You are on page 1of 1

ABSTRAK

Almari baju adalah perabot penting di dalam setiap rumah. Fungsi utamanya
adalah untuk menyimpan pakaian dan aksesori supaya tersusun dengan baik. Almari
pakaian membantu memastikan pakaian sentiasa kemas dan terlindung daripada
habuk, kelembapan dan kerosakan. Ia juga membolehkan pemilik rumah menyusun
pakaian mereka dengan mudah dan mencari apa yang mereka perlukan. Almari
pakaian juga boleh menambah estetika bilik. Dalam melaksanakan projek ini,
terdapat beberapa masalah yang berkaitan telah dikenal pasti sebelum projek ini
dilakukan. Masalah yang dikenal pasti ialah baju yang terdedah kepada debu dan
habuk. Hal ini mengakibatkan habuk dan kotoran yang melekat pada pakaian
menjadikan material pada baju mudah lusuh dan tidak tahan lama. Seterusnya
haiwan dan serangga perosak seringkali menjadikan baju sebagai tempat
pembiakan dan bersarang. Oleh itu, secara tidak langsung menjadikan baju sebagai
tempat pembiakkan bakteria yang akan menjejaskan kulit pemakai. Projek ini
bertemakan penciptaan lukisan rekaan bentuk almari baju. Projek ini dipilih bagi
mencipta model sebuah almari baju yang mempunyai pintu bgi mengelakkan debu
habuki pada baju. Alamari ini diperbuat daripada kayu padu dan menyebabkan
almari ini tahan lama dan kukuh. Perabot dari pelbagai boleh menjadi reka bentuk
yang mesti menahan banyak berat. Dengan kemasan melamin walnut, almari baju
yang moden ini diperbuat daripada material kayu yang mempunyai ukuran
ketinggian 2000 mm, kepanjangan 1000 mm dan kelebaran 500 mm yang
mempunyai 2 pintu dan di dalamnya penyangkut untuk menyangkut baju agar
pakaianlebih teratur, 2 ruang kosong dibawah sebelah kiri untuk menyimpan kasut
atau sebagainya, 1 laci kotak bedar dibawah sebelah kanan dan 3 tingkat ruang
kosong untuk menyimpan seluar, baju atau lain-lain. Di dalam almari 2 pintu
mempunyai laci-laci kosong yang boleh menyimpan stokin dan sebagainya.
Kesimpulannya, projek ini dibuat bagi menghasilkan lakaran praktikal bagi lukisan
ortografik dan “autocad”.

You might also like