You are on page 1of 4

NOVEL FORMULA TERMODINAMIK TINGKATAN 1

Bab 1

Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah
bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan
Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke
Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah
menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma.
Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti
menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang
satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul
tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang terpakai
dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan
projek tersebut.

Bab 2

Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang
dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun
dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan
handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah.
Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan
menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk
mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya
digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon
agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga
berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan Aswan. Bagi Fikri dan Majibon
persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan. Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk
menghampakan Aswan. Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang
menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang
kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik. Namun begitu,
semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan, Aswan tetap yakin mampu
menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor
Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.

Bab 3

Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan projek mesin 2 dalam 1
mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu
singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana kekurangan
kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. Aswan, Fikri
dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan sepupu itu.
Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan terperinci
tentang proses pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir
Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.

Bab 4

Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah
pergi memancing di sawah untuk menenangkan fikiran. Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah
bercerita tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin bahawa
Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri baja tersebut.

Bab 5

Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk melaksanakan
projek impiannya, mencipta mesin menanam padi. Mesin ini amat relevan untuk masa depan yang dapat
mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh Aswan
diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan secara terperinci menerangkan cara projek itu akan
dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.

Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan
data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-
tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia
tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia
mengingati formula tersebut. Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya kepada nenek untuk
membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.
Bab 7

Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian
ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut
mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir dan Usamah berusaha
untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baruAdang Keselamatan Rahsia.

Bab 8

Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat Bahagia.
Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di
Manila atas urusan perniagaan. Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat
gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang
menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir
mewarisi kepintaran anaknya, Damit.

Bab 9

Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan.
Ramai penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah neneknya. Usamah bersungut
tentang mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh orang
kampung pada musim menanam kali ini. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar.
Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah Asma
mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi
pertolongan kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek
kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bab 10

Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi
mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya
serta Usamah turut berada di hospital menemani nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih
sayang daripada anak cucunya.

Bab 11

Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak masanya
dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya belum berhasil. Aswan
mencuba meramal beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui
beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau melihat
jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan
Majibon. Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya. Majibon
membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama melarang mengambil hak orang lain. Aswan
kemudiannya bercadang untuk mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek
mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika
kerja serta bersaing secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data
syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data tersebut dan cuba
menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat perkara tersebut.

Bab 12

Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal
kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat
syarikat mereka. Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan.
Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2
dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk membajak tanah.
Hasil ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan
peristiwa yang telah dapat menjejak penjenayah Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi
di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap
penjenayah itu.

Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas Isyak
menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam perjalanan mereka sampai di pangkalan.
Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok dan bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh
penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya
Lahop dan Oyong pemuda Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan
dihantar ke balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.

Bab 14

Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua
orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan. Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula
Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut. Tiba-tiba ada e-melmasuk. Orang yang tidak dikenali
menghantar mesej meminta maaf. Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri
formula mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian
Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan basah
kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air telah naik melepasi satu
meter.

Bab 15

Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk
menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri
majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu
adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dalam suasana gelap malam mereka
bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya.
Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula
Termodinamik dan penghantar e-mel.

Bab 16

Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah membolehkan mereka memenangi Anugerah
Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon
turut sama. Asma datang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak
mawar putih buat Usamah dan mawar merah buat Amir.

You might also like