You are on page 1of 1

M2 Tugasan Tutorial (individu)

1. Huraikan takrifan Melayu Induk, Pesisir dan Diaspora beserta dengan contoh.
(100 patah perkataan)
Melayu induk mempunyai empat ras utama iaitu Negrito, Weddoid, Melayu Proto dan
Melayu Deutro. Ras Negrito dan Weddoid tinggal digua batu dan menggunakan alat perkakas
batu. Melayu persisir terbahagi kepada dua, iaitu Melayu Kuno dan Deutro. Melayu kuno mahir
dalam bidang lautan dan bercucuk tanam serta mempunyai peradaban yang lebih maju
daripada orang Negrito. Melayu Deutro pula tinggal di pantai dan mempunyai kemahiran
berlayar seperti Aceh, Jawa, Melayu pesisir, Minangkabau dan lain-lain. Terakhir, Melayu
diaspora yang bermakna perpindahan orang Melayu ke kawasan bukan tradisional seperti
Arab Saudi, Afrika Selatan dan lain-lain. Melayu diaspora juga ditakrifkan sebagai kelompok
manusia yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama dan telah tersebar di merata-
rata tempat. Contonya, masyarakat Melayu yang tersebar ke luar alam Melayu seperti ke Arab
Saudi, Amerika Syarikat dan sebagainya.

2. Mengapakah budaya Melayu dijadikan sebagai tunjang Kebudayaan Kebangsaan?


Apakah implikasinya kepada budaya kaum-kaum yang lain di Malaysia.
(150 patah perkataan)

Budaya Melayu dijadikan sebagai tunjang Kebudayaan Kebangsaan kerana beberapa faktor.
Misalnya, sejarah awal Tanah Melayu yang asalnya kepunyaan orang Melayu. Walau
bagaimanapun, setelah kedatangan Barat, Tanah Melayu atau kini dikenali dengan nama
Malaysia telah mempunyai pelbagai penduduk yang berbilang kaum dan agama. Oleh yang
demikian, mengikut undang-undang persekutuan Malaysia, terdapat beberapa perkara yang
perlu dipatuhi seperti bahasa rasmi merupakan bahasa Melayu, Islam merupakan agama
rasmi Malaysia, kedaulatan raja-raja tidak boleh dipertikaikan dan lain-lain. Selain dairpada
itu, budaya Melayu dijadikan sebagai tunjang kebudayaan adalah kerana majoriti penduduk
di Malaysia merupakan orang Melayu dan budaya ini telah berkembang dalam diri masyarakat
tidak kira bangsa dan budaya. Misalnya, budaya baba Nyonya yang telah berasimilasi dengan
budaya Melayu menunjukkan bahawa budaya Melayu mudah untuk masuk ke dalam kaum
lain. Walaupun budaya Melayu diperkenalkan sebagai tunjang utama budaya kebangsaan,
namun budaya lain masih boleh diamalkan di Malaysia. Malah, budaya kaum lain juga turut
boleh diserap dalam budaya Melayu sekiranya budaya tersebut tidak salah di sisi undang-
undang atau syariat agama. Misalnya, makan roti canai yang dikenali sebagai budaya
Malaysia membuktikan bahawa budaya-budaya lain turut dapat diserapkan dalam budaya
kebangsaan tanpa mengira agama dan bangsa sekiranya budaya tersebut sudah berasimilasi
dengan masyarakat.

You might also like