You are on page 1of 1

6

yang mengandungi satu atau lebih dari bahan-bahan seperti vitamin, mineral, herba
atau asid amino yang berfungsi untuk menambahbaik diet seseorang. Ia juga boleh
dirujuk sebagai makanan tambahan yang merupakan sumber nutrient yang bertujuan
untuk menyokong diet harian.
Kenali Suplemen
Pastikan anda membaca label produk suplemen untuk mengelakkan pengambilan dua
atau lebih produk yang mengandungi vitamin yang sama. Ini kerana ia boleh
mendatangkan kesan yang sebaliknya kepada tubuh badan tanpa kita sedari5.
Ambil mengikut dos.
Setiap produk suplemen akan dinyatakan dos yang bersesuaian untuk pengambilan. Di
antara factor yang dinyatakan dos yang bersesuaian untuk pengambilan dos adalah
seperti factor berat badan dan umur. Sebagai pengguna juga, anda dinasihatkan untuk
peka terhadap jumlah kandungan suplemen yang disarankan dalam sehari.
Ketahui status kesihatan.6
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau dalam sedang
mengambil ubat-ubatan tertentu, maklumkan kepada doktor atau berbincang dengan
pakar sebelum mengambil sebarang produk suplemen untuk mengelakkan interaksi
ubat yang boleh mengakibatkan tindak balas negatif yang akhirnya memudaratkan diri
sendiri.7

NOTAKAKI
Sirico F. Miressi, “The Impact of Taking Overdose Supplement,” Public Health (Mei
2017), m.s.101-103.
Syahrini Awaluddin and Habib Abdullah, Pendidikan Sains: Suplemen, (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2018), m.s. 4.
Maryam Aina Azlan, “Nilai Kesihatan Masa Kini,” Info Sihat (September 2018), m.s. 11.

Ummaton Lina Bt Abdullah 2022418844

You might also like