You are on page 1of 27

KUMPULAN

11
KURSUS ORIENTASI DSKP SEJARAH
TAHUN LIMA KSSR
20-21 Mei 2014

NAMA AHLI KUMPULAN
1. MOHD NORHIESYAM BIN KAMALUDIN
2. MOHD RAZALI BIN ISHAK
3. MOHD ISTAJIB BIN SUBOH
4. FADHILAH BINTI ABDUL MANAN
5. RAUNAH BINTI IBRAHIM
KAJIANKES
TAJUK 9.2 :
BENDERA KEBANGSAAN
TAJUK SOALAN:
BENDERA KEBANGSAAN MERUPAKAN SALAH
SATU IDENTITI NEGARA KITA, BINCANGKAN.


PERSOALAN
1. Apakah nama bendera kebangsaan?
2. Apakah maksud warna-warna yang dipilih?
3. Apakah maksud bagi simbol di dalam bendera?
4. Siapakah pencipta asal bendera Malaysia?
5. Apakah kepentingan bendera ?
6. Bagaimanakah anda menzahirkan rasa hormat pada bendera?

JALUR GEMILANG
PERNYATAAN MASALAH
Guru mengenal pasti tajuk/ tema
9.2 Bendera Kebangsaan
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:
1. menyatakan nama bendera kebangsaan.
2. Nyatakan maksud warna-warna yang dipilih.
3. Menyatakan maksud bagi lambang di dalam bendera.
4. Menyatakan pencipta asal bendera kebangsaan.
5. Menyatakan kepentingan bendera .
6. Menyatakan cara menzahirkan rasa hormat pada bendera.

PERANCANGAN GURU
Menetapkan tempoh kajian
Pembentukkan kumpulan (jika perlu)
Memberi tugasan dengan memberikan beberapa soalan perbincangan bagi
mencungkil pendapat murid.
Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan.
- kaedah kajian perpustakaan
- temuramah
- Kaedah media cetak/elektronik.
RUJUKAN SUMBER
Majalah/buku
Orang/ sumber
Surat khabar
Laman sesawang
ANALISIS DATA
Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.
LAPORAN KAJIAN
Laporan: Buku skrap/ Pembentangan/ Laporan Bertulis
Hasil Laporan:
Mengandungi 1-5 halaman
Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan (Hasil
Kajian), kesimpulan dan rujukan.
KATA-KATA ALUAN
Kumpulan kami telah ditugaskan membuat kajian tentang bendera
kebangsaan. Kami seramai 5 orang telah melaksanakan tugasan
tersebut. Terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah tahun 5, guru-
guru lain, ibu bapa dan rakan-rakan yang telah banyak membantu
semasa proses menyiapkan tugasan ini.
PENDAHULUAN
BENDERA KEBANGSAAN MALAYSIA YANG JUGA
DIKENALI SEBAGAI JALUR GEMILANG MERUPAKAN
LAMBANG IDENTITI KEPADA NEGARA KITA. BENDERA
INI MENJADI LAMBANG PERPADUAN DAN KEBANGSAAN
KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM.
PERBINCANGAN ( HASIL
KAJIAN)
NAMA BENDERA MALAYSIA
BENDERA MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI
JALUR GEMILANG.

MAKSUD WARNA-WARNA DI DALAM BENDERA
Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian,
kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.

melambangkan keluhuran dan keikhlasan,

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai
manakala

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.
MAKSUD LAMBANG PADA
BENDERA KEBANGSAAN
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah
negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan,
manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia.
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan
jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan
13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan
Kerajaan Persekutuan.
PENCIPTA ASAL BENDERA
KEBANGSAAN
Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950.
Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta
bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Hasil ciptaan dicipta oleh seorang arkitek JKR di Johor, yang
bernama Mohamad bin Hamzah.
KEPENTINGAN BENDERA
KEBANGSAAN.
1. Lambang pentadbiran sesebuah negara.
2. Simbol penghormatan.
3. Simbol kewarganegaraan bagi sebuah negara.
4. Memupuk semangat patriotisme
CARA MENZAHI RKAN RASA
HORMAT PADA BENDERA NEGARA.
1. Jangan letak bendera di atas tanah .
2. Jangan biarkan bendera meleret ke tanah ketika menurunkannya .
3. Jika hendak mengibarkan bendera separuh tiang, naikkan dahulu
sepenuh tiang, kemudian barulah turunkannya semula.
4. Jangan guna bendera sebagai alas meja atau penutup sesuatu benda
kecuali sebagai tanda penghormatan.contohnya , untuk menutup
keranda Jenazah.

5. Tali bendera hendaklah sentiasa diperiksa dan pastikan teguh serta tidak
mudah putus.

6. Tidak boleh mengelap tangan dengan bendera apabila tangan kotor.

7. Menggantungkan bendera di rumah-rumah dan kedai-kedai pada hari
kebangsaan.

8. Jangan bercakap-cakap dengan kawan semasa bendara dinaikkan dan lagu
negaraku dinyanyikan.

9. Melambai-lambaikan bendera apabila pertandingan badminton kebangsaan
diadakan.



10.Melibatkan bendera dengan cara yang baik dan
betul selepas menggunakannya.

11.Menampalkan bendera di papan kenyataan dan
sudut-sudut bacaan semasa bulan kebangsaan.

12.Memakai pakaian yang dibuat daripada kain Jalur
Gemilang juga merupakan satu cara untuk
menghormati bendera kita.
KESIMPULAN
Kita perlulah menghormati bendera kebangsaan kita kerana
ia merupakan identiti sesebuah negara.
Kita juga perlu berbangga dengan bendera kebangsaan kita.
Kita perlu mempertahankan bendera kebangsaan kita
daripada dipermainkan oleh sesiapa sahaja.
RUJUKAN
Buku Malaysia Kita
Laman Sesawangan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7956-
bendera-malaysia.html
http://www.google.com.my
Guru Kajian Tempatan

You might also like