You are on page 1of 34

Pegangan

Ahli Sunnah Wal Jamaah


Cabaran Masa Kini
Profesor Madya Dr. Hadenan bin Haji Towpek
Pengarah
Pusat Penyelidikan Dan Pengembangan Islam Borneo,
Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak
Kandungan Perbincangan

Pengenalan
Pegangan
Ahli Sunnah Cabaran Masa Kini
wal Jamaah
Persiapan
Pengenalan
Latar Belakang Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah
• Secara umumnya masyarakat Islam di Malaysia
berpegang kepada Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
• Pegangan ini diperkukuhkan dari semasa ke
semasa sehingga masa kini lantaran menerima dan
menghadapi cabaran demi cabaran yang
mengganggu-gugat keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat Islam di Malaysia dalam
beramal dengan pegangan Ahli Sunnah wal
Jamaah.
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”?
• Istilah “Ahli Sunnah wal Jamaah” menjadi pilihan majoriti umat Islam
dalam mendefinisikan firqah al-najiah (kumpulan terselamat) yang
disebutkan dalam hadis yang masyhur, iaitu:
‫ َوإِ ﱠن ﺑَِﲎ إِ ْﺳَﺮاﺋِْﻴ َﻞ‬.... :‫ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ ِ ‫ﺎل رﺳﻮ ُل‬
‫ﷲ‬ َ ‫ﻗ‬ : ‫ﺎل‬
َ ‫ﻗ‬
َ َ َُْ ْ ‫و‬‫ﺮ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﻋ‬ ِ
‫ﻦ‬ ‫اﺑ‬ ِ
‫ﷲ‬ ِ
‫ﺪ‬ ‫َﻋ ْﻦ َﻋْﺒ‬
َ ْ ُ َ
ٍ َ‫ وﺗَـ ْﻔ ِﱰ ُق أُﱠﻣ ِﱵ ﻋﻠَﻰ ﺛَﻼ‬،ً‫ﲔ وﺳﺒﻌِﲔ ِﻣﻠﱠﺔ‬
‫ ُﻛﻠﱡ ُﻬ ْﻢ ِﰲ اﻟﻨﱠﺎ ِر‬،ً‫ﲔِ ِﻣﻠﱠﺔ‬َ ْ
ِ‫ث وﺳﺒﻌ‬
ْ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ِ ْ ‫ﺘ‬
َ ‫ـ‬
َ ِ ‫ِﱠ ِ ﱠ‬‫ﻨ‬ِْ‫ﺛ‬ ‫ﻰ‬ ‫ﻠ‬
َ ‫ﻋ‬
َ ‫ﺖ‬ْ َ‫ﻗ‬
‫ﺮ‬‫ﱠ‬ ‫ﻔ‬
َ ‫ـ‬
َ‫ﺗ‬
.‫َﺻ َﺤ ِﺎﰊ‬ ِ ِ ِ
ْ ‫ َﻣﺎ أ ََ� َﻋﻠَْﻴﻪ َوأ‬:‫ﺎل‬َ َ‫ َوَﻣ ْﻦ ﻫ َﻲ َ� َر ُﺳ ْﻮَل ﷲ؟ ﻗ‬:‫ ﻗَﺎﻟُْﻮا‬،‫إﻻ ﻣﻠﺔً َواﺣ َﺪ ًة‬
Daripada Abdullah bin Amru berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “… Dan sesungguhnya Bani
Israel telah berpecah menjadi 72 golongan, dan umatku berpecah kepada 73 golongan. Semuanya
di Neraka kecuali satu golongan. Para sahabat bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulallah?
Rasulullah menjawab: Apa yang Aku dan para Sahabatku berada di atasnya.”
(Imam Tirmizi, Kitab al-Iman, Bab Ma Ja’a fi Iftiraq Hazihi al-Ummah, no. 2641)
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
• Lafaz ma ana ‘alaihi (apa yng aku berpegang di atasnya), merujuk
kepada Sunnah Nabi SAW, yang menjadi pegangan para Sahabat
selepas kewafatan baginda.
• Baginda mengisyaratkan bahawa hanya jalan yang dibawa oleh
baginda yang diwarisi oleh para Sahabat sahaja yang akan terselamat
daripada kesesatan.
• Oleh itu, Ahli Sunnah adalah mereka yang berpegang dengan sunnah
/ metod / manhaj yang dibawa oleh baginda SAW dalam akidah dan
ibadat.
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
• Istilah Ahli Sunnah diambil dari berberapa petikan hadis yang
masyhur:
Petikan 1:
.‫َﺟ ُﺮ َﺷ ِﻬْﻴ ٍﺪ‬
‫أ‬
ْ ُ‫ﻪ‬‫ﻟ‬
َ ‫ﱵ‬ِ ‫ﻣ‬
‫ﱠ‬ُ‫أ‬ ِ ‫ اﻟْﻤﺘﻤ ِﺴﻚ ﺑِﺴﻨ ِﱠﱵ ِﻋْﻨ َﺪ ﻓَﺴ‬:‫ﺎل‬
‫ﺎد‬ َ ُ
ُ َُّ َ َ َ‫ﻗ‬ ِ
‫ﱠﱯ‬‫ﻨ‬ ‫اﻟ‬ ِ
‫ﻦ‬ ‫ﻋ‬
َ ‫ﻪ‬
ُ ‫ﻨ‬
ْ ‫ﻋ‬
َ ‫ﷲ‬ ‫ﻲ‬ ِ
‫ﺿ‬ ‫ر‬
ُ َ َ ََ‫ة‬
َ‫ﺮ‬‫ـ‬‫ﻳ‬
ْ‫ﺮ‬‫ﻫ‬ُ ِ
‫َﰉ‬ ‫أ‬ ‫ﻦ‬
ْ ‫ﻋ‬
َ
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW telah bersabda: Baginda mengisyaratkan bahawa
hanya jalan yang dibawa oleh baginda yang diwarisi oleh para Sahabat sahaja yang akan terselamat
daripada kesesatan.
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Petikan 2:
.‫ﻀ ْﻮا َﻋﻠَْﻴـ َﻬﺎ ِﺎﺑﻟﻨـ َﱠﻮ ِاﺟ ِﺬ‬
‫ﲔ اﻟﱠﺮ ِاﺷ ِﺪﻳْ َﻦ َﲤَ ﱠﺴ ُﻜ ْﻮا ِﻬﺑَﺎ َو َﻋ ﱡ‬ ِ
‫ﻳ‬ ِ ‫اﳋﻠَ َﻔ ِﺎء اﻟْﻤﻬ‬
‫ﺪ‬ ْ ِ ‫ﻋﻠَﻴ ُﻜﻢ ﺑِﺴﻨ ِﱠﱵ وﺳﻨ‬
‫ﱠﺔ‬
َ ّْ ْ َ ُ َُ ُ ْ َْ
Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat
petunjuk. Kamu gigitlah ia dengan geraham (kamu berpeganglah bersungguh-sungguh.
(Riwayat Abu Dawud)
Petikan 3:
ِ ‫ﻀﻠﱡﻮا ﻣﺎ َﲤَ ﱠﺴ ْﻜﺘﻢ ﻬﺑِِﻤﺎ ﻛِﺘﺎب‬
.‫ﷲ َو ُﺳﻨﱠﺔَ ﻧَﺒِﻴِّ ِﻪ‬ ِ ِ ِ
َ َ َ ُْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ْ ْ‫ﺖ ﻓ‬
‫ﺗ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻳ‬
‫ﺮ‬ ‫َﻣ‬
‫أ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻜ‬
ُ ‫ﻴ‬ ُ ‫ﺗَـَﺮْﻛ‬
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu
berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
(Riwayat Imam Malik)
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Rujukan dari Sumber al-Quran:
َ ۡ ُ ۡ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ ۡ ْ ُ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ َّ ْ ُ َ ْ ُ َ َ َّ َ ُّ َ َٰٓ
ٖ‫�ء‬ َ
ۡ �ِ ‫ٱلرسول وأو� ٱ�مر مِن�مۖ فإن ت�ٰز�تم‬ َّ ‫ي��ها ٱ�ِين َءامن ٓوا أ ِطيعوا ٱ� وأ ِطيعوا‬
ِ ِۡ
ً َ ُ َ ۡ َ ٞ ۡ َ َ َٰ ِ
ۡ َ ۡ َ َ َّ َ ُ ۡ ُ ۡ ُ ُ ُ َّ َ َّ َ ُ ُّ ُ َ
.��ِ‫خ ِر� �ل ِك خ� وأحسن تأو‬ ِ �‫فردوه إِ� ٱ�ِ وٱلرسو ِل إِن كنتم تؤمِنون بِٱ�ِ وٱ�و ِم ٱ‬
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah
dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah al-Nisa’, ayat 59)
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Kitab Al-Farqu Baina al-Firaq oleh al-Baghdadi
(w.429H):
• Golongan yang ke-73 yang terselamat atau apa
yang disebutkan sebagai “apa yang aku dan para
sahabatku berada di atasnya” adalah merujuk
kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merangkumi
Ahl al-Hadis dan Ahl al-Ra’y yang bersepakat
tentang perkara tauhid, sifat Allah SWT yang bebas
daripada tasybih dan ta’til, memperakui segala isi
kandungan kitab Allah S.W.T dan tidak
menghalalkan yang haram atau sebaliknya.
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Al-Baghdadi memperincikan kepada 8 bahagian:
1. Mereka yang terdiri daripada ahli ilmu tauhid dan ilmu kalam termasuklah yang
dikatakan sebagai sifatiyyah yang bebas dari segala unsur tasybih, ta’til dan
bid’ah golongan Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najjariah dan sebagainya.
2. Mereka yang terdiri daripada imam fiqh sama ada yang cenderung kepada aliran
ahl al-ra’y mahupun aliran ahl al-hadis. Mereka ini berkeyakinan kepada perkara
usuluddin dengan aliran sifatiyah yang membicarakan sifat-sifatNya yang azali
tanpa tasybih dan ta’til yang bebas daripada unsur Qadariyah dan Muktazilah.
3. Mereka yang menguasai bidang ilmu periwayatan hadis dan sunnah Nabi SAW.
Mereka boleh membezakan yang sahih dan batil, mengetahui sebab al-jarh wa
ta’dil (kredibiliti perawi).
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Al-Baghdadi memperincikan kepada 8 bahagian: (sbgn.)
4. Mereka yang menguasai ilmu berkenaan bahasa Arab dan sasteranya, antaranya
ilmu Nahu dan Sarf. Mereka adalah pakar bahasa antaranya ialah al-Khalil, Abu
‘Amr bin al-’Ala, Sibawaih, al-Farra’, Akhfash, al-Asma’i, al-Mazini, Abu Ubaid dan
seluruh imam Nahu sama ada ulama Basrah atau Kufah yang tidak
mencampurkan sesuatu ke dalam ilmu mereka sesuatu daripada bid’ah
Qadariah, Rafidhah atau Khawarij.
5. Mereka yang menguasai ilmu berkenaan qiraat untuk al-Quran dan tafsir al-
Quran, penakwilannya adalah berasaskan mazhab-mazhab ahli sunnah tanpa
berpegang dengan penakwilan ahli nafsu yang sesat.
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Al-Baghdadi memperincikan kepada 8 bahagian: (sbgn.)
6. Mereka adalah para zuhud sufi yang memerhatikan maka ia mendapat ilmu,
yang diuji maka diambil iktidar daripadanya, redha dengan ketetapan ke
atasnya, mengetahui bahawa segala penglihatan, pendengaran dan hati akan
dipertanggungjawabkan dan dihisab dengan neraca kelak.
7. Mereka yang berada di barisan hadapan dalam jihad melawan musuh- musuh
Islam, menjaga kesucian Islam, sanggup meninggalkan rumah dan isteri mereka
dan jelas pada mereka mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
8. Negara yang zahir kebanyakan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalamnya,
bukannya syiar ahli hawa nafsu yang sesat.
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Malaysia Sebagai Negara Berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah memutuskan bahawa:
1. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dari segi Akidah,
Syariah dan Akhlak.
2. Memperakukan pindaan kepada semua Undang-undang Negeri yang berhubung
dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-
undang Islam” kepada: Undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli
Sunnah wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Malaysia Sebagai Negara Berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah
3. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah
wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang
Islam. Dengan demikian, penyebaran apa-apa ajaran lain daripada pegangan Ahli
Sunnah wal Jamaah adalah dilarang.
4. Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada
Undang-undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan kepada pegangan Ahli
Sunnah wal Jamaah sahaja
5. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku,
risalah, filem video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang
bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah adalah diharamkan.
Pengenalan
Siapa “Ahli Sunnah wal Jamaah”? (sbgn.)
Rumusan
1. Mereka yang berpegang dengan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW mengikut
manhaj salaf dan khalaf adalah dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2. Mereka juga adalah golongan yang berfahaman sederhana iaitu tidak melampau
dan tidak terlalu longgar dalam berpegang kepada satu-satu pegangan sekaligus
mengeluarkan kelompok ekstrem seperti Syiah dan Khawarij dan juga kelompok
yang terlalu longgar seperti pluralist, liberalis, anti-hadis dan lain-lain.
3. Secara asasnya di Malaysia, mereka adalah pengikut mazhab fiqh beraliran
Syafi’ieyah, dari sudut teologinya berlaliran Asya’irah manakala dari sudut akhlak
atau kerohaniannya banyak mengikut pandangan Imam al-Ghazali.
Cabaran Masa Kini
1. Ancaman Khawarij Moden/Akhir Zaman
- Terdapat riwayat bahawa Rasulullah SAW telah memberi perkhabaran mengenai
kemunculan Khawarij. Yusair bin Amru mengatakan, aku bertanya kepada Sahal
bin Hunaif:

‫ ِﰲ اﳋََﻮا ِرِج َﺷْﻴـﺌًﺎ؟‬:‫ﻮل‬ ُ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻳَـ ُﻘ‬ ‫ﱠﱯ‬ ِ


َ ‫َْ ْ َ ﱠ‬‫ﻨ‬ ‫اﻟ‬ ‫ﺖ‬ ‫ﻌ‬ ‫ﲰ‬ َِ ‫ﻫﻞ‬
،‫ » َﳜُْﺮ ُج ِﻣْﻨﻪُ ﻗَـ ْﻮٌم ﻳَـ ْﻘَﺮءُو َن اﻟ ُﻘ ْﺮآ َن‬:‫ َوأ َْﻫ َﻮى ﺑِﻴَ ِﺪ ِﻩ ﻗِﺒَ َﻞ اﻟﻌَِﺮ ِاق‬،‫ﻮل‬ُ ‫ َِﲰ ْﻌﺘُﻪُ ﻳَـ ُﻘ‬:‫ﺎل‬
َ َ‫ﻗ‬
«‫وق اﻟ ﱠﺴ ْﻬ ِﻢ ِﻣ َﻦ اﻟﱠﺮِﻣﻴﱠ ِﺔ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻣ‬ ‫م‬ِ ‫ﻼ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﻹ‬ِ ‫ا‬ ‫ﻦ‬ ِ
َ ُ ُ َ ْ َ َ ُ َُْ ْ ُ َ‫ﻻَ ُﳚَﺎ ِوُز ﺗَـَﺮاﻗ‬
‫ﻣ‬ ‫ن‬‫ﻮ‬ ‫ﻗ‬‫ﺮ‬ ‫ﳝ‬ ،‫ﻢ‬ ‫ﻬ‬ ‫ـ‬‫ﻴ‬ ِ
“Apakah engkau mendengar Nabi SAW bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Aku
mendengar beliau bersabda - sambil beliau arahkan tangannya menuju Iraq - Dari sanalah
muncul sekelompok kaum yang membaca al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan mereka,
mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.”
Riwayat al-Bukhari (6934)
• Dari segi sejarah, kemunculan Khawarij berkait rapat dengan suasana ketidakstabilan politik yang
berlaku dalam kalangan umat Islam pada penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin. Pada awalnya
mereka muncul kebanyakannya daripada kalangan golongan al-Qurra’ yang majoritinya terdiri
daripada golongan ‘arab badwi yang tidak memahami selok belok percaturan politik. Mereka juga
tidak mampu untuk menerima hakikat apabila kaum Quraish mengambil alih kepimpinan dan
memiliki keistimewaan tertentu setelah Islam menyamaratakan antara kaum Muslimin.
• Golongan al-Qurra’ berperanan besar sehingga tercetusnya pemberontakan terhadap Sayyiduna
Uthman bin Affan, terutamanya ketika timbulnya isu yang melibatkan kaum kerabat Bani
Umayyah. Selepas pembunuhan Uthman, golongan al-Qurra’ menjadi kumpulan teramai yang
menyokong Sayyiduna Ali bin Abi Talib dalam memerangi penentang-penentang Ali.
Bagaimanapun setelah perang Siffin dan peristiwa tahkim antara Ali dan Mu‘awiyah, golongan ini
telah keluar daripada kumpulan Ali kerana tidak bersetuju dengan tindakan Ali untuk
menerima tahkim. Kumpulan ini kemudiannya dikenali dengan gelaran Khawarij. (Lihat Tayyarat
al-Fikr al-Islami, 15-19)
• Peristiwa tahkim adalah titik mula kemunculan golongan Khawarij. Ia bermula
dengan pendirian mereka yang mengkafirkan Ali bin Abi Talib, Mu’awiyah bin Abi
Sufyan, Talhah, al-Zubayr dan Aishah RAnhm serta menghalalkan darah mereka.
Lama kelamaan konsep kafir turut mengalami perubahan. Kafir bukan lagi hanya
dinisbahkan kepada orang yang tidak berhukum dengan al-Quran, tetapi orang
yang berbuat dosa besar juga turut dipandang sebagai kafir oleh golongan
Khawarij.
FATWA GERAKAN MILITAN AL-DAWLA AL-ISLAMIYA FI IRAQ WA AL-SHAM
(DAESH), ATAU MILITAN ISLAMIC STATE IN IRAQ AND SYAMS (ISIS), ATAU ISLAMIC
STATE OF IRAQ AND THE LEVANT (ISIL) ATAU MILITAN ISLAMIC STATE (IS)

1. Fahaman, ajaran dan ideologi ini adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam
yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana mengandungi elemen-elemen
seperti yang berikut:
(a) Membunuh manusia secara kejam dengan menyembelih, mengebom, menembak, meletupkan,
melemaskan serta membakar tahanan hiduphidup;
(b) Menyerang dan membunuh rakyat yang tidak bersalah yang tidak menyertai perjuangan mereka;
(c) Merogol wanita-wanita yang ditawan kerana dianggap sebagai hamba tawanan perang;
(d) Memusnahkan rumah-rumah ibadat agama-agama lain dan perkuburan yang dianggap sebagai
bida’ah dan khurafat pada pandangan mereka;
(e) Membunuh orang-orang awam tanpa mengira agama, keturunan, usia termasuk orang dewasa,
wanita dan kanak-kanak yang tidak sehaluan dengan fahaman mereka demi mencapai cita-cita
politik dan matlamat ketenteraan mereka;
(f) Menegakkan Daulah IS menggunakan kaedah jihad qital (perang) dan keganasan;
(g) Mendakwa sesiapa yang tidak menyertai jihad dalam bentuk yang mereka fahami telah
melakukan dosa besar dan bukan Muslim yang sebenarnya;
(h) Menuduh umat Islam yang mengamalkan sistem demokrasi dan terlibat dalam pilihan raya dan
kepartian sebagai taghut, munafik atau kafir;
(i) Menghalalkan darah orang Islam yang menentang mereka kerana dianggap sebagai taghut,
munafik atau kafir serta dituduh bersekutu dengan musuh Islam;
(j) Meyakini bahawa negara-negara umat Islam selain Daulah IS yang mengamalkan sistem moden
adalah negara kafir dan wajib diperangi;
(k) Mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak menegakkan hukum Syariah dalam sesebuah
negara;
(l) Menyempitkan dan menyalahtafsirkan konsep jihad dengan melaksanakan jihad hujumi
(serangan ofensif) sebagai satu-satunya cara untuk menegakkan Islam; dan
(m) Mengisytiharkan Daulah IS yang mereka anggap sebagai negara Islam tanpa melalui proses yang
benar bahkan tidak mendapat pengiktirafan ulama-ulama muktabar dunia.
Cabaran Masa Kini
2. Pro Syiah
• Ajaran Syiah mula memasuki Malaysia sekitar tahun 80an selepas berlakunya revolusi Iran pada
tahun 1978/79. Pada tahun 1984, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa
hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk
diamalkan di Malaysia.
• Namun pada tahun 1996, disebabkan oleh penularan ajaran Syiah yang semakin berleluasa di
negara ini, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam
yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
• Ajaran Syiah banyak membawa pandangan yang bertentangan dengan akidah umat Islam di
negara ini. Antara ajaran Syiah yang paling dominan dan diklasifikasikan sebagai ajaran sesat
ialah Syiah Imamah.
“Salah satu ajaran Syiah yang paling jelas bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal
Jamaah ialah mengkafirkan Khulafa’ Ar-Rasyidin khususnya Saidina Abu Bakar As-
Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab”.
Cabaran Masa Kini
3. Takiyah Syiah
• Masyarakat Islam hendaklah berwaspada terhadap aliran fahaman yang dipercayai condong serta
menyamai mirip pro Syiah seperti pertubuhan G15, Quranis anti hadis, liberal, Sister in Islam dan
lain-lain.
• Aliran fahaman ini ‘menyusup’ masuk melalui institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA),
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. Malah ajaran sesat ini juga mempengaruhi
pemikiran sebilangan penjawat awam.
• Mereka yang terlibat dengan fahaman aliran tersebut sukar dikesan kerana bijak
menyembunyikan identiti sebenar tetapi boleh dikenalpasti melalui perbezaan pendapat selain
memperlekehkan kedudukan guru agama di pondok atau madrasah.
• Hakikatnya, perkara ini perlu segera diambil tindakan wajar bagi mengelakkan kekeliruan
terutama membabitkan hukum dan jika ia berterusan begini akan berlaku ketidakkesefahaman
dalam kalangan umat Islam sehingga boleh terjadinya syirik.
Cabaran Masa Kini
4. Menimbulkan kekeliruan agama
- Terdapat pihak tertentu yang cenderung menimbulkan permasalahan agama
dengan niat untuk menanam benih-benih kekeliruan dalam mengamalkan
agama Islam
- Umpamanya, mengenai menutup kepala bagi perempuan, menuntut hak
saksama dengan lelaki
- Begitu juga mempertikaikan amalan keputusan pihak berwajib agama sama ada
Jabatan Agama / Jawatankuasa Fatwa
Cabaran Masa Kini
5. Ajarang sesat rebranding
• Timbulnya ajaran dan amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah
suatu yang baharu, bahkan ia mulai bergerak secara senyap-senyap semasa Islam
mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke 15 Masihi, melalui amalan
animisma, dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha, serta pengaruh yang ketara
daripada Syiah melampau seperti Saba’iyyah, Kaysaniyyah, dan Syiah
Ismailiyyah Batiniyyah juga aliran teosofi.
• Rebranding dengan mengambil amalan-amalan tertentu sesuai dengan
kemahuan atau kecenderungan dengan mengguna pakai BRAND lain yang sudah
diterima dalam masyarakat… seperti menggunakan nama tarikat yang masyhur
seperti Naqsyabandiah, Ahmadiah dan seumpamanya, sedangkan ia adalah
tempelan brand sahaja, tetapi isi atau kandungan amalan adalah salah,
menyeleweng dan sesat
Cabaran Masa Kini
6. Islam liberal & pluralisme
• Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta
pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan
tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta
berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka. Mereka menyusup
secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.
• Mereka menganut Fahaman Pluralisme, iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama
adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam
sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul.
• Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes seperti Sambutan Kongsi-
Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia
(Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para ulama dalam
Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan
Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud,
kolot atau berpemikiran tertutup.
• Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan
sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council
(IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini
dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui
memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.
• Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia. Dalam isu
murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di
Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam)
tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah
Syariah.
• Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman. Menurut golongan
Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulamak terdahulu.
Tafsiran ulamak terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang.
Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh,
tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka
tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.
● Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional
Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan ulamak dan Fuqaha. Oleh itu, mereka
menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian
semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat
yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:
a. Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;
b. Keharusan poligami bagi lelaki;
c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;
d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad;
e. Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;
f. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;
g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;
h. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan
i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.
Cabaran Masa Kini
7. Provokasi dalam toleransi beragama
Asas toleransi beragama dalam Islam:
1. pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. ke dunia dan intipati ajaran yang dibawanya, tidak lain
adalah suatu rahmat kepada sekalian alam
2. setiap individu mempunyai hak untuk memilih kepercayaan atau keyakinan agamanya sendiri
3. setiap penganut agama boleh mengamalkan keyakinan ajarannya masing-masing dan dalam
pada masa yang sama mereka tidak boleh mengganggu hak pegangan, kepercayaan dan cara
hidup penganut agama lain
4. agama yang benar dan diterima di sisi Allah s.a.w. hanyalah Islam. Dengan ini jelas bahawa sifat
toleransi beragama bukanlah bermaksud “sehingga perlu mengorbankan kesucian Islam dan
dalam pada masa yang sama tidak sampai kepada mengabaikan kewujudan agama-agama yang
lain di dunia ini”.
• Realiti semasa mempamerkan toleransi beragama menimbulkan kekeliruan di
kalangan masyarakat hingga menimbulkan persoalan siapa yang perlu “bertolak”
dan siapa pula yang perlu "beransur". Umpamanya dalam menangani beberapa
kes seperti:
1. Tapak rumah ibadat 9. Isu penyebaran agama lain
2. Isu hak jagaan anak 10. Isu bible versi Baasa Melayu
3. Isu bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah 11. Bawa anjing dalam troli
4. Isu penghinaan agama (Kepala Babi di Masjid) 12. Pesta arak / Oktoberfest
5. Isu tuntutan / Perebutan mayat
6. Isu hukum hudud
7. Isu Malaysia negara Islam / sekular
8. Isu kalimah Allah
Cabaran Masa Kini
8. Aliran batiniah
• Istilah ini merujuk kepada golongan yang mengatakan bahawa setiap yang zahir
itu ada batin, dan setiap ayat al-Quran yang diturunkan ada pentakwilannya.
• Golongan ini beramal secara sembunyi-sembunyi daripada masyarakat umum
dan mendakwa hanya mereka mengetahui rahsia dan keistimewaan sesuatu
perkara.
• Kesesatan golongan ini lebih bahaya daripada gerakan Yahudi, Nasrani, Majusi,
Atheis dan Dajjal Akhir Zaman memandangkan mereka bergerak secara rahsia
dalam kalangan masyarakat Islam (umpama api dalam sekam) dengan niat dan
tujuan untuk meruntuhkan agama Islam dan membatalkan syariat dan hukum
amalinya.
• Doktrin ini dilakukan oleh Naib al-Imam kerana mereka menyangka bahawa Imam
Mahdi sedang berada dalam keadaan ghaib atau dalam persembunyian. Naib al-
Imam mendakwa mendapat arahan daripada Imam Mahdi.
• Doktrin ini juga menganggap Imam Mahdi adalah penjelmaan Tuhan yang boleh
menukar syariat Islam denga syariat baharu.
• Doktrin ini menganggap Tuhan yang Qadim ada dua iaitu al-Sabiq (yang
terdahulu), dan al-Tali (yang beriringan)
• Mereka juga berpegang kepada konsep al-Hulul (reincarnation)
• Mendakwa setiap zaman akan lahir Imam yang maksum setaraf dengan Nabi
kecuali imam tidak menerima wahyu
Cabaran Masa Kini
9. Pengetahuan agama Islam yang cetek
• Kekuatan tipu daya iblis terhadap seseorang bergantung terhadap tahap kejahilan
seseorang.
• Bertambah kejahilan seseorang itu, bertambah mudahlah iblis
memperdayakannya. Akan tetapi seseorang yang tinggi ilmunya juga tidak
terlepas daripada tipu daya iblis.
• Oleh itu, kita seharusnya berbanyak menuntut ilmu supaya kita tidak mudah
diperdayakan oleh tipu daya iblis.
• Cenderung berbahas tentang hukum-hakam agama walaupun bukan bidang,
berlagak seperti orang yang mahir
• Cenderung untuk merendah-rendahkan atau memperkecilkan orang lain seolah-
olah dia sahaja yang pandai dan hebat
Persiapan
Sebagai rumusan akhir
1. Kembali kepada ajaran Islam murni, yang
berdasarkan sumber-sumber yang disepakati
2. Pihak pemerintah perlu memainkan peranan IMPLIKASI
dalam pengurusan akidah secara kolektif 1. Syirik
3. Masyarakat umum pula perlulah menanam minat
untuk terus belajar sebagai asas dalam 2. Murtad
pelaksanaan amalan keagamaan
3. Kufur
4. Mewujudkan jalinan kerjasama pintar dan
strategik khususnya di kalangan akademia, ulama
dan pendakwah, institusi Islam dan pihak-pihak
lain.
Sekian.
Terima kasih

You might also like