopak membawa maksud
**Lima prinsip rukun negara
(SOLO) Ingat tak 5 perkara tu?
*Pertama, Kepercayaan kepada Tuhan
*Kedua, Kesetiaan kepada raja dan negara
*Ketiga, Keluhuran perlembagaaan
*Keempat, Kedaulatan undang-undang
*Kelima, Kesopanan dan kesusilaan
(SOLO) Seperkara lagi, kepelbagaian bentuk, warna dan ukuran bunga raya menjadi
lambang pelbagai bangsa, agama dan budaya, yang harmoni di Malaysia

[SAJAK] (SOLO)
hai generasi tanpamu siapalah dunia ini
tanpamu tiada akan erti kemerdekaan ini
kemerdekaan yang dicapai oleh negaramu hari ini
kemerdekaan yang dicapai oleh dirimu sendiri corakkanlah hidupmu dengan semangat
perpaduan corakkanlah hidupmu dengan semangat kemerdekaan agar negara tercinta kekal
bersama kita selamanya.

(SOLO) Eh korang, persembahan kita dah sampai di penghujung..


Hah! dah habis ke?! *nangis*

(Penutup)
Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Daun kerini daun selasih
Sekian di sini, Terima Kasih.

(Outro)

You might also like