You are on page 1of 14

Jurnal Dunia Perniagaan

e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Hubungan Pendidikan Keusahawanan Dengan Operasi


Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Golongan Belia di
Ranau
(The Relationship between Entrepreneurship Education and Small
and Medium Enterprise Business Operations among
Youth in Ranau)
Kelvin Dale Yubidi1*, Norasmah Othman1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: kelvindale92@gmail.com

Accepted: 15 January 2022 | Published: 31 January 2022

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpn.2022.3.4.3
________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pendidikan keusahawanan memberi peluang kepada belia untuk mengetahui bakat
terpendam yang bakal menyerlahkan keupayaan dan kemahiran yang tidak disedari. Namun,
sejauh manakah tahap pendidikan keusahawanan pengusaha PKS dalam kalangan belia di
negara ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pendidikan
keusahawanan, tahap operasi perniagaan serta hubungan dengan tahap operasi perniagaan
PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau. Data diperoleh melalui soal selidik yang
diedarkan kepada belia di daerah Ranau yang menjalankan kegiatan PKS. Seramai 169 orang
usahawan telah menjawab soal selidik tersebut. Responden ini terdiri daripada belia yang
berumur di antara 15 tahun sehingga 40 tahun. Terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu
pendidikan keusahawanan, operasi perniagaan dan prestasi perniagaan. Data dianalisis
menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan data deskriptif dan
inferensi. Berdasarkan analisis data yang diperoleh menunjukkan tahap pendidikan
keusahawanan dan operasi perniagaan adalah sederhana. Manakala terdapat dua konstruk
tahap pendidikan keusahawanan yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap
operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau. Kajian ini diharapkan dapat
memberi panduan kepada semua pihak tentang kepentingan pendidikan keusahawanan dalam
kalangan belia sama ada pengetahuan tersebut diperoleh secara formal atau tidak formal.
Pelaksanaan program atau aktiviti keusahawanan dari peringkat sekolah sehingga peringkat
pengajian tinggi juga amat perlu sebagai pendedahan kepada belia tentang kerjaya
keusahawanan pada masa kini.

Kata Kunci: pendidikan keusahawanan, operasi perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana

Abstract: Entrepreneurship education provides an opportunity for youth to discover their


hidden talents whilst highlight their abilities and skills. However, what is the level of
entrepreneurship education of SME entrepreneurs among the youth in this country. Therefore,
this study aims to identify the level of entrepreneurship education, the level of business
operations as well as the relationship with the level of SME business operations among youth
in Ranau district. Data were obtained through a questionnaire that distributed to youths in the
Ranau district who carry out SME activities. A total of 169 entrepreneurs answered the
questionnaire. These respondents consisted of youths aged between 15 years to 40 years. There

17
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

are three aspects studied namely entrepreneurship education, business operations and
business performance. Data were analyzed using the Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) to obtain descriptive and inferential data. Based on the analysis of the data
obtained shows the level of entrepreneurship education and business operations is moderate.
Meanwhile, there are two constructs of entrepreneurship education level that have a significant
relationship with the level of SME business operations among youths in Ranau district. It is
hoped that this study can provide guidance to all parties on the importance of entrepreneurship
education among the youth whether the knowledge is acquired formally or informally. The
implementation of entrepreneurship programs or activities from the school level to the tertiary
level is also very necessary as the exposure of the youth about the entrepreneurial career today.

Keywords: entrepreneurship education, business operations, small and medium enterprises


___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Keusahawanan adalah elemen utama bagi negara yang membangun dan berdaya saing dalam
pasaran global. Keusahawanan dianggap sebagai pencetus kepada pembudayaan pertumbuhan
ekonomi, kreativiti, dan inovasi (Gabriela, 2020). Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif
dengan meningkatkan dan mengembangkan pendidikan keusahawanan ke arah yang lebih
dinamik dan berupaya menarik minat golongan belia terhadap bidang keusahawanan.
Kementerian dan agensi kerajaan memberi perhatian serius berkaitan keusahawanan dengan
memperuntukkan dana khusus untuk memperkukuh dan memperkasa ilmu serta kemahiran
(Norasmah 2021). Kerajaan turut menerapkan pendidikan keusahawanan dalam subjek atau
kursus yang ditawarkan di pelbagai peringkat pendidikan dan pengajian (Mohd Syahrir, 2017).
Di samping itu, pelaksanaan pelbagai program yang menggalakkan kreativiti dan bengkel
keusahawanan turut dijalankan untuk membudayakan keusahawanan (Barba dan Atienza,
2016). Umumnya, usaha pembudayaan keusahawanan dilaksanakan agar matlamat negara
untuk menjadi sebuah negara yang lebih progresif berpaksikan ilmu supaya terus releven
terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara (PNMB, 2019).

Universiti di negara Romania, sebagai contoh telah mengambil inisiatif untuk


mengintegrasikan pendidikan keusahawanan ke program akademik di semua institusi
pengajian tinggi mereka (Gabriela et al., 2020). Inisiatif tersebut bertujuan untuk menerapkan
pendidikan keusahawanan ke dalam kurikulum program prasiswazah dan juga siswazah.
Melalui penerapan pendidikan keusahawanan, para pelajar di negara mereka dapat pendedahan
tentang bidang keusahawanan. Seterusnya dapat mewujudkan dan mengembangkan peribadi
pelajar agar cenderung untuk terlibat dengan bidang keusahawanan. Pendedahan pengetahuan
asas keusahawanan juga diharap dapat memberi persepsi positif pelajar terhadap bidang
keusahawanan. Malah akhirnya wujud peningkatan bilangan pelajar yang berhasrat untuk
menjadi seorang usahawan sebagai kerjaya (Lina et al., 2019). Di Malaysia, kerajaan
melaksanakan pembentukan graduan berciri keusahawanan yang holistik, seimbang dan sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara (Mohd Syahrir, 2017). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2015-2025 telah dirangka khusus bagi institusi pengajian tinggi yang
menjurus kepada penerapan kemahiran mengurus dan juga keusahawanan. Pelan tersebut
dirangka bertujuan untuk membangunkan kuasa intelektual dan moral seseorang individu
pelajar yang berkemahiran, berbakat serta berilmu bagi menghadapi cabaran abad ke-21 dalam
pelbagai bidang termasuk bidang keusahawanan. Cabaran dalam bidang keusahawanan
merangkumi operasi perniagaan yang melibatkan perancangan dan pengawalan. Cabaran-

18
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

cabaran yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan mampu dihadapi dengan adanya asas
keusahawanan yang berkaitan pengurusan operasi perniagaan (Norasmah, 2019).

Menceburi bidang perniagaan pada masa kini adalah sangat mencabar kerana perlu bersaing
dengan banyak perniagaan lain yang telah sedia ada di pasaran (Ahmad Zamil, 2017).
Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah antara perniagaan yang sedia ada di pasaran,
merangkumi 98.5 peratus daripada pertubuhan perniagaan dan menyumbang sebanyak 38.9
peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2019 (SME Corp., 2020).
Dalam mengeksploitasi peluang perniagaan, golongan belia yang menjalankan perniagaan
biasanya bermula dengan operasi perniagaan pada skala kecil. Setelah perniagaan stabil
baharulah mereka akan mengembangkan perniagaan ke tahap sederhana dan seterusnya kepada
skala yang lebih besar (Azrain Nasyrah dan Maliani, 2021). Pertumbuhan perniagaan berlaku
sekiranya pengusaha mempunyai operasi perniagaan yang baik dan berjaya menjana
keuntungan serta mampu mengurangkan kerugian dalam perniagaan (Ahmad Fuad, 2019).
Pengetahuan mengenai operasi perniagaan amat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu
perniagaan (Norasmah, 2019). Oleh itu, pendidikan keusahawanan adalah bermanfaat bagi
seorang usahawan untuk berjaya dalam mengurus operasi perniagaan. Kajian mengenai
pendidikan keusahawanan dan operasi perniagaan adalah penting untuk dijadikan sebagai
panduan kepada semua pihak khususnya untuk pembangunan bidang keusahawanan. Justeru
kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang hubungan antara pendidikan keusahawanan
dengan operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau.

2. Penyataan Masalah

Ahli akademik, pemerintah dan usahawan di seluruh dunia semakin menyedari peranan
pendidikan keusahawanan dalam menyediakan usahawan yang berkemahiran dalam
merancang, menubuhkan dan mengembangkan idea perniagaan mereka. Pendidikan
keusahawanan merupakan satu bidang yang penting untuk memastikan kesedaran potensi
keusahawanan (Mohd. Syahrir, 2017). Menurut Teori Modal Insan (Becker, 1964), melalui
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan boleh meningkatkan keupayaan produktiviti,
kecekapan untuk terlibat dalam usaha yang lebih giat, inovatif dan fleksibel. Bagi menghadapi
gelombang ekonomi semasa dan membendung kadar pengangguran negara, masyarakat
disarankan untuk menghapuskan mentaliti makan gaji dengan menceburi bidang
keusahawanan. Masyarakat yang mempunyai kesedaran dan berpotensi dalam bidang
keusahawanan boleh menjurus kepada penglibatan kegiatan PKS. Walau bagaimanapun,
masyarakat dalam bidang keusahawanan masih dilaporkan rendah (Muhd Izzat et al., 2020).

PKS memainkan peranan penting di Malaysia dalam pembangunan sosioekonomi negara dan
menonjol dari segi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan,
pengurangan kemiskinan dan pengembangan asas industri. Namun, di sebalik peranan penting
yang dimainkan oleh sektor ini, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menganggarkan
lebih 15 ribu PKS terpaksa menutup perniagaan masing-masing selepas setahun penularan
COVID-19 di negara ini (Mohammad Sahar, 2021). Kegagalan untuk bertahan ini juga
dilaporkan sedikit sebanyak lantaran kegagalan pengusaha dalam menguasai kemahiran-
kemahiran asas yang diperlukan dalam mengoperasi sesebuah perniagaan. Ramai usahawan
menganggap dengan meningkatkan bilangan pekerja, menambahkan bilangan inventori dan
bekerja lebih masa akan menghasilkan produktiviti perniagaan. Hakikatnya, tindakan tersebut
akan menyebabkan pembaziran kerana berlaku pertambahan input dalam perusahaan yang
belum tentu akan menjamin peningkatan operasi perniagaan (Azyyati dan Daing Maruak,
2021).

19
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Majoriti usahawan mikro yang tidak boleh meneruskan operasi perniagaan secara tidak
langsung menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran (MEDAC, 2020). Masyarakat
di Malaysia dilaporkan mempunyai persaingan yang tinggi terutama dalam mengisi
kekosongan jawatan sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta (Mohd Azis et al., 2019).
Lantaran jumlah graduan siswazah Malaysia saban tahun terus meningkat seperti pada tahun
2020 direkodkan terdapat seramai 5.36 juta orang siswazah berbanding pada tahun 2019 iaitu
5.29 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021). Tambahan lagi, jumlah penganggur graduan
siswazah pada 2020-pula dicatatkan seramai 202.4 ribu orang, iaitu meningkat sebanyak 22.5
peratus (+37.2 ribu orang) berbanding tahun sebelumnya seramai 165.2 ribu orang (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2021). Justeru, sekiranya lambakan graduan siswazah berterusan, secara
tidak langsung jumlah penganggur juga semakin bertambah.

Pelbagai bantuan dan sokongan seperti bantuan kewangan, latihan, pembangunan infrastruktur
juga disediakan oleh pelbagai agensi tidak kira sama ada agensi kerajaan atau bukan kerajaan
(Norasmah, 2021). Walaupun pelbagai usaha dan inisiatif telah diberikan kerajaan untuk
memartabatkan keusahawanan, kadar kegagalan perusahaan masih tinggi. Usahawan tidak
mengambil peluang yang ditawarkan oleh kerajaan bagi membolehkan perniagaan
dilaksanakan berdasarkan perancangan yang berkesan. Ini terbukti apabila bilangan usahawan
di Malaysia telah berkurang sebanyak 0.2 peratus (-4.8 ribu orang) mencatatkan 2.39 juta orang
(Statistik Ekonomi Malaysia, 2021). Namun, dengan peruntukan dan peluang sedia ada jika
tidak direbut sebaik-baiknya sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran (Azyyati dan
Daing Maruak, 2021). Setiap pembaziran yang berlaku menyebabkan kerugian bagi sesebuah
organisasi kerana melibatkan kos secara langsung dan tidak langsung.

Ramai usahawan tidak mempunyai satu perancangan yang terperinci berbanding perniagaan
yang bersaiz besar (Norashidah, 2021). Perkara ini sering berlaku dalam kalangan usahawan
kerana dianggap sebagai mengambil masa dan memerlukan kepakaran. Justeru, usahawan
bertindak secara gerak hati yang berpandukan pengalaman dalam hal membuat keputusan dan
juga hal pengurusan operasi perniagaan. Lantaran itu, sebahagian besar perniagaan baharu
terpaksa menamatkan operasi pada peringkat awal penubuhannya (Mohd Nor Hakimin et al.,
2021). Selain itu, kebanyakan usahawan PKS kurang menitikberatkan hal dalam urusan
merancang pembelian sumber-sumber untuk perusahaan. Justeru, pembelian dan pertambahan
inventori yang tidak dirancang boleh mendorong kepada pembaziran dari segi masa, wang
ringgit dan mengundang penyimpanan stok yang tidak diperlukan (Azyyati dan Daing Maruak,
2021).

3. Sorotan Literatur

Pendidikan Keusahawanan
Keusahawanan bertaraf global memerlukan pengurusan perniagaan yang komprehensif dalam
menangani cabaran persekitaran (Zafir dan Fazilah, 2017). Perubahan yang berlaku dalam
persekitaran perniagaan memerlukan usahawan berfikiran jauh dan berbekalkan pengetahuan
asas tentang keusahawanan. Potensi untuk menjadi seorang usahawan ada pada setiap individu.
Walau bagaimanapun, tidak semua mempunyai kecenderungan untuk menceburi bidang
keusahawanan lantaran persepsi masyarakat ia adalah bidang yang penuh dengan risiko dan
cabaran. Oleh itu, melalui pendidikan keusahawanan persepsi komuniti terhadap
keusahawanan ini diharap dapat diubah (Nooridza, 2018). Berdasarkan kajian Cheung (2008)
pendidikan keusahawanan memberikan kesan positif dalam kehidupan pelajar dalam pelbagai
aspek. Demikian juga hasil kajian Ali Kiyani (2017) yang menunjukkan terdapat kesan yang

20
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

signifikan kepada sikap pelajar melalui aktiviti keusahawanan pendidikan keusahawanan.


Antara dapatan kajian tersebut ialah di dalam kajian Njomza dan Ymer (2020) yang mendapati
bahawa faktor penting dalam kejayaan PKS dan ekonomi di Kosovo secara umumnya adalah
tahap pendidikan dan pembelajaran yang berterusan oleh pemilik perusahaan. Di samping itu,
analisis kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara pendidikan dan operasi
perniagaan yang positif.

Setelah memperoleh pendidikan keusahawanan, kajian lepas menyatakan sifat intrinsik dan
halangan ekstrinsik pelajar kepada keusahawanan secara signifikannya telah berkurangan
(Norazman, 2018). Mitos keusahawanan juga menggambarkan bahawa pada awal
pembangunan negara, usahawan adalah secara lahiriah atau pun baka (Mohd. Syahrir, 2017).
Kini, usahawan adalah cakna dengan ilmu asas keusahawanan. Rentetan itu, pendidikan
keusahawanan perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Pendidikan keusahawanan dikaitkan
dengan sesuatu hal yang relevan dan merujuk kepada kesesuaian terhadap seseorang individu
dan secara konsisten. Selain itu, keberkesanan dan kecekapan suatu kursus atau program yang
menjurus kepada keusahawanan dalam pelbagai peringkat pendidikan serta latihan (Fayolle,
2013). Pendidikan keusahawanan merupakan kunci kepada belia untuk berkembang maju
sebagai seorang usahawan (Blenker et al., 2014). Pendidikan keusahawanan adalah penggalak
kepada pembangunan belia untuk mendapatkan kemahiran dalam kehidupan dan
mengurangkan tingkah laku yang berisiko tinggi dalam masyarakat (Tingey, 2016).

Operasi Perniagaan
Belia yang ingin menceburi bidang perniagaan adalah sangat mencabar pada masa kini kerana
perlu bersaing dengan banyak perniagaan lain yang telah sedia ada di pasaran. Sehingga akhir
tahun 2020, terdapat lebih daripada tujuh juta perniagaan yang berdaftar (Suruhanjaya Syarikat
Malaysia, 2021). Walau bagaimanapun statistik juga menunjukkan bahawa banyak antara
perniagaan yang didaftar mengalami kegagalan untuk mencapai matlamat dan terpaksa
dibubarkan. Dengan itu, pelbagai aspek penting yang perlu dipertimbangkan dan diberi
perhatian oleh belia semasa memulakan operasi perniagaan yang melibatkan perancangan dan
pengawalan (Norashidah, 2021).

Perancangan yang teliti perlu dilaksanakan sebelum memulakan operasi perniagaan kerana
boleh menjamin kejayaan sesebuah perniagaan (Norasmah, 2019). Seseorang usahawan tidak
boleh terburu-buru dalam memulakan operasi perniagaan dan perlu melakukan perancangan
yang rapi. Usahawan yang berjaya mesti memiliki kemahiran pengurusan kewangan yang baik
dan perancangan yang teliti (Mohd Nor Hakimin et al., 2021). Perancangan melibatkan
keseluruhan aspek perniagaan yang diceburi oleh seseorang usahawan dan dizahirkan dalam
satu dokumen sebagai panduan perniagaan. Secara amnya, perancangan adalah rancangan
perniagaan yang ditakrifkan sebagai satu dokumen yang menerangkan keseluruhan tindakan
yang perlu diambil (Norashidah, 2021). Tambahan lagi, segala hal yang berkaitan perancangan
melibatkan cadangan perlaksanaan yang dilaksanakan pada masa akan datang.

Strategi perancangan dalam sesebuah organisasi boleh berjaya dengan ada pengawalan yang
mantap ke arah sesuatu matlamat. Maksud pengawalan ialah satu proses penglibatan seorang
pengurus dalam memastikan aktiviti yang dilaksana berdasarkan yang telah dirancang. Proses
tersebut juga melibatkan tindakan yang diambil untuk memperbaiki kesilapan ke arah
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pengawalan membantu memastikan fungsi
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dilaksanakan seperti yang diharapkan supaya
perusahaan menuju ke arah matlamat yang ditetapkan (Norashidah, 2021). Dengan adanya
pengawalan dalam perusahaan, usahawan dapat menghindari kesilapan yang berulang sama

21
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

ada berpunca dari pekerja atau secara teknikal (Mohd Syahrir, 2017). Usahawan yang
mengenakan kawalan yang terlalu ketat atau longgar juga bakal memberi kesan yang negatif
(Zafir, 2017). Justeru, usahawan sukar mengawasi pekerjanya tanpa mewujudkan suatu sistem
kawalan yang bersesuaian dan efektif.

4. Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif bagi memperoleh hasil penyelidikan
yang lebih wajar dan tepat melalui laporan yang berbentuk penomboran (Fuad, 2017). Semua
pemboleh ubah kajian diukur dengan unit ukuran atau rumus dalam bentuk nombor angka.
Simbol berbentuk nombor digunakan adalah untuk memudahkan analisis pemboleh ubah yang
tidak mempunyai unit ukuran. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif yang
memaparkan maklumat dan data daripada soal selidik ke dalam bentuk carta serta komponen-
komponen statistik seperti min. Kaedah mendapatkan data melalui soal selidik adalah yang
afdal bagi mendapat jawapan atau maklumat yang diperlukan (Sekaran, 2006). Penduduk di
daerah Ranau terbahagi kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu
Kundasang, Karanaan dan Paginatan. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah usahawan PKS
dalam golongan belia di daerah Ranau. Populasi kajian adalah sebanyak 300 dan maklumat ini
diperoleh melalui Pejabat Daerah Ranau (2020). Pemilihan belia dalam kalangan penduduk
yang berumur dari 15 tahun sehingga 40 tahun di daerah Ranau sebagai sampel kajian. Saiz
sampel adalah berpandukan jadual penetapan saiz sampel Krejcie & Morgan. Melalui 300
orang (populasi) iaitu 100 daripada setiap tiga kawasan DUN, sampel (n) adalah 169.

Pemilihan daerah Ranau pula adalah disebabkan daerah ini merupakan di antara kawasan luar
bandar yang berkembang pesat terutama dari aspek sektor perkhidmatan, pertanian dan
pelancongan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020). Daerah Ranau mempunyai keluasan 3,891
km persegi dan merupakan antara daerah terbesar di Sabah selepas daerah Kinabatangan
(Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, 2020). Berdasarkan laporan sosioekonomi Sabah pada tahun
2019, daerah Ranau adalah satu-satunya daerah luar bandar yang setaraf bandar dari segi
destinasi tumpuan utama pelawat domestik pada tahun 2019, iaitu setaraf dengan Bandaraya
Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan (Riahan, 2019).

Dalam kajian ini pengkaji telah melaksanakan soal selidik yang mengandungi tiga bahagian
iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A merupakan pernyataan berkaitan latar belakang
responden yang dimurnikan dari kajian Wan Mohd Zaifurin (2019). Bahagian B pula terdapat
pernyataan berkaitan dengan tahap pendidikan keusahawanan dan diadaptasi daripada kajian
Muhamamd Zulhafizi (2021). Seterusnya, bahagian C merupakan pernyataan yang berkaitan
dengan operasi perniagaan, juga telah diadaptasi dari Wan Mohd Zaifurin (2019).

Pengkaji juga menggunakan pengukuran skala likert dalam instrumen. Penggunaan skala likert
memudahkan pengkaji untuk membuat analisis statistik yang bersifat kuantitatif (Jackson,
2006). Item-item dalam bahagian B dan C menggunakan soalan berbentuk Skala Likert lima
dengan sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju serta tidak pasti. Soalan dalam
item B dan C adalah berbentuk terbuka untuk menafsir responden. Penggunaan Skala Likert
dapat memudahkan pengumpulan maklumat tentang tahap persetujuan responden terhadap
item-item yang digunakan.

Kajian rintis merupakan ujian awal yang menentukan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap
instrumen kajian (Ellis dan Levy, 2009). Tujuan penggunaan kajian rintis adalah untuk
memastikan bahawa setiap item boleh difahami semua responden. Kajian rintis dilakukan pada

22
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

1 hingga 15 November 2021 ke atas 30 orang belia di daerah Ranau. Sebanyak 60 set soal
selidik telah diedarkan kepada belia dan 30 soal selidik dikembalikan. Beberapa elemen dari
soal selidik dikeluarkan, terutamanya dari soal selidik operasi perniagaan (Bahagian B) yang
pada awalnya terdiri daripada 15 elemen dan dikurangkan menjadi sepuluh. Elemen-elemen
ini dikeluarkan kerana sifatnya berulang dan hanya tertumpu pada satu aspek. Bagi mengukur
ketepatan konstruk dalam kajian ini, julat yang digunakan untuk nilai korelasi (Corrected Item-
Total Correlation) ialah 0.4 hingga 1.5 (Linarce, 2005). Pengukuran ini sesuai bagi soal selidik
dalam kajian ini yang menggunakan lima skala pemeringkatan iaitu “sangat tidak setuju (1),
tidak setuju (2), setuju (3), sangat setuju (4), dan tidak pasti (5)”. Item yang mempunyai julat
kesahan yang kurang dari 0.4 dan lebih daripda 1.5 akan digugurkan.

Perisian “IBM Statistical Package For Social Science” (SPSS) digunakan untuk memperoleh
data daripada soal selidik bagi mendapatkan gambaran sebenar hasil kajian. Maklumat
daripada soal selidik dikod dan diproses. Terdapat dua pendekatan dalam menganalisis data
dalam statistik iaitu analisis inferensi dan analisis deskriptif. Prosedur analisis deskriptif secara
statistik melibatkan susunan dan ringkasan ciri-ciri utama data sampel dalam bentuk yang
teratur (Chua et al., 2015). Tujuannya adalah untuk memerihalkan data-data daripada sampel
bagi memahami ciri-ciri sampel yang mewakili populasi (Othman, 2015). Statistik infrensi
digunakan bagi menguji pemboleh ubah kajian adalah ujian korelasi. Pemboleh ubah bersandar
ini dianalisis berasingan dengan pemboleh ubah bebas yang lain supaya wujud sebagai elemen
utama dalam kajian ini. Ujian korelasi digunakan bagi mengukur darjah atau kekuatan
hubungan antara tahap pendidikan keusahawanan dengan operasi perniagaan PKS dalam
kalangan belia di daerah Ranau. Korelasi bermaksud ukuran darjah atau kekuatan hubungan
antara pemboleh ubah (Fuad 2017). Penganggaran korelasi menghasilkan pekali korelasi (r).
Sekiranya pekali korelasi bernilai positif 1(+1) bererti wujud hubungan positif yang sempurna
antara pemboleh ubah dan bernilai negatif sekiranya bernilai 1(-1).

4. Dapatan Kajian

Dua jenis analisis iaitu analisis statistik deskriptif dan inferensi telah dijalankan untuk
mencapai objektif kajian ini. Analisis deskriptif yang dilakukan adalah untuk melihat
kekerapan dan peratusan bagi tahap pendidikan keusahawanan dan tahap operasi perniagaan.
Analisis statistik inferensi pula dijalankan untuk mengenal pasti hubungan pendidikan
keusahawanan dengan operasi perniagaan menggunakan kaedah ujian korelasi Pearson.
Seramai 169 responden yang terdiri daripada 39 orang lelaki dan 130 orang perempuan.
Berdasarkan Rajah 1 majoriti usahawan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau adalah
lingkungan umur di antara 15 hingga 20 tahun iaitu 40.2 peratus. Seterusnya belia lingkungan
umur bawah 40 tahun, di mana secara keseluruhan 18.9 peratus berada dalam julat umur 36
hingga 40 tahun, diikuti dengan julat umur antara 26 hingga 30 tahun. Sementara itu golongan
yang berumur dalam julat umur 21 hingga 25 tahun dan 31 hingga 35 tahun adalah sama dari
segi kekerapan dan peratus iaitu sebanyak 13 peratus.

23
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

36-40 tahun,
18.90% 15- 20 tahun

15- 20 tahun.
40.20% 21-25 tahun

26-30 tahun

31-35 tahun, 13%


31-35 tahun

36-40 tahun

26-30 tahun,
14.80%
21-25 tahun, 13%

Rajah 1: Taburan umur responden

Rajah 2 merupakan latar belakang pendidikan responden, 35.5 peratus responden mempunyai
taraf pendidikan lepasan SPM dan 23.3 peratus belia mempunyai taraf pendidikan lepasan
STPM. Sementara itu, taraf pendidikan peringkat diploma adalah yang ketiga tertinggi dari
segi kekerapan iaitu 16 peratus diikuti dengan taraf lepasan ijazah sarjana muda iaitu 13
peratus. Selebihnya hanya mempunyai taraf pendidikan PMR dan ke bawah.

LAIN-LAIN 4.50%
IJAZAH SARJANA 0.60%
IJAZAH SARJANA MUDA 13%
DIPLOMA 16%
STPM 23.70%
SPM 35.50%
PMR/PT3 6.50%
UPSR 2.40%

0.00% 5.00% 10.00% 15.00% 20.00% 25.00% 30.00% 35.00% 40.00%

Rajah 2: Taburan taraf pendidikan responden

Majoriti belia di Ranau menjalankan perniagaan yang diklasifikasikan sebagai perkhidmatan,


diikuti dengan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pertanian dan aktiviti perniagaan
pembuatan yang paling kurang diusahakan. Senario ini menunjukkan bahawa belia yang
menjalankan aktiviti PKS lebih kepada sektor perkhidmatan yang tidak memerlukan modal
yang besar dan mereka tidak mempunyai perancangan perniagaan yang melibatkan pertanian
atau pun pembuatan yang lebih komersial. Di samping, itu klasifikasi perusahaan perkhidmatan

24
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

ini paling mudah untuk dimulakan dan tidak memerlukan proses yang rumit berbanding
pertanian dan pembuatan.

Jadual 1 menunjukkan sisihan piawai dan skor min bagi setiap konstruk untuk tahap pendidikan
keusahawanan dan tahap operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau.
Secara keseluruhannya, tahap pendidikan keusahawanan belia adalah diinterpretasikan pada
tahap yang sederhana kerana memperoleh skor min=3.367 dengan sisihan piawai 0.665.
Berdasarkan Jadual 2 operasi perniagaan mencatatkan nilai min 3.448 dan sisihan piawainya
0.736 telah dibahagikan kepada dua konstruk iaitu perancangan dan pengawalan. Hal ini
menunjukkan bahawa tahap operasi perniagaan usahawan PKS belia di Ranau adalah pada
tahap sederhana. Manakala dapatan ujian korelasi juga di tahap yang sederhana seperti di
Jadual 3 iaitu dengan nilai (r = 0. 596, nilai p = 0.000).

Jadual 1: Skor min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk pendidikan keusahawanan

Pemboleh ubah / konstruk Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi


Konsep berkaitan pendidikan
3.398 0.699 Sederhana
keusahawanan secara formal
Konsep berkaitan pendidikan
3.334 0.844 Sederhana
keusahawanan secara tidak formal
Tahap pendidikan keusahawanan 3.367 0.665 Sederhana

Jadual 2 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap operasi perniagaan PKS dalam
kalangan belia di Ranau. Secara keseluruhannya menunjukkan setiap item yang dikemukakan
bagi mengukur pemboleh ubah ini memperoleh min=3.448, s.p=0.736 di mana skor tersebut
adalah sederhana mengikut interpretasi Sanger et al. (2007). Hal ini menunjukkan bahawa
tahap operasi perniagaan usahawan PKS belia di Ranau adalah sederhana dengan penyataan
yang berkaitan dengan operasi perniagaan.

Jadual 2: Skor min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk operasi perniagaan

Pemboleh ubah / konstruk Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi


Tahap operasi perniagaan yang dijalankan
3.440 0.747 Sederhana
dari segi perancangan
Tahap operasi perniagaan yang dijalankan
3.457 0.844 Sederhana
dari segi pengawalan
Tahap operasi perniagaan 3.448 0.736 Sederhana

Pengkaji telah menggunakan Ujian Korelasi Pearson untuk menganalisis hubungan yang
signifikan antara tahap pendidikan keusahawanan dengan tahap operasi perniagaan PKS dalam
kalangan belia di daerah Ranau. Terdapat dua konstruk dalam pemboleh ubah tahap pendidikan
keusahawanan iaitu secara formal dan tidak formal.

Jadual 3 menunjukkan ujian korelasi antara tahap pendidikan keusahawanan dengan tahap
operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau dengan nilai korelasi r = 0. 596
. Hasil ujian menunjukkan hubungan positif yang sederhana dengan nilai p = 0.000 iaitu lebih
kecil daripada aras keertian yang ditetapkan. Nilai P < 0.05 adalah signifikan di mana wujud
hubungan antara tahap pendidikan keusahawanan dengan tahap operasi perniagaan PKS dalam
kalangan belia di daerah Ranau.

25
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Jadual 3: Ujian Korelasi Pearson antara tahap pendidikan keusahawanan dengan tahap operasi
perniagaan PKS
Operasi perniagaan
Pearson Correlation 0.596**
Sig. (1-tailed) 0.000
n 169
**. Kolerasi signifikan pada aras 0.01(2 hujung).

4. Perbincangan
Tahap pendidikan keusahawanan belia di daerah Ranau yang terlibat dengan perniagaan PKS
adalah pada tahap yang sederhana. Tahap pendidikan keusahawanan yang dikemukakan dalam
kajian ini adalah merangkumi pendidikan keusahawanan secara formal dan tidak formal.
Pendidikan keusahawanan bukan hanya tentang mempelajari teori perniagaan, tetapi juga
menuntut pendedahan luas mengenai pengalaman kendiri, kaedah pedagogi yang berkesan dan
pendidik yang berpengalaman serta kompeten (Hardy Loh et al., 2015). Kajian Njomza dan
Ymer (2020) menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan secara formal dan tidak formal
boleh menangani hal yang tidak menguntungkan dalam suatu perniagaan PKS. Setiap
penyataan soal selidik adalah adaptasi daripada kajian terdahulu yang berkaitan dengan
pendidikan keusahawanan secara formal dan tidak formal. Kajian Suraiya et al. (2018)
mendapati kefahaman tentang teori dan prinsip untuk mengurus perniagaan berhasil
ditingkatkan daripada pengetahuan yang diperoleh daripada pembelajaran yang dirancang di
sekolah. Pengusaha PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau bersetuju bahawa peningkatan
dan pemantapan kecekapan pendidikan keusahawanan boleh ditingkatkan melalui program
khusus untuk tenaga pengajar bidang keusahawanan. Perkara tersebut merupakan frekuensi
tertinggi di antara lima item soalan berkaitan pendidikan keusahawanan secara formal.

Terdapat empat fungsi pengurusan yang penting iaitu perancangan, pengorganisasian,


kepimpinan dan pengawalan (Norashidah, 2021). Dalam pengurusan operasi melibatkan
perancangan, penyelarasan dan pengawalan (Norasmah, 2019). Dalam kajian ini pengkaji
memfokuskan aspek perancangan dan pengawalan terhadap perniagaan yang dijalankan oleh
belia di Ranau. Berdasarkan analisis dapatan menunjukkan bahawa tahap operasi perniagaan
PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau berada pada tahap yang sederhana. Dapatan ini
selari dengan kajian dalam kalangan usahawan PKS di Kuala Terengganu yang dilakukan oleh
Zaimah (2017) mendapati bahawa tahap kepimpinan peribadi dan kemahiran pengurusan
usahawan berada pada tahap sederhana. Selain itu, seseorang usahawan perlu mempunyai
pengetahuan tentang aspek pengurusan kerana ia mempengaruhi prestasi perniagaan PKS. Hal
ini selari dengan Norashidah (2021) yang menyatakan bahawa kefahaman tentang konsep
pengurusan adalah sangat penting bagi membantu seorang usahawan yang berkesan sebagai
pengurus.

Pengkaji telah menggunakan dua konstruk tahap pendidikan keusahawanan dengan dua
konstruk tahap operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau. Berdasarkan
analisis yang diperoleh menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada kekuatan yang
sederhana tinggi. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Njomza dan Ymer (2020) yang
mendapati terdapat hubungan positif dan signifikan antara pendidikan keusahawanan dengan
hasil pendapatan jualan tahunan. Kajian yang dijalankan oleh Njomza dan Ymer melibatkan
500 responden yang terdiri daripada PKS di wilayah Kosovo dalam kalangan pemilik
perniagaan PKS. Di samping itu, kajian menunjukkan apabila tahap pendidikan berubah,
pendapatan jualan tahunan juga berubah. Dapatan kajian yang diperoleh oleh Maryam et al.
(2011) juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan

26
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

keusahawanan dengan tahap operasi perniagaan PKS.Kajian yang dijalankan di Pakistan


melalui 215 item soalan yang dirancang dan diterjemahkan ke bahasa Urdu serta melibatkan
saiz sampel seramai seribu lebih orang PKS.

Perbandingan antara negara yang maju dan membangun seringkali diamati melalui aspek
ekonomi, politik, sosial dan budaya. Namun, aspek perkembangan sistem pendidikan yang
unggul juga boleh menjadikan sesebuah negara itu maju dan membangun dengan adanya ramai
ahli pakar bidang. Negara Jepun adalah negara yang membuktikan kesan positif sistem
pendidikan yang menyumbangkan kemajuan terhadap ekonomi negara. Kepentingan
pendidikan tidak dapat dipertikaikan, pendidikan keusahawanan adalah antara faktor penentu
yang menyumbang pada operasi perniagaan (Maryam et al., 2011). Sekiranya tahap pendidikan
keusahawanan belia di Ranau yang menjalankan perniagaan PKS semakin tinggi, boleh
diandaikan bahawa tahap operasi perniagaan juga meningkat dan secara tidak langsung,
prestasi perniagaan juga semakin meningkat. Ini disebabkan analisis korelasi yang telah
dijalankan dalam kalangan PKS belia di Ranau menunjukkan tahap pendidikan seorang
pengusaha mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap peningkatan operasi perniagaan
untuk PKS. Dengan itu, pendidikan keusahawanan mesti diberi perhatian sewajarnya bagi
meningkatkan tahap ekonomi dalam sesebuah negara.

Kajian ini membuktikan bahawa pendidikan keusahawanan mempengaruhi tahap operasi


perniagaan. Pendedahan awal pendidikan keusahawanan di peringkat sekolah mampu
menggilap potensi diri belia untuk menguasai kemahiran keusahawanan. Hal ini demikian
kerana, bidang keusahawanan kini telah menjadi salah satu bidang kerjaya utama kepada
golongan belia pada masa kini bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Kajian
ini memberi sumbangan idea, ilmu dan cadangan yang dikemukakan untuk memberi manfaat
kepada bidang keusahawanan dalam meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan belia.
Ini selari dengan Rancangan Malaysia kesebelas yang ingin menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara progresif, maju dan inklusif dari aspek ekonomi. Pelbagai usaha perlu
dilaksanakan dan dilancarkan bagi memastikan semua perkara yang berkaitan dengan
pendidikan keusahawanan mampu dijayakan. Gabungan tenaga antara pihak awam dan swasta
diwujudkan agar segala rencana tidak terhenti separuh jalan. Segala kepincangan yang wujud
dalam menyampaikan pendidikan keusahawanan dan pemerkasaan PKS dalam masyarakat
terutamanya dalam kalangan belia perlu ditangani. Pendidikan keusahawanan pada masa kini
dilihat semakin penting kerana masyarakat diharap mampu menjadi penjana pekerjaan
berbanding pencari pekerjaan. Maka, pendedahan terhadap bidang keusahawanan adalah untuk
memberikan pengetahuan, kemahiran, menarik minat dan motivasi kepada masyarakat untuk
melibatkan diri dalam bidang ini.

Pengkaji mencadangkan supaya pelbagai pihak boleh menilai, mempelbagaikan dan membuat
penambahbaikan terhadap penyampaian pendidikan keusahawanan yang sedia ada mahupun di
peringkat sekolah dan juga peringkat pengajian tinggi. Sebagai contoh, mendedahkan belia
mengenai pelaburan, pengendalian risiko, aktiviti jual beli, mencipta atau menghasilkan
sesuatu produk yang boleh dipasarkan, menguruskan kewangan dan hal-hal yang berkaitan
dengan keusahawanan. Selain itu, pengkaji turut mencadangkan agar pendidikan
keusahawanan secara formal dan tidak formal dilaksanakan di pelbagai peringkat bagi memberi
peluang dan pengalaman sebenar belia menguruskan perniagaan dengan kemahiran yang
sepatutnya. Seterusnya, pihak bukan kerajaan juga boleh mewujudkan program keusahawanan
kepada orang awam dengan mengadakan beberapa akiviti lain selain daripada jualan seperti
forum berkaitan keusahawanan, menjemput industri-industri keusahawanan, mengadakan
pameran, pertandingan dan sebagainya. Aktiviti seumpama sedikit sebanyak dapat memberi

27
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

pendedahan kepada masyarakat khususnya belia untuk mengetahui kerjaya keusahawanan


yang sebenar.

Selain itu, tenaga pengajar bidang keusahawana perlu cakna dalam membantu dan memberi
pendedahan kepada belia berkaitan pendidikan keusahawanan secara formal dan juga informal.
Kaedah penyampaian yang berkesan juga boleh mengubah persepsi negatif belia terhadap
keusahawanan serta merangsang dan menarik minat mereka untuk terlibat dalam bidang ini.
Kerajaan juga merupakan pihak yang perlu memainkan peranan penting untuk membantu belia
mendapatkan pendidikan keusahawanan sekaligus kemahiran bidang keusahawanan supaya
lebih kreatif, kritis, bermotivasi dan berkeyakinan untuk terlibat dalam bidang keusahawanan.
Pendidikan keusahawanan mampu memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat sama
ada secara individu, masyarakat dan juga negara. Pendidikan keusahawanan turut berperanan
sebagai penggalak pertumbuhan ekonomi dan memacu daya saing negara di peringkat global.

Akhir sekali, kajian lanjutan boleh dilaksanakan untuk menguji hubungan antara pemboleh
ubah dengan setiap latar belakang responden dengan lebih lanjut lagi. Dari segi bilangan
responden perlu dipertingkatkan dari masa ke masa. Bilangan responden dalam kajian
memainkan peranan penting dalam sesebuah kajian yang dijalankan. Sekiranya bilangan
responden yang diperoleh adalah ramai, maka hasil kajian boleh mewakili populasi yang
disasarkan. Selain itu, pengkaji mencadangkan agar reka bentuk kajian yang akan datang
menggunakan pendekatan kajian kualitatif melalui penceritaan responden dan juga andaian.
Hal ini bertujuan supaya maklumat yang diperoleh dapat diperkukuh lagi dengan
menggabungkan data kualitatif dengan kuantitatif melalui pemerhatian dan temu bual. Kaedah
gabungan membolehkan pengkaji lebih memahami dan mudah menjawab persoalan kajian.
Dalam masa yang sama, kaedah ini turut memberikan satu analisis yang seimbang untuk
menangani kekurangan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari aspek proses,
kualitatif akan menunjukkan proses manakala kuantitatif akan menunjukkan keputusan.

5. Kesimpulan
Kesimpulannya, pendidikan keusahawanan di Malaysia sama ada secara formal atau informal
giat diterapkan bagi memberi pengetahuan asas berkaitan dengan bidang keusahawanan.
Secara tidak langsung, pengetahuan yang diperoleh ini dapat menarik minat belia untuk
menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan pada masa hadapan. Tujuan utama
kerajaan dalam melaksanakan pembelajaran yang berasaskan perniagaan ini adalah supaya
sifat intrinsik dan halangan ekstrinsik masyarakat kepada keusahawanan boleh dikurangkan
agar mereka dapat melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Hasrat kerajaan giat
membudayakan keusahawanan adalah untuk melahirkan lebih ramai penjana pekerjaan bagi
membantu peningkatan ekonomi negara. Selain itu, pendidikan keusahawanan ini juga mampu
menjadi panduan kepada belia agar kurang kebergantungan mereka untuk mendapatkan
pekerjaan makan gaji. Di samping itu, implikasi dan cadangan kajian turut disertakan supaya
dapat membantu pengkaji-pengkaji lain pada masa hadapan untuk membuat penambahbaikan
dalam kajian mengenai bidang keusahawanan.

Rujukan

Ahmed, T., Chandran, V.G.R. & Klobas, J. (2017). Specialized entrepreneurship education:
does it really matter? Fresh evidence from Pakistan. International Journal of
Entrepreneurial Behavior & Research, 23(1), pp.4-19.
Azmanirah Ab Rahman, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad. (2010). Latihan

28
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

Kemahiran Di Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Kepada Pelatih Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN). Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan
Keusahawanan, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Boon, Y. & Ab Aziz, A..(2010). Profil Keusahawanan Dikalangan Pelajar Tahun Empat Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), pp. 1-6.
Buang, N. A. & Yusof, Y. M. (2006). Motivating Factors that Influence Class F Contractors to
Become Entrepreneurs. Jurnal Pendidikan, 31, pp. 107-121.
Chittithawon C, Md. Aminul Islam, Thiyada Keawchana & Dayang Haslina. (2010). Factors
affecting business success if small & medium enterprises (SMEs) in Thailand. Asian
Social Science 7, pp.180-190.
Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan : Panduan Menulis Tesis. Sintok:
Penerbit UUM.
Gabriela Boldureanu,AlinaMariuca Ionescu, Ana-Maria Bercu, Maria Viorica Bedrule-
Grigorut & Daniel Boldureanu. (2020). Entrepreneurship Education through Successful
Entrepreneurial Models in Higher Education Institutions. Sustainability, 12, pp.1-33.
Ghani, E., Kerr, W.R. & O'Connell, S. (2014). Spatial determinants of entrepreneurship in
India. Regional Studies, 48(6), pp.1071-1089.
Hardy Loh Rahim, Mohd Ali Bahari Abdul Kadir, Zanariah Zainal Abidin, Junainah Junid,
Laila Heale, R. & Twycross, A. (2015). Validity and reliability in quantitative studies,
Evid. Based Nurs., 18, pp. 66–67.
Hopp, C. & Greene, F.J. (2018). In Pursuit of Time: Business Plan Sequencing, Duration and
Intraentrainment Effects on New Venture Viability. J. Manag. Stud., 55, pp. 320–351.
M. Arif Hidayat, Ali Anwar & Noer Hidayah. (2017). Pendidikan Non Formal Dalam
Meningkatkan Keterampilan Anak Jalanan, 1( 1).
Malaysia, Jabatan Perangkaan. (2021). Statistik Siswazah 2020: Lebih ramai siswazah dalam
guna tenaga tidak penuh dan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 22.5
peratus pada 2020. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan. Retrieved from
https://www.dosm.gov.my
Mohamed Khaled Nordin. (2007). Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan
Generasi Baru melalui Sistem Pendidikan Nasional Dan Pengajian Agama: Gagasan dan
Cabaran Merealisasikannya. Kertas Kerja Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.
Mohammad Alyas Bin Zainal Abidin & Roslinah Mahmud. (2020). Pandemik Covid-19 Dan
Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Di Malaysia. Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan
Perakaunan.
Mohd Azis Ngah, Suzalina Halid & Fahmy A Rosli. (2019, July 7). Eksklusif: Graduan,
siswazah miskin, B40 sukar dapat kerja setimpal. Berita Harian Online. Retrieved from
https://www.bharian.com.my
Mohd Kamaruddin, Noor Faizah Mohd Lajin, Siti Zahrah Buyong & Adlan Ahmad Bakri.
(2015). Entrepreneurship Education In Malaysia: A Critical Review. Journal of
Technology Management and Business, 02(02), pp. 1-11.
Mohd. Syahrir Rahim, Ahmad Zamil Abd. Khalid & Sahadah Hj. Abdullah. (2017) . Asas
Keusahawanan. Sintok: Penerbit UUM.
Mohsin, A., M., Halim, H. A., Ahmad, N. He & Farhana, N. (2017). Assessing the role of
entrepreneurial competencies on innovation performance: A Partial Least Squares (PLS)
Approach. Journal of Business Inquiry: Research, Education & Application, 6(1).
Njomza Latifi Mustafa1 & Ymer Havolli. (2020). Founders’ Education and SME Performance
in Kosovo. Journal of Economics and Management Sciences, 3 (1), pp. 29-38.
Noor Afza Amran, Masanita Mat Noh & Natrah Saad. (2017). Perakaunan Perniagaan :
Pendekatan Mudah. Sintok : Penerbit UUM.
Nor Hafizah binti Hasan & Hazianti binti Ab. Halim. (2021). Kesan pengantaraan orientasi

29
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 3, No. 4, 17-30, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpn

keusahawanan dalam hubungan di antara program pembangunan Perusahaan Kecil dan


Sederhana (PKS) dengan kejayaan perniagaan usahawan di Perak. Management Research
Journal ,10 (1), pp. 42-57
Norasmah Hj. Othman, Rosilah Hassan & Wan Mimi Diyana Wan Zaki. (2019). Pendidikan
Asas Keusahawanan. Bangi:Penerbit UKM.
Norasmah Hj. Othman. (2021). Pengurusan Enterprise Kecil dan Sederhana. Sintok: UUM
Press
Ridzuan Masri, Arman Ahmad & Razlina Abd Rani. (2018). Teori Maslow Dalam Konteks
Memenuhi Keperluan Asas Pekerja Dan Peranannya Dalam Meningkatkan Prestasi
Organisasi: Kajian Dan Perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 10 (1), pp. 1-27
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang & Ibrahim Mamat. (2019). Faktor-Faktor Penentu
Kecenderungan Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Akademika,
89(2), pp. 3-15.
Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2017). Keusahawanan & Mengurus
Prestasi Sumber Manusia. Bangi:Penerbit UKM.
Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2017). Pengurusan. Perniagaan.
Bangi:Penerbit UKM.
Zaimah R. & Sazuani Abdullah. (2017). Tahap keupayaan usahawan dalam Perusahaan Kecil
dan Sederhana di Kuala Terengganu. Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4)
,pp.117-125.
Zeynep Ozguner & Mert Ozguner. (2014). A Managerial point of view on the relationship
between of Maslow’s hierarchy of needs and Herzberg’s dual factor theory. International
Journal of Business and Social Science, 5(7), pp. 207-215.

30
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like