You are on page 1of 10

Baju batik di Malaysia

Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik
Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu
sahaja. Ini kemudiannya diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan. Tetapi orang ramai mudah lupa
menyebabkan kembali semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[1]

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain
sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada
batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik
juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen
dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari
pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan
untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Batik memang terkenal sebagai satu produk kraftangan tradisional yang unggul di Malaysia. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abab ke-15 masihi. Pada tahun 1920,
penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur
Semenanjung, khususnya Negeri Kelantan yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik
di negara ini.

Hasil-hasil batik Negeri Kelantan yang tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya melambangkan satu
kemahiran kerja tangan yang unit dan kreatif. Batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses.
Setiap mempuyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa digunakan ialah Batik Blok, Batik
Skrin dan Batik Conteng. Sungguhpun demikian, industri batik juga mengalami perubahan di dalam
teknologi pembuatanya.
Pada masa ini peralatan -peralatan moden seperti mesin-mesen yang dikendalikan oleh komputer telah
diperkenalkan. Perkembangan teknologi di dalam pembuatan batik ini memantapkan lagi industri ini,
terutamanya bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakain meningkat.

Pada masa sekarang batik bukan sahaja diminati di kalangan penduduk tempatan, khususnya orang-
orang melayu tetapi juga amat popular dan digemari oleh pelancong-pelancong asing yang datang ke
negara ini.

Rekacorak batik yang dihasilkan oleh rakyat negara ini telahpun diterima oleh pereka-pereka fesyen
terkenal dunia seperti Pierre Cardin, Yves St. Laurent dan Bonia. Produk-produk batik daripada pereka-
pereka fesyen terkenal dunia ini boleh dilihat melalui skaf-skaf, tali leher dan sapu tangan selain baju
kemeja.
Rumusan il iah

BATIK BUATAN MALAYSIA

Kuala Lumpur, 8 Mac 2005 - Asal usul batik masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Ada
pendapat yang mengatakan batik berasal dari India dan ada pula mengatakan ia dari Parsi. Pakar
arkeologi pula pernah menjumpai cebisan kain berupa batik di Mesir menghiasi pakaian mereka dengan
teknik menyerupai batik pada tahun 70 masehi lagi.

Namun para pengkaji mempercayai ia berasal dari kepulauan Melayu dan bahawa terdapat pemikiran di
antara Asia Tenggara dan India pada zaman dahulu yang membawa batik menjelajah ke benua lain.
Terdapat juga kemungkinan bahawa batik tiba di Mesir dari kepulauan Melayu melalui India
memandangkan seni mengecap lilin ke atas kain kain adalah seni warisan Melayu berdasarkan rumusan
pengkajian sejarahwan Winstedt dan Skeat.

Seni begini tidak pernah terdapat dalam tradisi budaya India.Teori ini diperkuatkan dengan perkataan
batik itu sendiri berunsurkan Melayu dan Jawa iaitu titik dan amba (tulis).

Pendapat mengenai asal-usul batik bukan sahaja berdasarkan nama tetapi juga berdasarkan
kepelbagaian teknik. Batik Pelagi misalnya, menggunakan teknik ikat celup dikenali di Malaysia dan di
Indonesia sebagai pelangi atau titik yang mengambil kira kepelbagaian warna pelangi.

Definisi batik dipercayai berasal daripada Indonesia yang mana diambil daripada perkataan Melayu
untuk titik dan Jawa 'mba' ertinya menulis. Oleh itu batik bererti menulis titik-titik yang dimaksudkan di
sini sama ada berupa titik-titik dalam ertikata sebenar atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif kecil
di atas permukaan kain. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu bergantung pada zaman
dan ruang.

Perusahaan batik di Malaysia dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu Batik Blok, Batik Tulis, Batik
Skrin serta Batik Pewarnaan Asli, dan setiap satunya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang
tersendiri. Melihatkan kepada ciri-ciri versatile pada tekstil ini, batik ditampilkan dalam pelbagai guna
seperti fesyen tradisional dan kontemporari mahupun aksesori tambahan serta hiasan dalaman. Batik
melihatkan kelainan mengikut pilihan kain yang digunakan seperti kain kapas, kain sutera, campuran
kain sutera dan kain kapas, kain rayon, kain voile, kain organza mahupun kain chiffon. Kehalusan jahitan
sulaman serta jahitan manik yang disuaipadankan pada batik menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.

2. JENIS-JENIS BATIK

Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya berpotensi
menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan kombinasi warnanya yang tidak lekang dek peredaran
fesyen antarabangsa tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan.

Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik Tulis, Batik
Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.

2.1 BATIK BLOK

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada seni kraf
buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan
penerapan warna. Sejarah

perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan ianya terus
berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua.

Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara
ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya dan ianya melambangkan kerja
tangan masyarakat tempatan.
Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal dalam perkembangan
membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna
hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai 'terap hitam'.Pada tahun 1930 an, penggunaan lilin dalam
proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur. Sejajar dengan itu, acuan
yang diperbuat daripada kepingan keluli mula digantikan dengan acuan kayu sebelumnya.

Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan untuk menerap lilin pada
sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain dan kaki kain.

Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan kepada flora
dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk
bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik
atau organik.

Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga tampuk
manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga
berbaling, bunga raya, daun keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagi motif fauna
yang popular ialah seperti jaring ikan dan ayam.

2.2 BATIK TULIS

Pengeluaran komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960 an dan memuncak pada
awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi tertumpu kepada Kelantan dan Terengganu, malah telah
berkembang ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Pekan di
Pahang dan Sabah.
Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan menggunakan kaedah
yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik
pengeluran antara kedua-duanya.

Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain termasuk
kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak
geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.

Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas tembaga kecil
bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil yang dapat
mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikan dengan lilin
panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di atas
pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang telah dicanting diwarnakan, dikeringkan,
dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.

Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk, canting bola dan canting
pelbagai mata.

Pengenalan teknologi dalam pengeluaran Batik Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan nama singkatan dari
Sistem Tjanting Bersepadu Berbantukan Komputer - Integrated Computer Aided Tjanting System. Ia satu
sistem peralatan yang menjalankan proses tjanting secara automatik. I.C.A.T.S terbahagi kepada dua
sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan dan Sistem Komputer Kawalan I.C.A.T.S.
Ia membolehkan lukisan bebas digunakan, yakni sesuai untuk mereka corak-corak seperti bunga, daun
dan sebagainya. Lukisan dan simbol boleh dilukis dan disimpan di dalam komputer untuk tujuan
membangunkan satu khazanah corak-corak.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini adalah kemudahan potong dan tampal sesuatu corak yang
sedang dibuat.

2.3 BATIK SKRIN

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang
dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di
mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.

Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil gambar,filem dicuci, dibuat
pengasiangan warna dengan memotong dan menampalkan filem di atas plastik.

Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang diregangkan di atas bingkai dan
telah disapukan dengan photo emulsion di atasnya.

Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok skrin yang telah
disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna yang dikehendaki di atas meja skrin. Kain
yang telah dicetak dikeringkan dan dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan
semula. Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna yang
dikehendaki.

Satu pendekatan baru yang berkonsep teknologi maklumat yang dirancang oleh Kraftangan Malaysia,
khasnya di Kraftangan Malaysia Cawangan di Kelantan dengan memperkenalkan System Atex Design
iaitu proses perisian menghasilkan rekacorak batik secara pengendalian komputer yang dijangka akan
mempercepat proses pengeluaran dan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.
Kelebihan proses Atex Design berbanding proses rekaan skrin secara manual. Cara ini dapat
menghasilkan rekaan dengan baik dan cepat. Proses grafik juga dapat dilakukan dengan cepat dan
mudah.

2.4 BATIK PEWARNAAN ASLI

Pengenalan semula penggunaan warna asli daripada tumbuh-tumbuhan tempatan merupakan satu
alternatif dan berkonsep mesra alam.Pengembalian semula kaedah ini wujud atas kesedaran
masyarakat tempatan tentang budaya sihat dan mesra alam.

Batik Pewarnaan Asli turut mengaplikasikan pelbagai teknik untuk menghasilkan kreativiti batik yang
berlainan ragam iaitu kombinasi teknik ikat iaitu gabungan tie and dye dengan blok dan batik lukis & tie
and dye dengan skrin.

3. PENJAGAAN BATIK

Batik memerlukan penjagaan yang mudah. Kaedahnya, bagi cucian pertama batik,adalah digalakkan
supaya digunakan cara cucian kering (dryclean) dengan kos kurang RM10 bagi sepasang baju. Tujuannya
ialah untuk menjaga kilatan

pada batik. Pilihan lain, batik boleh dicuci terus tetapi cucilah berasingan dengan cucian yang lain dan
hendaklah dijemur di tempat redup dan tidak terdedah kepada matahari bagi menjaga ketahanan batik.

Manakala untuk memudahkan batik digosok, penggunaan semburan pelembut pada batik adalah baik
untuk diamalkan.

4. SERAMAI 320 USAHAWAN BATIK BERDAFTAR DENGAN KRAFTANGAN MALAYSIA

Di Malaysia terdapat seramai 320 usahawan batik yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia yang
bergiat aktif dalam pengeluaran batik. Secara keseluruhannya, Negeri Kelantan dan Terengganu adalah
antara negeri yang mempunyai jumlah pengusaha tertinggi dalam pengeluaran batik. Namun
begitu,perusahaan batik turut juga berkembang di setiap negeri di Semenanjung juga di Sabah.

Sumber : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia dan
bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejak dulu lagi, fungsi batik tidak pernah berubah
sebagai busana warisan turun-temurun. Ekoran daripada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi telah berusaha menghidupkan seni batik ini semula dengan
mengarahkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Sesungguhnya,
langkah mewajibkan pemakaian batik telah memberikan nafas baru kepada perkembangan
industri batik negara.

Industri batik kini semakin berkembang pesat dan generasi Malaysia telah mula
mencintai batik dan tidak segan memakainya dengan gaya kasual. Selain itu, batik juga
mendapat penghargaan sebagai budaya seni yang begitu tinggi nilainya dan boleh dijadikan
cenderamata kepada sesiapa sahaja sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kita harus
berterima kasih kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang telah mengilhamkan
serta melancarkan Batik Malaysia: Ciptaan Untuk Dunia. Selain itu, badan bukan kerajaan
(NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah berusaha mengadakan Minggu Batik
Malaysia 2005 untuk berkongsi kegemilangan dan keistimewaan batik Malaysia bersama-sama
masyarakat tempatan dan dunia.

Buat julung-julung kali, Konvensyen Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 telah
diadakan di negara ini. Konvensyen tersebut telah menampilkan 14 orang pembentang kertas
kerja dari luar negara. Perdana Menteri juga telah memberikan jaminan bahawa kerajaan akan
terus memberikan komitmen dalam menggerakkan industri batik negara. Komitmen kerajaan ini
disebabkan industri batik berpotensi menarik kedatangan pelancong ke Malaysia sekali gus
menyumbang kepada kemajuan industri pelancongan negara. Oleh itu, pihak Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE) perlulah bekerja keras untuk mempromosikan batik agar produk ini
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pengguna.

Bagi memastikan industri batik terus berkembang, PKKM telah berusaha meningkatkan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) merangkumi pelbagai aspek batik seperti penggunaan
kain baru, penggunaan warna asli, ketahanan basuhan, dan lain-lain. Melalui Program
Pembangunan Usahawan pula, latihan kemahiran tenaga kerja dilaksanakan dengan matlamat
untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri batik ini. Di samping itu, teknologi baru
seperti penggunaan mesin dan bantuan komputer untuk menghasilkan batik yang lebih menarik
dan berkualiti diperkenalkan. Selain kerajaan, para pengusaha batik tempatan juga perlu lebih
kreatif dalam menghasilkan batik yang lebih bermutu dan mampu bersaing dengan batik dari
negara-negara lain. Mereka juga perlulah bersedia melabur bagi meningkatkan pasaran batik ke
peringkat global.

Kini, sudah tiba masanya seni batik Malaysia yang diusahakan secara turun-temurun,
kembali berdaya maju seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini dan terus bertapak di hati
pengguna sebagai khazanah bangsa yang dibanggakan.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Memartabatkan Batik Malaysia”
oleh Haji Samat Buang, Dewan Siswa, April 2006)

You might also like